Sunday, May 24, 2009

KEKEJAMAN PEMBERONTAK LTTE KE ATAS UMAT ISLAM SRI LANKA

PERHIMPUNAN ANTI-SRI LANKA DI BATU CAVES

ANTARA HAMPIR 5,000 YANG BERKUMPUL SECARA HARAM DI BATU CAVES SAMBIL MEMEGANG GAMBAR PEMIMPIN LTTE

1. DALAM PERHIMPUNAN HARAM ITU, SARAVANAN MENYEBUT ““If one Prabhakaran is killed, thousands of Prabhakaran will rise. If Israel can be formed, a Tamil nation can be formed too...” .

SEMUA PEMIMPIN INDIA TAK KIRA PARTI HADIR SAMA

2. DALAM PERHIMPUNAN YANG SAMA JUGA, BEBERAPA PEMIMPIN INDIA TEMPATAN (BN/PR) TELAH MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA TIDAK MENYOKONG DRAF RESOLUSI DI PBB SUPAYA NEGARA ANGGOTA PBB TIDAK CAMPURTANGAN DALAM HAL EHWAL DI SRI LANKA DAN TIDAK MENYALURKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA KERAJAAN SRI LANKA.


SEMANGAT SEBEGINI PERLU ADA DALAM MASYARAKAT MELAYU

3. SAYA AMAT KAGUM DENGAN SEMANGAT SOLIDARITY YANG DITUNJUKKAN OLEH KAUM INDIA YANG SAYANGKAN KAUM MEREKA SENDIRI WALAUPUN LTTE BUKANLAH RAKYAT TAMIL MALAYSIA.


POSTER BERKAITAN PEMIMPIN LTTE DAN TAMIL SRI LANKA DIJULANG

4. PERSOALAN YANG INGIN SAYA UTARAKAN DALAM PENULISAN KALI INI IALAH MENGAPA MASIH TERDAPAT SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH BERKIBLATKAN KE NEGARA ASAL MEREKA SEDANGKAN MEREKA TELAH TINGGAL DAN BERANAK PIHAK DI NEGARA INI.

PEMIMPIN LTTE

5. SATU PERKARA LAGI IALAH MENGAPA SEGELINTIR RAKYAT DI MALAYSIA PERLU MEMUJA SEORANG PEMBUNUH KEJAM LTTE DAN MENUNTUT KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA TIDAK MEMBANTU SRI LANKA UNTUK MEMULIHKAN NEGARANYA.


VELLU SEMASA SAAT KEGEMILANGANNYA

VELU DIAKHIR HAYATNYA

6. KETAHUIKAH BAHAWA KEKEJAMAN PEMIMPIN PEMBERONTAK LTTE KE ATAS UMAT ISLAM DI SRI LANKA YANG TELAH MENGORBANKAN BERIBU NYAWA TELAH TERBALAS DENGAN KEMATIAN PEMIMPIN UTAMA LTTE VELUPILLAI PRABHAKARAN PADA 18 MEI 2009.

7. SEPANJANG LEBIH DARI 20 TAHUN, BERIBU-RIBU NYAWA RAKYAT SRI LANKA TELAH MELAYANG ANGKARA KEKEJAMAN SERANGAN DAN LETUPAN BOM PEMBERONTAK LTTE. ANTARA INSIDEN YANG MENYAYATKAN HATI ADALAH SERANGAN DI BEBERAPA BUAH MASJID YANG TELAH MEMBUNUH BERATUS UMAT ISLAM YANG SEDANG MELAKUKAN SOLAT DI DALAM MASJID TERSEBUT.

RATUSAN MUSLIM TAK BERDOSA TERKORBAN SEMASA BERSOLAT ANGKARA LTTE


JENAZAH DISEMBAHYANGKAN SEMOGA ALLAH MENCUCURI ROH MEREKA

8. ANTARANYA IALAH SERANGAN YANG MENGORBANKAN BANYAK UMAT ISLAM SRI LANKA ADALAH SEPERTI BERIKUT. PADA 3 OGOS 1990, PEMBERONTAK LTTE TELAH MEMASUKI MASJID MEERA JUMMA DAN MASJID HUSSEINIYA DI KAMPUNG KATTANKUDY DALAM DAERAH BATTICALOA DAN MENEMBAK SEHINGGA MATI HAMPIR 150 JEMAAH YANG SEDANG SUJUD KETIKA BERSOLAT.


APAKAH SALAH MEREKA - LTTE KEJAM

9. PADA 15 OKTOBER 1992, SERAMAI 171 UMAT ISLAM SRI LANKA DI KAMPUNG PALLIYAGODELLA, DAERAH POLONNARUWA TELAH DIBUNUH OLEH PEMBERONTAK LTTE YANG MENYERANG KAMPUNG ISLAM DAN MENEMBAK SERTA MEMENGGAL KEPALA PENDUDUK MUSLIM DI SITU.


SEORANG JEMAAH YANG MASIH MUDA TURUT TERKORBAN


10. PADA 10 MAC 2009, PEMBERONTAK BERANI MATI LTTE MELETUPKAN BOM DAN MENYEBABKAN RAMAI UMAT ISLAM TERBUNUH KETIKA MENYERTAI PERARAKAN PERAYAAN MAULUD NABI DI MASJID GODAPITIYA JUMMA. DAERAH AKURESSA. LAIN-LAIN INSIDEN PEMBUNUHAN YANG MELIBATKAN BERATUS NYAWA UMAT ISLAM YANG DILAKUKAN OLEH PEMBERONTAK LTTE KERANA TIDAK MENYOKONG PERJUANGAN MEREKA.


11. DI MALAYSIA, TERDAPAT GOLONGAN SERAMAI HAMPIR 5,000 PENUJUK PERASAAN HARAM YANG MEMUJA SI PEMBUNUH INI DENGAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN HARAM DI BATU CAVES PADA HARI AHAD LALU WALAUPUN TIDAK MENDAPAT KEBENARAN UNTUK BERHIMPUN DARI PIHAK BERKUASA.

12. MENGAPA KITA PERLU BERSIMPATI DENGAN SI PEMBUNUH YANG KEJAM INI DAN PEMBERONTAK LTTE BUKANLAH RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU KITA PUJA DAN JULANG SEBAGAI HERO.

13. KITA PERLU MENGETAHUI UNTUK MELETAKKAN TAAT SETIA KITA KEPADA NEGARA TEMPAT KITA CARI MAKAN DAN TINGGAL. BUKANNYA MEMUJA DAN MEMBANTU PERJUANGAN LTTE YANG BERLAKU DI UTARA SRI LANKA.

14. KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA DAN MEMPUNYAI UNDANG – UNDANG SERTA ADAT RESAM SERTA BUDAYA YANG TERSENDIRI DAN KITA JUGA PERLU MENGHORMATI SENSIVITI KEAGAMAAN DAN KAUM BAGI MENGUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN DAMAI.

15. KEPADA MANA – MANA AHLI PAS YANG MENOLAK PERJUANGAN KAUM MELAYU DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM MAKA KINI SEDARLAH BAHAWA PEMIMPIN PAS SENDIRILAH TELAH TERLIBAT SECARA MORAL MENYOKONG PEMBUNUHAN INI DENGAN BERBAIK DAN MENYOKONG PERJUANGAN HINDRAF YANG MANA HINDRAF ADALAH PENYOKONG KUAT LTTE.

16. TAHUKAH KITA APAKAH HUBUNGAN HINDRAF YANG DITERAJUI OLEH WAYTHA MOORTHY DENGAN ORANG YANG TERLIBAT DENGAN PEMUSNAHAN MASJID BABRI PADA 6 DISEMBER 1992 IAITU LAL KRISHNA ADVANI? WAYTHA MOORTY DILAPORKAN MEMPUNYAI HUBUNGAN RAPAT DENGAN LK ADVANI DAN SERING MENGADAKAN PERTEMUAN DI TAMIL NADU, INDIA.
17. LK ADVANI YANG JUGA MERUPAKAN BEKAS MENTERI DALAM NEGERI INDIA SEMASA INSIDEN MASJID BABRI BERLAKU SEBENARNYA MEMPUNYAI HUBUNGAN AKRAB DENGAN KETUA PARTY BJP, VINAY KATIYAR YANG JUGA MERUPAKAN TOKOH UTAMA YANG MENGERAKKAN PEMUDA HINDU MEROBOHKAN MASJID BABRI YANG BERUSIA 800 PADA TAHUN 1992 BAGI MEMBINA SEMULA KUIL HINDU YANG DIDAKWA PERNAH DIRIKAN DIATAS TAPAK MASJID BABRI.

18. SAYA HANYA INGIN MENARIK PERHATIAN PEMBACA BAGAIMANA FAKTOR KAUM MAMPU MENARIK KAUM LAIN DI MALAYSIA UNTUK BERGABUNG TENAGA MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN MEREKA SEDANGKAN KITA MENOLAK FAKTOR KAUM SEBAGAI SATU WADAH PERJUANGAN DENGAN ALASAN ISLAM TIDAK MENDAULATKAN KAUM DALAM PERJUANGANNYA.

19. INGATLAH SEKIRANYA MELAYU DAN BUMIPUTRA ISLAM YANG ADA DI NEGARA INI TERPINGGIR DARI SEGALA SEGI MAKA BAGAIMANAKAH KAMU YANG MENGAKU PEJUANG ISLAM DAPAT MEMBANGKITKAN SINAR ISLAM DI TANAH MELAYU INI?

20. KALAU KITA MENJAGA KAUM KITA TIDAK BERMAKNA KITA MENGABAIKAN KAUM YANG LAIN DI NEGARA INI. SETIAP SEORANG RAKYAT DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARI BERBILANGAN KAUM MEMPUNYAI HAK DALAM PERLEMBAGAAN. HAK ITU TERJAMIN DAN SETIAP KAUM JUGA MESTI MENJAGA SENSITIVITI KAUM YANG LAIN.

21. DENGAN ADANYA PERSEFAHAMAN INI MAKA KITA AKAN MENJADI SATU BANGSA MALAYSIA YANG AMAN DAN MAKMUR DI MASA HADAPAN. INILAH TUJUAN PEMBENTUKAN 1MALAYSIA. BERSATULAH KITA

22. FIKIR DAN KAJILAH KEBENARAN INI

No comments: