Monday, January 4, 2010

HINANYA JIWA PEMIMPIN DAN AHLI PAS

HINANYA JIWA PEMIMPIN DAN AHLI PAS



1. Semua orang Islam memahami antara tuntutan dalam agama Islam iaitu bila berkata mestilah yang benar (tidak berdolak dalik) dan dilarang memandang rendah dan menghina sesama manusia...


2. Bagi pemimpin dan ahli PAS, bila berkata mereka akan menggunakan ayat suci sebagai sandaran dan alasan tindakan keji mereka dalam politik dan menyamakan perjuangan Rasullullah dengan pemimpin mereka serta perjuangan Islam dengan parti mereka.


3. Terdapat banyak kenyataan hina pemimpin PAS khasnya Nik Aziz yang menyamakan dirinya seperti Rasullullah tetapi bila tersepit dengan kenyataannya itu akan menuduh UMNO memutar belitkan kenyataan beliau... khasnya dalam isu tajaan menunaikan haji, pelantikan menantu dalam jawatan kerajaan serta penggunaan perkataan ALLAH oleh pihak bukan Islam .. dahulunya tidak apa digunakan oleh bukan Islam tapi sekarang tidak boleh...


4. Jenis pemimpin apakah mereka ini???


5. Tetapi sekiranya pemimpin UMNO yang mengatakan sesuatu kenyataan atau melakukan sesuatu tindakan maka perumpamaan yang sering diberikan ialah seperti kafir, firaun dan pelbagai gelaran hina yang lain... adakah semua pemimpin PAS ini sempurna???


6. Pemimpin dan ahli PAS melihat pihak yang bermusuhan dengan perjuangan mereka sebagai pihak yang menolak Islam dan mengkafirkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka...


7. Sekiranya terdapat pihak yang menyokong mereka walaupun jelas pihak tersebut kafir menolak Islam Namun PAS tetap menerima dan bersengkongkol seperti kerjasama PAS dan DAP/PKR...


8. Hatta pemimpin wanita dalam PKR yang berbogel dan dituduh meliwat juga boleh diterima dan disokong oleh Nik Aziz semata-mata untuk kepentingan politiknya bukan untuk kemurnian agama Islam...


9. Pemimpin PAS tidak sedar dalam keseronokan mereka menghentam pemimpin UMNO yang dikatakan sebagai menolak Islam tetapi dalam masa yang sama mereka suka diri mereka dipuja oleh ahli mereka...


10. Gambar dan sticker Nik Aziz diusung dalam kereta di rumah dan sebagainya .... bukankah ini termasuk unsur - unsur kurafat??? Mengagung-agungkan sesama manusia???


11. Sekiranya kita ingin berpolitik berpolitiklah dengan ilmu politik tetapi janganlah digunakan Islam sebagai modal untuk menarik sokongan orang ramai kerana ini akan merendahkan agama Islam itu sendiri...


Salam

No comments: