Wednesday, January 13, 2010

ISU GEREJA TERBAKAR: ADA UDANG DISEBALIK BATU - PENUBUHAN IFC MATLAMAT SEBENAR

1. SALAM UNTUK SEMUA,


2. BERSAMA DISERTAKAN SATU TULISAN YANG AMAT BAIK DIBACA OLEH SEMUA UMAT ISLAM UNTUK MENGETAHUI APAKAH DISEBALIK INSIDEN GEREJA TERBAKAR DAN BAGAIMANA PIHAK PAS, PKR DAN DAP BERIYA-IYA SUPAYA DIWUJUDKAN SATU PLATFORM UNTUK SEMUA PEMIMPIN AGAMA DI MALAYSIA DUDUK BERBINCANG MENGENAI AGAMA MASING-MASING ATAU DIKENALI DENGAN NAMA INTERFAITH COMMISSION...

3. SEMOGA KITA SEDAR BAHAWA TERDAPAT TANGAN GHAIB YANG DIBANTU OLEH PUAK ISLAM SENDIRI (SAMADA SEDAR ATAU TIDAK) BERTUJUAN MELEMAHKAN KEBANGKITAN AGAMA ISLAM DI RANTAU INI...


Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC (Interfaith Commission) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah (Naib Presiden PKR), Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Ronnie Liu (Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng (Ketua Penerangan Wanita PKR) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah:



a. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.


b. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.


c. Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah
dikendalikan oleh mahkamah sivil.


d. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang
Muslim.


e. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang.


f. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak.


g. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli
keluarganya yang telah mati dalam Islam.


h. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam.


i. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan
perkaaan-perkataan suci Islam.


j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan
pengedarannya kepada umum secara terbuka.



Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) .



1. ) IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.


2. ) Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.


3. ) Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.


4. ) Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights”
dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.


5. ) 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya
telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri.


6. ) Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan
dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).




Matlamat :



7. ) Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.




Implikasinya :



1. ) Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia.


2. ) Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad.


3. ) IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam.



Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:



1. ) Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap.


2. ) Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR.


3. ) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam perhimpunan itu.


4. ) Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan itu gagal?



5. ) Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa tidak berfungsi dengan baik?



6. ) Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di masjid negara. Sejak bila kedua-duanya menjadi Ustaz Pas.




Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.




Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.




Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama “ Allah “, Tuhan yang maha esa. Dimanakah anda pejuang-pejuang Islam tidak kira dari parti politik mana pun. Tidak kira apapun tuntutan mereka samada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu utuh ditanah air kita, sama-sama lah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini.




TAMINSARI
Shah Alam.
Selangor.


ISLAM UMNO NIK AZIZ CERCA TAPI ORANG KAFIR NIK AZIZ JAMU MAKAN???


INILAH ISLAM YANG CUBA DIBAWA OLEH PAS - ISLAM FOR ALL



Nik Aziz rai paderi, sami makan tengah hari

KOTA BHARU, 13 Jan: Ketua-ketua agama terdiri daripada alim ulama, paderi dan sami dijemput menghadiri makan tengah hari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Januari ini di Kota Darulnaim.

Jamuan tersebut dianjurkan kerajaan negeri sebagai meraikan ketua-ketua agama di negeri ini dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin. Nik Aziz berkata, dianggar lebih 20 ketua agama dijangka menghadiri majlis tersebut yang berkonsepkan muhibah.
“Setakat ini kita telah dimaklumkan seramai 18 orang daripadanya terdiri daripada paderi menyatakan persetujuan hadir, manakala sami belum dapat pastikan bilangan yang akan hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, jamuan berkenaan diadakan menjelang tengah hari memandangkan sami difahamkan tidak boleh makan selepas jam 12.00 tengah hari. “Kerajaan negeri meraikan mereka bertujuan mewujudkan suasana tenang dan harmoni di antara agama di negeri ini.

“Walaupun telah wujud keharmonian di Kelantan sejak sekian lama, namun diharap dengan pertemuan tersebut keharmonian bertambah baik,” ujarnya. Menurutnya, Islam sejak awal lagi mengutamakan keharmonian seperti diajar Rasulullah s.a.w. setelah baginda sampai di Madinah. Katanya, sebaik sahaja sampai di Madinah, baginda s.a.w. mengadakan perjanjian bertulis yang pertama di muka dunia sehingga melahirkan keharmonian antara kaum.



1. WAHAI SAUDARA NIK AZIZ, ALANGKAH BAIK DAN MURNINYA USAHA SAUDARA SEKIRANYA SAUDARA MENJEMPUT SAUDARA MELAYU ISLAM DALAM UMNO KAMU UNTUK MENJAMU SELERA DAN MEWUJUDKAN SUASANA TENANG DAN HARMONI SERTA MERAPATKAN SILATURAHIM SESAMA MUSLIM...

2. KAMU LEBIH RELA MEMBERI MAKAN MUSUH-MUSUH ISLAM YANG CUBA MEMURTADKAN ANAK BANGSA KAMU DAN MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN SESAMA ISLAM...??? DI MANAKAH LETAKNYA IMAN KAMU WAHAI SAUDARA KU NIK AZIZ...???

3. AJARAN ISLAM APAKAH YANG KAMU CUBA PERKENALKAN SEKARANG... ISLAM PAS... PAS FOR ALL – BACALAH KEMBALI KITAB AL QURAN DAN HADIS SUPAYA TERBUKA PINTU HATI KAMU KE ARAH MEMAKMURKAN SESAMA ISLAM DI MALAYSIA INI...

Khalid Samad Islam Atau Beragama Apa???


Khalid: Mengapa Mais, Jais sertai protes?


Malaysiakini. 13 Jan 2010: Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menganjurkan protes Jumaat lalu, membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.


1. Jikalau tidak mahu menunjukkan sokongan secara terang untuk mendapat sokongan undi dari para pengundi Kristian dan golongan kafir cukuplah duduk diam dan jangan berkokok...


2. Tapi jikalau sudah sampai berani membidas orang Islam dan badan islam menyuarakan bantahan dalam kawasan masjid rasanya beliau ni kena tanya apakah agama kamu wahai Khalid Samad...???



Tuesday, January 12, 2010

PAS BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN ISLAM ATAU POLITIK MURAHAN MEREKA ???



INILAH PERJUANGAN PAS YANG SEBENAR



KALAU MEMPERJUANGKAN HAK ASASI MANUSIA KHASNYA HAK ASASI PENJENAYAH ATAU TAHANAN ISA YANG JELAS BERSALAH MENGANCAM NEGARA MAKA PAS AKAN SANGGUP MENGADAI NYAWA DI JALANAN...




KALAU MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI PAS DAN KEPENTINGAN DAP MAKA PAS SANGGUP MENGADAI NYAWA TELENTANG DI JALANAN...



KALAU BERKAITAN KEMURNIAAN DAN MEMPERJUANGKAN HAK ISLAM DALAM ISU MENYALAHGUNAKAN NAMA ALLAH UNTUK MENARIK UMAT ISLAM KEPADA KRISTIAN MAKA PAS AKAN BERSAMA GOLONGAN KAFIRUN MENENTANG UMNO...



SHAH ALAM, 9 Jan 2010 HarakahDaily: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.


JIKA NEGARA HURU-HARA SIAPAKAH YANG UNTUNG: UMNO ATAU PAKATAN RIOT???


CERMIN KUIL SINGH DI SENTUL DILONTAR BATU MALAM KELMARIN



WAHAI SAUDARI YB ELI... RAKYAT MASIH INGAT ADEGAN GHAIRAH YB TU




1. SATU LAGI KEJADIAN RUMAH IBADAT DISERANG DAN KINI IANYA MELIBATKAN KUIL SINGH DI SENTUL DILONTAR BATU... ADAKAH UMNO JUGA YANG TERLIBAT...???



2. SUASANA YANG TIMBUL KINI SEMAKIN MENJADI-JADI... ADAKAH TERDAPAT TANGAN GHAIB DARI DALAM DAN LUAR NEGERI YANG BERUSAHA MERUNTUHKAN KERAJAAN UMNO/BN DAN MENAIKKAN KERAJAAN SOKONGAN MEREKA IAITU PAKATAN RIOT...???



3. SEDARLAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA BAHAWA NEGARA KITA KINI SEDANG DIADU DOMBA OLEH SEBILANGAN RAKYAT KITA SENDIRI DEMI KEPNTINGAN POLITIK MEREKA...





Kuil Sikh di Sentul dilempar batu



MALAYASIAKINI JAN 13 2010: Satu lagi insiden rumah ibadat diserang dilaporkan berlaku petang semalam - kali ini sasarannya adalah sebuah kuil Sikh di Sentul apabila ia dibaling batu yang merosakkan sebuah pintu kaca. Polis menemui kira-kira 20 ketul batu besar dekat pintu terbabit. Kuil Gurdwara Sahib itu berusia 100 tahun. Beberapa sukarelawan yang sedang membersihkan kuil berkenaan, terdengar bunyi gelas pecah pada kira-kira jam 6.45 petang dan pergi memeriksanya. Salah seorang sukarelawan, yang juga pegawai polis, memaklumkan kejadian itu kepada polis.



Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Gurbial Singh berkata tiada seorang pun yang nampak penyerangnya. Katanya, kitab suci Sikh menggunakan perkataan Allah. Pegawai kuil itu menggesa para penganutnya supaya bertenang. Sebelum ini, beberapa buah gereja menjadi sasaran serangan bom api dan vandalisme ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengenepikan larangan kerajaan terhadap bukan Islam menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataaan 'God'.



....Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ahli parlimen Selayang, William Leong (foto bawah) turut melawat kuil Gurdwara Sahib pada kira-kira jam 10.30 malam tadi. Sewaktu prosiding kes Herald, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh telah memfailkan permohonan untuk mencelah.




Dalam permohonannya itu, beliau berkata perkataan Allah terkandung dalam kitab suci Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji. Jagir berkata, kitab suci Sikh adalah dari Tuhan dan oleh itu, tiada sebarang perkataan di dalamnya yang boleh ditukar, dipinda atau diganti. Majlis tersebut, yang mewakili masyarakat Sikh, adalah antara pertubuhan yang memohon untuk mencelah dalam kes tersebut.


Beberapa pertubuhan Islam - Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan - juga turut memohon untuk mencelah, dengan berhujah bahawa mereka juga ada kepentingan dalam kes tersebut. Bagaimanapun, permohonan mereka ditolak oleh mahkamah.





4. SEMUA PEMIMPIN PAKATAN RIOT BERSATU HATI MENYALAHKAN UMNO DALAM INSIDEN MEMBAKAR GEREJA KERANA INGIN MENCALAR KEPIMPINAN DS NAJIB DAN WAWASAN 1MALAYSIA YANG DIPERKENALKANNYA...



5. TUJUAN UTAMA UMNO/BN MENGUJUDKAN SEMANGAT 1MALAYSIA ADALAH UNTUK MENGUJUDKAN KEADAANA AMAN DAN SENTOSA DALAM MASYARAKAT BERBILANG BANGSA BUKANNYA MENGUJUDKAN SUASANA HURU HARA YANG SERING DITIMBULKAN OLEH PEMIMPIN PAKATAN RIOT...



6. SEBELUM INI, SIAPAKAH PEMIMPIN YANG SERING MEMBAWA MASALAH DALAM SELIMUT MALAYSIA UNTUK TATAPAN MEDIA ANTARABANGSA KALAU BUKAN PEMIMPIN PAKATAN RIOT...



7. BAGI RAKYAT YANG MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN YANG RASIONAL, AMAT MUDAH UNTUK MEMAHAMI PERANGAI PEMIMPIN PAKATAN RIOT YANG SENGAJA MEMBURUKKAN KEPIMPINAN DS NAJIB UNTUK MENDAPAT SOKONGAN PENGUNDI DALAM MENGHADAPI PILIHANRAYA DI SARAWAK YANG RAMAI PENGANUT KRISTIAN DI SITU...



8. ADAKAH UMNO TELAH BERKEMBANG DI SARAWAK SEHINGGAKAN GEREJA DI SARAWAK DIKHIANATI...??? TETAPI YANG JELASNYA MEMANG ADA CAWANGAN DAP, PKR DAN PAS DI SITU... MUNGKIN MEREKA YANG MENGUPAH ATAU BERTINDAK SEDEMIKIAN