Tuesday, April 28, 2009

KEMANAKAH PERGINYA PERJUANGAN ASAL PAS?


1. Parti Islam SeMalaysia (Pas) atau nama asalnya Persatuan Islam SeMalaya telah ditubuhkan di rumah ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga merangkap Mudir Madrasah ad-Daeratul Maarif Wathaniyah iaitu Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim yang telah menjadikan kediamannya sebagai tempat persidangan para ulamak dan ekoran darinya maka tertubuhnya Pas pada hari tersebut iaitu 24 November, 1951.

2. Namun begitu, PAS hanya didaftar secara rasminya pada 31 Mei, 1955. Pada 30 November 1963 nama Parti Islam SeMalaysia telah ditukarkan kepada Persatuan Islam SeTanah Melayu dan pada 21 Jun 1977 nama itu sekali lagi ditukarkan kepada Parti Islam SeMalaysia dan kekal hingga kini. Undang-undang tubuh PAS yang dibentuk pada tahun 1951 telah dipinda pada 14 Ogos 1954. Di akhir hayat Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim beliau telah meninggalkan perjuangan PAS atas alasan tertentu.

3. Dari sudut sejarah, perjuangan asal PAS adalah bertunjangkan kepada ajaran Islam dan bercita-cita menegakkan Islam di Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu. Namun kepentingan bangsa Melayu Islam tetap menjadi agenda utama kepada pemimpin PAS masa itu berpendapat bahawa kewujudan Islam di Tanah Melayu adalah berpaksikan kepada kewujudan bangsa Melayu yang menganut agama Islam secara umumnya.

4. Sehingga ke era pemerintahan PAS di tahun 1970an dan 1980an, PAS masih kuat mempertahankan hukum Islam yang sebenarnya dan menggunakan kuliah agama bagi menyampaikan mesej dan kesedaran kepada pentingnya hukum Islam dalam masyarakat di Malaysia.

5. Malahan Mursyidul Am Pas Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam ceramah beliau iaitu “ PAS menentang Umno bukan kerana namanya Umno tetapi kerana dasarnya. Kalau Umno memerintah secara Islam, maka Pas haram wujud lagi dan sayalah pemimpin Pas pertama yang akan menyertai Umno”.

6. Semasa pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri banyak aspek nilai-nilai murni Islam telah diperkenalkan dalam program penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran awam telah dilaksanakan dan legasi ini disambung semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi pendekatan slogan Islam Hadhari.

7. Tetapi malangnya, pemimpin PAS tidak mahu menerima apa yang cuba diterapkan oleh pemimpin tersebut dan mengatakan kesemuanya itu adalah bukan Islam sepertimana yang ingin diperkenalkan oleh PAS sendiri. Malahan pemimpin dan penyokong PAS memperolokkan segala usaha tersebut.

8. Sebelum pilihanraya 2004, PAS merasakan agak sukar mendapat kerusi yang banyak dalam setiap pilihanraya umum yang ditandingi dan semasa pilihan raya 2004 dan lebih lagi dalam pilihanraya umum Mac 2008, PAS telah membelakangkan pendekatan berpolitik dengan mengambil DAP dan PKR sebagai sekutu politik untuk menjatuhkan UMNO/BN.

9. Tindakan ini berlawanan dengan kecaman dan tohmahan mereka terhadap UMNO yang dituduh bersengkokol dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC sehinggakan PAS menghukumkan UMNO bukan Islam seperti perjuangan Islam PAS dan mengharamkan ahli mereka mengadakan sebarang hubungan dengan ahli UMNO.

10. Ketika itu, pemimpin PAS telah mempermainkan ayat Allah dan sanggup mengeluarkan kenyataan yang nyata berlawanan dengan pegangan agama umat Islam umumnya umpamanya pemimpin dan ahli PAS tidak takut mencerca, memuat tohmahan dan fitnah ahli UMNO yang beragama Islam dan sering pula mendoakan kemusnahan pihak lawan politiknya, maka apa yang diucap dan diungkap akan disambut dengan takbir oleh para penyokong.

11. Pemimpin PAS juga menolak ketentuan Allah sekiranya mereka kalah dengan mengatakan kekalahan tersebut adalah sebab UMNO menggunakan pengundi hantu. Pemimpin PAS juga menyamakan manusia dengan Allah dimana menyatakan Allah juga mencarut dan boleh berkerjasama dengan syaitan. Dan yang paling terbaru nama Allah boleh digunakan oleh agama lain dan orang bukan Islam boleh menggunakan ayat al quraan untuk tujuan kempen politik.

12. Mengapakah perubahan ini berlaku dalam PAS yang suatu masa dahulu adalah menjadi satu alternative kepada pengundi Melayu?

13. Perubahan ketara ini berlaku disebabkan kepimpinan PAS kini telah lari dari keimanan yang sebenarnya kepada Allah.

14. Perjuangan PAS tidak lagi ikhlas kepada perjuangan mendekati diri kepada keredhaan Allah.
15. Pemimpin yang ada dalam barisan kepimpinan PAS kini kebanyakannya mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka ini bukannya pemimpin yang berlatar belakangkan roh islam yang sebenarnya. Sebagaimana kata Nik Abduh (anak Nik Aziz) iaitu ramai pemimpin islam sekarang adalah ulama mi-celup.

16. Sekiranya pemimpin yang sedia ada bukan terdiri daripada ulama yang takut dan redha kepada ketentuan Allah maka apakah yang diharapkan dari penyokong mereka yang rata-ratanya daif dalam hal ehwal Islam yang sebenarnya.

17. Apakah yang akan berlaku perpaduan umat Melayu Islam sekiranya perkara ini berkembang tanpa sebarang pembetulan?

18. Nantikanlah pembalasan Allah kepada mereka yang memperdagangkan agama dengan harga yang amat murah semata-mata untuk mendapat sedikit keuntungan di dunia ini.

Salam

Monday, April 27, 2009

Kelas Fitnah Secara Percuma dan Effektif


1. Kepada semua pelayar blog yang berhasrat untuk mempelajari teknik dan cara-cara menyebarkan fitnah dan tohmahan.. silalah ke blog Perisik-Rakyat dan Pahangdaily.

2. Sebelum ke blog berkenaan nasihat saya penuhi dada dengan ajaran Islam yang asas dan berlapang dada kerana bahan yang dipaparkan amatlah menduga keimanan dan kematangan intelektual seseorang...

3. Komen-komen pengunjung yang juga pengemar dan penyokong Topeng_Perak dalam Perisik_Rakyat memang layak digelar sebagai pencarut murahan politik

4. Ini bukanlah promosi tetapi kesedaran kepada mereka yang membaca dan melayari blog polityik semasa

Selamat mencuba...

PAS Kini Lupa Diri Dan Keagungan Allah



Anwar Kini Yang Dipuja Oleh Pemimpin PAS























Beginikah sikap seorang Islam terhadap Rajanya?



Mengapa PAS Sukar Bersatu Padu Dengan UMNO???


1. Dalam situasi umat Melayu Islam Malaysia menghadapi kemelut politik yang hebat serta berhadapan dengan tekanan dari kaum bukan Islam, PAS mengambil pendirian acuh tidak acuh dan sikap sorang tarik dalam usaha UMNO yang ingin menyatupadukan umat Melayu Islam.



2. Mengapa PAS bersikap sedemikian???



3. Sedangkan umat Melayu Islam di Malaysia kini terdesak untuk menguatkan jati diri dan persefahaman antara satu sama lain menghadapi cabaran luaran dan dalaman.



4. Adakah PAS sudah bongkak dengan sedikit kemenangan yang dicapainya???



5. Adakah PAS sudah lari dari perjuangan asal mereka yang ingin menegakkan kerajaan Islam di Malaysia???



6. Sekiranya hujah bekas MB Perak Nizar dalam persidangan DUN Perak bulan Jun 2008 yang mengakui bahawa tidak ada bukti PAS akan mendirikan hukum Allah di Malaysia dijadikan sandaran maka jelaslah bahawa sebuah parti yang selama ini melaungkan ayat suci Allah sebenarnya sebuah parti yang bertopengkan kemunafikan yang nyata!



7. Ingatlah sebaik-baik orang bukan Islam mereka tetap akan membawa kita ke jalan yang salah... seburuk-buruk umat Islam mereka tetap takutkan Allah!



8. Berbaiklah sesama umat Melayu islam... jauhilah kepentingan duniawi seperti kemaruk mendapatkan kuasa dan memerintah negeri...



9. Janganlah mengangkat seorang kafir sebagai Ustaz dan mengiakannya bacaan ayat suci al quraan yang jelas bermotifkan politik dan melaungkan takbir kepada mereka... ini semua pekerjaan sesat...



10. Tetapi mengapa mereka rela hati menerima anwar ibrahim yang terang-terang menyemuh dan menghina PAS semasa dahulu...


PAS Menyisihkan ALLAH Dalam Pembentukan Kerajaan Perpaduan





Syarat PAS terima k'jaan perpaduan



Abdul Rahim Sabri



MalaysiaKini (Apr 27). Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. "Berikan kementerian kewangan dan kementerian pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM (perdana menteri) mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama,” menteri besar Kelantan dipetik berkata dalam blog anaknya Nik Abduh.

Ulasan



1. Jawatan Menteri Kewangan dan Pendidikan dijadikan sebagai tawaran oleh PAS untuk menerima usaha berkerjasama dengan UMNO dalam membentuk kerajaan perpaduan. Amat pelik sekali kerana bukannya keredhaan Allah yang mencintai hidup berkasih saying yang dicari oleh pemimpin yang mengaku Islam ini???



2. Sikap pentingkan keduniaan dan tamakkan kuasa terserlah dalam hati sanubari pemimpin PAS apabila mereka mengenakan syarat untuk menerima kerajaan perpaduan dengan UMNO.



3. Mereka memberi alasan bahawa mereka akan melaksanakan program Islam dalam Kementerian Kewangan dan Pendidikan???



4. Selama ini mereka telah diberikan kuasa oleh Allah untuk memerintah kerajaan Negeri apa yang telah mereka laksanakan???



5. Sebelum bercita-cita untuk menguruskan negara... belajarlah mengurus negeri dengan baik dan buktikan kepada rakyat bahawa mereka telah melaksanakan program Islam dalam urusan pentadbiran Negeri yang diperintah bukannya tunggu mendapat kuasa di peringkat nasional.



6. Dalam kepimpinan PAS sendiri Terdapat ramai pemimpin yang telah bertukar kulit menjadi musang berbulu ayam yang mengejar keduniaan. Ini disahihkan oleh kenyataan anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh dalam blognya yang berkata:



"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!".



7. Mengambarkan bahawa terdapat kumpulan munafik dalam kepimpinan PAS yang membuat onar dan fitnah dalam memperjelaskan sesuatu isu berkaitan permasalahan umat Melayu Islam di Malaysia. Perkara ini diakui sendiri oleh Nik Abduh anak kepada Nik Aziz.




Saturday, April 25, 2009

HAJI HADI LUPA KEMENANGAN DAN KEKALAHAN ADALAH DITENTUKAN OLEH ALLAH



Hj.Hadi Mencabar BN Bertanding Di Penanti


“ BACHOK [5.27 pm] - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) mencabar BN supaya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sambil menyifatkan BN bersikap defensif kerana belum memutuskan sama ada untuk meletakkan calonnya atau tidak pada pilihan raya kecil itu. Katanya, BN kini serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang. Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.”


1. BEGINILAH SIKAP SEORANG PEMIMPIN YANG DIGELARKAN OLEH PENGIKUTNYA SEBAGAI TO GURU DAN ULAMA...


2. ATAS DASAR APAKAH BELIAU BEGITU YAKIN SERTA MENOLAK KERENDAHAN DIRI DISISI ALLAH DENGAN MENGATAKAN PR BOLEH MENANG MUDAH DI PENANTI...


3. INILAH KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN POLITIK DAN BUKANNYA PEMIMPIN YANG TAKWA DAN TAKUTKAN KEMURKAAN ALLAH SWT...


4. TIDAK BOLEHKAH BELIAU MENGUNAKAN PERKATAAN INSYALLAH PR AKAN MENANG DI PENANTI JIKA DIIZINKAN ALLAH...


5. MEMANG BENARLAH BAHAWA DUGAAN ALLAH YANG DITURUNKAN DALAM BENTUK KEMENANGAN DAN KEKUASAAN MAMPU MENUTUP PINTU HATI HAJI HADI YANG JELAS MEMENTINGKAN KEDUNIAAN...

FITNAH YANG DIJAJA OLEH PENYOKONG PR


1. SEJAK KEBELAKANGIAN INI BANYAK SEKALI KITA TERBACA PELBAGAI CERITA DAN TOHMAHAN MURAHAN YANG DISEBARKAN OLEH PENYOKONG PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT DENGAN MENGGUNAKAN KUDA-KUDA TUNGGANGAN MEREKA DALAM ALAM BLOG.

2. WALAUPUN IANYA SATU TOHMAHAN MURAHAN TETAPI KEKERAPAN MUZIK DAN ALUNAN FITNAH ITU DIMAINKAN SEDIKIT SEBANYAK AKAN MEMPENGARUHI GOLONGAN YANG TIDAK MENGETAHUI KEBENARAN DAN KESAHIHAN FITNAH-FITNAH YANG DIJAJAKAN INI.

3. UMPAMANYA, TOHMAHAN BLOGGER PR TERHADAP MUFTI PERAK BERKAITAN KEMELUT POLITIK DI PERAK DAN BARU-BARU INI MAJLIS JOM HEBOH.
4. HUJAH YANG DIGUNAKAN OLEH GOLONGAN FITNAH INI SEMATA-MATA UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BOLEH MENGUNDI BAHAWA SEGALA NASIHAT MUFTI PERAK INI TIDAK BOLEH DIDENGAR. DAN YANG LEBIH DASHAT LAGI MUFTI INI ADALAH MUFTI ISLAM HADHARI.
5. MENGAPA PERKARA INI BOLEH TERJADI?

6. KERANA KETEGUHAN PENDIRIAN MUFTI PERAK MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN ISLAM DAN SIKAP TIDAK CAMPURTANGAN DALAM POLITIK DI PERAK TELAH MENYEBABKAN GOLONGAN FITNAH PR MENYERANG BELIAU HABIS – HABISAN.

7. ADAKAH GOLONGAN FITNAH PR INI ADALAH SEORANG ISLAM???

8. MEMANG BENAR MEREKA ADALAH PENGANUT AGAMA ISLAM.. MEREKA MENGAKU MEREKA LEBIH ISLAM DARI ORANG UMNO.. MEREKA MENUDUH UMNO CUBA MEMBAWA AGAMA BARU IAITU ISLAM HADHARI DI MALAYSIA..

9. TIDAKKAH MEREKA BIMBANG AKAN AMARAN ALLAH SWT BAHAWA FITNAH ITU ADALAH SATU DOSA YANG BESAR???

10. BAGI MEREKA APA YANG DIPERKATAKAN OLEH MEREKA ADALAH SATU KEBENARAN DAN WAJIB DISEBARKAN KEPADA SEMUA ORANG UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DAN UNDI SEMASA PILIHAN RAYA..

11. BUKANKAH MEMBUKA KEAIBAN ORANG ISLAM YANG LAIN DILARANG OLEH RASULLULLAH DAN ALLAH???

12. BAGI GOLONGAN FITNAH PR, HUKUM ALLAH TIDAK PERLU DITAKUTI TETAPI MEREKA LEBIH MEMATUHI FATWA KEPIMPINAN ULAMA PR TERMASUK NASIHAT DAN TAZKIRAH DARI USTAZ NGA..

13. BUKANKAH ISLAM MENGANJURKAN KITA SESAMA ISLAM SALING BERKASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN???

14. GOLONGAN FITNAH PR LEBIH SUKA TIDUR SEBANTAL BERSAMA GOLONGAN KAFIR YANG TERANG-TERANG MENOLK ISLAM (DAP) DARIPADA DUDUK SEMEJA BERBINCANG MENGENAI PERPADUAN DENGAN ORANG ISLAM YANG BERADA DALAM UMNO...

15. BAGI MEREKA HUKUM ALLAH BOLEH DIUBAH MENGIKUT KEHENDAK SEMASA...

16. SEMASA DAHULU MEREKA MERASAKAN PERLU MENGKAFIRKAN UMNO KERANA BERKERJASAMA DENGAN MCA DAN MIC YANG BUKAN ISLAM DAN MENGHARAMKAN PENGIKUT PAS MENGUNDI CALON BN YANG DIWAKILI OLEH ORANG KAFIR KERANA MEREKA ADALAH KAFIR...

17. TAPI KEBELAKANGAN INI PEMIMPIN ULAMA PAS/PR MENGUBAH AYAT YANG DIGUNAKAN DAHULU DENGAN MENGHALALKAN TINDAKAN MEREKA SEMATA-MATA KERANA INGINKAN KEKUASAAN...

18. BAGI GOLONGAN FITNAH PR,PERPECAHAN DALAM SAF ISLAM BUKAN SUATU MASALAH BESAR DALAM UMAT MELAYU ISLAM KERANA BAGI MEREKA DAN MENJADI MATLAMAT MEREKA UNTUK MENGHANCURKAN UMNO BERSAMA PENYOKONG MEREKA...

19. TETAPI MEREKA (GOLONGAN FITNAH PR) INI LUPA BAHAWA SEGALA PERANCANGAN DAN MUSLIHAT YANG DIADAKAN TIDAK DAPAT MENANDINGI KEHEBATAN PERANCANGAN DAN MUSLIHAT ALLAH SWT...

20. BERSAMA-SAMA LAH KITA BERDOA SEMOGA UMAT MELAYU ISLAM DI MALAYSIA DISELAMATKAN DARI FITNAH GOLONGAN FITNAH PR DAN SEMOGA ALLAH MEMBUKA HATI PENCIPTA FITNA INI BERTAUBAT DAN BERSAMA-SAMA UMNO MEMBANGUNKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...
AMIN

Tuesday, April 21, 2009

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Buka Pintu Untuk Negara Luar Campurtangan Hal Dalaman Malaysia


Indonesia digesa campur tangan bebaskan tahanan ISA


MalaysiaKini. : Kerajaan Indonesia digesa campur tangan bagi mendesak Malaysia membebaskan lima warganegara republik itu yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2002, termasuk yang terbaru pada awal Mac.


Gesaan itu dibuat oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dalam satu suratnya kepada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur pagi ini.


Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, NGO itu telah membawa isu tersebut kepada pengetahuan kedutaan pada 2007.


"Sekali lagi kami mengharapkan kerajaan Indonesia akan campur tangan dalam usaha untuk membebaskan serata membawa tahanan ISA warganegara Indonesia pulang ke sana," katanya.
Surat tersebut diserahkan kepada setiausaha 1 kedutaan, Slamet Nugroho di pejabat kedutaan di Jalan Tun Razak jam 11.55 pagi.


Jumaat lalu, GMI membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung tiga tangkapan terbaru, termasuk Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia.


Empat lagi warganegara republik itu yang kini sedang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak: Zainun Rasyid ditahan pada 2002 berhubung Jemaah Islamiah (JI), Mahfudl Saifuddin (JI, 2005), Mulyadi (JI, 2005) dan Ahamad Ghafar Shahril (Darul Islam, 2005).


Bercakap kepada media sejurus menerima surat tersebut, Slamet berkata, kedutaan akan mengenal pasti identiti Agus sama ada beliau warga Indonesia atau tidak sebelum menentukan tindakan seterusnya.


Dalam suratnya, Syed Ibrahim juga menggesa Indonesia mengutuk penahanan lima tahanan itu dan menyiasat keadaan mereka.



ULASAN


TINDAKAN GMI MENGESA KERAJAAN INDONESIA CAMPUR TANGAN DALAM KES PENAHANAN LIMA RAKYAT MEREKA DI BAWAH AKTA ISA DILIHAT SEBAGAI SATU PENGKHIANATAN KEPADA KEDAULATAN MALAYSIA.


GMI SUDAH TIADA MODAL LAIN SEHINGGAKAN SANGGUP MENARIK NEGARA JIRAN UNTUK MEMBERI TEKANAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA MENGHAPUSKAN ISA.


SIAPAKAH DALANG DISEBALIK GMI.. ?


DALAM SETIAP PENTAS POLITIK PKR.. GMI AKAN MUNCUL DENGAN SLOGAN MEREKA MANSUHKAN ISA..


ADAKAH PKR TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM USAHA MENGKHIANATI KEDAULATAN NEGARA KITA???


PERNAHKAH KITA MEMPERSOALKAN TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA MENAHAN RAKYAT MALAYSIA YANG DIDAPATI BERSALAH ATAS TUDUHAN TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEGANASAN?


BUKANKAH TINDAKAN MENAHAN LIMA RAKYAT INDONESIA ITU ADALAH LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN BAGI RAKYAT MALAYSIA TEMASUK AHLI KELUARGA DALAM GMI???


BUKALAH MATA ... KALAU HENDAKKAN KUASA POLITIK.. JANGANLAH DILACURKAN KEDAULATAN SISTEM PERUNDANGAN DAN KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA KEPADA NEGARA ASING..









Ustaz Nga Kor Ming Mengajar Dan Memberi Tazkirah Kepada Ahli PAS


Perak DAP leader Nga Kor Ming repeated the reciting of verses from the Quran in an apparent defiance against Malay Unity Action Front president Osman Abu Bakar, who had lodged a police report against the Taiping MP and Pantai Remis assemblyperson for doing the same in the run up to the Bukit Gantang by-election recently. This time Nga recited the verses in the presence of PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat and close to 1,000 party supporters at the Markas PAS in Taman Melewar, Gombak.
Ulasan

Masyallah

Dimanakah letakkannya keimanan semua ahli dan pemimpin PAS yang hadir dalam ceramah di Markas PAS Taman Melewar, Gombak.

Mereka telah diajar oleh seorang ahli politik yang bukan beragama Islam dan tidak pernah melafazkan Kalimah syahadah dan masih dalam hadas besar dan dalam masa yang sama membaca ayat suci tanpa malu dan segan di hadapan ratusan ahli PAS dan lebih sedih lagi di hadapan Nik Aziz.

Apakah muslihat PAS ini?

Tidak ada cara lainkah untuk mendapat undi?

Tidak cukupkah dengan kemenangan di Kedah dan Kelantan?
Sehinggakan memerlukan sokongan DAP walaupun terpaksa mebenarkan orang bukan Islam ini meghina ayat suci sebegitu rupa..

Wahai Pemimpin PAS, berdakwahlah kamu dijalan Allah..

Masih ramai umat Melayu Islam yang perlu kamu dakwah dan dekati ...

Kenapa si Nga pula yang kamu lantik sebagai guru kamu ...

Ya Allah lindungilah agama kami.. bangsa kami dan negara kami dari kelacuran pemimpin yang mengaku pejuang Islam. Amin

PR PULAU PINANG: RUPANYA ADA MASALAH RUMAHTANGGA


DALAM AKHBAR SINAR HARIAN DILAPORKAN PENGERUSI PERHUBUNGAN PKR NEGERI P PINANG BERKATA BAHAWA BANYAK PERKARA YANG DILAKSANAKAN OLEH DAP DALAM HAL EHWAL KERAJAAN NEGERI P PINANG TIDAK DIRUJUK KEPADA PKR.



SEBAGAI CONTOH, BANYAK PELANTIKAN DALAM AGENSI KERAJAAN NEGERI DAN BADAN BERKANUN DIBUAT OLEH LIM GUAN ENG TANPA MERUJUK KEPADA PKR.


PKR TIDAK PERNAH TAHU ATAU DIBERITAHU DAHULU MENGENAI PELANTIKAN DATUK LEE KAH CHOON DALAM INVEST PENANG DAN TIMBAAN PENGURUS BESAR, PERBADANAN PEMBANGUNAN P PINANG BARU-BARU INI.

BERHUBUNGAN DENGAN ISU PERLETAKAN JAWATAN FAIRUS...

Pada mulanya Biro Penerangan PKR telah mengeluarkan kenyataan rasmi atas sebab Fairus meletakkan jawatan TKM I dan ADUN Penanti kerana unutuk memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan juga memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Tetapi kenyataan ini tiada pengesahan dari Fairus sendiri kerana beliau tidak dapat dihubungi.


Tetapi semasa diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang – Fairus memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany. Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.





ULASAN




OHH... BEGITU RUPANYA HUBUNGAN AKRAP PKR AN DAP DI PENANG.





PATUTLAH FAIRUS MARAH SANGAT SEBAB DIANIAYA LEH PIHAK TERTENTU DALAM PR DI PENANG BERHUBUNG DENGAN PENGOSONGAN DARI JAWATAN TKM I DAN ADUN PENANTI.





KALAU DIFIKIRKAN SECARA LOGIK.. KAWASAN KUARI YANG DIKAITKAN DENGAN KES RASUAH FAIRUS SEPATUTNYA MENDAPAT KELULUSAN KETUA MENTERI P PINANG DAHULU DAN ORANG YANG MEMBUAT PEMBONGKARAN MENGENAI KES RASUAH INI TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ORANG AMK PKR PENANG SENDIRI.





INI SUDAH JADI CERITA GUNTING DALAM LIPATAN...





KES RASUAH FAIRUS INI DILIHAT SEPERTI SATU PAKATAN UNTUK MENGYINGKIR FAIRUS DARI JAWATAN TERSEBUT DAN MENGISI DENGAN ORANG DARI PILIHAN HATI..





BAGI FAIRUS BERSABARLAH MENGHADAPI UJIAN HIDUP INI..





LAIN KALI KALAU NAK MEMPERJUANGKAN SESUATU.. LIHATLAH SIAPAKAH PEMIMPIN KITA ITU..





KAMU KENAL MEREKA TAPI KALAU KAMU IKUT DAN TERKENA AKHIRNYA MAKA KAMU TERIMALAH KESAN DARI PERMAINAN KAMU SENDIRI

Monday, April 20, 2009

ELI WONG SUDAH BERTAUBAT?


PETIKAN AKHBAR SINAR



KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu. Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu. Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.



Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini. "Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.



Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu. Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.



Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor. Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli.



ULASAN



BAGUSLAH BUAT ELI WONG KERANA SETIAP MANUSIA ADA MEMBUAT DOSA.. TAPI ADAKAH INI SATU PENYESALAN LAHIR DARI LUBUK HATI BELIAU ATAU SEKADAR MAINAN POLITIK SEMATA – MATA?



MORAL OF THE STORY, SESIAPA YANG MEMPUNYAI MASALAH SALAH LAKU MORAL DAN PERNAH MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK.. PERGILAH MELAWAT NIK AZIZ DAN JANGAN LUPA MEMAKAI KAIN TUDUNG TAK TUTUP RAMBUT DAN BAYU KURUNG.. KALAU TAK ADA BOLEHLAH PINJAM DARI KAWAN-KAWAN



SATU PERTANYAAN UNTUK NIK AZIZ SEKIRANYA SEORANG BUKAN ISLAM YANG MEMPUNYAI MASALAH MORAL DAN MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK BOLEH DIMAAF DAN DIMEGERTIKAN KENAPA TIDAK KEPADA UMNO?

Saturday, April 18, 2009

PKR PENANG BERGOLAK?



1. Apakah jenis rahsia yang didakwa disimpan oleh bekas TKM I Penang Mohammad Fairus Khairuddin yang dikatakan sekiranya disebar umum akan menyebabkan masa hadapan kerajaan PR Penang tergugat?


2. Mohammad Fairus dilaporkan telah memberi masa dua minggu kepada kepimpinan PKR dan Kerajaan PR P. Pinang supaya membersihkan namanya. Menurut beliau jikalau tuntutan beliau itu tidak dilakukan maka beliau akan mengadakan satu siding akhbar untuk membongkar semua rahsia yang akan boleh mempengaruhi masa depan PKR dan Kerajaan PR di Penang.

3. Fairus juga memaklumkan bahawa beliau telah dianiaya oleh pemimpin PKR Penang sendiri hingga menebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan TKM I Penang dan ADUN Penanti.

4. Fairus juga mendakwa beliau tidak dilayan sebagaimana pemimpin PKR membela ADUN Bukit Lanjan dan Bekas ADUN Bukit Selambau, sedangkan beliau adalah TKM I dan mereka hanyalah bertaraf EXCO.

ULASAN

5. Untuk makluman semua, alasan yang diberikan oleh Fairus dalam surat perletakan jawatan TKM I dan ADUN Penanti ialah untuk melanjutkan pelajarannya serta ingin memberi tumpuan kepada keluarga.

6. Sebelum ini, beliau menafikan sebarang gossip yang mengatakan kedudukan beliau sebagai TKM I bermasalah. Ini juga disokong oleh semua pemimpin PKR pada masa itu. Kini jelas bahawa memang benar wujud keretakan dan krisis kepimpinan dalam PKR.
7. Apa yang jelas dihidu oleh rakyat di Penang adalah keinginan seorang pemimpin kanan PKR Penang yang mengidamkan jawatan TKM I dan isu mengenai penglibatan Fairus dalam kes rasuah kuari di Penang juga dibongkar oleh ahli PKR sendiri.

8. Fairus dalam kenyataannya di atas juga menjelaskan memang wujud pihak tertentu dalam PKR Penang yang menganiayanya.

9. Persoalannya, dimanakah perginya slogan ketelusan, keterbukaan, membela kebajikan rakyat, ketuanan rakyat dan tidak rasuah sebagaimana yang dilaungkan oleh pemimpin PKR sendiri?

10. Rakyat masih belum lupa dengan skandal isu moral ADUN Bukit Lanjan, isu moral Bekas ADUN Bukit Selambau dan beberapa pemimpin PKR yang lain.

11. Apakah dan dimanakah komen dan ulasan pemimpin PR mengenai isu masalah rasuah dalam PR Penang?

12. Inilah balasan yang Allah tunjukkan kepada kita semua, supaya kita berfikir mengenai keburukan yang ada dalam PR itu sendiri.

13. Kita berdoa supaya Fairus berani mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan PKR dan Kerajaan PR Penang.

14. Satu tanggapan yang saya rasa mungkin akan berlaku ialah reaksi penyokong PKR dan PR yang akan menghentam Fairus habis-habisan dan cuba menidakkan permasalahan sebenar yang menimpa kepimpinan PKR/PR Penang.

Bagaimana Peluang PKR Dalam PRK Penanti?


15. BN tetap akan mengalami kekalahan di tangan PKR kerana UMNO Penanti masih belum mengubah sikap lama dan berlaku perpecahan dalam UMNO sendiri.

16. Pengundi yang tidak mengetahui wajah sebenar para pemimpin dalam PR masih percaya bahawa PR adalah satu alternative terbaik bagi menolak penguasaan BN di Malaysia.

17. Hanya mereka yang mengalami dan mengetahui masalah sebenar dalam barisan kepimpinan PKR dan PR akan mengambil jalan meninggalkan PKR dan meyertai BN semula.

Wednesday, April 15, 2009

FITNAH BESAR MENIMPA UMAT ISLAM MELAYU





Inilah Wajah Islam yang diperjuangkan oleh pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat.


Di masa hadapan, semua bangsa yang beragama selain dari Islam boleh mendirikan sembahyang di belakang Imam Islam PR.




Gambar ini dicopy dari blog Perisik Rakyat pro PR yang bangga mengeluarkan ulasan seperti berikut:


" Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro KERAjaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang bukan Islam tak leh baca Al-Qur'an... berdosa..!" (aku tak paham tang mana yang berdosa tu sebab setahu aku, yang bukan Islam tak tertakluk pada dosa pahala, mati esok jadik kayu api dekat neraka... jadi aku heran... kah kah kah kah kah...!!!)Tengok gambar dekat bawah ni pulak... apa kata Pak Mufti..?Perkara ni berlaku di Perak... diulang Perak... bukan di Putrajaya atau di Terengganu atau mana-mana negeri lain.Komen Pak Mufti jangan tak komen..!
Empunya blog itu mencabar para mufti memberi komen mengenai dua orang sami bersembahyang jemaah di belakang seorang imam Islam dalam sebuah masjid yang didakwa di negeri Perak.
Apakah niat sebenar penyokong PR ini untuk menyiarkan gambar di atas?
Adakah untuk menunjukkan bahawa Islam itu amat liberal dan boleh berkongsi ruang untuk sembahyang dengan mana-mana penganut agama yang lain?
Adakah amalan ini pernah dilakukan oleh Rasullullah di masa zaman Baginda dahulu?
Semakin banyak kejadian pelik yang menimpa masyarakat Melayu Islam di Malaysia ni.. ada satu puak (PAS/PR) mengatakan adalah baik dan tidak menjadi masalah orang bukan Islam membaca, memegang al quraan dan mengkajinya.
Bagaimana pula hukum dalam agama kita kalau seseorang itu memegang naskah al quraan tanpa wuduk?
Membaca al quraan dalam hadas besar?
Bersembahyang berjemaah dalam satu saf bersama orang yang belum kita tahu keimanannya?
Kalau benarlah PAS mampu menukar keimanan tok sami ini, alhamdullillah tapi nasihat saya nasihatilah tok sami ini supaya menukar pakaian lama nya dahulu.
Tapi harus diingat bahawa terdapat pakatan di Myanmar dan Thailand yang dipelopori oleh golongan sami buddha untuk menukar iman orang Islam dengan apa cara sekalipun.. hatta bersama-sama menunaikan sembahyang dengan orang Islam dalam masjid.
Mengapakah kita mempergunakan islam untuk wadah politik yang tiada nilainya di sisi Allah. Politik hanya untuk kepentingan duniawi.
Jagalah kesucian Islam dan hormati penganut agama lain tetapi janganlah sampai kita menjemput orang yang berpakaian tok sami menunaikan sembahyang dalam masjid..
Saya bimbang nanti ada kumpulan yang membawa anak orang islam sembahyang dalam kuil kerana atas alasan kami boleh sembahyang belakang imam kamu sekarang kamu juga boleh sembahyang belakang tok sami kami mengikut cara Buddha.
Janganlah dipermainkan soal akidah dan syariat untuk kepentingan mendapat satu dua undi dari kaum bukan Islam. Pemimpin Islam PAS dan PKR amat arif dalam soal Islam... mengapa dibiarkan perkara ini berlaku dalam masyarakat kita yang kurang imannya lagi.

Lepas entah apa lagi gimik politik PAS/PR yang akan disuntikkan dalam masyarakat majmuk di Malaysia..


sama-sama lah kita memantapkan keimanan agar segala fitnah ini tidak menyesatkan kita..

Aminn






PEMIMPIN PKR LIDAH BERCABANG

K'jaan S'gor kekalkan jawatan Eli - MalaysiaKini

Jimadie Shah Othman Apr 15, 09 1:55pm

Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok. Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.
INI LAH YANG DIKATAKAN MUNAFIK DALAM POLITIK - TELAH JELAS ELI WONG TERBABIT DALAM SALAH LAKU MORAL DENGAN TERBUKTINYA DALAM GAMBAR YANG DIKELUARKAN SENDIRI OLEH BEKAS BOYFRIENDS DAN BUKANNYA LAWAN DALAM POLITIK.
PIHAK POLIS MASIH MENERUSKAN PENYIASATAN DAN KES INI MASIH BELUM DITUTUP, MACAM MANA BOLEH DIKATAKAN PIHAK POLIS GAGAL MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MUKTAMAD?
Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.
MENAWAR DIRI MAKNANYA MELEPASKAN JAWATAN DENGAN SUKARELA BUKANNYA DENGAN KETERPAKSAAN.
ATAS PRINSIP MARUAH!

Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor kerana membuat keputusan tidak campur tangan dalam politik dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan. Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.
SIFAT TIDAK CAMPURTANGAN BAGINDA SULTAN SELANGOR DALAM URUSAN POLITIK TIDAK BERMAKNA KEPIMPINAN PKR SELANGOR BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERSALAHAN DENGAN PRINSIP PERJUANGAN YANG DILAUNG-LAUNGKAN OLEH PKR SEBELUM INI IAITU BERSIH DARI SEGALA PENYELEWENGAN, KETERBUKAAN DAN TELUS DALAM MENLAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB!
Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan isu peribadi. Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu. "Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya.
INI ADALAH SATU KENYATAAN YANG BERTENTANGAN DALAM KEPUTUSAN MENGAMBIL SEMULA ELI WONG SEBAGAI EXCO DUN SELANGOR.
MACAM MANA BOLEH DIKATAKAN PKR MEMANDANG SERIUS ISU MORAL DAN PERIBADI DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KALAU ADA BUKTI KUKUH?
BUKANKAH GAMBAR DAN PENGAKUAN ELI WONG SUDAH CUKUP DIJADIKAN SEBAGAI BUKTI?
ADAKAH GAMBAR ITU DIAMBIL SECARA TERPAKSA ATAU TERPAKSA RELA?
APA NI? CAKAP TAK SERUPA BIKIN?
"Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang. "Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.
KALAU DAH JELAS TERBUKTI SALAH LAKU MORAL MENGAPA MAHU DIPERTAHANKANNYA?
ATAS DASAR MENGHORMATI PRINSIP HAK PERIBADI?
Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Beliau juga ditanya sama ada Elizabeth ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut. "Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok," kata Khalid sambil menambah: "Anda datanglah esok". Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.
BAGAIMANA DENGAN PENDIRIAN PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM, PAS?
ADAKAH PEMIMPIN DAN ULAMA PAS MAHU BERSUBAHAT DALAM MENGIKTIRAFKAN SEORANG PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI AKHLAK YANG TERBUKTI BURUK SEBAGAIMANA KAMU MENERIMA ANWAR IBRAHIM SEBAGAI KETUA PR?
Ditanya sama ada keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BUKTI YANG SAHIH?
ELI WONG SENDIRI MENGAKUI BAHAWA GAMBAR ITU ADALAH GAMBARNYA YANG DIAMBIL OLEH BEKAS BOYFRIENDNYA DAHULU.. SEKARANG KATA TIADA BUKTI SAHIH?
TU YANG BERLAMBAK GAMBAR DAN VIDEO .. KAT DALAM INTERNET BUKAN BUKTI SAHIH LAGI?
JELAS KAMU SEMUA DALAM PR ADALAH PENIPU PALING BESAR.
"Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan. Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela. "Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya.
INI LAGI SATU PENIPUAN SECARA TERANG-TERANG OLEH SEORANG PEMIMPIN YANG MEMPERJUANGKAN KETELUSAN?
MACAM MANA BOLEH DIKATAKAN ELI WONG MANGSA DAN FAIRUS LETAK JAWATAN SECARA SUKARELA?
KALAU TERKENA ATAS BATANG HIDUNG KAMU, KAMU AKAN MEMPERTAHANKAN DENGAN SERIBU DALIL TAPI KALAU ORANG LAIN KAMU ASAK DAN PAKSA MEREKA LETAK JAWATAN.
Sementara itu, Elizabeth pula akan mengeluarkan kenyataan sama ada beliau menerima atau tidak tawaran tersebut
SUDAH TENTU BELIAU AKAN TERIMA KERANA ELAUN ADUN DAN EXCO SUNGGUH LUMAYAN.
ULASAN
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
FIKRLAH DENGAN MATA HATI AKAN KEBIADAPAN SEORANG PEMIMPIN YANG TIDAK SEGAN SILU MEMPERMAINKAN RAKYAT SELANGOR DENGAN HUJAH YANG AMAT BODOH UNTUK MENEGAKKAN SEORANG YANG TELAH MENGAKU TERLIBAT DALAM ISU SALAH MORAL TAPI DILANTIK SEMULA SEBAGAI EXCO KERAJAAN NEGERI.
BAGI DIRI YANG MENERIMA SEMULA JAWATAN TERSEBUT, KAMU BUKANLAH SEORANG YANG BERPRINSIP DALAM HIDUP KERANA CAKAP LAIN BUAT LAIN.
BAGAIMANA DENGAN ULASAN PARA ULAMA DALAM PAS.. MUNGKIN PEMIMPIN DAN ULAMA PAS SEDANG MENCARI-CARI AYAT ATAU NAS DALAM HADITH UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI SANDARAN MEMPERTAHANKAN KEPUTUSAN MB SELANGOR INI.
BEGINILAH LAKONAN PARA PELAKON DALAM PR YANG MENIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP ATAS NAMA HAK ASASI MANUSIA.
SEKIRANYA KEPERIBADIAN SESEORANG ITU JELAS BURUK BAGAIMANA MEREKA BOLEH MEMIMPIN SEBUAH MASYARAKAT?
PERKARA INI PARA ULAMA DALAM PAS TIDAK SEDARKAH?
ATAU KAMU MENGGUNAKAN HUKUM ISLAM HANYA UNTUK MENGHUKUM UMNO SAHAJA?
BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH MEMPUNYAI ADAB DALAM DIRI MEREKA.
FIKIR-FIKIRKANLAH KEJADIAN INI DAN JADIKANLAH TAULADAN DAN INGATLAH PERILAKU BURUK PEMIMPIN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT INI.
MEREKA YANG SAMA INILAH YANG AKAN MELAUNGKAN SLOGAN PEMIMPIN PKR ADALAH PEMIMPIN YANG BERAKHLAK BERSIH, BERMORAL, TIDAK RASUAH DAN SEBAGAINYA UNTUK MEMANCING UNDI.
INGATLAH
SAYA MENYERU SUPAYA KITA MENGHAYATI PENIPUAN MEREKA INI DAN MENOLAK SEGALA KEMUNGKARAN DARI AHLI POLITIK YANG MENYELEWENG HATTA DARI SEBUAH PARTI YANG MENGAKU LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN IAITU PAS.
SEMOGA KITA SELAMAT DARI SEKSAAN ALLAH...AMIN

Tuesday, April 14, 2009

Sikap Penyokong Parti Islam dan PKR


Ini sekadar pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang memerhatikan sikap dan tingkahlaku sesetengah ahli dan penyokong PAS dan PKR. Sekiranya ada yang kurang senang dengan kritikan saya ini anggaplah ianya satu pandangan peribadi, mohon maaf.
Namun saya mohon agar masih ada yang masih mempunyai kesedaran di hati mereka mengenai keutamaan membela bangsa kita kerana tanpa bangsa maka tiadalah Islam di Malaysia ini.

1. Jelas tergambar dari segi nukilan dan ulasan para penyokong maupun pemimpin yang mengelarkan diri mereka sebagai ulama atau pejuang islam menggunakan bahasa hina memaki hamun dan fitnah sebagai satu amalan rutin mereka ketika memberikan ulasan dalam blog.

2. Mereka ini semua ahli dalam bidang agama dan hafal hadith dan ayat al quraan tapi mereka tidak faham maksud ayat dan hadith yang dihafalkan itu... mengapa saya berkata begitu?

3. Dalam islam dilarang seseorang itu memanggil seseorang yang lain dengan panggilan yang buruk.. tapi penyokong PAS dan PKR dengan lantang dan bangganya memanggil orang islam dalam UMNO dengan pelbagai nama yang menjijikkan... adakah ini ajaran dari Rasullullah?

4. Kalau orang bukan islam melihat sudah tentu mereka akan menyangkakan islam memang mengajar umatnya bersikap seperti itu.. sebab apa yang terdampar dalam blog PAS dan PKR semuanya membuktikan apa yang saya katakana..

5. Semua orang yang mengaku islam tahu hukum kita menyebarkan fitnah tetapi kebanyakan dari penyokong, ahli dan pemimpin PR memang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menyerang keperibadian orang lain.

6. Telah jelas dalam islam sendiri bahawa kita dilarang membuka keaiban diri sendiri.. inikan pula keaiban orang lain.. malahan kalau benda itu tidak jelas siapakah pelakunya maka tidak seharusnya kita perbesarkan sehingga menjadi fitnah dan tohmahan..

7. Pemahaman islam yang dipegang oleh penyokong dan ahli PAS dan PKR adalah berdasarkan penjelasan dan huraiandari pemimpin mereka di ceramah dan kuliah politik yang meracuni pemikiran umat islam dengan tafsiran yang menjurus kepada kepentingan politik semata-mata.

8. Jelas dalam kes mengundi calon bukan Melayu Islam, dahulunya haram tapi kini halal.. dikeluarkan nas dan dalil untuk menghalalkannya... ini adalah amalan pemimpin PAS...

9. Malangnya penyokong dan ahli PAS seolah-olah tidak boleh mempertimbangkan kesahihan dan ketepatan segala maklumat yang dibawa oleh pemimpin yang menyesatkan ini...

10. Dahulu a. Samad Ismail mengatakan tindakan beliau mengadakan perarakan anti PPSMI tiada hubungan dengan mana-mana parti politik tetapi kini beliau sendiri berceramah di pentas PR dan membuat tuduhan terhadap orang UMNO.. apakah pendirian orang seperti ini... tidakkah ahli PAS sedar dengan sifat-sifat kemunafikan yang terserlah dalam diri orang seperti ini?

11. Suatu ketika dahulu, Anwar Ibrahim dikutuk oleh pemimpin PAS kerana salah laku seks tetapi kini Anwar disanjung dan dilantik menjadi ketua dalam PR... dimanakah maruah ahli PAS yang melaungkan takbir setiap kali ucapan pemimpin sesat mereka mengutuk orang lain?

12. Di manakah perginya semangat jihad ahli PAS apabila Karpal Singh berkata LANGKAH MAYAT SAYA KALAU PAS MAHU DIRIKAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA? Mengapa tiada seorang ahli PAS yang berani bangun berdiri mempertikaikan kenyatan Karpal itu?

13. Di manakah maruah pejuang PAS semasa seorang pemimpin PR yang kafir dengan bangga menggunakan ayat suci al quraan dengan niat untuk menghina orang islam dalam UMNO dan menyambut salam pemimpin bukan Islam ini dengan salam serta takbir?.. mengapakah kamu semua buta hati dalam soal ini?

14. Janganlah kerana kepentingan politik kamu tolak maruah agama dan bangsa?

15. Mengapakah tiada seorang ahli PAS mempersoalkan kenyataan penafian Nizar dalam perbahasan DUN Perak tahun 2008 bahawa PAS akan melaksanakan hukum Islam di Malaysia? Adakah kamu semua takut kehilangan undi orang cina? Kamu lupa ke bahawa yang memberi kemenangan itu hanyalah Allah? Lupa ke?

16. Kenapa tiada seorang ahli dan penyokong PAS yang menyelidiki kesahihan amanat Haji Hadi tahun 1982 yang mengharamkan semua perkara berkaitan dengan UMNO sehinggakan sembelihan, menghadiri majlis kenduri, menyembahyangkan jenazah orang UMNO, bernikah dengan orang UMNO diharamkan? Tidakkah kamu semua amat peka dalam ilmu agama?

17. Tidakkah ada di antara ahli dan penyokong PAS yang sedar bahawa perjuangan sebenar DAP adalah untuk menegakkan sebuah negara ala Singapura? Bukankah mereka mempunyai persamaan dalam perjuangan politik? Mengapa masih kamu redha atas apa yang pemimpin kamu lakukan?

JAWAPAN KE ATAS PERSOALAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT:


18. AHLI, PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAS TELAH BUTA HATI MEREKA UNTUK MENERIMA KEBENARAN BIARPUN KEBENARAN ITU BERADA DIHADAPAN MATA SEKALIPUN.

19. MEREKA TERLALU TAKSUB DENGAN PEMIMPIN MEREKA YANG MENGGUNAKAN ISLAM DAN AYAT AL QURAAN UNTUK MENJELASKAN SESUATU PENIPUAN DALAM POLITIK.

20. MEREKA SEDAR BAHAWA DAP ADALAH MUSUH ISLAM TAPI MEREKA AKUR DENGAN PERINTAH PEMIMPIN MEREKA YANG TAKSUB UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA UNTUK BERKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM INI.

21. ISLAM YANG DIFAHAMI OLEH MEREKA ADALAH ISLAM YANG DIACUKAN OLEH PEMIMPIN PAS MENGIKUT SELERA DAN KEHENDAK SEMASA. INI KERANA PEMIMPIN PAS MEMPUNYAI THINK TANK YANG MAHIR MENYALAHGUNAKAN AYAT SUCI AL QURAAN UNTUK MEMPERTAHANKAN SEGALA TINDAKAN MEREKA WALAUPUN IANYA SALAH DI SISI ISLAM..

22. SEMOGA MEREKA YANG MASIH ADA SEDIKIT KEIMANAN MEMAHAMI NUKILAN INI..

SALAM

Saturday, April 11, 2009

PAS MENIPU ORANG ISLAM

MENGAPA PEMIMPIN PAS MASIH TIDAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN DALAM PEMBICARAAN KES PEMBUNUHAN ALTANTUNYA?

Pertama

Mereka ingin gunakan isu ini untuk kepentingan dalam politik mereka walaupun mereka sedar bahawa untuk menuduh seseorang itu melakukan satu pembunuhan perlu ada 4 saksi yang tidak fasik dan sekiranya orang yang dituduh sudah bersumpah dengan nama Allah maka terlepas ia dan ia hanya bertanggungjawab sumpahnya dengan Allah.

Kedua

Tiada iman yang kukuh dalam jiwa para pemimpin PAS kerana ada sifat suka menjatuhkan maruah seseorang dengan menggunakan pelbagai tuduhan dan fitnah dalam setiap ceramah politik dan agama yang diadakan oleh pemimpin PAS dengan niat untuk mendapat sambutan para pendengar dan sokongan mereka.

Ketiga

Pemimpin PAS yang mnedakwa islam dan mahu berjihad di jalan Allah ini bersengkokol dengan para munafik yang nyata dalam PR untuk mengunakan isu ini sebagai modal politik dalam menarik minat orang ramai.

JELASLAH BAHAWA NIAT MEREKA BUKANNYA IKHLAS KEPADA ALLAH... MEREKA LEBIH PENTINGKAN MENDAPAT SOKONGAN MANUSIA DARI KEREDHAAN ALLAH.. WALAUPUN SAMPAI PERLU MEMBUAT FITNAH MEREKA PUN SANGGUP LAKUKAN..

RAMAI ANAK MUDA TERPENGARUH DENGAN DAKWAAN MEREKA INI.. ADAKAH MEREKA SANGGUP MENANGGUNG DOSA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN? BAGAIMANA PULA FITNAH YANG MEREKA MULAKAN DIBAWA OLEH AHLI2 PAS YANG TIDAK TAHU HUJUNG PANGKAL... ???

SUDAHKAN MEREKA LUPA BAHAWA SEMASA ANWAR IBRAHIM BERADA DALAM KERAJAAN BN, MEREKA KUTUK BELIAU DAN PEMIMPIN PAS LAH ANTARA YANG MEMBAWA ISU SALAH LAKU SEKS DALAM PARLIMEN DAN MENUNTUT SUPAYA PERKARA INI DISIASAT..

APABILA ANWAR KELUAR DARI UMNO, MEREKA MEMBUAT PAKATAN DAN MENERIMA ANWAR SEBAGAI WIRA DAN BERSIH DARI SEGALA KEBURUKAN DAN SALAH LAKU SEKS.. MEREKA LUPAKAH INI???

FIKIR – FIKIRKANLAH SAUDARA KU

BETULKAH PEMIMPIN PAS INGIN MENEGAKKAN ISLAM?

1. Cubalah renung sebentar kenyataan ini..ADAKAH PEMIMPIN DAN AHLI PAS MEMPERKENALKAN ISLAM DI NEGARA INI? Secara ikhlas jawablah... adakah ianya benar?

2. Mari kita lihat apa yang PAS telah lakukan dalam Malaysia dan sejauhmanakah sinar Islam diangkat di Malaysia oleh pejuang dalam PAS?

3. Apakah sumbangan PAS mengujudkan perpaduan dalam masyarakat Islam Melayu di Malaysia?

i. PAS mengharamkan ahli mereka sembahyang berimamkan Imam ahli UMNO.

ii. PAS mengharamkan ahli mereka menyembahyangkan jenazah ahli UMNO.

iii. PAS mengharamkan ahli mereka memakan hasil sembelihan ahli UMNO dan menghadiri majlis kenduri ahli UMNO,

vi. PAS mengharamkan ahli mereka menonton siaran TV milik kerajaan maupun siaran ceramah dan dialog agama.

v. PAS mengecam dan menghina wanita Islam dalam UMNO yang tidak memakai hijab dan mengutuk sekiranya wanita memakai tudung yang biasa dipakai oleh ahli UMNO.

4. Saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada pemimpin dan ahli PAS iaitu selama PAS ditubuhkan sehingga ke hari ini dari aspek perpaduan sesama Melayu Islam di negara ini:

i. berapa ramaikah orang bukan Islam diislamkan?

ii. berapa ramaikah menagih dadah dapat dikembalikan ke jalan asal?

iii. berapa ramaikah mat rempit dan bohsia dapat diinsafkan?

iv. Berapa ramai ahli keluarga yang bergaduh dan bercerai berai akibat berlainan fahaman politik di damaikan?

ADAKAH PAS IKHLAS UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA?

5. Satu lagi persoalan yang perlu ditanya secara ikhlas kepada kepimpinan ulama PAS iaitu adakah mereka benar-benar ikhlas untuk menegakkan pelaksanaan hukum islam di Malaysia.

6. Apakah pandangan dan taksiran kita semua terhadap telatah dan Tindakan melampau pemimpin PAS yang mengaku Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu seperti berikut:

i. Wajarkah seorang pemimpin yang memperjuangkan Nur Islam yang mementingkan akhlak yang mulia dalam jiwa setiap insan mempertahankan Elizabeth Wong dalam isu gambar bogel???

ii. Adakah patut seorang yang mengaku ulama dan faham hokum Islam mengatakan tidak apa bagi orang bukan Islam membaca ayat al Quraan.. sedangkan dalam hokum fekah yang kita pelajari jikalau kita dalam hadas besar maka kita dilarang membaca ayat suci al Quraan.. bagaimana dengan Nga yang jelas kekafirannya.. boleh membaca ayat al quraan???

iii. Benarkah kenyataan seorang ulama yang mengatakan orang kafir boleh gunakan nama ALLAH dalam urusan agama mereka???? Nik Aziz mengatakan ianya boleh digunakan kerana dahulu telah diguna oleh orang kafir di zaman Rasullullah???

7. KETAHUILAH KALIAN SEMUA, PEMIMPIN PAS MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK MENCAPAI TUJUAN POLITIK MEREKA.. MEREKA MENUDUH UMNO MENOLAK ISLAM DAN MEREKA MEMILIH ISLAM..

8. PEMIMPIN ISLAM BUKAN MENYUMBANG KEPADA PERPADUAN DALAM MELAYU ISLAM TETAPI TELAH MEMECAH BELAHKAN MEREKA MENJADI DUA KUMPULAN UTAMA YANG SALIN BENCI MEMBENCI ANTAA SATU SAMA LAIN.. KHASNYA DARI PIHAK PAS TERHADAP AHLI UMNO..

9. SEKIRANYA MEREKA PEJUANG SEBENAR ISLAM, TIADA MAKI HAMUN, TUDUHAN DAN TOHMAHAN, FITNAH DAN DOMBA YANG MENJADI ALAT BERKEMPEN DAB CERAMAH MEREKA..

10. ISLAM ADALAH AGAMA YANG MURNI DAN SENTIASA MENGAJAR UMATNYA BERSANGKA BAIK TERHADAP KETENTUAN ALLAH.. BUKANNYA MENOLAK KETENTUAN ALLAH APABILA KEDUDUKAN DAN KEMEWAHAN DITARIK BALIK..

SEDARLAH KALIAN

APA MAKNA KEMENANGAN DI DUA BUKIT KEPADA PAS?

1. Satu persoalan yang perlu dijawab oleh penyokong PR khasnya Melayu PAS dan Melayu PKR samada kemenangan calon PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah satu petanda bahawa perjuangan mereka adalah benar di sisi Allah dan diredhaiNya? Dalam masa yang sama adakah UMNO satu parti yang dihukum Allah atas kejahatan mereka sebagaimana dakwaan kumpulan PR sebelum ini?


2. Mari kita lihat dua scenario yang berlaku semasa pilihan raya kecil (PRK) di dua bukit yang lalu.


3. Di pihak PR, mereka menggunakan beberapa isu yang lebih menumpukan kepada penyerangan kredibiliti pemimpin2 dalam UMNO seperti berikut:


i. isu memburukkan kepimpinan UMNO Islam sebagai kumpulan yang menolak Islam dalam perjuangan mereka,


ii. UMNO juga dituduh bergelumang dengan amalan rasuah,

iii. tidak membela rakyat dan mementingkan kroni,


vi kezaliman pihak polis dalam menjalankan tugas dengan menyeksa dan membunuh beberapa suspek penjenayah, dan beberapa isu yang kadang kala menjijikkan.


4. Kepimpinan PAS juga menyanggah tuduhan UMNO berhubung dengan penggunaan ayat suci al Quraan oleh pemimpin kanan DAP Nga dalam kempen pilihan raya di Bukit gantang baru – baru ini.


5. Menurut pemimpin PAS Nik Aziz, beliau membenarkan Nga menggunakan ayat suci al quraan sebagai satu jalan berdakwah dan menjinakkan pemimpin DAP supaya menerima Islam dan salah satu taktik berdakwah mereka kepada pemimpin DAP.


6. Pemimpin Melayu PKR Badrul Amin juga menegakkan benang basah tindakan Nga menggunakan ayat al quraan dalam kempen politik dengan mengatakan bahawa Tindakan itu adalah usaha untuk mendedahkan pemimpin DAP kepada kemurnian Islam.


7. Haji Hadi dalam ceramah politik di Taman Ria Jaya mengarahkan semua ahli PAS mengundi calon PKR berbangsa India dan memberi amaran kepada ahli PAS sekira mereka tidak mengundi calon PKR bermakna mereka pengkhianat kepada kepimpinan PAS Kedah. Beliau menggunakan ayat suci al Quraan untuk menghalalkan arahan beliau itu.


8. Tapi tidakkah ahli PAS yang sama sudah lupa amanat haji hadi yang menghalalkan darah seseorang yang berkerjasama dengan orang yang tidak menerima Islam sebagai panduan hidup.


9. Tidakkah ahli PAS lupa kenyataan pemimpin DAP yang mengatakan langkah mayat mereka dahulu sekiranya PAS ingin melaksanakan hokum Islam di Malaysia ini?


10. Sudahkan atau amat mudah ahli PAS lupa bagaimana Nizar mengatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan PAS akan melaksanakan hokum islam di Malaysia semasa persidangan DUN Perak Jun 2008?


11. Dalam laporan berita, nik aziz mengatakan beliau meleleh air mata apabila mendengar nyanyian penyanyi rock Amy Search yang mendendangkan lagu berunsur ketuhanan dalam bentuk rock? Dan mengatakan bukan sahaja ulama dan pemimpin yang mampu berdakwah, penyanyi juga dibenarkan dalam Islam?



12. Apakah makna semuanya ini? Adakah benar kita kini telah berada di akhir zaman sebagai amaran Rasullullah dahulu?


13. Rasullullah pernah mengatakan akan berlaku di akhir zaman kelak orang akan mengikut mereka yang pandai berkata-kata mengenai islam dan yang menggunakan islam sebagai alat untuk mencapai tujuan keduniaan.


14. Di akhir zaman kelak akan ada orang yang akan memperniagakan islam dengan harga yang amat murah? Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasullallah ini?


15. Marilah kita lihat permainan pemimpin2 yang mengaku islam ini menipu rakyat dengan ayat suci al Quraan..


16. Bagi pemimpin seperti ini, kemenangan di dua bukit bukanlah kejayaan yang patut dibanggakan dan memperkecilkan UMNO...


17. Ingatlah semuanya yang berlaku di dunia ini adalah DUGAAN ALLAH..


18. Dahulu umat manusia awal takut untuk menerima amanah memikul tanggungjawab memerintah tapi zaman sekarang pemimpin Islam PAS bernai dan mengejar untuk mendapatkan kuasa dan memerintah, walaupun terpaksa mengguna pelbagai cara yang jijik dan dipandang hina disisi Allah..


SEDARLAH KALIAN

Thursday, April 2, 2009

ADAKAH NIZAR JAMALUDDIN MENERIMA KETENTUAN ALLAH?

TUJUAN PENULISAN INI ADALAH UNTUK MELIHAT SEJAUHMANAKAH MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN ISLAM ADALAH BENAR-BENAR PEMIMPIN ISLAM YANG MENERIMA KETENTUAN ALLAH ATA DIRINYA DALAM KEADAAN REDHA.


DARI HUDZAIFAH BIN ASID KATANYA RASULLULLAH SAW BERSABDA

“ SETELAH NUTFAH BERADA DALAM RAHIM 40 ATAU 45 MALAM, MAKA DATANGLAH MALAIKAT KEPADANYA, SERAYA BERTANYA KEPADA ALLAH TA’ALA, ‘ YA, TUHAN! APAKAH SIA INI CELAKA ATAU BAHAGIA?’ MAKA DITULISNYA SALAH SATU DI ANTARA KEDUANYA. TANYA, ‘ADAKAH DIA LAKI-LAKI ATAU PEREMPUAN?’ MAKA DITULISNYA SALAH SATU DIANTARA KEDUANYA. KEMUDIAN DITULISNYA PULA AMALAN SERTA HASIL AMALANNYA, AJALNYA DAN REZKINYA. KEMUDIAN BUKUNYA DILIPATKAN, TIDAK DITAMBAH DAN TIDAK DIKURANG”.


KETENTUAN ALLAH TERHADAP NIZAR JAMALUDDIN SEBELUM INI.


KETENTUAN ALLAH TERHADAP NIZAR TELAH JELAS DI MANA BELIAU TELAH DILAHIRKAN PADA 17 MAC 1957 DAN BERSEKOLAH DI SEK. RENDAH ANGLO-CHINESE KAMPAR SEBELUM MENERUSKAN PENDIDIKAN KE SEK MENENGAH ANGLO-CHINESE SCHOOL KAMPAR DAN SEK MEN TEKNIK IPOH. BELIAU MENYAMBUNG PELAJARAN DI PERINGKAT A-LEVEL DAN IJAZAH DI LONDON. KEMUDIAN BELIAU TELAH DITAKDIRKAN BERKAHWIN DENGAN FATIMAH TAAT DAN DIKURNIAKAN DENGAN SEMBILAN ORANG ANAK.


DALAM POLITIK BELIAU DITAKDIRKAN MEMASUKI PERTANDINGAN DALAM PILIHAN RAYA DI PARLIMEN KUALA KANGSAR PADA TAHUN 2004 TAPI ATAS KETENTUAN ALLAH BELIAU TEWAS. PADA BULAN MAC 2008, BELIAU BERTANDING DI DUN PASIR PANJANG DAN MENDAPAT KEMENANGAN.

TIMBUL KEKECOHAN PERLANTIKAN MB PERAK BARU, DI MANA DAP TIDAK BERSETUJU DENGAN NAMA BELIAU TETAPI LEBIH KEPADA NAMA NGEH KOO HAM ATAU JAMALUDDIN MOHD RADZI SEBAGAI CALON DAP. TETAPI ATAS KETENTUAN ALLAH BELIAU TELAH DIANGKAT MENJADI MB PERAK DENGAN IZIN ALLAH.


SELEPAS MEMERINTAH 11 BULAN TIMBUL KEMELUT POLITIK EKORAN 3 ADUN PR BERTINDAK KELUAR DARI PR DAN MENJADI ADUN BEBAS. INI MEMBERI KELEBIHAN KEPADA BN UNTUK MENGAMBIL ALIH KUASA DARI PR. NIZAR PADA MULANYA MENYERAHKAN SEGALA KEPUTUSAN KEPADA BANGINDA SULTA PERAK DAN AKAN MEMATUHINYA.


TETAPI SETELAH BAGINDA SULTAN MENGARAHKAN BELIAU MENGOSONGKAN JAWATAN, NIZAR BINGKAS MELAWAN TITAH PERINTAH SULTAN. MAKA DISINILAH BERMULANYA PERSOALAN YANG SAYA CUBA KETENGAH DI ATAS.


MUSLIM MESTI PATUH KEPADA QADAR ALLAH


SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG MEMPERJUANGKAN SINAR ISLAM, SUDAH TENTU SEGALA YANG BERLAKU AKAN DITAFSIRKAN SEBAGAI KEHENDAK ATAU TAKDIR YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA. KITA DISYORKAN MUNASABAH DIRI DAN MEMOHON KEAMPUNAN DAN PERTOLONGAN ALLAH.


TETAPI APA YANG DILAKUKAN OLEH NIZAR? BELIAU MEMOHON SEMBAH DERHAKA DAN MASIH MENGATAKAN BAHAWA BELIAU ADALAH MB PERAK.


KEDEGILAN DAN SIFAT LUPAKAN KETENTUAN ALLAH INI MENYEBABKAN KEADAAN DI PERAK TIDAK STABIL DAN BERLAKU FITNAH DI KALANGAN MASYARAKAT, KHASNYA ORANG ISLAM.



ADAKAH NIZAR PATUH PADA QADAR YANG DITETAPKAN KE ATASNYA?



SEMUA TAHU SEHINGGA KINI BELIAU MASIH MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN BELIAU SEBAGAI MB DAN RELA MEMBIARKAN ORANG ISLAM BERPECAH BELAH ANTARA SATU SAMA LAIN. LEBIH TERUK LAGI BELIAU SANGGUP MENERIMA TWARAN MENJADI CALON PAS UNTUK BERTANDING DI BUKIT GANTANG.


MASYARAKAT SEMUA TAHU SIAPAKAH YANG MAHUKAN NIZAR DIPILIH SEBAGAI CALON – DAP!


KINI PEMIMPIN DAP MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA NIZAR DAN SEKIRANNYA NIZAR IKHLAS DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM, MEREKA TIDAK MEMRLUKAN BANTUAN DAP. CUKUP SEKADAR PERTOLONGAN ALLAH.



KENAPA NIZAR BERTINDAK BEGITU?


SETIAP ORANG ALLAH DUGA DENGAN PELBAGAI BENTUK DUGAAN. NIZAR ALLAH JADIKAN KEKUASAAN DAN KEDUDUKAN SEBAGAI DUGAANNYA. NAMPAK JELAS BELIAU TEWAS.


MENGAPAKAH BELIAU TEWAS DUGAAN ALLAH?


KERANA SEBELUM INI BELIAU MEMPERMAINKAN AYAT ALLAH DALAM BERKEMPEN DAN MENYERU SUPAYA PENGUNDI MENGUNDI CALON YANG BERAGAMA ISLAM DAN BERKEHENDAKKAN HUKUM ALLAH. TETAPI BILA MEMERINTAH BELIAU LUPA AKAN JANJINYA ITU.


ADAKAH NIZAR PEMIMPIN ISLAM SEJATI?


SETELAH MELIHAT TINGKAH LAKU BELIAU YANG TIDAK REDHA AKAN KETENTUAN ALLAH TERHADAPNYA MAKA PENILAIAN YANG BOLEH DIBUAT OLEH KITA SEBAGAI MASYAKAT UMUM ADALAH BELIAU TIDAK REDHA DENGAN APA YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH KEPADANYA.


APAKAH KEPUTUSAN KALIAN?


KITA TOLAK PEMIMPIN YANG MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK TUJUAN KEDUNIAAN DAN BUKAN KERANA ALLAH.

PERTANYAAN KEPADA AHLI DAN PENYOKONG PAS

KEPADA SAUDARA SEKALIAN, DALAM SOAL KITA MENGATAKAN PAS LEBIH ISLAM DARI UMNO DAN UMNO ADALAH PARTI SEKULAR, SAYA INGIN MEMINTA PANDANGAN IKHLAS SAUDARA SEKALIAN UNTUK MEMBACA DAN MEMBERI PANDANGAN SEJUJUR MUNGKIN TERHADAP PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN DI BAWAH.

1. APAKAH PANDANGAN KALIAN MENGENAI KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ BAHAWA PENGGUNAAN NAMA ALLAH UNTUK ORANG BUKAN ISLAM DIBOLEHKAN KERANA DI DALAM AL QURAN MEMANG TERCATAT PERKARA INI?


2. APAKAH PENDIRIAN KALIAN DENGAN KENYATAAN NIZAR DALAM MESYUARAT DUN PERAK PADA BULAN JUN 2008 BAHAWA TIADA BUKTI YANG MENGATAKAN PAS AKAN MENDIRIKAN KERAJAAN ISLAM DI PERAK?

3. APAKAH PENDIRIAN KALIAN DENGAN KENYATAAN PEMIMPIN PAS BAHAWA MENGUNDI PAS KALIAN AKAN MENDAPAT PAHALA DAN MEMASUKI SYURGA?

4. APAKAH PENDIRIAN KALIAN SEKIRANYA SESEORANG ITU GAGAL MEMENUHI JANJI APABILA MEREKA BERJANJI SEPERTI JANJI DALAM PILIHAN RAYA MAKA ADAKAH MEREKA INI BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI MUNAFIK?

5. APAKAH PENDIRIAN ANDA MEMAKAN SEMBELIHAN AHLI UMNO HARAM ATAU TIDAK KERANA PAS MENGHARAMKAN AHLINYA MEMAKAN SEMBELIHAN ORANG UMNO?

6. APAKAH TANGGAPAN KALIAN SEMBAHAYANG DIBELAKANG IMAM UMNO ADALAH TIDAK SAH KERANA PAS MENGATAKAN MENJADI MAKMUM KEPADA IMAM UMNO SEMBAHYANGNYA TIDAK SAH?

7. ADAKAH PARTI PAS ADALAH SEBUAH PARTI ISLAM?

8. ADAKAH PAS AKAN MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM?

9. ADAKAH PAS MENYURUH AHLINYA BERGERAK DAN BERTINDAK SEPERTI MENURUT KEPERIBADIAN UMAT RASULLULLAH?

Wednesday, April 1, 2009

Nizar Menidakkan Pas Akan Menubuhkan Negara Islam



NIZAR MENAFIKAN PRINSIP PAS SENDIRI!



Dalam blog Dare to Make A Choice memaparkan sedutan rakaman video dalam perbahasan DUN Perak mengenai penjelasan rasmi bekas MB Perak Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa Pas tidak pernah menyatakan dalam mana-mana bentuk penjelasan baik dalam bentuk transkrip, memorandum atau dalam pelembagaan Pas yang menyatakan Pas akan melaksanakan Negara Islam sekiranya memerintah negara ini.

Ulasan

Masyallah... mengapa perkara ini boleh terjadi, sedangkan kita ketahui bahawa Pas adalah sebuah parti yang mendakwa sebuah parti Islam dan mendaulatkan hokum Allah. Terdapat kenyataan pemimpin Pas bahawa memilih calon dari parti Pas seumpama memilih ke jalan syurga.. tetapi lain pula yang dikatakan oleh sdr Nizar dalam siding DUN Perak.

Adakah selama ini, pemimpin utama Pas telah membohongi rakyat dan ahli Pas sendiri?

Adakah Pas ini sebenarnya sebuah parti yang sama seperti parti – parti yang ada di Malaysia ini?

Saya menyeru kepada semua umat Melayu Islam, TOLAK pemimpin sebegini.

Bagi pengundi di Bukit Gantang lihatlah kebenaran yang ada di hadapan anda.. buatlah pilihan yang bijak.. janganlah kamu dikaburi dengan dendangan nyanyian Nizar yang menyeru ke arah Islam tapi dialah yang menyatakan Pas tidak pernah berhasrat untuk menubuhkan negera Islam di Malaysia.

Mengapakah Nizar berkelakuan sebegini?

Mudah sahaja jawapannya.. Nizar sebenarnya lebih menjaga hati rakan politiknya iaitu Nga dan Ngeh yang ketika itu berada dalam siding DUN yang sama..

Sekiranya beliau menegaskan Pas akan melaksanakan hokum Islam maka rakan DAP nya akan membantah dan membuat satu pungutan suara mengangkat MB yang lain dalam PR Perak.

Adakah ini pejuang Islam yang kita puja dan sanjungi.

Sedutan video itu mengambarkan segalanya...

Para pengundi Bukit Gantang, baik yang muda dan tua.. fikir-fikirkanlah perkara

Kita mendengar momokan Pas bahawa UMNO parti yang menolak Islam tetapi kini jelas Pas sebenarnya yang menipu rakyat dengan menggunakan ayat Allah..

Salam