Thursday, April 2, 2009

ADAKAH NIZAR JAMALUDDIN MENERIMA KETENTUAN ALLAH?

TUJUAN PENULISAN INI ADALAH UNTUK MELIHAT SEJAUHMANAKAH MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN ISLAM ADALAH BENAR-BENAR PEMIMPIN ISLAM YANG MENERIMA KETENTUAN ALLAH ATA DIRINYA DALAM KEADAAN REDHA.


DARI HUDZAIFAH BIN ASID KATANYA RASULLULLAH SAW BERSABDA

“ SETELAH NUTFAH BERADA DALAM RAHIM 40 ATAU 45 MALAM, MAKA DATANGLAH MALAIKAT KEPADANYA, SERAYA BERTANYA KEPADA ALLAH TA’ALA, ‘ YA, TUHAN! APAKAH SIA INI CELAKA ATAU BAHAGIA?’ MAKA DITULISNYA SALAH SATU DI ANTARA KEDUANYA. TANYA, ‘ADAKAH DIA LAKI-LAKI ATAU PEREMPUAN?’ MAKA DITULISNYA SALAH SATU DIANTARA KEDUANYA. KEMUDIAN DITULISNYA PULA AMALAN SERTA HASIL AMALANNYA, AJALNYA DAN REZKINYA. KEMUDIAN BUKUNYA DILIPATKAN, TIDAK DITAMBAH DAN TIDAK DIKURANG”.


KETENTUAN ALLAH TERHADAP NIZAR JAMALUDDIN SEBELUM INI.


KETENTUAN ALLAH TERHADAP NIZAR TELAH JELAS DI MANA BELIAU TELAH DILAHIRKAN PADA 17 MAC 1957 DAN BERSEKOLAH DI SEK. RENDAH ANGLO-CHINESE KAMPAR SEBELUM MENERUSKAN PENDIDIKAN KE SEK MENENGAH ANGLO-CHINESE SCHOOL KAMPAR DAN SEK MEN TEKNIK IPOH. BELIAU MENYAMBUNG PELAJARAN DI PERINGKAT A-LEVEL DAN IJAZAH DI LONDON. KEMUDIAN BELIAU TELAH DITAKDIRKAN BERKAHWIN DENGAN FATIMAH TAAT DAN DIKURNIAKAN DENGAN SEMBILAN ORANG ANAK.


DALAM POLITIK BELIAU DITAKDIRKAN MEMASUKI PERTANDINGAN DALAM PILIHAN RAYA DI PARLIMEN KUALA KANGSAR PADA TAHUN 2004 TAPI ATAS KETENTUAN ALLAH BELIAU TEWAS. PADA BULAN MAC 2008, BELIAU BERTANDING DI DUN PASIR PANJANG DAN MENDAPAT KEMENANGAN.

TIMBUL KEKECOHAN PERLANTIKAN MB PERAK BARU, DI MANA DAP TIDAK BERSETUJU DENGAN NAMA BELIAU TETAPI LEBIH KEPADA NAMA NGEH KOO HAM ATAU JAMALUDDIN MOHD RADZI SEBAGAI CALON DAP. TETAPI ATAS KETENTUAN ALLAH BELIAU TELAH DIANGKAT MENJADI MB PERAK DENGAN IZIN ALLAH.


SELEPAS MEMERINTAH 11 BULAN TIMBUL KEMELUT POLITIK EKORAN 3 ADUN PR BERTINDAK KELUAR DARI PR DAN MENJADI ADUN BEBAS. INI MEMBERI KELEBIHAN KEPADA BN UNTUK MENGAMBIL ALIH KUASA DARI PR. NIZAR PADA MULANYA MENYERAHKAN SEGALA KEPUTUSAN KEPADA BANGINDA SULTA PERAK DAN AKAN MEMATUHINYA.


TETAPI SETELAH BAGINDA SULTAN MENGARAHKAN BELIAU MENGOSONGKAN JAWATAN, NIZAR BINGKAS MELAWAN TITAH PERINTAH SULTAN. MAKA DISINILAH BERMULANYA PERSOALAN YANG SAYA CUBA KETENGAH DI ATAS.


MUSLIM MESTI PATUH KEPADA QADAR ALLAH


SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG MEMPERJUANGKAN SINAR ISLAM, SUDAH TENTU SEGALA YANG BERLAKU AKAN DITAFSIRKAN SEBAGAI KEHENDAK ATAU TAKDIR YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA. KITA DISYORKAN MUNASABAH DIRI DAN MEMOHON KEAMPUNAN DAN PERTOLONGAN ALLAH.


TETAPI APA YANG DILAKUKAN OLEH NIZAR? BELIAU MEMOHON SEMBAH DERHAKA DAN MASIH MENGATAKAN BAHAWA BELIAU ADALAH MB PERAK.


KEDEGILAN DAN SIFAT LUPAKAN KETENTUAN ALLAH INI MENYEBABKAN KEADAAN DI PERAK TIDAK STABIL DAN BERLAKU FITNAH DI KALANGAN MASYARAKAT, KHASNYA ORANG ISLAM.



ADAKAH NIZAR PATUH PADA QADAR YANG DITETAPKAN KE ATASNYA?



SEMUA TAHU SEHINGGA KINI BELIAU MASIH MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN BELIAU SEBAGAI MB DAN RELA MEMBIARKAN ORANG ISLAM BERPECAH BELAH ANTARA SATU SAMA LAIN. LEBIH TERUK LAGI BELIAU SANGGUP MENERIMA TWARAN MENJADI CALON PAS UNTUK BERTANDING DI BUKIT GANTANG.


MASYARAKAT SEMUA TAHU SIAPAKAH YANG MAHUKAN NIZAR DIPILIH SEBAGAI CALON – DAP!


KINI PEMIMPIN DAP MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA NIZAR DAN SEKIRANNYA NIZAR IKHLAS DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM, MEREKA TIDAK MEMRLUKAN BANTUAN DAP. CUKUP SEKADAR PERTOLONGAN ALLAH.



KENAPA NIZAR BERTINDAK BEGITU?


SETIAP ORANG ALLAH DUGA DENGAN PELBAGAI BENTUK DUGAAN. NIZAR ALLAH JADIKAN KEKUASAAN DAN KEDUDUKAN SEBAGAI DUGAANNYA. NAMPAK JELAS BELIAU TEWAS.


MENGAPAKAH BELIAU TEWAS DUGAAN ALLAH?


KERANA SEBELUM INI BELIAU MEMPERMAINKAN AYAT ALLAH DALAM BERKEMPEN DAN MENYERU SUPAYA PENGUNDI MENGUNDI CALON YANG BERAGAMA ISLAM DAN BERKEHENDAKKAN HUKUM ALLAH. TETAPI BILA MEMERINTAH BELIAU LUPA AKAN JANJINYA ITU.


ADAKAH NIZAR PEMIMPIN ISLAM SEJATI?


SETELAH MELIHAT TINGKAH LAKU BELIAU YANG TIDAK REDHA AKAN KETENTUAN ALLAH TERHADAPNYA MAKA PENILAIAN YANG BOLEH DIBUAT OLEH KITA SEBAGAI MASYAKAT UMUM ADALAH BELIAU TIDAK REDHA DENGAN APA YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH KEPADANYA.


APAKAH KEPUTUSAN KALIAN?


KITA TOLAK PEMIMPIN YANG MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK TUJUAN KEDUNIAAN DAN BUKAN KERANA ALLAH.

2 comments:

Anonymous said...

SALAM ZIARA SDR
HMM MENARIK SKALI NUKILAN SDR. NIZAR NI JENIS SUSAH NK TERIMA HAKIKAT. PAKAI LE APE HUJAH SKALI PUN DIA TETAP KERAS HATI.
MENENTANG TAKDIR ILLAHI TU SAMA LA MENENTANG HUKUM ALLAH. BIARKAN!..BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DGN BOT-BOTNYA SEKALI!


http://jeffrydamien09.blogspot.com/

gynaecologist13may said...

salam sdra..
mudahnye anda menggunakan hadis dan ayat2 suci alquran hanya dlm konteks pemahaman saudara...sepat0tnye jgn mudah mmberi ulasan tanpa fakta yg kuk0h..klu stakat nak lepas 'geram' mcm ni cuma akan mer0sakkan akidah sdra sndri..
ape2 p0n..pas da mng kat bkt gantang..itu menunjukkan btape rakyat da b0san ngan pemerintahan politik masa kini...Allahuakbar!