Wednesday, April 15, 2009

PEMIMPIN PKR LIDAH BERCABANG

K'jaan S'gor kekalkan jawatan Eli - MalaysiaKini

Jimadie Shah Othman Apr 15, 09 1:55pm

Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok. Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.
INI LAH YANG DIKATAKAN MUNAFIK DALAM POLITIK - TELAH JELAS ELI WONG TERBABIT DALAM SALAH LAKU MORAL DENGAN TERBUKTINYA DALAM GAMBAR YANG DIKELUARKAN SENDIRI OLEH BEKAS BOYFRIENDS DAN BUKANNYA LAWAN DALAM POLITIK.
PIHAK POLIS MASIH MENERUSKAN PENYIASATAN DAN KES INI MASIH BELUM DITUTUP, MACAM MANA BOLEH DIKATAKAN PIHAK POLIS GAGAL MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MUKTAMAD?
Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.
MENAWAR DIRI MAKNANYA MELEPASKAN JAWATAN DENGAN SUKARELA BUKANNYA DENGAN KETERPAKSAAN.
ATAS PRINSIP MARUAH!

Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor kerana membuat keputusan tidak campur tangan dalam politik dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan. Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.
SIFAT TIDAK CAMPURTANGAN BAGINDA SULTAN SELANGOR DALAM URUSAN POLITIK TIDAK BERMAKNA KEPIMPINAN PKR SELANGOR BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERSALAHAN DENGAN PRINSIP PERJUANGAN YANG DILAUNG-LAUNGKAN OLEH PKR SEBELUM INI IAITU BERSIH DARI SEGALA PENYELEWENGAN, KETERBUKAAN DAN TELUS DALAM MENLAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB!
Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan isu peribadi. Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu. "Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya.
INI ADALAH SATU KENYATAAN YANG BERTENTANGAN DALAM KEPUTUSAN MENGAMBIL SEMULA ELI WONG SEBAGAI EXCO DUN SELANGOR.
MACAM MANA BOLEH DIKATAKAN PKR MEMANDANG SERIUS ISU MORAL DAN PERIBADI DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KALAU ADA BUKTI KUKUH?
BUKANKAH GAMBAR DAN PENGAKUAN ELI WONG SUDAH CUKUP DIJADIKAN SEBAGAI BUKTI?
ADAKAH GAMBAR ITU DIAMBIL SECARA TERPAKSA ATAU TERPAKSA RELA?
APA NI? CAKAP TAK SERUPA BIKIN?
"Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang. "Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.
KALAU DAH JELAS TERBUKTI SALAH LAKU MORAL MENGAPA MAHU DIPERTAHANKANNYA?
ATAS DASAR MENGHORMATI PRINSIP HAK PERIBADI?
Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan. Beliau juga ditanya sama ada Elizabeth ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut. "Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok," kata Khalid sambil menambah: "Anda datanglah esok". Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.
BAGAIMANA DENGAN PENDIRIAN PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM, PAS?
ADAKAH PEMIMPIN DAN ULAMA PAS MAHU BERSUBAHAT DALAM MENGIKTIRAFKAN SEORANG PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI AKHLAK YANG TERBUKTI BURUK SEBAGAIMANA KAMU MENERIMA ANWAR IBRAHIM SEBAGAI KETUA PR?
Ditanya sama ada keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BUKTI YANG SAHIH?
ELI WONG SENDIRI MENGAKUI BAHAWA GAMBAR ITU ADALAH GAMBARNYA YANG DIAMBIL OLEH BEKAS BOYFRIENDNYA DAHULU.. SEKARANG KATA TIADA BUKTI SAHIH?
TU YANG BERLAMBAK GAMBAR DAN VIDEO .. KAT DALAM INTERNET BUKAN BUKTI SAHIH LAGI?
JELAS KAMU SEMUA DALAM PR ADALAH PENIPU PALING BESAR.
"Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan. Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela. "Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya.
INI LAGI SATU PENIPUAN SECARA TERANG-TERANG OLEH SEORANG PEMIMPIN YANG MEMPERJUANGKAN KETELUSAN?
MACAM MANA BOLEH DIKATAKAN ELI WONG MANGSA DAN FAIRUS LETAK JAWATAN SECARA SUKARELA?
KALAU TERKENA ATAS BATANG HIDUNG KAMU, KAMU AKAN MEMPERTAHANKAN DENGAN SERIBU DALIL TAPI KALAU ORANG LAIN KAMU ASAK DAN PAKSA MEREKA LETAK JAWATAN.
Sementara itu, Elizabeth pula akan mengeluarkan kenyataan sama ada beliau menerima atau tidak tawaran tersebut
SUDAH TENTU BELIAU AKAN TERIMA KERANA ELAUN ADUN DAN EXCO SUNGGUH LUMAYAN.
ULASAN
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
FIKRLAH DENGAN MATA HATI AKAN KEBIADAPAN SEORANG PEMIMPIN YANG TIDAK SEGAN SILU MEMPERMAINKAN RAKYAT SELANGOR DENGAN HUJAH YANG AMAT BODOH UNTUK MENEGAKKAN SEORANG YANG TELAH MENGAKU TERLIBAT DALAM ISU SALAH MORAL TAPI DILANTIK SEMULA SEBAGAI EXCO KERAJAAN NEGERI.
BAGI DIRI YANG MENERIMA SEMULA JAWATAN TERSEBUT, KAMU BUKANLAH SEORANG YANG BERPRINSIP DALAM HIDUP KERANA CAKAP LAIN BUAT LAIN.
BAGAIMANA DENGAN ULASAN PARA ULAMA DALAM PAS.. MUNGKIN PEMIMPIN DAN ULAMA PAS SEDANG MENCARI-CARI AYAT ATAU NAS DALAM HADITH UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI SANDARAN MEMPERTAHANKAN KEPUTUSAN MB SELANGOR INI.
BEGINILAH LAKONAN PARA PELAKON DALAM PR YANG MENIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP ATAS NAMA HAK ASASI MANUSIA.
SEKIRANYA KEPERIBADIAN SESEORANG ITU JELAS BURUK BAGAIMANA MEREKA BOLEH MEMIMPIN SEBUAH MASYARAKAT?
PERKARA INI PARA ULAMA DALAM PAS TIDAK SEDARKAH?
ATAU KAMU MENGGUNAKAN HUKUM ISLAM HANYA UNTUK MENGHUKUM UMNO SAHAJA?
BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG MASIH MEMPUNYAI ADAB DALAM DIRI MEREKA.
FIKIR-FIKIRKANLAH KEJADIAN INI DAN JADIKANLAH TAULADAN DAN INGATLAH PERILAKU BURUK PEMIMPIN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT INI.
MEREKA YANG SAMA INILAH YANG AKAN MELAUNGKAN SLOGAN PEMIMPIN PKR ADALAH PEMIMPIN YANG BERAKHLAK BERSIH, BERMORAL, TIDAK RASUAH DAN SEBAGAINYA UNTUK MEMANCING UNDI.
INGATLAH
SAYA MENYERU SUPAYA KITA MENGHAYATI PENIPUAN MEREKA INI DAN MENOLAK SEGALA KEMUNGKARAN DARI AHLI POLITIK YANG MENYELEWENG HATTA DARI SEBUAH PARTI YANG MENGAKU LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN IAITU PAS.
SEMOGA KITA SELAMAT DARI SEKSAAN ALLAH...AMIN

No comments: