Wednesday, April 15, 2009

FITNAH BESAR MENIMPA UMAT ISLAM MELAYU





Inilah Wajah Islam yang diperjuangkan oleh pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat.


Di masa hadapan, semua bangsa yang beragama selain dari Islam boleh mendirikan sembahyang di belakang Imam Islam PR.




Gambar ini dicopy dari blog Perisik Rakyat pro PR yang bangga mengeluarkan ulasan seperti berikut:


" Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro KERAjaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang bukan Islam tak leh baca Al-Qur'an... berdosa..!" (aku tak paham tang mana yang berdosa tu sebab setahu aku, yang bukan Islam tak tertakluk pada dosa pahala, mati esok jadik kayu api dekat neraka... jadi aku heran... kah kah kah kah kah...!!!)Tengok gambar dekat bawah ni pulak... apa kata Pak Mufti..?Perkara ni berlaku di Perak... diulang Perak... bukan di Putrajaya atau di Terengganu atau mana-mana negeri lain.Komen Pak Mufti jangan tak komen..!
Empunya blog itu mencabar para mufti memberi komen mengenai dua orang sami bersembahyang jemaah di belakang seorang imam Islam dalam sebuah masjid yang didakwa di negeri Perak.
Apakah niat sebenar penyokong PR ini untuk menyiarkan gambar di atas?
Adakah untuk menunjukkan bahawa Islam itu amat liberal dan boleh berkongsi ruang untuk sembahyang dengan mana-mana penganut agama yang lain?
Adakah amalan ini pernah dilakukan oleh Rasullullah di masa zaman Baginda dahulu?
Semakin banyak kejadian pelik yang menimpa masyarakat Melayu Islam di Malaysia ni.. ada satu puak (PAS/PR) mengatakan adalah baik dan tidak menjadi masalah orang bukan Islam membaca, memegang al quraan dan mengkajinya.
Bagaimana pula hukum dalam agama kita kalau seseorang itu memegang naskah al quraan tanpa wuduk?
Membaca al quraan dalam hadas besar?
Bersembahyang berjemaah dalam satu saf bersama orang yang belum kita tahu keimanannya?
Kalau benarlah PAS mampu menukar keimanan tok sami ini, alhamdullillah tapi nasihat saya nasihatilah tok sami ini supaya menukar pakaian lama nya dahulu.
Tapi harus diingat bahawa terdapat pakatan di Myanmar dan Thailand yang dipelopori oleh golongan sami buddha untuk menukar iman orang Islam dengan apa cara sekalipun.. hatta bersama-sama menunaikan sembahyang dengan orang Islam dalam masjid.
Mengapakah kita mempergunakan islam untuk wadah politik yang tiada nilainya di sisi Allah. Politik hanya untuk kepentingan duniawi.
Jagalah kesucian Islam dan hormati penganut agama lain tetapi janganlah sampai kita menjemput orang yang berpakaian tok sami menunaikan sembahyang dalam masjid..
Saya bimbang nanti ada kumpulan yang membawa anak orang islam sembahyang dalam kuil kerana atas alasan kami boleh sembahyang belakang imam kamu sekarang kamu juga boleh sembahyang belakang tok sami kami mengikut cara Buddha.
Janganlah dipermainkan soal akidah dan syariat untuk kepentingan mendapat satu dua undi dari kaum bukan Islam. Pemimpin Islam PAS dan PKR amat arif dalam soal Islam... mengapa dibiarkan perkara ini berlaku dalam masyarakat kita yang kurang imannya lagi.

Lepas entah apa lagi gimik politik PAS/PR yang akan disuntikkan dalam masyarakat majmuk di Malaysia..


sama-sama lah kita memantapkan keimanan agar segala fitnah ini tidak menyesatkan kita..

Aminn






12 comments:

PARPUKARI said...

kan aku dah kata pakatan pembangkang ni sesat sex bebas semua boleh....

Anonymous said...

Parpu Kari...merapu lagi

najamarine said...

laaa..betul la eh..

SAMI BUDDHA....!!!!!!!

astaghfirullah....dah tahu jawapan Nik Aziz dah.tak yah siarkan pun da bole agak..
sapa lagi yg nak mempertahankan kesucian agama kita.jika mufti,alim ulama' yg menegur atau mengeluarkan fatwa di katakan anjing kerajaan..
astaghfirullah....nauzubillah..

Abahnya Faez said...

beb... aku cuba jwb skit.. dengan ape yg aku tau...

oraitss.. 1st ko kena tau bezakan.. antara org islam dengan bukan islam...

org islam.. aku rasa x payahlah aku terangkan..sbb ko pon x tau ape maknanya kan?

orang bukan islam... kalo dia baca alquran.. mmg x ada apa yg salahnya.kalo sebutannya salah..wajib bg kita org islam membetulkan sebutannya....

kita patut runsing.. masih ada lagi orang islam sendiri yg x tau mengaji dengan betul hinggakan x boleh utk membetulkan sebutan[makhraz] orang bukan islam.

kalo orang bukan islam nak belajar sembhyang.. wajib bg kita ajar... ini sebagai dakwah.depa nk terima ke atau tidak terserah.INI kerja ALLAH..

sedangkan bapa saudara nabi sendiri pon mati dalam bukan islam.

tapi.. azabnya dikurangkan dari warga2 kafir yg lain.kerana ape?kerana beliau bekerja bersama2 nabi ALLAH iaitu anak saudaranya sendiri.

cuma ko kena ingat. orang bukan islam bebas utk mendekatkan diri dengan agama islam.Tetapi orang islam dilarang utk belajar ape2 dari agama yg lain.

dari tulisan ko... [Saya bimbang nanti ada kumpulan yang membawa anak orang islam sembahyang dalam kuil kerana atas alasan kami boleh sembahyang belakang imam kamu sekarang kamu juga boleh sembahyang belakang tok sami kami mengikut cara Buddha.] ---- aku rasa ko betul2 dlm dunia konfius antara keistimewaan agama islam itu sendiri.sbb nya kalo mereka itu faham islam[beriman dengan sebenar2 iman].. x kan lah dibuat seperti ape yg ko bayangkan ini.

sbb itu kena bykkan belajar... hadir kuliah agama........ peace all

madkrie said...

Aku rasa sami ini mungkin nak dapatkan pengalaman macam mana cara ibadah orang Islam.Sebabtulah Imam masjid ini bagi kebenaran.Soal pakaian sebenarya tak ada masalah asalkan menutup aurat dan bersih dari najis.Penulis sepatutnya memohon kepada Allah supaya 2 org sami ini akan terbuka hati untuk menerima Islam dan bukanya niat negatif untuk menyerang Gerakan Islam lain.
Soal orang kafir memegang AlQuran itu tak jadi masalah.Jika kita lihat balik sejarah sebelum Islam berkembang kebanyakan mereka adalah orang2 kafir dan adakah Nabi kita perlu berkata kepada mereka kamu perlu Islam dahulu baru boleh pegang ayat2 Al Quran ini.Jika inilahlah prinsip Nabi aku rasa Islam tak boleh berkembang sehingga hari ini.Apabila mereka mengenal isi2 AlQuran tersebut barulah Allah membuka hati mereka untuk menerima Islam.
Kalau ada sedikit kebimbangan di hati penulis pasal gerakan untuk memesongkan akidah umat Islam di Malaysia ini saya amat bersyukur.Jadi penulis berjumpalah dengan pemimpin saudara bertanyalah kepadanya mengapa kita tidak melaksanakan hukum Islam kepada orang2 yang murtad?.Persoalan inilah yang akan membuatkan penulis mengenal diri penulis yang sebenar akan mengapa wujudnya kumpulan yang hendakkan Islam memerintah.

Lin said...

SALAM

BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR APA YANG MENIMPA KITA PADA HARI INI TIDAK AKAN MEMESONGKAN AKIDAH KITA

SENTIASA KITA INGAT BAHAWA KAUM KAFIR TIDAK AKAN BERDIAM DIRI DALAM USAHA MEREKA MENYESATKAN AKIDAH KITA..

JANGAN KITA BANGGAKAN SESUATU PERKARA SEPERTI AYNG DIGAMBARKAN DALAM PHOTO YANG DI ATAS...

SEBAGAI SEORANG YANG BERFIKIRAN WARAS.. SEKIRANYA SEORANG SAMI INGIN MEMASUKI AGAMA ISLAM MAKA MEREKA AKAN MENGENAKAN PAKAIAN SERUPA DENGAN PENGANUT AGAMA ISLAM LEBIH-LEBIH LAGI KETIKA MENDIRIKAN SEMBAHYANG...

TAPI DALAM GAMBAR ITU LAIN PULAK JADINYA...

INILAH YANG DIBIMBANGKAN AKAN TIMBUL FITNAH DALAM MASYARAKAT KITA YANG SERBA BOLEH SEJAK KEBELAKANGAN INI

KEPADA YANG MENGAKU ISLAM INSAFLAH DAN BERDOA AGAR FITNAH ITU TIDAK AKAN MEMUDARATKAN AKIDAH KITA SERTA KETURUNAN KITA...

JANGAN JADIKAN AGAMA SEBAGAI ALAT POLITIK SAUDARA KU SEKALIAN

hamba pada Yang Esa said...

Kalau ilmu agama tu cetek.. pergi belajar dulu. Jangan nak bagi pandangan berlandaskan kepentingan politik masing2.

Lin said...

Sdr Ishak76 yang dikasihi

Apakah maksud kalau ilmu agama tu cetek pergi belajar dulu?

tidakkah sdr terasa agama kita seperti dipermainkan oleh dua orang yang bersembahyang dalam pakaian tok sami buddha?

kamu redha ke dengan perbuatan mereka itu?

kalau kamu redha maka kamu jangalah datang ke laman ini kerana saya tidak redha mempunyai seorang saudara Islam seperti kamu..

salam

armani said...

Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Kucing di http://jamilismail.blogspot.com

Hantam produk munafik itu cukup cukup

Unknown said...

Tungaklangit,
Bercakap macam ustaz kau ni...Rasul kita dulu kalau orang kafir mati, dia sedih.tak dapat bawak masuk islam.sekarang ni sami yang nak masuk islam tu kau tuduh dia permainkan islam.dah kira kontra dengan nabi...so kau amalkan islam ikut Rasulullah ke ikut sapa?kau semayang tu, orang lain sujud ikut sunnah nabi,kau sujud macam sapa (sebab kontra tadi)???
cuba cerita sikit berapa banyak dakwah yang kau dah buat nih?
bagi aku statistik, masjid mana yang hidup 24 jam macam zaman Rasul kita dulu?
berapa surau kat dalam mukim kau?
berapa yang hidup 5 waktu?4 waktu?3 waktu?2 waktu?1 waktu? takde waktu?
kau ada tolong penuhkan masjid tak?
ada buat amalan ziarah tak?
ada iktikaf di masjid semalaman tak?
ada buat sunnah nabi?
masjid mana semayang subuh sama ramai dengan semayang Jumaat?
kau kenal jiran 40 buah rumah ke kiri, 40 kanan, 40 depan, 40 belakang?
sanggup korban masa setahun untuk pergi buat dakwah ke Brazil,Holland,UK,China dan Jepun?
sanggup korban masa untuk belajar dan hafal kitab2 hadis?
sanggup korban masa untuk buat fikir harian macam mana nak bawak umat hari ini lebih ramai ke masjid?
ada pegi palestin buat kerja dakwah?

ataupun kau ni sibuk nak halau orang ke?
sibuk burukkan orang lain.
bila orang datang bagi salam, ketuk pintu rumah nak berdakwah, kau dok diam je dalam rumah tak nak bukak pintu.
bila orang ajak pegi ke masjid kau sibuk kata "semayang kat rumah pun boleh", padahal Rasulullah marah dgn orang semayang kat rumah siap nak suruh dah budak2 kumpul kayu api nak pi bakar rumah orang tu( pi baca hadis kalau tak tau, tanye ustaz sikit ).
bila orang simpan janggut kau kata macam kambing, tapi kau tu bila hujan turun pegi berteduh takut kena hujan tak macam kambing pulak?
orang suruh zikir pagi petang, kau sibuk baca blog orang lain dan carik point nak hentam orang tu pulak.
orang suruh pi mengaji kau kata dah katam dah kecik2 dulu, padahal hak Al Quran kena tunaikan iaitu 2 kali khatam setahun.ni sibuk dok ngata orang kafir baca Quran lah, haram lah,mufti kata lah...apa-apa lah...
dulu sibuk kata PAS cepat menghukum orang, sekarang kau pun sama je...

Lin said...

Salam sdr gagek
Saya ingin meminta kpd sdr gagek, lain kali baca dahulu nukilan saya sebelum buat sebarang komen yang tidak manis didengar dan menampakkan kebodohan kita sendiri dalam hal keagamaan.

Saya mempersoalakn kenapa disiarkan gambar sebegitu dan bimbang akan berlaku fitnah dalam masyarakat Melayu islam kita...

Nah sekarang blog Perisik Rakyat telah Berjaya menimbulkan fitnah dan antara orang yang terkena fitnah adalah saudara yang tidak tentu hala mempertahankan tok sami dua orang tu..

Dalam soal agama, lebih2 lagi diakhir zaman ni kita kena banyak mengetahui selok belok kaum kafir yang ingin memesong akidah kita..
Sekarang telah banyak fitnah menimpa masyarakat Melayu islam kita
Antaranya orang DAP dan PKR baca al Quraan dibenarkan malah dipertahankan, nama Allah boleh digunakan oleh penganut kristian dan diiyakan oleh ulama PAS..

Tidakkah sdr gagek bimbang akan perkara ini, janganlah nak sibuk nak Tanya berapa masjid lah apa lah.. benda yang terang kamu sendiri tak ambil peduli malahan redha dgn penjelasan ulama kamu yang menyesatkan itu..

Satu perkara lagi.. kamu ni kata orang tak ikut sunah.. kenapa kamu tuduh saya tidak ikut sunah Rasullullah? Kamu ni siapa nak jatuh hukuman ke atas orang ni? Kamu dan ulama PAS kamu sama aje..

Kamu berkata seperti berikut:

“bila orang datang bagi salam, ketuk pintu rumah nak berdakwah, kau dok diam je dalam rumah tak nak bukak pintu.
bila orang ajak pegi ke masjid kau sibuk kata "semayang kat rumah pun boleh", padahal Rasulullah marah dgn orang semayang kat rumah siap nak suruh dah budak2 kumpul kayu api nak pi bakar rumah orang tu( pi baca hadis kalau tak tau, tanye ustaz sikit ).
bila orang simpan janggut kau kata macam kambing, tapi kau tu bila hujan turun pegi berteduh takut kena hujan tak macam kambing pulak?
orang suruh zikir pagi petang, kau sibuk baca blog orang lain dan carik point nak hentam orang tu pulak.
orang suruh pi mengaji kau kata dah katam dah kecik2 dulu, padahal hak Al Quran kena tunaikan iaitu 2 kali khatam setahun.ni sibuk dok ngata orang kafir baca Quran lah, haram lah,mufti kata lah...apa-apa lah...
dulu sibuk kata PAS cepat menghukum orang, sekarang kau pun sama je...”

Sesungguh kamu telah melakukan satu tohmahan dan tuduhan yang nyata terhadap saya... adakah ini yang dikatakan peribadi Islam yang lagak seperti ulama?

Masyallah sdr gagek... kadang2 kalau kita fikir ilmu kita hebat pada org lain.. tapi kita tak sedar kita ni sebenarnya tak kemana..

Saya bukan Ustaz dan saya bukannya seperti ulama dalam pas yang sibuk memanggil satu sama lain Ustaz..

Kamu perbetulkan hati dahulu sebelum menegur orang lain...

Jangan jadi seperti ayam jantan berkoko hebat tapi ekor penuh dengan taik!

bukit teluk sera said...

aku lebih suka tengok foto sami cuba sembahyang & mahu belajar tentang islam. walaupun tidak sebanyak mana.

dari

foto orang melayu yg masuk gereja, tidak dididik dan diberi perhatian sepenuhnya. dengarnya angkanya banyak.

lebih baik kita utamakan kekuatan ummat sendiri, sebelum menyentuh hal ehwal orang lain.