Ini sekadar pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang memerhatikan sikap dan tingkahlaku sesetengah ahli dan penyokong PAS dan PKR. Sekiranya ada yang kurang senang dengan kritikan saya ini anggaplah ianya satu pandangan peribadi, mohon maaf.
Namun saya mohon agar masih ada yang masih mempunyai kesedaran di hati mereka mengenai keutamaan membela bangsa kita kerana tanpa bangsa maka tiadalah Islam di Malaysia ini.
1. Jelas tergambar dari segi nukilan dan ulasan para penyokong maupun pemimpin yang mengelarkan diri mereka sebagai ulama atau pejuang islam menggunakan bahasa hina memaki hamun dan fitnah sebagai satu amalan rutin mereka ketika memberikan ulasan dalam blog.
2. Mereka ini semua ahli dalam bidang agama dan hafal hadith dan ayat al quraan tapi mereka tidak faham maksud ayat dan hadith yang dihafalkan itu... mengapa saya berkata begitu?
3. Dalam islam dilarang seseorang itu memanggil seseorang yang lain dengan panggilan yang buruk.. tapi penyokong PAS dan PKR dengan lantang dan bangganya memanggil orang islam dalam UMNO dengan pelbagai nama yang menjijikkan... adakah ini ajaran dari Rasullullah?
4. Kalau orang bukan islam melihat sudah tentu mereka akan menyangkakan islam memang mengajar umatnya bersikap seperti itu.. sebab apa yang terdampar dalam blog PAS dan PKR semuanya membuktikan apa yang saya katakana..
5. Semua orang yang mengaku islam tahu hukum kita menyebarkan fitnah tetapi kebanyakan dari penyokong, ahli dan pemimpin PR memang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menyerang keperibadian orang lain.
6. Telah jelas dalam islam sendiri bahawa kita dilarang membuka keaiban diri sendiri.. inikan pula keaiban orang lain.. malahan kalau benda itu tidak jelas siapakah pelakunya maka tidak seharusnya kita perbesarkan sehingga menjadi fitnah dan tohmahan..
7. Pemahaman islam yang dipegang oleh penyokong dan ahli PAS dan PKR adalah berdasarkan penjelasan dan huraiandari pemimpin mereka di ceramah dan kuliah politik yang meracuni pemikiran umat islam dengan tafsiran yang menjurus kepada kepentingan politik semata-mata.
8. Jelas dalam kes mengundi calon bukan Melayu Islam, dahulunya haram tapi kini halal.. dikeluarkan nas dan dalil untuk menghalalkannya... ini adalah amalan pemimpin PAS...
9. Malangnya penyokong dan ahli PAS seolah-olah tidak boleh mempertimbangkan kesahihan dan ketepatan segala maklumat yang dibawa oleh pemimpin yang menyesatkan ini...
10. Dahulu a. Samad Ismail mengatakan tindakan beliau mengadakan perarakan anti PPSMI tiada hubungan dengan mana-mana parti politik tetapi kini beliau sendiri berceramah di pentas PR dan membuat tuduhan terhadap orang UMNO.. apakah pendirian orang seperti ini... tidakkah ahli PAS sedar dengan sifat-sifat kemunafikan yang terserlah dalam diri orang seperti ini?
11. Suatu ketika dahulu, Anwar Ibrahim dikutuk oleh pemimpin PAS kerana salah laku seks tetapi kini Anwar disanjung dan dilantik menjadi ketua dalam PR... dimanakah maruah ahli PAS yang melaungkan takbir setiap kali ucapan pemimpin sesat mereka mengutuk orang lain?
12. Di manakah perginya semangat jihad ahli PAS apabila Karpal Singh berkata LANGKAH MAYAT SAYA KALAU PAS MAHU DIRIKAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA? Mengapa tiada seorang ahli PAS yang berani bangun berdiri mempertikaikan kenyatan Karpal itu?
13. Di manakah maruah pejuang PAS semasa seorang pemimpin PR yang kafir dengan bangga menggunakan ayat suci al quraan dengan niat untuk menghina orang islam dalam UMNO dan menyambut salam pemimpin bukan Islam ini dengan salam serta takbir?.. mengapakah kamu semua buta hati dalam soal ini?
14. Janganlah kerana kepentingan politik kamu tolak maruah agama dan bangsa?
15. Mengapakah tiada seorang ahli PAS mempersoalkan kenyataan penafian Nizar dalam perbahasan DUN Perak tahun 2008 bahawa PAS akan melaksanakan hukum Islam di Malaysia? Adakah kamu semua takut kehilangan undi orang cina? Kamu lupa ke bahawa yang memberi kemenangan itu hanyalah Allah? Lupa ke?
16. Kenapa tiada seorang ahli dan penyokong PAS yang menyelidiki kesahihan amanat Haji Hadi tahun 1982 yang mengharamkan semua perkara berkaitan dengan UMNO sehinggakan sembelihan, menghadiri majlis kenduri, menyembahyangkan jenazah orang UMNO, bernikah dengan orang UMNO diharamkan? Tidakkah kamu semua amat peka dalam ilmu agama?
17. Tidakkah ada di antara ahli dan penyokong PAS yang sedar bahawa perjuangan sebenar DAP adalah untuk menegakkan sebuah negara ala Singapura? Bukankah mereka mempunyai persamaan dalam perjuangan politik? Mengapa masih kamu redha atas apa yang pemimpin kamu lakukan?
JAWAPAN KE ATAS PERSOALAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT:
18. AHLI, PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAS TELAH BUTA HATI MEREKA UNTUK MENERIMA KEBENARAN BIARPUN KEBENARAN ITU BERADA DIHADAPAN MATA SEKALIPUN.
19. MEREKA TERLALU TAKSUB DENGAN PEMIMPIN MEREKA YANG MENGGUNAKAN ISLAM DAN AYAT AL QURAAN UNTUK MENJELASKAN SESUATU PENIPUAN DALAM POLITIK.
20. MEREKA SEDAR BAHAWA DAP ADALAH MUSUH ISLAM TAPI MEREKA AKUR DENGAN PERINTAH PEMIMPIN MEREKA YANG TAKSUB UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA UNTUK BERKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM INI.
21. ISLAM YANG DIFAHAMI OLEH MEREKA ADALAH ISLAM YANG DIACUKAN OLEH PEMIMPIN PAS MENGIKUT SELERA DAN KEHENDAK SEMASA. INI KERANA PEMIMPIN PAS MEMPUNYAI THINK TANK YANG MAHIR MENYALAHGUNAKAN AYAT SUCI AL QURAAN UNTUK MEMPERTAHANKAN SEGALA TINDAKAN MEREKA WALAUPUN IANYA SALAH DI SISI ISLAM..
22. SEMOGA MEREKA YANG MASIH ADA SEDIKIT KEIMANAN MEMAHAMI NUKILAN INI..
SALAM
4 comments:
mereka sebenarnyas golongan yang setengah masak... terkeliri dengan identiti sendiri...
yes you are right bro z-may
Salam TL...
Siapa sebenarnya anti Islam dan petualang bangsa?
Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.
Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka.
Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.
Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pas juga berjanji beberapa enakmen akan dipinda ke arah lebih kepada kehendak Islam secara menyeluruh. Pas berjanji, “demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan pelantikan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (dilantik) untuk mewakili kumpulan tertentu.”
Pas sudah memerintah Kelantan lebih 17 tahun. Sehingga ini, belum ada satu pun janjinya mengenai pindaan enakmen itu dibuatnya. Begitu juga janjinya untuk melantik beberapa Adun. Sudah beberapa kali menang pilihan raya, mana Adun yang dijanjikan itu? Adakah janji itu nak bawa ke dalam manifesto baru pula?
Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.
Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslihat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menmpung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”
DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC. “Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)
KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam. “Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999)
Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP?
Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya.
Salam perjuangan..
sdr TS
terima kasih atas info yang detail mengenai salahlaku PAS menyelewengan islam terhadap masayakat Melayu Islam di Malaysia ini
semoga kita mendapat keredhaan Allah hendaknya
amin
Post a Comment