Monday, April 27, 2009

PAS Menyisihkan ALLAH Dalam Pembentukan Kerajaan Perpaduan





Syarat PAS terima k'jaan perpaduan



Abdul Rahim Sabri



MalaysiaKini (Apr 27). Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kerajaan perpaduan dengan syarat BN bersedia memberi jawatan-jawatan penting untuk diterajui parti itu, seperti menteri kewangan dan menteri pendidikan. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. "Berikan kementerian kewangan dan kementerian pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM (perdana menteri) mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama,” menteri besar Kelantan dipetik berkata dalam blog anaknya Nik Abduh.

Ulasan



1. Jawatan Menteri Kewangan dan Pendidikan dijadikan sebagai tawaran oleh PAS untuk menerima usaha berkerjasama dengan UMNO dalam membentuk kerajaan perpaduan. Amat pelik sekali kerana bukannya keredhaan Allah yang mencintai hidup berkasih saying yang dicari oleh pemimpin yang mengaku Islam ini???



2. Sikap pentingkan keduniaan dan tamakkan kuasa terserlah dalam hati sanubari pemimpin PAS apabila mereka mengenakan syarat untuk menerima kerajaan perpaduan dengan UMNO.



3. Mereka memberi alasan bahawa mereka akan melaksanakan program Islam dalam Kementerian Kewangan dan Pendidikan???



4. Selama ini mereka telah diberikan kuasa oleh Allah untuk memerintah kerajaan Negeri apa yang telah mereka laksanakan???



5. Sebelum bercita-cita untuk menguruskan negara... belajarlah mengurus negeri dengan baik dan buktikan kepada rakyat bahawa mereka telah melaksanakan program Islam dalam urusan pentadbiran Negeri yang diperintah bukannya tunggu mendapat kuasa di peringkat nasional.



6. Dalam kepimpinan PAS sendiri Terdapat ramai pemimpin yang telah bertukar kulit menjadi musang berbulu ayam yang mengejar keduniaan. Ini disahihkan oleh kenyataan anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh dalam blognya yang berkata:



"Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!".



7. Mengambarkan bahawa terdapat kumpulan munafik dalam kepimpinan PAS yang membuat onar dan fitnah dalam memperjelaskan sesuatu isu berkaitan permasalahan umat Melayu Islam di Malaysia. Perkara ini diakui sendiri oleh Nik Abduh anak kepada Nik Aziz.




No comments: