Saturday, April 11, 2009

APA MAKNA KEMENANGAN DI DUA BUKIT KEPADA PAS?

1. Satu persoalan yang perlu dijawab oleh penyokong PR khasnya Melayu PAS dan Melayu PKR samada kemenangan calon PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah satu petanda bahawa perjuangan mereka adalah benar di sisi Allah dan diredhaiNya? Dalam masa yang sama adakah UMNO satu parti yang dihukum Allah atas kejahatan mereka sebagaimana dakwaan kumpulan PR sebelum ini?


2. Mari kita lihat dua scenario yang berlaku semasa pilihan raya kecil (PRK) di dua bukit yang lalu.


3. Di pihak PR, mereka menggunakan beberapa isu yang lebih menumpukan kepada penyerangan kredibiliti pemimpin2 dalam UMNO seperti berikut:


i. isu memburukkan kepimpinan UMNO Islam sebagai kumpulan yang menolak Islam dalam perjuangan mereka,


ii. UMNO juga dituduh bergelumang dengan amalan rasuah,

iii. tidak membela rakyat dan mementingkan kroni,


vi kezaliman pihak polis dalam menjalankan tugas dengan menyeksa dan membunuh beberapa suspek penjenayah, dan beberapa isu yang kadang kala menjijikkan.


4. Kepimpinan PAS juga menyanggah tuduhan UMNO berhubung dengan penggunaan ayat suci al Quraan oleh pemimpin kanan DAP Nga dalam kempen pilihan raya di Bukit gantang baru – baru ini.


5. Menurut pemimpin PAS Nik Aziz, beliau membenarkan Nga menggunakan ayat suci al quraan sebagai satu jalan berdakwah dan menjinakkan pemimpin DAP supaya menerima Islam dan salah satu taktik berdakwah mereka kepada pemimpin DAP.


6. Pemimpin Melayu PKR Badrul Amin juga menegakkan benang basah tindakan Nga menggunakan ayat al quraan dalam kempen politik dengan mengatakan bahawa Tindakan itu adalah usaha untuk mendedahkan pemimpin DAP kepada kemurnian Islam.


7. Haji Hadi dalam ceramah politik di Taman Ria Jaya mengarahkan semua ahli PAS mengundi calon PKR berbangsa India dan memberi amaran kepada ahli PAS sekira mereka tidak mengundi calon PKR bermakna mereka pengkhianat kepada kepimpinan PAS Kedah. Beliau menggunakan ayat suci al Quraan untuk menghalalkan arahan beliau itu.


8. Tapi tidakkah ahli PAS yang sama sudah lupa amanat haji hadi yang menghalalkan darah seseorang yang berkerjasama dengan orang yang tidak menerima Islam sebagai panduan hidup.


9. Tidakkah ahli PAS lupa kenyataan pemimpin DAP yang mengatakan langkah mayat mereka dahulu sekiranya PAS ingin melaksanakan hokum Islam di Malaysia ini?


10. Sudahkan atau amat mudah ahli PAS lupa bagaimana Nizar mengatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan PAS akan melaksanakan hokum islam di Malaysia semasa persidangan DUN Perak Jun 2008?


11. Dalam laporan berita, nik aziz mengatakan beliau meleleh air mata apabila mendengar nyanyian penyanyi rock Amy Search yang mendendangkan lagu berunsur ketuhanan dalam bentuk rock? Dan mengatakan bukan sahaja ulama dan pemimpin yang mampu berdakwah, penyanyi juga dibenarkan dalam Islam?



12. Apakah makna semuanya ini? Adakah benar kita kini telah berada di akhir zaman sebagai amaran Rasullullah dahulu?


13. Rasullullah pernah mengatakan akan berlaku di akhir zaman kelak orang akan mengikut mereka yang pandai berkata-kata mengenai islam dan yang menggunakan islam sebagai alat untuk mencapai tujuan keduniaan.


14. Di akhir zaman kelak akan ada orang yang akan memperniagakan islam dengan harga yang amat murah? Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasullallah ini?


15. Marilah kita lihat permainan pemimpin2 yang mengaku islam ini menipu rakyat dengan ayat suci al Quraan..


16. Bagi pemimpin seperti ini, kemenangan di dua bukit bukanlah kejayaan yang patut dibanggakan dan memperkecilkan UMNO...


17. Ingatlah semuanya yang berlaku di dunia ini adalah DUGAAN ALLAH..


18. Dahulu umat manusia awal takut untuk menerima amanah memikul tanggungjawab memerintah tapi zaman sekarang pemimpin Islam PAS bernai dan mengejar untuk mendapatkan kuasa dan memerintah, walaupun terpaksa mengguna pelbagai cara yang jijik dan dipandang hina disisi Allah..


SEDARLAH KALIAN

No comments: