Tuesday, March 31, 2009

KEWAJIPAN ISTERI PEMIMPIN ISLAM MENJAGA AURAT


SALAM SEJAHTERA


1. Negara Malaysia adalah sebuah negara beragamakan Islam sebagai agama rasmi. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia didukung dan dijagai dengan penuh keredhaan oleh setiap lapisa masyarakat baik rakyat maupun pemimpin.


Suasana Semasa


2. Namun begitu, dalam dunia yang serba moden ini, kewajipan menutup aurat telah dilalaikan oleh individu, khasnya individu yang menjadi pasangan hidup pemimpin politik tanah air. Menambah-burukkan keadaan kelalaian ini dijadikan modal politik oleh sesetengah parti politik dalam negara.


3. Sebagai umat Islam, menutup aurat merupakan kewajipan agama yang sudahpun diketahui umum. Tuntutan menutup aurat berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadits dan kesepakatan para ulama.


4. Terdapat juga cara atau trend berpakaian segolongan wanita yang tidak menepati dengan apa yang digariskan oleh syara‘. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya.seperti memakai tudung, maka tidak bermakna seseorang itu sudah menutup aurat.


5. Terdapat keadaan dimana walaupun mereka telah bertudung pakaian yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya memakai seluar yang ketat atau pakaian pendek, nipis dan kain berbelah, sama ada mereka sedari ataupun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai itu adalah mengghairahkan. Bahkan cara bertudung pun masih menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau disembunyikan.


6. Ada pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan kedukaan seperti kematian, tetapi tidak pada waktu-waktu lain.


7. Sikap sebahagian wanita-wanita muslimah seumpama ini menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.


8. Terdapat juga sesetengah wanita yang langsung tidak menggunakan tudung untuk tujuan menutup aurat walaupun arahan menutup jelas terpapar dalam hadith dal al quraan.


Allah Memerintah Supaya Menutup Aurat


10. Allah telah mewajibkan lelaki/perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan caracara menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan.

11. Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan. Ancaman dan balasan Allah terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah.

12. Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadits riwayat Muslim)

13. Oleh itu, marilah kita mengenakan pakaian untuk menutup aurat sebagaimana yang disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa atau kesesuaian tempat dan keadaan.

14. Mengenai pakaian perempuan, ia tidak boleh dipandang ringan, dilanggar hukumnya dengan senghaja kerana akibatnya ialah laknat sebagaimana sabda Rasulullah saw daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra:



Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian tiada menutup ‘aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadis riwayat Muslim)


KEPADA SEMUA ISTERI PEMIMPIN UMNO, SAYA BERSERU DENGAN SEGALA KEIKHLASAN SUPAYA BERSAMA-SAMA MENAIKKAN SINAR ISLAM DI NEGARA INI. NASIHAT INI JUGA DITUJUKAN KEPASA MUSLIMAH DI MALAYSIA SUPAYA MENCARI KEREDHAAN ALLAH.


TIDAKLAH MENJADI SATU KEAIBAN SEKIRANYA KITA MEMAKAI TUDUNG MALAHAN KITA DAPAT MEMPERLIHATKAN SATU CONTOH BAHAWA TUDUHAN PARTI PR ADALAH TIPU MUSLIHAT POLITIK.
SALAM.

ADAKAH KEPIMPINAN PAS ADALAH KEPIMPINAN ISLAM

Salam sejahtera semoga penjelasan ini dapat membuka minda kita mengenai tuduhan Pas terhadap UMNO yang tidak mempunyai kepimpinan Ulama dan sama ada Pas itu sendiri mempunyai kepimpinan ulama. Persoalan yang dikemukakan oleh saudara wowbulan membuat saya sedar bahawa untuk menjadi seorang pemimpin yang bercirikan kepimpinan Rasullullah bukanlah suatu tugas yang ringgan dan ianya seperti sukar untuk dicapai lebih-lebih lagi kita kini berada di era akhir zaman.
2. Untuk menjelaskan permasalahan ini, saya akan menghuraikan makna pemimpin itu sendiri dari perspektis Islam, tanggungjawab dan ciri-ciri yang perlu ada dalam jiwa seseorang pemimpin Islam.
3. Di akhir perbincangan kita akan lihat samada berdasarkan hurai yang diberikan adakah seorang insane di Malaysia ini yang mempunyai kesemua cirri yang dimaksudkan dan dapat dinobatkan sebagai pemimpin yang mengikuti sunnah Rasullullah dan berjiwa ulama Ulama warisan Rasullullah.
Pengertian Pemimpin Dari Sudut Islam
4. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari menekankan bahawa setiap manusia itu adalah pemimpin dan mereka akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinan mereka baik sebagai seorang suami, bapa, isteri, sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi. Ini jelas dalam hadith Rasullullah seperti di bawah:

Rasullullah bersabda yang bermaksud : Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang di bawah pimpinan kamu. Seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya, seseorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan kadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya- (Hadith Riwayat Bukhari)

5. Pemimpin juga perlu mendahului kebajikan dan kepentingan rakyat walaupun terpaksa berlapar dan menderita untuk kebaikan rakyat yang dipimpinnya seperti mana kisah dari kehidupan Rasullullah seperti berikut:

Kisah rasulullah SAW yang mengikat kain berisi batu kecil pada perut baginda SAW kerana menahan lapar, sehingga mengakibatkan sebak di dada para sahabat kerana jawapan baginda, yang tidak mahu sahabat-sahabat mendapat beban serta khuatir akan pertanyaan Allah di hari pembalasan nanti tentang satu persatu hal dalam kepimpinan baginda menunjukkan akhirat akan memurnikan hati seorang pemimpin. Dan pimpinannya yang turut disemai dengan kefahaman yang sama juga akan lebih mengerti akan nilai kehidupan di alam dunia ini.

Tanggungjawab Pemimpin Dari Sudut Islam

6. Pemimpin perlulah juga sedar bahawa dia memimpin bukanlah hanya untuk duniawi semata-mata. Oleh itu sesiapa yang beranggapan bahawa dia memimpin hanya untuk kebaikan dunia maka itu adalah salah dan ulamak mengatakan bahawa pendapat yang demikian dari segi tauhidnya adalah tidak sah. Akidahnya tidak sempurna.

7. Syed Hawa mengatakan antara perkara yang membatalkan dua syahadah adalah apabila seseorang pemimpin itu menganggap bahawa dia hanya memimpin sekadar di dunia dan menafikan bahawa dia akan dipertanggung jawabkan diakhirat kelak.

8. Ini adalah pendapat jahil lagi sesat yang tidak harus ada pada seseorang pemimpin islam, makna nya akidahnya boleh terbatal.

Pengertian Kepimpinan Dari Sudut Islam

9. Kata Al-Imam Al-Mawardi ra. penulis buku “Al-Ahkam Al-Sultaniah”, kepimpinan itu adalah “Memelihara agama dan mengurus dunia”. Oleh itu kita perlulah menolak golongan yang tidak mahu menerima islam yang syumul, apalagi mencipta istilah dan label-label islam yang pada mereka lebih praktik untuk zaman ini.

10. Pendapat Islam Kahfah pula mengatakan bahawa soal kepimpinan tidak ada kena mengena dengan Islam, politik dan Islam dipisahkan oleh satu garis pemisah yang jelas dan tidak boleh langsung dicampur adukkan.

11. Ini adalah fahaman yang salah, ianya adalah fahaman sikular orang kristian, sedangkan dalam islam kepimpinan mesti dijadikan salah satu daripada kerukunan agama selain daripada menegakkan islam, menghayati iman dan mempertingkatkan ehsan iaitu rangka kepada sebuah negara kebajikan.

Pengertian Pimpinan Dari Sudut Islam

12. Oleh yang demikian pimpinan itu diistilahkan oleh ulamak dahulu dan sekarang sebagai satu “Taklif”. Ianya satu beban tanggung jawab. Bukan satu “Tashrif”, iaitu dijadikan alat untuk mencari pangkat, kekayaan dan kebesaran.

13. Seorang pemimpin yang rosak akidahnya beranggapan bahawa memimpin itu adalah satu anugerah atas keterampilannya, lalu menjadilah dia seorang bongkak yang sentiasa mencari glamour, harta dan kemewahan. Ingatlah bahawa memimpin adalah Taklif dan antonim nya adalah Tashrif.

14. Taklif membawa erti satu beban syarak, ini bermakna satu fardhu khifayah untuk sesebuah masyarakat itu melahirkan seorang pemimin islam yang berwibawa. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan masyarakat itu menanggung dosa selari dengan istilah amar makruf nahi mungkar.

15. Oleh itu jika ada pemimpin yang lebih baik, baik dari segi agamanya, ilmu duniawinya, moralnya, yang sanggup berkhidmat untuk rakyat, mesra rakyat, tidak sombong bongkak, jelas keiklasannya, bukan mengejar pangkat dan dunia, maka mereka yang terbaik itu lah wajib kita pilih dan mereka inilah sebenarnya pemimpin dari golongan yang terpilih.

16. Seorang pemimpin itu perlu mempunyai rasa tanggung jawab atas beban yang dipikulnya, oleh itu sudah tentu akhlak dan budi pekerti seseorang calon pemimpin perlu dikaji dan dihalusi.

17. Ini kerana seperti hadis Nabi saw, bahawa tujuh golongan yang mendapat perlindungan diakhirat nanti dimulakan dengan (Imamun Adil) Seorang Imam (pemimpin) yang adil. Begitulah tingginya taraf seorang pemimpin dari kaca mata islam maka itu sebagai masyarakat kita perlu lebih teliti dalam memilih siapa yang akan menerajui tahta pemerintahan.

18. Seorang yang bercita-cita atau ingin menjadi pemimpin sebenarnya tidak boleh merebut akan jawatan itu.

19. Dalam konteks sistem politik hari ini, seseorang individu daripada sesuatu parti politik itu tidak harus berkempen atau melobi pada peringkat pemilihan calon, tetapi seharusnya menerima apa sahaja keputusan mesyuarat.

20. Seseorang yang tidak terpilih tidak perlu marah dan berdendam sebaliknya seorang yang berakhlak tinggi akan bersyukur kerana tidak dibebankan oleh Allah akan amanah berat yang belum tentu mampu digalas. Manakala seorang yang dicalonkan pula tidak perlulah terlalu berbesar hati sebaliknya perlu beristighfar banyak-banyak semoga diberi kekuatan dan petunjuk oleh Allah untuk melaksanakan amanah yang bakal diterima dengan sebaik mungkin.
Bahayanya Tersilap Memilih Pemimpin

21. Nabi bersabda dengan makhum hadis berbunyi “Apabila seseorang pemimpin itu tidak layak, tetapi masih dipilih oleh masyarakat, maka tunggulah”.

22. Tunggulah, mengikut ahli-ahli hadis dan ulamak bermaksud tidak ada keberkatan dalam kepimpinannya, rakyat akan kecewa, fasad akan berlaku, dia gagal menjalankan amanah, seterusnya masyarakat akan ditimpa bala. Seseorang pemimpin yang gagal melaksanakan amanah Allah pula sebenarnya menanggung resiko yang terlalu besar disisi Allah.

23. Seperti sekarang, umat islam kehilangan kepimpinan yang berwibawa, sedarlah bahawa risikonya terlalu besar disisi Allah. Ulamak kini dan dahulu menegaskan bahawa tidak seorangpun pemimpin akan terlepas dari pandangan Allah di padang Mahsyar nanti kerana umat sekarang mengalami porak peranda, lemah, kucar kacir, berpecah belah, tidak berkepimpinan, tidak berarah dan terus dicengkam kemunduran dunia dan akhirat. Begitulah beban yang sebenarnya ditanggung oleh seorang pemimpin.

24. Itulah sebabnya Sayidina Omar berkata, dikala anaknya, Abdullah dipilih oleh orang ramai untuk menggantikan beliau atas sebab Omar adalah seorang yang luar biasa keadilannya, beliau berkata “Cukuplah dengan hanya Omar aku ini sahaja, tidak perlu lagi keluarga Omar memegang amanah Allah, kerana Omar ini pun belum pasti berakhir di syurga, mungkin dihumban ke neraka kerana gagal memimpin”.

25. Demikianlah akhlak seorang pemimpin Islam yang sejati yang benar-benar takut untuk berjumpa Allah dengan kepimpinan yang dibebankan keatasnya.

26. Persoalan di sini adakah kita dapat mencari siapakah dikalangan pemimpin Islam di Malaysia yang ada sekarang menepati pengerian, ciri-ciri kepimpinan seperti yang diterangkan di atas?

27. PAS pernah menguar-uarkan tentang kepemimpinan ulama’. Entahlah mungkin kerana kepimpinan mereka menjadikan ulama tersohor dulu sebagai contoh, atau pun kerana yakin barisan kepemimpinan mereka terdiri daripada ramai ulama’. Saya tak tahu yang mana satu.

28. Saya ingin bangkitkan beberapa persoalan kepada yang bertanya seperti di bawah:

i. wujudkah kepimpinan ulama’?

ii. Apa dia kepimpinan ulama’?

iii. Bagaimana kepimpinan ulama’?

iv. adakah kepimpinan PAS sekarang ini kepemimpinan ulama?

v. tindak-tanduk yang diambil PAS sekarang ini adalah tindak tanduk ulama?

vi. siapakah pula ulama’ dalam PAS?

29. Saya berharap PAS yang selalu menuduh UMNO sehingga tidak ada sekelumit pun yang betul dapat menunjukkan PAS itu betul segala-galanya. Namun, sebagai orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya agak sukar untuk menerima PAS itu betul segala-galanya. Kalau itu pun masih boleh dipertikaikan, bagaimana dengan kepemimpinan ulama’ PAS? Kalau bukan soal kepemimpinan ulama’ pun, bagaimana pula dengan prinsip perjuangan dan landasan PAS?

30. Tindakan menghalalkan lompat parti hanya kepada Pakatan Rakyat tetapi haram jika melompat kepada Barisan Nasional adalah contoh prinsip yang tidak berlandaskan Islam. Jika haram, maka haramlah semuanya tidak kiralah siapa pun yang melakukannya. Kalau betul, maka betullah. Saya tidak dapat menerima Islam yang hanya mengislamkan ahli-ahli partinya saja tetapi mengkafirkan kumpulan yang lain.

31. Sebagai mengupas persoalan di atas, saya berpendapat bahawa seseorang pemimpin Islam itu mestilah berjiwa akhirat. Pemimpin yang berjiwa akhirat akan melakukan pembangunan rohani, sebagai benih utama dalam pembentukan jatidiri dirinya sendiri serta rakyatnya (orang yang dipimpin).

32. Kemajuan perlulah dimulakan dengan mendidik jiwa akan sementaranya dunia ini. Akhirat adalah yang ditujui, baik sedar mahupun tidak. Tanpa rohani yang baik, tamadun tetap sahaja boleh dibangunkan, tetapi pengisiannya pasti penuh kecelaruan.

33. Persoalannya di sini, adakah dalam barisan kepimpinan islam di Malaysia yang layak kita angkat sebagai pemimpin yang berjiwa akhirat.

34. Siapakah orang ini?

Wallahualam.

Monday, March 30, 2009

ADAKAH UMNO MENOLAK ISLAM


SALAM BAHAGIAN SEMUA
ADAKAH BENAR TUDUHAN DAN FITNAH PAS MENGATAKAN ISLAM MENOLAK ISLAM? ADAKAH MEREKA SEDAR ATAU TIDAK SEJAK MEREKA LAHIR KE DUNIA INI, KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MELAKSANAKAN FARDHU KIFAYAH DAN FARDHU AIN DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMERINTAH DI MALAYSIA.


DALAM ISLAM MEMINTA KITA BERUSAHA MENINGKATKAN DIRI DAN MEMAJUKAN EKONOMI KERANA KEMISKINAN AKAN MENDORONG UMAT ISLAM MELAKUKAN MAKSIAT


PEMBANGUNAN DAN PEMBUKAAN TANAH


SEHUBUNGAN ITU, KERAJAAN UMNO TELAH MERANGKA PELAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI SECARA MENYELURUH BERMULA DENGAN PEMBANGUNAN HASIL PERTANIAN. ALLAH MENYEDIAKAN TANAH UNTUK DIUSAHAKAN DAN DENGAN HIDAYAT YANG DIBERIKAN MAKA LAHIRLAH PROGRAM BUKU HIJAU DI MALAYSIA.
SELEPAS ITU, AYAHANDA PRESIDEN UMNO IAITU TUN ABDUL RAZAK TELAH MELAKSANAKAN PROGRAM MEMBUKA TANAH UNTUK MEMBERI PELUANG DAN KESENANGAN KEPADA RAKYAT MELAYU YANG BERADA DALAM KELOMPOK KEMISKINAN UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA.


PEMBANGUNAN EKONOMI UMAT ISLAM


RAMAI YANG TIDAK SEDAR SEGALA USAHA KERAJAAN ISLAM UMNO YANG MEMBANTU BANGSA MELAYU UNTUK BERJAYA DALAM BIDANG EKONOMI DENGAN PENGENALAN DEB. ANTARA SALAH SEORANGNYA IALAH TAN SRI KHALID IBRAHIM YANG LAHIR DARI DEB. TAPI KINI MENJADI PENENTANG UTAMA DEB KERANA LUPA DIRI DARI MANA ASALNYA DAHULU.


KERAJAAN ISLAM UMNO MENGELUARKAN PERUNTUKAN KEWANGAN DAN BANTUAN TEKNIKAL KEPADA RAMAI USAHAWAN MELAYU ISLAM UNTUK MEMASTIKAN KESIMBANGAN AGIHAN EKONOMI DI NEGARA INI TANPA MENGHARAPKAN SOKONGAN POLITIK DARI MEREKA. WALAUPUN KEBANYAKAN DARIPADA MEREKA KEMBALI MENENTANG KERAJAAN ISLAM UMNO INI.


KERAJAAN ISLAM UMNO MENUBUHKAN TABUNG HAJI UNTUK MENGURUSKAN JEMAAH HAJI DI TANAH SUCI DAN DALAM MASA YANG SAMA TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI UNTU KEPNTINGAN UMAT ISLAM.


MELAHIRKAN CERDIK PANDAI MELAYU/ISLAM


KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MELIHAT UNTUK MEMBENTUK SUATU BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM YANG MAJU MAKA MODAL INSAN PERLU DITITIK BERATKAN MAKA TERTUBUHKAN UNIVERSITI MALAYA, UNIVERSITI KEBANGSAAN, USM, UIA DAN SEBAGAINYA..
HANYA BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN CERDIK PANDAI DARI KALANGAN ORANG MELAYU.. BAGI MEMASTIKAN MURID MELAYU TIDAK KETINGGALAN, KUOTA DILAKSANAKAN MAKA LAHIRLAH PARA DOKTOR, PENSYARAH, PENTADBIR DAN PAKAR-PAKAR DALAM BIDANG TERTENTU.. INILAH ANTARA SUMBANGAN UMNO


MENDAULATKAN ISLAM


KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO MELIHAT SINAR ISLAM PERLU DILETAKKAN DILANDASAN YANG BETUL DAN MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN NEGARA ISLAM YANG LAIN MAKA PERTANDINGAN MEMBACA AL QURAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARA BANGSA TELAH DIADAKAN DAN BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI QARI DAN QARIAH DI MATA DUNIA.


MENYEDARI PERMASALAHAN UMAT ISLAM DALAM URUSAN BANK MAKA KERAJAAN KEPIMPINAN UMNO TELAH MENUMPUKAN USAHA MELAHIRKAN SATU SISTEMPERBANKAN ISLAM YANG PERTAMA DI DUNIA DAN DIIKTIRAF OLEH UMAT ISLAM YANG LAIN.


KERAJAAN ISLAM UMNO JUGA MENGUJUDKAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, KOLEJ PERUBATAN ISLAM DAN PELBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI NEGARA INI.


KEBEBASAN AGAMA DAN MENDAULATKAN ISLAM AGAMA RASMI


KERAJAAN ISLAM UMNO TIDAK MENGHALANG MANA-MANA PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA UNTUK MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MASING-MASING. KERAJAAN ISLAM UMNO MEMBERI KEBEBSAN BERAGAMA KEPADA SEMUA RAKYATNYA DAN DALAM MASA YANG SMA MELETAKKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA.


MENYAMBUT SERUAN ALLAH SUPAYA KITA SALING KENAL MENGENALI DENGAN UMAT YANG DILAHIRKAN DI DUNIA INI MAKA KERAJAAN ISLAM UMNO TELAH MEMBINA KEMUDAHAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DAN SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA BAGI MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MENGENALI NEGARA LUAR DAN RAKYAT ASING MENGENALI MALAYSIA.


MENYEMAI AMALAN MURNI ISLAM DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA


KERAJAAN ISLAM UMNO MEMPERKENALKAN AMALAN MURNI DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN IAITU PUNCH CARD, BERSIH CEKAP AMANAH, MEMERANGI RASUAH DAN SEBAGAINYA BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN AMALAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN..


NAMUN RAMAI YANG MENUDUH UMNO RASUAH. INI KERANA KAKITANGAN YANG MENGAMALKAN RASUAH DIKAITKAN DENGAN UMNO. MEREKA LUPA BAHAWA KERAJAAN JUGA DIANGGOTAI OLEH PELBAGAI AHLI PARTI POLITIK BAIK PAS, DAP DAN PKR.
MENGAPA UMNO DIPERSALAHKAN KALAU SEORANG PEGAWAI KERAJAAN YANG MENYOKONG PAS DIDAPATI BERSALAH TERLIBAT DALAM RASUAH? PERKARA INI KURANG DIBERIKAN PERHATIAN


PEMIMPIN PAS HARUS SEDAR RAMAI AHLI PAS YANG MENCARI REZKI DENGAN BERKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM KERAJAAN UMNO. MEREKA DIUMPAMAKAN GUNTING DALAM LIPATAN DAN MENANGUK DI AIR YANG KERUH. MEREKA MENGUTUK KERAJAAN DALAM MASA YANG SAMA MEREKA MENERIMA GAJI DARI KERAJAAN YANG MEREKA KUTUK.


MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN ISLAM


KERAJAAN ISLAM UMNO JUGA HARUS TIDAK DILUPAI MENJADI TONGAK DAN BARISAN HADAPAN NEGARA INI UNTU MEMPERTAHANKAN SYIAR ISLAM BAIK DI PALESTIN ATAU NEGARA ISLAM YANG LAIN. PENGLIBATAN DALAM MEMBANTU UMAT ISLAM DI BOSNIA, PALESTIN, SAMOLIA DAN SEBAGAINYA DILAKUKAN ATAS DASAR KESEDARAN KITA SEMUA ADALAH BERSAUDARA.


APABILA ADA PIHAK YANG CUBA MENAFIKAN HAK ISLAM DI NEGARA INI, UMNO AKAN KEHADAPAN MEMPERTAHANKANNYA SEPERTI CUBAAN GEREJA KRISTIAN UNTUK MENGGUNAKAN NAMA ALLAH DALAM MAJALAH EDARAN MEREKA. UMNO TERUS MEMPERTAHANKANNYA WALAUPUN MENDAPAT TENTANGAN DARI PIMPINAN PAS DAN PKR.


APAKAH SUMBANGAN PAS


SELAIN MENAFIKAN SUMBANGAN PEMIMPIN UMNO INI, PEMIMPIN PAS MENGKAFIRKAN PEMIMPIN UMNO DAN MENGHARAMKAN SEMBELIHAN ORANG UMNO DARI DIMAKAN OLEH ORANG PAS, MENGHARAMKAN AHLI PAS MENGIKUTI IMAM UMNO DAN SEBAGAINYA.


KEADAAN INI MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. ADAKAH INI YANG DIAJARKAN OLEH AJARAN ISLAM? TETAPI SEHINGGA KINI, PEMIMPIN PAS MERACUNI AHLI PAS BAHAWA UMNO MENOLAK ISLAM, PEMIMPIN UMNO TAK MENGAMALKAN KEHIDUPAN ISLAM, UMNO RASUAH DANS EBAGAINYA TANPA MELAKUKAN SEBARANG SUMBANGAN DAN IDEA UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA INI.


ADAKAH ISLAM SESEORANG ITU DINILAI DARI JENIS PAKAIAN YANG DIPAKAI, JENIS SERBAN YANG DIGUNAKAN?

TEPUK DADA TANYA SELERA. ANDA DIANUGERAHKAN AKAL MAKA GUNAKANLAH DENGAN SEADILNYA.
MUNGKIN JAWAPANNYA IALAH BERIKANLAH PAS PELUANG UNTUK MEMERINTAH MALAYSIA.
KEPADA KALIAN SEMUA BUKAN SENANG UNTUK MEMERINTAH NEGARA. TIDAK SEMUDAH SEPERTI DITUTURKAN.







MENGAPA SAYA MENOLAK PAS

SALAM BAHAGIA UNTUK SEMUA
SAYA MENOLAK PAS BUKAN KERANA SAYA MEMUSUHI ISLAM TETAPI KERANA BEBERAPA FAKTOR YANG BUKAN SAHAJA MENYALAHI PENDIRIAN SAYA TETAPI PENDIRIAN DALAM AJARAN ISLAM ITU SENDIRI..

1. PEMIMPIN PAS MENIPU RAKYAT KAMPUNG DAN BANDAR YANG HAUSKAN AJARAN ISLAM MENGAKU BAHAWA PARTI ISLAM SEMALAYSIA SEBAGAI PARTI ISLAM DI MALAYSIA

2. PEMIMPIN PAS MENGATAKAN UNDI PARTI PAS MENDAPAT PAHALA DAN UNDI UMNO/BN MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH

3. APABILA BERSAMA DENGAN PEMIMPIN DAP DAN PKR MEREKA MEMBELAKANGKAN KEPENTINGAN DAN PERJUANGAN PARTI MEREKA DAN MENURUTI KEHENDAK MEREKA

4. PEMIMPIN PAS DAHULU BERKATA BAHAWA BERKERJASAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM ADALAH HARAM TETAPI KINI HALAL BERKERJASAMA DENGAN DAP.

5. PAS DAHULU MENGUTUK DAN MENGHINA ANWAR IBRAHIM DALAM KES RASUAH, SALAHGUNA KUASA DAN SALAH LAKU SEKS TAPI KINI MENJADI SAHABAT BAIK DAN BERSETUJU MENAIKKAN NAWAR SEBAGAI KETUA NEGARA.

6. PEMIMPIN PAS MENGGUNAKAN AYAT SUCI AL QURAAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK.. TERJEMAHANNYA MENGIKUT KEHENDAK MEREKA..ULASAN MENGIKUT APA YANG DISUKAINYA..

7. PEMIMPIN PAS MENUDUH UMNO MENGAMALKAN RASUAH TETAPI DIKALANGAN PEMIMPIN PAS RAMAI YANG RASUAH

8. PEMIMPIN PAS MENGATAKAN PEMIMPIN UMNO TERLIBAT DALAM SALAH LAKU SEKS TAPI ADA JUGA PEMIMPIN PAS YANG DITANGKAP KHALWAT DAN MENGAHWINI MUALAF DAN MENCERAIKANNYA KERANA NAFSU

9. PEMIMPIN PAS MENGATAKAN HASIL YANG DIPEROLEHI OLEH KERAJAAN UMNO ADALAH HARAM TAPI MEREKA MENGAMBIL BIASISWA, GAJI BULANAN, MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BANK BUKAN ISLAM.

10. PEMIMPIN PAS BERKATA MEREKA MENYUBURAN SINAR ISLAM DI MALAYSIA TAPI MEREKA BERCERAMAH SAMBIL MEMBUAT FITNAH DAN TUDUHAN YANG MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM

11. PEMIMPIN PAS MENGATAKAN MEREKA MENYANJUNGI KEPIMPINAN ULAMA TETAPI MENGUTUK DAN MENUDUH DENGAN PELBAGAI TUDUHAN DAN CACIAN TERHADAP ULAMA YANG BERKHIDMAT UNTUK KERAJAAN PIMPINAN UMNO

12. PEMIMPIN PAS TIDAK PERNAH BERTERIMA KASIH ATYAS BANTUAN YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA OLEH PEMIMPIN UMNO.. SATU INSIDEN DIMANA ROMBONGAN HAJI HADI TIDAK MENDAPAT VISA UNTUK MEMBUAT HAJI PADA TAHUN 2008 TETAPI ATAS PERTOLONGAN DATUK ZAHID ZABIDI MEREKA BOLEH MELAKUKAN IBADAT HAI DI MEKAH.. TAPI APAKAH BALASANNYA MENGUTUK DAN MENGFITNAH

13. PEMIMPIN PAS MENANAM PERASAAN MEMBENCIKAN PEMIMPIN UMNO SEJAK KECIL DI SEKOLAH KELOLAAN MEREKA DAN PUSAT AGAMA DAN INI ADALAH BERCANGGAHAN DENGAN SEMANGAT ISLAM YANG MEMINTA KITA BERKASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN

14. PEMIMPIN PAS BERKATA MEREKA MENEGAKKAN KEPERIBADIAN ISLAM TETAPI MEREKA MENYOKONG DAN MEMPERTAHANKAN ELIZABETH WONG DALAM KES GAMBAR BOGELNYA

15. PEMIMPIN PAS MEMIHAK ORGANISASI KRISTIAN DALAM ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH DALAM MAJALAH KELUARAN ORGANISASI KRISTIAN DENGAN BERKATA DALAM AL QURAAN TERCATAT ORANG KAFIR MENGGUNAKAN ALLAH.. SUATU KENYATAAN YANG MENYESATKAN

AKHIR KALAM TAPI BUKANPENYUDAHAN HUJAH

SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA BAHAWA PEMIMPIN PAS YANG BERLAGAK ULAMA SEBAGAI PEMIMPIN AGAMA TETAPI SELAYANYA MEREKA ADALAH PEMIMPIN POLITIK DAN MENGGUNAKAN SEGALA PENDEKATAN POLITIK UNTUK MENDAPAT KUASA

PERJUANGAN MEREKA BUKANLAH UNTUK ALLAH TETAPI UNTUK MENDAPAT KUASA DAN KEPENTINGAN PERIBADI

WASSALAMM

Wednesday, March 25, 2009

MENGAPA SAYA TETAP BERSAMA UMNO



1. sejak kebelakangan ini, ramai ahli UMNO yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan dalam jawatan Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dengan mengambil tindakan keluar dari UMNO. Biarkanlah mereka kerana setiap orang mempunyai pertimbangan sendiri dan keputusan itu adalah hak individu. Untuk saya memperkatakan hal orang lain, tidaklah manis dan layak rasanya.

Apakah pendirian saya?

2. Walaupun ada nama yang tidak selari dengan pendirian saya tetapi tetap terpilih sebagai pemimpin dalam barisan kepimpinan UMNO, namun saya masih tetap sebagai ahli UMNO.

3. Walaupun suatu hari nanti UMNO akan ditalkinkan seperti mana dikatakan oleh rakan dalam parti pembangkang, saya tetap akan bersama UMNO dan tidak sekali-kali akan mendaftarkan diri dengan parti PAS, PKR dan mana-mana parti lain.

Mengapa saya berpendirian begitu?

4. Saya adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Kehidupan saya sekeluarga adalah sederhana yang mengamalkan ajaran Islam sebagai asas kehidupan seharian.

5. Kedua ibubapa juga adalah penyokong UMNO walaupun mereka tidak pernah menjadi ahli UMNO yang sah. Mereka mengajarkan saya sejak kecil lagi supaya tidak mengambil hak orang lain, menghormati orang lain baik dari segi pandangan, pegangan keagamaan atau politik. Pendek kata jangan kita menyusahkan hidup orang dan kalau mampu memberi bantuan, maka hulurkanlah bantuan seikhlas mungkin. Ajaran mereka ini dibawa sehingga saya menjadi apa yang saya ada sekarang.

6. Semasa saya remaja dan jiwa saya menuntut supaya mendekati diri dengan Allah, saya terpengaruh untuk mengikut ceramah agama dari ustaz-ustaz yang ada pada masa itu, tetapi kebanyakan isi ceramah yang dibawa hanya menyentuh tentang keburukan orang lain, kesalahan dan tuduhan terhadap pihak tertentu.

Adakah ini ceramah agama yang saya cari?

7. Setelah diperiksa barulah saya ketahui bahawa ceramah yang saya hadiri dan dengar melalui keset itu adalah ceramah agama dari kepimpinan PAS termasuk Haji Hadi.

8. Dibandingkan dengan ajaran ibubapa saya yang diterapkan sejak kecil seperti di atas menyebabkan saya menjauhkan diri dari unsur seperti yang di bawa oleh ceramah PAS kerana berlawanan dengan jiwa saya.

9. Sejak dari mula penubuhan PAS sehinggalah sekarang, isi ceramahnya meliputi kesalahan orang lain dan memburukkan pemimpin yang tidak mengikut keadah Islam cara mereka. Mereka menyalahkan orang yang tidak berpakaian Islam ala PAS dan jiwa orang UMNO dikatakan mengikut orang sekular. Ini menyebabkan saya sukar menerima perjuangan PAS yang bertopengkan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka.

10. Bagi saya, saya berpegang teguh kepada ajaran Rasullullah iaitu kasih mengasihani antara makhluk dan menghormati antara satu sama lain. Walaupun kita berlainan fahaman politik, tapi masih ada ruang yang boleh kita usahakan untuk perpaduan bangsa dan agama.

11. Tonggak ini tiada dalam PAS. Bagi pemimpin PAS, mereka meracuni pemikiran pengikut PAS bahawa mana-mana orang yang tiduk tunduk dan mematuhi Islam ala PAS maka mereka bukan dalam golongan yang dirahmati Allah.

12. Insiden mengafirkan orang Islam UMNO, sembahyang dua Imam, tidak memakan sembelihan orang UMNO menambahkan lagi kesangsian saya terhadap perjuangan Islam ala PAS ini.

13. Dahulunya PAS mengatakan bahawa kita berjuang atas tiang Islam dan tidak akan berkerjasama dengan golongan bukan Islam sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dengan MCA dan MIC. Tapi kini, mereka adalah pelakon yang meludah di atas langit dengan mengadakan Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR yang mana perjuangan dan pegangan mereka ini terang-terang tidak berlandaskan Islam sejati.

14. Perkembangan di sekeliling sejak dahulu hingga sekarang juga membuat saya takut kepada perjuangan PAS samada mereka ini adalah pengamal agama Islam yang mengikuti sunah Rasullullah dan al Quran?

15. Bayangkanlah bagaimana hukumnya jikakalau dalam rumah penyokong PAS digantung gambar pemimpin mereka dan mewarnakan batu nesan dengan warna PAS iaitu hijau.

16. Atas dasar apakah kita mengantungkan gambar pemimpin PAS dalam rumah kalau bukan untuk dihormati dan apa akan berlaku kalau ada orang yang mengoyakkannya? Adakah mereka ini akan marah atau membunuh orang yang mengoyak gambar itu?

17. Penyokong PAS juga tidak mahu bersama kariah UMNO untuk bersama-sama berjemaah dalam saf yang sama sujud menyembah Allah. Pemimpin mereka mengatakan bahawa tidak sah sembahyang di belakang Imam orang UMNO?

Apakah pegangan mereka ini benar?

18. Begitulah antara sebab mengapa saya kurang meminati perjuangan Pas dan rela menjadi seorang rakyat yang hanya mendiamkan diri daripada terlibat dalam dakyah politik PAS yang menggunakan Islam sebagai alat memancing undi dalam pilihan raya.

Bagaimana dengan PKR?

19. Kalau PAS yang memperjuangan Islam ala PAS tidak menarik perhatian saya, inikan pula parti rojak mee.

20. PKR adalah pecahan dari UMNO dan kelainannya adalah memberi keahliannya kepada orang bukan Melayu. Kononnya ingin memperjuangkan politik pelbagai kaum.

21. Sebagai Melayu dan beragama Islam, tidak dapat tidak saya tetap mengutamakan perjuangan bangsa dan agama saya terlebih dahulu sebelum orang lain. Dalam masa yang sama saya akan menghormati mereka ini selagi mereka menghormati hak saya. Itu sangat jelas.

22. Demikianlah pandanga peribadi saya.

Salam

Memperkasakan Kembali UMNO


1. Tidak dapat dinafikan UMNO kini dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai masalah dan kurang diminati oleh rakyat khasnya golongan muda. Pelbagai post mortem telah dilakukan dan pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan namun keadaan masih ditakuk yang lama, tiada perubahan dalam UMNO itu sendiri.

2. Apakah penyakit yang melanda UMNO sehingga ianya dilihat sebagai parti khusus untuk golongan atasan dan elit sahaja?

3. Golongan rakyat bawahan dipinggirkan dalam perebutan jawatan dalam UMNO. Sedangkan ramai golongan muda yang bersemangat untuk mempertahankan kedudukan Melayu dipinggirkan sejak dari awal lagi. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada graduan dan sekolah tinggi yang mempunyai bakat kepimpinan dan ilmu.

4. Terdapat pandangan dan keluhan yang diluahkan oleh golongan muda ini yang mengatakan permohonan mereka untuk menjadi ahli UMNO di cawangan-cawangan diabaikan. Borang tidak didaftarkan atau tidak dihantar ke UMNO pusat dan sebagainya.

5. Mengapakah ini berlaku. Adakah kepimpinan yang sedia ada takut dicabar kedudukan mereka atau mereka ingin menduduki jawatan itu sehingga ke akhir hayat?

6. Perubahan dalam UMNO perlu dimulakan dari peringkat cawangan lagi. Pemilihan ketua cawangan mestilah daripada mereka yang boleh memimpin dan berkelayakan. Ini kerana ketua cawangan kebiasaannya akan dilantik sebagai pengerusi JKKK atau JKKKP.

7. Keperibadian pemimpin cawangan ini mestilah melambangkan perjuangan UMNO yang tidak membezakan warna kulit dan keturunan semasa menjalankan tugasnya sebagai pengerusi JKKK dan JKKKP.

8. Pada masa ini, banyak kes yang dilaporkan bahawa pengerusi JKKK yang dilantik oleh UMNO tidak mesra dan hanya mementingkan kroni mereka dalam pemberian bantuan dan pengagihan projek kerajaan. Mereka bertindak seolah-olah jawatan mereka sebagai ketua cawangan UMNO menghalalkan mereka melakukan apa sahaja yang mereka suka.

9. Sikap dan tingkah laku mereka ini sentiasa diperhatikan oleh ahli UMNO sendiri dan masyarakat setempat. Keburukan mereka ini akan dikaitkan dengan UMNO dan akhirnya UMNO akan dikatakan sebagai parti yang tidak membela rakyat hanya mementingkan kroni dan penuh dengan amalan rasuah. Di sini siapakah yang nak dipersalahkan?

10. Persoalan yang perlu dilihat dalam menilai permasalahan di peringkat cawangan ialah mengapa pihak tertentu sanggup bergolok gadai untuk memegang jawatan ketua cawangan? Adakah ianya menjanjikan kemewahan atau kekayaan? Ini belum lagi di peringkat bahagian dan pusat.

11. Sebenarnya setelah diperhatikan secara ikhlas, terdapat faktor penarik yang menyebabkan ramai orang meminati jawatan dalam UMNO iaitu peluang dalam bentuk peruntukan, projek dan sebagainya. Adakah perlu semuanya ini diteruskan? Adakah perlu sumbangan, peruntukan dan projek diberikan terus kepada mereka? Sesuatu langkah tegas perlu diambil untuk memantau pelaksanaan di peringkat cawangan.

12. Ahli UMNO di peringkat cawangan mestilah didedahkan kepada kursus kepimpinan dan arah tuju parti. Mereka juga perlu mampu menghuraikan permasalahan sebenar yang dihadapi oleh UMNO dan ini akan membantu dalam memilih pemimpin yang benar-benar diperlukan oleh parti.

13. Jati diri dan ketakwaan kepada Allah perlu diterapkan kembali dalam barisan kepimpinan UMNO baik di cawangan, bahagian dan pusat.

14. Arus kini mempelihatkan rakyat melihat keperibadian yang baik perlu ada dalam diri pemimpin sedia ada. Takutkan Allah akan menyebabkan kita tidak akan mengamalkan rasuah dan salah laku. Namun begitu, bukan semua pemimpin yang akan mengamalkannya.

15. Sehubungan itu, kita menyeru supaya pemimpin UMNO perlulah melihat perkara ini dengan hati yang ikhlas dan sentiasa berhasrat untuk memajukan bangsa dan agama. Insyallah setiap pekerjaan yang baik dan diikuti dengan hati yang ikhlas akan membuahkan hasil yang diharapkan. Amin

CARA MENGHAPUSKAN POLITIK WANG DALAM UMNO



1. Masalah amalan politik wang yang dikatakan berlaku dan berlubuk dalam UMNO adalah suatu fenomena biasa dalam mana-mana organisasi atau politik yang ada dalam dunia ini. Hanya kepandaian pemimpin-pemimpin terbabit menyembunyikan keadaan ini kepada pengetahuan umum menyebabkan rakyat tidak mengetahuinya.

2. Berlainan dalam UMNO yang mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran dan membuka segala permasalahan dalam parti kepada pengetahuan umum menyebabkan ramai yang menyangkakan UMNO adalah parti rasuah.

3. Kalau dikaji secara umum, tuduhan mengatakan amalan politik wang telah bermula di peringkat bawahan lagi iaitu di pemilihan cawangan UMNO. Perkara ini berlarutan dalam pemilihan jawatan di bahagian. Keadaan yang sama berlaku semasa pemilihan dalam G7 bagi memilih 7 orang perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO.

4. Para perwakilan bersama 5 ahli tetap dari setiap bahagian akan diamanahkan untuk memilih pemimpin di peringkat pusat. Dari segi komposisi, jumlah perwakilan yang mewakili bahagian terbabit tidak melambangkan nisbah yang menyeluruh. Di sini peluang untuk membeli undi para perwakilan adalah mudah dan terbuka luas bagi pihak yang berkepentingan.

5. Sehubungan itu, seruan Dato’ Seri Najib, Presiden UMNO supaya diubah sistem pemilihan perwakilan untuk memilih pemimpin tertinggi UMNO di masa depan adalah dialu-alukan oleh semua pihak.

Cadangan Pemilihan Pemimpin UMNO Secara Pilihan Raya
-----------------------------------------------------------------------


6. UMNO adalah sebuah parti yang besar mewakili masyarakat Melayu dan mempunyai ahli melebihi 3 juta orang di seluruh Malaysia. Sekiranya pemimpin UMNO berani melakukan anjakan dalam pembaharuan, satu pendekatan yang boleh dilihat dan dipertimbangkan adalah mengadakan pemilihan ala pilihan raya dimana semua ahli di cawangan akan memilih pemimpin mereka untuk peringkat cawangan, bahagian dan pusat dalam bentuk kertas undi. Setiap undi adalah rahsia iaitu mengikut keadah pilihan raya umum.

7. Cara ini akan dapat menghindarkan mana-mana pihak yang berhasarat untuk membeli undi dan memberi peluang kepada semua ahli UMNO menyuarakan siapakah pemimpin yang mereka yakini kepimpinan mereka. Ini juga mengelak perwakilan yang diamanahkan memilih calon tertentu menukar amanah itu kepada calon yang lain atas faktor dibeli dengan wang.

8. Setiap peti undi dari semua cawangan akan dikira di pusat pengiraan undi di bahagian masing-masing dan dikumpulkan di peringkat negeri. Semua keputusan akan disalurkan di ibupejabat UMNO di Kuala Lumpur untuk diumumkan pemenangnya. Selesai sudah permasalahan politik wang dalam UMNO.

9. Dengan cara ini, semua pemimpin yang berhasrat untuk menjawat jawatan dalam UMNO mestilah berusaha dan bekerja secara ikhlas dan rajin supaya disukai oleh ahli UMNO di tempatnya dan seluruh negeri. Tetapi adakah pemimpin UMNO bersedia untuk melakukan perubahan ini?

BUKIT GANTANG: SIAPAKAH YANG AKAN DIPILIH



1. Dalam kekalutan pemilihan jawatan tertinggi UMNO sekarang, kumpulan pembangkang PR melihatnya sebagai satu peluang untuk menangguk di air yang keruh.

2. Kekecewaan kumpulan yang menyokong pemimpin UMNO yang kalah dalam pemilihan akan menyebabkan moral dan semangat juang menjadi lemah dan tidak bermaya. Ini akan berterusan dalam persediaan pilihan raya di dua bukit dan satu batang. Ini adalah suatu realiti walaupun cuba diselindungi tetapi itulah keadaannya.

3. Melihat kepada keadaan di Bukit Gantang, pemerhatian yang dibuat menunjukkan BN kini ketinggalan di belakang PR. Ini adalah atas dasar yang mana pengundi Cina khasnya golongan muda dijangka tidak akan memberi undi kepada calon BN walaupun calon BN telah dikenali mereka.

4. Isu perlantikan KJ sebagai Ketua Pemuda juga akan memberi impak kepada sokongan masyarakat Cina terhadap BN dan UMNO. KJ dilihat sebagai satu entiti yang kurang disenangi oleh mereka.

5. Dalam masyarakat India pula, masalah kehidupan harian adalah isu utama yang perlu dititik berat dalam berkempen. Mereka hanya memerlukan seseorang yang memahami masalah mereka di estet dan bagaimana kerajaan BN dapat membantu mereka memberi pelajaran dan sedikit kesenangan hidup berbanding sebelum ini.

6. Masyarakat India di sini dilihat telah menolak kepimpinan MIC kerana mereka rasakan MIC hanya mementingkan diri sendiri bukannya pengundi yang mengundi mereka. Terdapat ramai golongan peniaga yang berjaya dan diterima masyarakat setempat sebagai individu yang dihormati kerana sumbangan mereka dalam komuniti India. Mereka ini boleh dijadikan perantaraan untuk memenangi semula hati pengundi India.

7. Samada pengundi India akan menerima calon BN atau PR adalah bergantung bagaimana pihak dalam BN mendekati mereka. Keyakinan tinggi untuk mendapat sokongan dari mereka kepada BN adalah tetap ada. Hanya pendekatan yang baik diperlukan.

8. Masyarakat Melayu pada asalnya terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu penyokong UMNO, PAS dan atas pagar. Kini ianya menjadi empat dengan kemasukan PKR dalam kancah politik tempatan. Perpecahan dalam masyarakat Melayu menyebabkan calon BN/UMNO memerlukan sokongan dari masyarakat bukan Melayu untuk memenangi kerusi P059.

9. Sebagaimana jangkaan sebelum ini bahawa pengundi Cina tidak akan menyokong BN dan sebahagian besar India juga ke arah pembangkang, dimanakah peluang calon BN di Bukit Gantang?

10. Perlu diingat, sokongan pengundi Cina terhadap Nizar adalah atas faktor kepentingan perjuangan parti DAP yang berasaskan perjuangan kaum Cina. Di Perak, masyarakat Cina di bandar adalah majoriti berbanding Melayu yang menetap di kawasan taman perumahan dan kampung tradisional.

11. Parti politik DAP menggunakan pendekatan kempen perkauman yang menekankan sekiranya BN mengambil alih kuasa maka kebajikan kaum Cina tidak akan dapat diperjuangkan sebagaimana DAP lakukan semasa memerintah Perak sebelum ini. Individu seperti Nizar ditonjolkan sebagai hero yang membantu kaum Cina dan dengan adanya keturunan darah Cina dalam badan Nizar menguatkan lagi sokongan terhadap beliau.

12. Adakah BN dapat mengharapkan sokongan pengundi atas pagar? Adalah sukar untuk memastikan pendirian pengundi atas pagar kerana perkembanagan semasa dalam UMNO sendiri menyebabkan ramai pengundi atas pagar kurang yakin dengan kepimpinan UMNO untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Begitu juga sokongan jentera pilihan raya UMNO mungkin akan menerima kesan akibat pergelutan dalam pemilihan jawatan dalam UMNO sekarang ini.

13. Adalah sukar untuk menjangkakan samada kemenangan akan berpihak kepada BN. Namun begitu, ini adalah satu cabaran kepada pihak kepimpinan baru UMNO untuk turun padang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon BN.

14. Nasihat yang mahu diberikan, masuk kampung orang patuhilah adat resam setempat. Bagi para Menteri UMNO janganlah memasuki kampung dengan kenderaan mewah, pakaian megah kerana ini akan menrugikan UMNO sendiri. Lawatilah masjid dan berjemaahlah bersama mereka. Wanita dan Puteri UMNO, jauhilah pendekatan lama dengan memakai secara tidak sopan dan kurang mesra dengan pengundi. Dekatilah mereka dengan berhemah dan ikhlas. Insyallah ini akan dapat membantu kemenangan calon BN.

15. Masih ramai yang sayangkan UMNO tapi mereka ralat dan kecewa dengan kebanyakan pemimpin UMNO yang seolah-olah tidak mengambil tahu permasalahan orang kampung yang selama ini menyokong UMNO tanpa berbelah bagi.

16. Mereka juga sedar dan mengetahui bahawa PAS dan PKR adalah parti yang tidak ada arah tujuannya. Tapi kemarahan dan perasaan tidak puas hati atas kedangkalan dan sikap tidak mahu berubah dalam UMNO sendiri menyebabkan pengundi ini jauh hati dengan UMNO. Berubahlah UMNO demi masa depan.

ADAKAH KERAJAAN BN ZALIM KEPADA RAKYAT?

1. Pagi ini saya ingin mengutarakan suatu persoalan mengenai tuduhan kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai pembangkan yang mana sering menuduh pemerintah di Malaysia ini adalah zalim dan tidak mengikut perintah Allah.. dalam segala segi.

2. Apakah yang dimaksudkan zalim di sini? Adakah kerajaan pimpinan BN membunuh orang Islam atau rakyat jelata? Adakah pemimpin melarang orang Islam mengerjakan rukun Islam dalam kehidupan seharian? Adakah masjid – masjid diroboh? Adakah orang Islam dilarang mengerjakan haji dan umrah? Adakah pondok dan sekolah agama ditutup dan dipagar dan melarang anak-anak bangsa mendapat pendidikan? Adakah orang Islam dan rakyat jelata disekat mengerjakan aktiviti persendirian seperti berniaga, bertemu dengan sanak saudara, dan melawat tempat-tempat yang diminati? Adakah?

3. Selagi kerajaan tidak menghalang perkara-perkara yang merujuk kepada kebebasan dalam amalan agama, hak persendirian dan sebagainya adalah wajib bagi rakyat menunjukkan tanda taat setia dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

4. Kebebesan hak asasi yang dilaungkan oleh kumpulan pembangkang masa kini adalah suatu permintaan yang hanya bermotifkan politik dan kepentingan parti dan kaum tertentu.

5. Sebagai contoh, isu mengadakan demotrasi dan perarakan haram dihalang oleh pihak berkuasa seringkan dijadikan isu untuk menghentam kerajaan pimpinan BN. Mengapa perlu membawa anak-anak kecil, orang tua dan menghasut golongan muda turun ke jalan raya dan melaungkan nama suci Allah hanya sekadar untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati.. mengapa perlu menggunakan masjid untuk tempat berkumpul dan membuat fitnah di dalamnya sedang tempat itu adalah tempat untuk kita mendekati diri dengan Allah dan mendapat keredhaanNya.

6. Dalam menanggani isu kedaulatan Melayu dan Islam, mengapa kumpulan pembangkang Islam bersengkokol dengan golongan yang lain yang bencikan Islam seperti isu penggunaan nama Allah? Bukankah itu tanggungjawab bersama untuk kita pertahankan? Adakah perbezaan fahaman politik dan kepentingan parti menghalalkan kerjasama kalian dengan golongan yang menentang Islam?

7. Isu tuduhan kekejaman pasukan polis dalam menjalankan tugas mereka. Apakah salah pasukan keselamatan ini yang hanya bertindak untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan di dalam Negara ini. Mereka bertugas siang dan malam hanya untuk memastikan kamu semua sentiasa berada dalam keselamatan.

8. Apabila penjenayah dibunuh atas dasar mereka membahayakan anggota keselamatan dan masyarakat, kamu semua menyalak seperti anjing? Mengapa? Adakah kamu menyokong penjenayah-penjenayah tersebut? Mungkin suatu hari nanti bila penjenayah berkenaan merompak, membunuh dan merogol ahli keluarga kamu semua maka mungkin pada masa itu baru kamu semua tahu bahawa penjenayah ini adalah golongan yang bahaya dan patut ditanggani secara keras.

9. Sebelum kita mengatakan kerajaan itu zalim, kita harus melihat kepada diri kita sendiri adakah kamu semua zalim kepada diri kamu, keluarga kamu, masyarakat kamu dan Negara kamu?

10. Mengapa perlu menzalimi ahli keluarga yang masih kecil dan yang berumur keluar mengadakan bantahan terhadap polis dan kerajaan. Menyertai perhimpunan haram dan ceramah yang tiada permit.

11. Apakah sumbangan kamu semua untuk memastikan keamanan di dalam negara ini? Kita hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam semua perkara. Jika tidak dapat pekerjaan kita salahkan kerajaan BN, jika tak dapat masuk sekolah asrama penuh salahkan BN, jika hidup miskin dan melarat salahkan BN. Semuanya salah BN, jadi apakah yang kita sumbang?

12. Kepimpinan parti pembangkang yang kini memimpin negeri tertentu pun begitu. Sekiranya gagal memenuhi sesuatu janji yang dibuat semasa pilihan raya maka akan menyalahkan kerajaan BN yang lama. Adakah ini sikap dan kepimpinan yang sejati? Kamu dilantik menjadi pemimpin untuk membangun negara ini bukan mencari salah kerajaan lama.

13. Bagi rakyat yang berjiwa pembangkang, ingatlah sekiranya kamu mendapat kerajaan yang zalim, janganlah salahkan kerajaan itu kerana kezaliman kerajaan itu adalah dari kelalaian dan ketidakpatuhan kita semua kepada ajaran dan suruhan Allah. Kita perlu berdoa kepada Allah semoga memberi pertunjuk kepada pemerintah dan kita perlu menjauhi laranganNYa.

14. Tiada satu pihak yang sempurna dalam menjalankan tanggungjawab di dunia ini. Sedangkan kita mempunyai sifat yang sama dalam melayani isteri-isteri dan anak-anak di rumah. Maka itu, insaf dan perbaikilah dahulu jiwa dan diri kita, insyallah kita akan diberi pertolongan oleh Allah dan mendapat kerajaan yang menjaga kebajikan kita. Amin








Saturday, March 7, 2009

KEMELUT POLITIK NEGARA TIDAK MENENTU. APAKAH SUMBANGAN KITA?

Sedar atau tidak, negara kita kini dilanda suasana politik yang tidak menentu, yang amat menyedihkan kekalutan ini adalah angkara permusuhan antara bangsa Melayu sendiri. Dalam suasana ekonomi yang meleset kita masih mampu berhujah dan menyalahkan antara satu ama lain kerana ingin mendapat kuasa dan membelakangkan kepentingan rakyat yang memerlukan pembelaan.
Buat masa ini, lupakan soal politik. Kita perlu memikirkan kaedah untuk menyatukan kembali bangsa yang bergelar Melayu ini dan hidup harmoni dengan rakan dalam bangsa lain seperti India dan Cina. Kekuatan dan perpaduan kaum adalah lebih utama untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dunia..
Sekiranya ekonomi semakin teruk melanda kehidupan rakyat akan terjejas, peluang pekerjaan akan berkurangan ramai akan menganggur dan indeks jenayah semakin tinggi .. adakah ini yang kita mahukan?
Kita tidak perlu melayan soal Hak Keistimewaan Melayu atau Bahasa Melayu kerana ianya memang termaktud dalam perlembagaan dan kaum lain juga mengetahuinya, hanya pemimpin politik sahaja yang menggunakannya sebagai modal politik mereka..
Bagi kerajaan hari ini, lihatlah keadaan yang sedang berlaku dan tanggani segala permasalahan dengan hikmah dan bagi pemimpin PR, sudahlah berpolitik berkerjasamalah dengan BN untuk mengelakkan negara kita tewas dalam asakan krisis ekonomi antarabangsa..
Kita mempunyai peranan tersendiri dalam hidup kita, lakukanlah dengan ikhlas jangan berpolitik lagi..
Tungaklangit

ISU PPSMI BERTUKAR MENJADI ISU POLITIK

Salam Sejahtera
Sejak kebelakangan ini isu pengajaran bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains menjadi begitu hangat diperbincangkan dan diperjuangkan oleh parti dalam PR dengan membawanya ke tunjuk perasaan di jalanraya.
Bahasa melambangkan sesuatu Bangsa. Ungkapan ini ada kebenarannya, tetapi jikalau bangsa kita tidak maju dan jumud tanpa mengikut perkembangan semasa bagaimana golongan intelek bangsa kita mampu memperkenalkan ilmu baru dalam bahasa Melayu sekiranya mereka tidak faham mendalam dalam bahasa Inggeris yang mana ilmu itu dilahirkan.
Dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat, angkasa lepas dan sebagainya semua istilah yang digunakan adalah dalam bahasa Inggeris. Forum antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmuan. Bagaimana jikalau kita mewakili Malaysia dalam sesuatu perundingan antarabangsa tapi ilmu dan keupayaan Bahasa Inggeris lemah, adakah kita mampu mengutarakan pandangan dan hujah Malaysia di arena antarabangsa?
Bukan kita ingin mengagungkan bahasa Inggeris, niat kerajaan adalah supaya anak-anak kita menguasai bahasa Inggeris dengan baik, maka pendekatan pengajaran dalam Inggeris dalam dua subjek tersebut dijadikan satu pendekatan ke arah tersebut.
Kebanyakan mereka yang menghalang penggunaan BI ini adalah mereka yang tidak mampu memandang jauh dan menggunakan isu ini untuk kepentingan politik tersendiri.
Bagi anak Melayu kita, mereka tidak akan hilang keupayaan berbahasa Melayu di rumah dan sekolah kerana masih ada mata pelajaran yang diajarkan dalam Bahasa Melayu (BM), begitu juga anak kaum Cina dan India. Kalau dibanding anak kita dengan anak kaum India dan Cina, anak kita jauh ketinggalan dalam penguasaan BI, kadang-kadang malu melihat anak kita tergagap berbahasa BI... takkah kita sedar keadaan ini... ini bukannya soal banggakan BI atau menghina BM .. ini soal kemajuan dalam mengejar keilmuan masa kini...
Sudahlah, bagi mereka yang ingin memeperjuangkan bahasa ini, nasihat saya utamakan fikiran kita kepada langkah untuk menyelamatkan ekonomi negara dan bagaimana nak majukan diri kita supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan kita yang lain..
Jangan salahkan orang lain kalau kita ketingalan kerana kedunguan kita yang selalu membantah dan menyalahkan orang lain...
Kadang-kadang, orang-orang yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang Islam di negara ini dilihat sebagai pejuang kemusnahan bangsa sendiri dan mereka lebih rela mementingkan perjuangan politik daripada masa hadapan bangsa sendiri...
Ketahuilah setiap apa yang kita buat akan dihakimi oleh Allah..
salam
Tungaklangit
Pada zaman kebangkitan Islam, semua bangsa di dunia ini mempelajari budaya dan bahasa Arab kerana ketika itu ilmu dikuasai oleh bahasa Arab.Dalam hadis Rasullullah ada menyebut, maksudnya " tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China"... tapi pesanan Rasullullah itu akan dapat dicapai sekiranya umat Islam memahami bahasa yang dtuturkan oleh bangsa China, maknanya perlu belajar bahasa Cina...
Dalam zaman serba mencabar ini, semua ilmu dikuasai oleh bahasa Inggeris, umpamanya jikalau anak setiap pejuang bahasa Melayu di atas diberi peluang melanjut pelajaran ke luar negeri maka mereka perlu menguasai bahasa Inggeris sebab bahasa tersebut adalah bahasa penyampai ilmu ketika ini...
Kalau anak-anak saudara semua tidak dapat menguasai bahasa tersebut macam mana nak dapat lanjutkan pelajaran atau dapat markah yang tinggi dalam setiap peperiksaan... sebab itulah bangsa kita selalu mundur dan ketinggalan dengan bangsa lain.
Cuba saudara lihat salah satu faktor mengapa pelabur tertarik untuk beroperasi di Malaysia kerana kadar memahami Inggeris adalah tinggi berbanding negara jiran yang lain... mungkin saudara tak pernah keluar negara, cuba saudara bandingkan di Beijing sekitar 1990an penduduk mereka tidak pandai berbahasa Inggeris tapi sejak negara China membuka pintu ekonominya maka digalakkan semua rakyatnya belajar bahasa Inggeris, kini Beijing menjadi tarikan para pelaburSaya rasa eloklah kita mengalakkan anak-anak kita belajar bahasa Inggeris dan menjadi insan yang berilmu sebelum kita memperjuangkan bahasa Melayu.
Bagaimana kita nak jadi bangsa yang dipandang mulia sekiranya tiada seorang anak Melayu yang berjaya di universiti terkemuka dunia... sedarlah terimalah realiti iniKalau dilihat kesan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah sekarang, saya berbangga anak-anak kita dapat bertutur dalam bahasa Inggeris bila mereka membuat kerja rumah matematik dan Sains.
Ini adalah permulaan bagi anak-anak kita mengenal realiti hidup.. kita patut berbangga...Sebenarnya mungkin ada pihak yang mendalangi isu ini dan yang ketara ialah parti PAS dan PKR. Kenapa kita perlu memperjudikan masa hadapan anak-anak kita. Sedarkah saudara sekalian, terdapat ramai pelajar universiti tempatan sekarang yang terpaksa mengulang atau gagal melengkapi ijazah mereka kerana gagal dalam kertas wajib bahasa Inggeris..
Kalau saudara ada bersama dengan kumpulan penunjuk perasaan petang tadi, jelas mereka ini sebenarnya terdiri daripada ahli politik.. mereka bukannya pejuang masa hadapan anak-anak di sekolah, mereka adalah pengkhianat bangsa Melayu...Sudahlah marilah kita bersama-sama dalam satu barisan untuk memikirkan masa hadapan bangsa Malaysia dalam menghadapi kemelutu ekonomi...
Saya harap anak-anak saudara tiak menjadi seperti anak Melayu dalam satu iklan dalam TV yang tergagap-gagap menerangkan arah jalan kepada seorang pelancong asing ... sedarlah jangan selesa berada di bawah tempurung, cubalah jengok dunia luar..
Saya kagum dengan rakan-rakan saya dari kaum India dan Cina yang memastikan anak-anak mereka menguasai bahasa Inggeris kerana mereka tahu kepentingan bahasa tersebut... kalau tidak percaya tanyalah pemimpin-pemimpin PR yang menghantar anak-anak mereka menguasai bahasa Inggeris seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim,dll termasuk pemimpin dalam Pas.. terimalah kenyataan janga ditolak kenyataan dan kebenaran.... jangan dicampur politik dengan masa hadapan anak-anak kita kelak
Bagi golongan muda atau lepasan universiti yang gagal menjawat jawatan dalam sektor swasta dan kerajaan kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris cubalah menasihati kawan-kawan yang menyertai demo hari ini... terangkanlah kepada mereka yang bertindak seperti hero bertapa susahnya jikalau tidak memahami Inggeris ketika membuat buku rujukan utama untuk menyediakan kertas kerja dll...
Bagi mereka yang berada dalam parti Pas, macam mana nak mengetahui perkembangan Islam sejagat sekiranya tidak boleh baca akhbar Inggeris... sebab itulah ramai daripada mereka hanya taksub kepada apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka...
Terimalah kenyataan ilmu dalam bahasa Melayu adalah terhad dan untuk mendalami sesuatu ilmu kita perlu menguasai bahasa Inggeris .... itu adalah kenyataan
salam untuk semua
Tungaklangit

Tuesday, March 3, 2009

BN Perlu Kerja Kuat Di Bukit Gantang

Salam Sejahtera
Angin dari Bukit Larut membawa berita kononnya kedudukan BN agak goyah dikala ini. Isu-isu seperti BN merampas kuasa secara tidak sah lagak sebagai pencuri di siang hari terus dimainkan oleh puak-puak yang kecewa kerana kehilangan kuasa baru-baru ini.
Pengundi Cina dan India khasnya golongan muda di saluran 4 dan 5 dikhabarkan tidak akan memberi undi mereka kepada BN kerana simpati dan terpengaruh dengan dakyah PR bahawa BN menguasai Istana. Sebahagian orang BN khasnya UMNO juga masih terkapai-kapai tanpa penjelasan samada proses mengambil alih kuasa baru-baru ini sah atau tidak. Dikhabarkan dari ahli UMNO yang berjumlah lebih kurang 19 ribu, bukan semuanya boleh mengundi dalam PRK 059 kali ini.
Dalam menghadapi PRK di Bkt Gantang, kekuatan sokongan pengundi Melayu adalah penentu kemenangan BN kerana sokongan pengundi Cina akan memihak kepada DAP dan India akan menyokong pembangkang kerana masih terikut dengan dakyah HINDRAF.
Dalam keadaan BN masih merancang strategi pilihan raya, PR khasnya PAS dan DAP telah memulakan program ceramah bersiri diserata tempat dalam kawasan Bkt Gantang. Sambutan yang diberikan amat mengalakkan.
Adalah tidak memeranjatkan sekiranya BN masih leka dengan kemenangan mengambil alih kerajaan negeri Perak, mereka akan dikejutkan dengan kebangkitan PR di Bkt Gantang.
Kehendak UMNO Bahagian pelu diikuti dalam soal peletakan calon. Calon mestilah dari orang tempatan yang boleh diterima ramai dalam keadaan ini Sdr Ismail dilihat boleh mendapat sokongan dari kumpulan akar umbi UMNO.
Wahai Muslimin dan UMNO, pertahankanlah kedudukan kamu di Bkt Gantang. janganlah kamu berpecah dalam barisan. Jangan dipandang rendah keupayaan pembangkang walaupun Bkt Gantang dahulunya adalah kawasan UMNO/BN. Kini keadaan telah berubah.
Penerangan menyeluruh dan secara jelas perlu diberikan kepada rakyat berkaitan peralihan kuasa samada ianya melanggar Undang2 Kerajaan Negeri atau tidak dan setiap tohmahan PR perlu ditangkis dengan berhemah.
Umat Melayu Terus Berjuang Dalam Saf Yang Sama
Salam
Tongaklangit

Monday, March 2, 2009

Speaker DUN Perak Buat Perangai

Assalammualaikum Saudara
Tak tahulah apa nak jadi dengan perglakan politik di Perak nak kata budak-budak, semuanya bergelar ADUN, apa jenis ADUN pun tak tahu. Berita terbaru yang dibaca iaitu Sidang tergempar DUN di bawah pokok dalam malaysiakini.com amat memeranjatkan kita.
DAP/PAS alias Nizar dan Ngeh ingat Perak ni dia orang yang punya ke? Mana suara pejuang Melayu yang berada di Perak. Bangkitlah tunjukkan bahawa kita mempunyai payung yang dinaungi oleh Kedaulatan Raja dan Sultan.
Kalau perkara ini dibiarkan berlarutan dan Nizar dibiarkan diperkudakan oleh DAP maka sedikit masa lagi akan timbul pelbagai huru hara di negara kita ini. Wahai Muslimin Perak, bangun dari tidur, tolak fahaman politik kamu, pertahankanlah kedaulatan Sultan dan Undang2 negara ini. Mereka yang melakukan angkara seperti dalam berita tersebut adalah tergolong dalam golongan mereka yang tidak percaya kepada Sultan dan menolak undang2.
Pemimpin Pas, nasihatilah si Nizar ini, kelihatan tindakannya agak keterlaluan. Saya terbaca post dalam blog GERAKAN ANTI PKR bertajuk PERTEMUAN GAP DENGAN AMK PERAK. 'PAS BODOH KATANYA', kalau benarlah apa yang diperkatakan dalam perbualan tersebut maka bersama-samalah kita umat Melayu/Islam mempertahankan kedudukan kita dan berbarislah dalam satu saf jangan bercerai kerana berlainan fahaman politik.
SEDARLAH KITA
Tongaklangit

Wahai Muslimin Pertahankan Nama ALLAH

Assalammulaikum dan Salam Sejahtera
Kini isu nama Maha Suci ALLAH telah menjadi perdebatan dikalangan blogger ada yang pro dan ada yang menentang. Bagi diri yang menulis ini, adalah tidak betul dan mesti dilarang sebarang tindakan menggunakan nama ALLAH dalam percetakan majalah keluaran gereja kristian.
Tapi yang malangnya, terdapat juga insan yang mengelarkan diri mereka Islam dan berfahaman liberal menyetujui langkah gereja ini mengunapakai nama ALLAH kerana bagi mereka ALLAH itu bukan milik Islam sahaja ianya milik universal.
Mungkin kumpulan ini sebenarnya tidak faham maksud tindakan gereja ini atau menampakkan kebodohan dalam berfikir.
Wahai Muslimin, ketahuilah dalam setiap agama, nama tuhan yang disembah ada gelaran khas yang digunapakai sebagi contoh, dalam penganut agama Buddhist mereka menyebut Budhha sebagai tuhan mereka, dalam kalangan penganut agama Hindu mereka menyebut OOM, dalam penganut agama Kristian disebut Jesus Christ dan sebagainya. Bagi penganut agama Islam, semua tahu bahawa tuhan yang disembah oleh orang Islam ialah ALLAH. Dalam bahasa Hebrew, Tuhan yang Maha Esa dipangil ELAH. Maka disini apakah yang menjadi masalahnya?
Sejak dahulu lagi setiap agama mengamalkan agama mereka tanpa ada usaha untuk menggunakan nama tuhan agama lain dalam bahan cetak mereka, sehinggalah timbul gereja di Malaysia yang menuntut untuk mengunapakai nama tersebut.
Bagi saya yang dangkal pemikiran ini, jelas dapat dihidu niat tersembunyi pihak tertentu untuk memerangkap golongan muda Islam yang kurang Iman mereka menyertai gerakan mereka di masa hadapan. Janganlah nanti akibat tindakan leberal kita, maka kita juga akan dipertanggungjawabkan dalam soal ini di hadapan Allah kelak.
Saya beranggapan, permasalahan ini berkait-rapat dengan tsunami politik tanah air dimana semua benda nak disamaratakan dan ketelusan maka ALLAH boleh digunakan dalam cetakan gereja kristian. Bagi mereka yang bersetuju dengan saranan Nik Aziz bahawa Allah boleh digunakan oleh gereja kristian dalam cetakannya terpulanglah kepada kamu kerana Allah melihat kepada niat kamu dalam menegakkan sesuatu isu. Saya tidak menyalahkan Nik Aziz, mungkin beliau tidak bermaksud sedemikian tapi lain kali bila mengeluarkan kenyatan biarlah jelas dan jangan kabur hingga menimbulkan keraguan.
Bagi saya, Allah adalah satu nama yang Maha Agung dan Maha Suci tidak boleh dipermainkan. Dalam blog Perak Bangkit di bawah tajuk post Akhirnya Nik Aziz menjadi Ulama' Barsisso , terdapat banyak pandangan dan ulasan yang agak kurang manis dan berbahayadari segi akidah. Sebagai contoh ulasan Tanpa Nama yg menulis"Apalah yang nak di kecohkan dengan penggunaan nama 'Allah' oleh orang Kristian... luak ke Allah kalau Kristian guna nama 'Allah'"... harap-harap mereka ini tahu apa yang mereka perkatakan.
Bagi saudara yg mengatakan " Tuhan 'Allah' itu adalah tuhan untuk semua mahluk termasuk binatang dan tumbuhan waima seseorang itu orang kafir pun!... " tidak perlu mengutuk orang lain sebab atas dasar politik..
Bagi saudara yang berkata " walaupun aku ISLAM aku takder masalah baca Bible kawan aku punya,..dan memahami apakah pemahaman dia tentang ALLAH,..ko ingat ALLAH ni org Islam punye jer ke...mangkuk ayun la ko ni..." ingatlah Allah.
Terpulanglah bagi mereka yang menyokong penggunaan nama ALLAH dalam cetakan keluaran gereja kristian tapi bagi saya SEGALA PERKARA YANG ATAU CUBAAN YANG CUBA MENYESATKAN ORANG ISLAM WAJIB DITENTANG DENGAN IKHLAS TANPA UNSUR POLITIK.
Sedarlah bagi mereka yang menyokong atau berkata tiada masalah jika kristian menggunakan nama Allah, fikirlah golongan ini (kafir) akan tidak berputus asa untuk menyesatkan penganut Islam baik dengan cara apa sekalipun waima mengaku akan mengikut kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sekalipun.
Mereka (golongan kafir) sedar sekiranya umat islam bergaduh atas dasar politik mereka akan mendapat faedahnya dengan menyebelahi satu pihak yang lain. Kemabalilah ke jalan yang benar..
Saya puji usaha empunya blog saudara Perak Bangkit ini kerana beliau sedar tanggungjawab beliau sebagai seorang Islam tapi saya sedih masih terdapat mereka yang berselindung tanpa nama yang mengutuk beliau mungkin mereka ini adalah golongan kafir atau munafik yang tidak mahu mendedahkan identiti mereka sebenar.
Saudara Perak Bangkit teruskan usaha membongkar kemungkaran dan sentiasa ingat pada Allah dalam membuat setiap perkerjaan dan usaha di dunia ini.
Salam
tungaklangit

Sunday, March 1, 2009

ALLAH Bebas Digunakan Oleh Agama Lain

Salam Sejahtera
Al Kisah, pada sesuatu hari, seorang bapa membawa anaknya yang masih berlajar di Tadika atau PASTI berjalan-jalan di kawasan bandar dan melapasi sebuah gereja dengan mempunyai sebuah patung Jesus Christ, maka si anak tadi terus menanyakan bapanya "oh ayah itu Allah ke?" Apakah si ayah akan menjawap kepada si anak yang telah diajar bahawa Allah adalah tuhan kristian dan agama lain. Begitu juga satu hari bapa membawa anaknya melawat kawasan gua batu kapur di Batu Caves dan terlihat segala macam patung di situ lalu ditanya oleh si anak... " ayah.. itu Allah ke ?" apakah jawapan yang bakal dijawap oleh si bapa agaknya.
Bagi semua pemimpin Islam, bersatulah dalam mempertahankan hak Islam di negara ini, tapi malangnya ada pemimpin tertinggi Pas yang mengatakan Allah juga digunakan oleh penganut agama lain, ada juga menulis (malaysiaToday) yang mengatakan " Okay, but what about the other 99 names of Allah? Should not non-Muslims also be banned from using these words as well? If the Allah word has been prohibited, then the remaining 99 names should be equally prohibited.". Alangkah hinanya nama Allah diperdebatkan oleh mereka yang jahil dalam bidang agama dan ada yang mempunyai kedudukan tetapi memberi tafsiran yang mementingkan pengaruh politik.
Soal nama ALLAH adalah persoalan kesucian agama dan tidak boleh diperdebatkan secara terbuka dan pihak yang bertanggungjawab seperti Mufti adalah mereka yang layak memberi ulasan bukanya mereka yang ada dalam parti politik.
Seperti 2 kisah di atas, perkara sebegini akan terjadi kepada anak-anak kita kerana kebodohan pemimpin politik sekarang di masa hadapan. Ingatlah penggunaan ALLAH yang diperjuangkan oleh pihak gereja kristian adalah satu propaganda agama yang bertujuan jangka panjang untuk memalingkan iman anak-anak muda kita. Sedih sekiranya pemimpin Islam tidak nampak kesan yang bakal berlaku ekoran membenarkan penggunaan nama ALLAH dalam kitab Bible mereka.
Selepas kristian mendapat kebenaran mengunapakai ALLAH dalam agama mereka, bagaimana pula dengan agama lain seperti Hindu dan Budhha. Tak mereka dilarang sedangkan kebenaran telah diberikan kepada gereja kristian. Jangan terperanjat nama ALLAH terpampang di menara gereja atau dipuncak kuil hind atau tokong Budhha dek kecerdikan pemimpin Islan PR.
Wahai saudara di Perak, inilah bahana yang bakal menimpa saudara sekiranya masih memperjuankan apa yang dibawa oleh pemimpin PR kerana puak-puak yang berada di dalam PRlah yang menjadi penyokong kuat penggunaan nama ALLAH kepada Bible orang kristian.
Janganlah bila dah terjadi baru nak menyesal.
salam
Tungaklangit

Melayu Perak Sedarlah

Salam

Ingatlah saudara yang berada di Perak. Semua pilihan baik atau buruk dalam keputusan politik semasa adalah ditangan kalian. Jikalau DAP menjadi sekutu saudara maka pilihlah PR tetapi kalau perjuangan bangsa yang diutamakan maka pangkahlah BN.

Terdapat pro dan kontra dalam membuat pemilihan dalam pilihan raya kecil ini. Ianya lebih kepada pemilihan barisan pemimpin yang akan meneruskan kehidupan generasi muda kita yang kini masih dibangku sekolah.

Sekiranya kalian cenderung dengan tsunami politik moden yang berkehendakkan perubahan seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin PR maka kalian pilihlah mereka. Memang ada baiknya memilih pemimpin PR kerana pemimpin dari golongan ini memang peka kepada ketelusan, keadilan dan hak asasi manusia.

Bagi mereka yang memilih PR, janganlah disanggah pemimpin DAP sekiranya mereka mengaku diri mereka RAJA, janganlah meraung menyesal diri sekiranya tanah diambil menjadi milik mereka, janganlah diratapi sekiranya peluang kemasukan universiti terpaksa bersaing berdasarkam merit dengan kaum lain, jangalah merungut sekiranya gagal menjawat dalam jawatan kerajaan selepas keluar universiti, jangalah berdemo sekiranya peluang perniagaan semakin mengecil kerana inilah pilihan kita.

Bagi penyokong PR, lihatlah apa yang berlaku di Singapura, orang Melayu hanya hidup seperti bangsa yang terpinggir dan hanya menjadi show untuk menunjukkan mereka masih diberikan keistimewaan. Golongan yang memperjuangkan Malaysian Malaysian ini adalah suku sakat yang sama di Singapura. Agenda mereka sama sahaja.

Tapi bagus juga sebab nanti Perak akan menjadi maju seperti Singapura. Semua orang Melayu yang ingin berniaga mesti berniaga dengan menggunakan keupayaan sendiri tanpa bantuan kerajaan, masuk universiti kerana keupayaan sendiri. Ini barulah dikatakan dasar hak Rakyat. Kemudian keistimewaan Raja/Sultan diletakkan sebagai boneka sahaja.

Cuba lihat wajah pemimpin PR khasnya dalam DAP, adakah terpapar sedikit nur keikhlasan, mungkin makam saya tak setinggi kalian, cuma yang ada adalah wajah serakah yang mahu mengaut segala keistimewaan Melayu dan menjadi tuan kepada bangsa yang sudah melupai asal usul mereka.

Persoalan di sini mengapakah terlalu bencikan saudara sendiri dalam BN? Mungkin kerana mereka mengamalkan rasuah, rebut kuasa dan sebagainya. Adakah pemimpin PR sebersih salju tiada setompok hitam dalam perjuangan mereka? masalah moral, rasuah, menyalahguna kuasa, tidak cekap dsbnya.

Oh saya lupa bahawa segala yang dibuat oleh BN adalah haram tapi jika berlaku dalam PR kerana ada pihak yang cuba menjatuhkan PR. Inilah sikap tulen pembangkang, walaupun menjadi pemerintah masih tak kekang sikap meyalahkan orang lain. Ini pemimpin yang dipih oleh kebanyakan orang muda Melayu sekarang. Mereka sanggup mengadaikan perjuangan masa hadapan anak bangsa.

Kes di Selangor, MB Selangor berusaha tanpa letih melondehkan segala kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh bekas MB dahulu. Adakah ini satu sikap yang murni yang cuba ditunjukkan oleh PR? Mungkin saya salah dan lupa lagi, ungkapan "dia yang mulai dulu" maka pemimpin PR akan mencari kesalahan yang lalu seangkan masyarakat mempersoalkan salahguna kuasa dalam kes lembu dan kereta. Sekarang masalah moral YB Eli, entah apa yang akan dilakukan oleh PR, semua sekutu dalam PR pakat sokong dan mempertahankan beliau sedangkan empunya badan awal-awal mengakui kesalahan dan menawar meletakkan jawatan.

Di Perak, sudah diganti dengan MB baru masih mengaku MB. Dulu kata akan patuh kepada apa yang dititahkan oleh DYMM Sultan Perak tapi engkar bila keputusan tak menyebelahinya dan sehingga sekarang masih simpan kenderaan rasmi MB dan bawa dalam siri ceramah di kampung, mengadu kepada orang kampung bahawa ini angkara BN.

Masa menjadi MB, tak ada pula kekerapan lawatan ini dilakukan, mengapa sekarang. Si Speaker DUN Perak pula tak reti bahasa masih berkeras nak adakan sidang DUN tanpa merujuk kepada perkenan DYMM Sultan Perak. Macam-macam undang-undang diguna dan ditafsir bagi menghalalkan tindakan beliau, yang lebih teruk pemimpin Melayu/Islam menyiakan sahaja tindakan mereka.

Sedarlah saudara di Perak, seburuk UMNO mereka Melayu dan boleh dianjak berunding dalam saf dan berdoa dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh seorang imam tak kiralah siapa asalkan Islam. Tapi kalau dilihat dari aspek sejarah, taraf Mufti sebagai Exc pun ditarik ini kan pula nak berbaik dengan Melayu UMNO, jauh panggang dari apilah. Tak tau apa yang nak jadi dengan orang Melayu di Perak. Insyallah, segala yang berlaku adalah dengan kehendakNya kita hanya redha sahaja dan bermusabah diri dengan segala yang berlaku dan sentiasa mendekati diri dengan Nya dari segala bala da kehancuran di dunia ini.

Beringatlah wahai saudara ku di Perak

Tungaklangit