Sunday, March 1, 2009

Melayu Perak Sedarlah

Salam

Ingatlah saudara yang berada di Perak. Semua pilihan baik atau buruk dalam keputusan politik semasa adalah ditangan kalian. Jikalau DAP menjadi sekutu saudara maka pilihlah PR tetapi kalau perjuangan bangsa yang diutamakan maka pangkahlah BN.

Terdapat pro dan kontra dalam membuat pemilihan dalam pilihan raya kecil ini. Ianya lebih kepada pemilihan barisan pemimpin yang akan meneruskan kehidupan generasi muda kita yang kini masih dibangku sekolah.

Sekiranya kalian cenderung dengan tsunami politik moden yang berkehendakkan perubahan seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin PR maka kalian pilihlah mereka. Memang ada baiknya memilih pemimpin PR kerana pemimpin dari golongan ini memang peka kepada ketelusan, keadilan dan hak asasi manusia.

Bagi mereka yang memilih PR, janganlah disanggah pemimpin DAP sekiranya mereka mengaku diri mereka RAJA, janganlah meraung menyesal diri sekiranya tanah diambil menjadi milik mereka, janganlah diratapi sekiranya peluang kemasukan universiti terpaksa bersaing berdasarkam merit dengan kaum lain, jangalah merungut sekiranya gagal menjawat dalam jawatan kerajaan selepas keluar universiti, jangalah berdemo sekiranya peluang perniagaan semakin mengecil kerana inilah pilihan kita.

Bagi penyokong PR, lihatlah apa yang berlaku di Singapura, orang Melayu hanya hidup seperti bangsa yang terpinggir dan hanya menjadi show untuk menunjukkan mereka masih diberikan keistimewaan. Golongan yang memperjuangkan Malaysian Malaysian ini adalah suku sakat yang sama di Singapura. Agenda mereka sama sahaja.

Tapi bagus juga sebab nanti Perak akan menjadi maju seperti Singapura. Semua orang Melayu yang ingin berniaga mesti berniaga dengan menggunakan keupayaan sendiri tanpa bantuan kerajaan, masuk universiti kerana keupayaan sendiri. Ini barulah dikatakan dasar hak Rakyat. Kemudian keistimewaan Raja/Sultan diletakkan sebagai boneka sahaja.

Cuba lihat wajah pemimpin PR khasnya dalam DAP, adakah terpapar sedikit nur keikhlasan, mungkin makam saya tak setinggi kalian, cuma yang ada adalah wajah serakah yang mahu mengaut segala keistimewaan Melayu dan menjadi tuan kepada bangsa yang sudah melupai asal usul mereka.

Persoalan di sini mengapakah terlalu bencikan saudara sendiri dalam BN? Mungkin kerana mereka mengamalkan rasuah, rebut kuasa dan sebagainya. Adakah pemimpin PR sebersih salju tiada setompok hitam dalam perjuangan mereka? masalah moral, rasuah, menyalahguna kuasa, tidak cekap dsbnya.

Oh saya lupa bahawa segala yang dibuat oleh BN adalah haram tapi jika berlaku dalam PR kerana ada pihak yang cuba menjatuhkan PR. Inilah sikap tulen pembangkang, walaupun menjadi pemerintah masih tak kekang sikap meyalahkan orang lain. Ini pemimpin yang dipih oleh kebanyakan orang muda Melayu sekarang. Mereka sanggup mengadaikan perjuangan masa hadapan anak bangsa.

Kes di Selangor, MB Selangor berusaha tanpa letih melondehkan segala kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh bekas MB dahulu. Adakah ini satu sikap yang murni yang cuba ditunjukkan oleh PR? Mungkin saya salah dan lupa lagi, ungkapan "dia yang mulai dulu" maka pemimpin PR akan mencari kesalahan yang lalu seangkan masyarakat mempersoalkan salahguna kuasa dalam kes lembu dan kereta. Sekarang masalah moral YB Eli, entah apa yang akan dilakukan oleh PR, semua sekutu dalam PR pakat sokong dan mempertahankan beliau sedangkan empunya badan awal-awal mengakui kesalahan dan menawar meletakkan jawatan.

Di Perak, sudah diganti dengan MB baru masih mengaku MB. Dulu kata akan patuh kepada apa yang dititahkan oleh DYMM Sultan Perak tapi engkar bila keputusan tak menyebelahinya dan sehingga sekarang masih simpan kenderaan rasmi MB dan bawa dalam siri ceramah di kampung, mengadu kepada orang kampung bahawa ini angkara BN.

Masa menjadi MB, tak ada pula kekerapan lawatan ini dilakukan, mengapa sekarang. Si Speaker DUN Perak pula tak reti bahasa masih berkeras nak adakan sidang DUN tanpa merujuk kepada perkenan DYMM Sultan Perak. Macam-macam undang-undang diguna dan ditafsir bagi menghalalkan tindakan beliau, yang lebih teruk pemimpin Melayu/Islam menyiakan sahaja tindakan mereka.

Sedarlah saudara di Perak, seburuk UMNO mereka Melayu dan boleh dianjak berunding dalam saf dan berdoa dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh seorang imam tak kiralah siapa asalkan Islam. Tapi kalau dilihat dari aspek sejarah, taraf Mufti sebagai Exc pun ditarik ini kan pula nak berbaik dengan Melayu UMNO, jauh panggang dari apilah. Tak tau apa yang nak jadi dengan orang Melayu di Perak. Insyallah, segala yang berlaku adalah dengan kehendakNya kita hanya redha sahaja dan bermusabah diri dengan segala yang berlaku dan sentiasa mendekati diri dengan Nya dari segala bala da kehancuran di dunia ini.

Beringatlah wahai saudara ku di Perak

Tungaklangit

No comments: