Wednesday, March 25, 2009

MENGAPA SAYA TETAP BERSAMA UMNO



1. sejak kebelakangan ini, ramai ahli UMNO yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan dalam jawatan Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dengan mengambil tindakan keluar dari UMNO. Biarkanlah mereka kerana setiap orang mempunyai pertimbangan sendiri dan keputusan itu adalah hak individu. Untuk saya memperkatakan hal orang lain, tidaklah manis dan layak rasanya.

Apakah pendirian saya?

2. Walaupun ada nama yang tidak selari dengan pendirian saya tetapi tetap terpilih sebagai pemimpin dalam barisan kepimpinan UMNO, namun saya masih tetap sebagai ahli UMNO.

3. Walaupun suatu hari nanti UMNO akan ditalkinkan seperti mana dikatakan oleh rakan dalam parti pembangkang, saya tetap akan bersama UMNO dan tidak sekali-kali akan mendaftarkan diri dengan parti PAS, PKR dan mana-mana parti lain.

Mengapa saya berpendirian begitu?

4. Saya adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Kehidupan saya sekeluarga adalah sederhana yang mengamalkan ajaran Islam sebagai asas kehidupan seharian.

5. Kedua ibubapa juga adalah penyokong UMNO walaupun mereka tidak pernah menjadi ahli UMNO yang sah. Mereka mengajarkan saya sejak kecil lagi supaya tidak mengambil hak orang lain, menghormati orang lain baik dari segi pandangan, pegangan keagamaan atau politik. Pendek kata jangan kita menyusahkan hidup orang dan kalau mampu memberi bantuan, maka hulurkanlah bantuan seikhlas mungkin. Ajaran mereka ini dibawa sehingga saya menjadi apa yang saya ada sekarang.

6. Semasa saya remaja dan jiwa saya menuntut supaya mendekati diri dengan Allah, saya terpengaruh untuk mengikut ceramah agama dari ustaz-ustaz yang ada pada masa itu, tetapi kebanyakan isi ceramah yang dibawa hanya menyentuh tentang keburukan orang lain, kesalahan dan tuduhan terhadap pihak tertentu.

Adakah ini ceramah agama yang saya cari?

7. Setelah diperiksa barulah saya ketahui bahawa ceramah yang saya hadiri dan dengar melalui keset itu adalah ceramah agama dari kepimpinan PAS termasuk Haji Hadi.

8. Dibandingkan dengan ajaran ibubapa saya yang diterapkan sejak kecil seperti di atas menyebabkan saya menjauhkan diri dari unsur seperti yang di bawa oleh ceramah PAS kerana berlawanan dengan jiwa saya.

9. Sejak dari mula penubuhan PAS sehinggalah sekarang, isi ceramahnya meliputi kesalahan orang lain dan memburukkan pemimpin yang tidak mengikut keadah Islam cara mereka. Mereka menyalahkan orang yang tidak berpakaian Islam ala PAS dan jiwa orang UMNO dikatakan mengikut orang sekular. Ini menyebabkan saya sukar menerima perjuangan PAS yang bertopengkan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka.

10. Bagi saya, saya berpegang teguh kepada ajaran Rasullullah iaitu kasih mengasihani antara makhluk dan menghormati antara satu sama lain. Walaupun kita berlainan fahaman politik, tapi masih ada ruang yang boleh kita usahakan untuk perpaduan bangsa dan agama.

11. Tonggak ini tiada dalam PAS. Bagi pemimpin PAS, mereka meracuni pemikiran pengikut PAS bahawa mana-mana orang yang tiduk tunduk dan mematuhi Islam ala PAS maka mereka bukan dalam golongan yang dirahmati Allah.

12. Insiden mengafirkan orang Islam UMNO, sembahyang dua Imam, tidak memakan sembelihan orang UMNO menambahkan lagi kesangsian saya terhadap perjuangan Islam ala PAS ini.

13. Dahulunya PAS mengatakan bahawa kita berjuang atas tiang Islam dan tidak akan berkerjasama dengan golongan bukan Islam sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dengan MCA dan MIC. Tapi kini, mereka adalah pelakon yang meludah di atas langit dengan mengadakan Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR yang mana perjuangan dan pegangan mereka ini terang-terang tidak berlandaskan Islam sejati.

14. Perkembangan di sekeliling sejak dahulu hingga sekarang juga membuat saya takut kepada perjuangan PAS samada mereka ini adalah pengamal agama Islam yang mengikuti sunah Rasullullah dan al Quran?

15. Bayangkanlah bagaimana hukumnya jikakalau dalam rumah penyokong PAS digantung gambar pemimpin mereka dan mewarnakan batu nesan dengan warna PAS iaitu hijau.

16. Atas dasar apakah kita mengantungkan gambar pemimpin PAS dalam rumah kalau bukan untuk dihormati dan apa akan berlaku kalau ada orang yang mengoyakkannya? Adakah mereka ini akan marah atau membunuh orang yang mengoyak gambar itu?

17. Penyokong PAS juga tidak mahu bersama kariah UMNO untuk bersama-sama berjemaah dalam saf yang sama sujud menyembah Allah. Pemimpin mereka mengatakan bahawa tidak sah sembahyang di belakang Imam orang UMNO?

Apakah pegangan mereka ini benar?

18. Begitulah antara sebab mengapa saya kurang meminati perjuangan Pas dan rela menjadi seorang rakyat yang hanya mendiamkan diri daripada terlibat dalam dakyah politik PAS yang menggunakan Islam sebagai alat memancing undi dalam pilihan raya.

Bagaimana dengan PKR?

19. Kalau PAS yang memperjuangan Islam ala PAS tidak menarik perhatian saya, inikan pula parti rojak mee.

20. PKR adalah pecahan dari UMNO dan kelainannya adalah memberi keahliannya kepada orang bukan Melayu. Kononnya ingin memperjuangkan politik pelbagai kaum.

21. Sebagai Melayu dan beragama Islam, tidak dapat tidak saya tetap mengutamakan perjuangan bangsa dan agama saya terlebih dahulu sebelum orang lain. Dalam masa yang sama saya akan menghormati mereka ini selagi mereka menghormati hak saya. Itu sangat jelas.

22. Demikianlah pandanga peribadi saya.

Salam

29 comments:

zulmaras said...

nie satu bangang punya blogger, india dan cina dah cerdik lama dalam politik, kamu beri kamu rugi, cina , india bukan wang dio nok, tapi pemimpin yang jujur yang boleh jaga harta dan keturunannya. cetek polotik mung tunjanglangit. mari beri duit kalu nok rugi banyok. berubah lah dalam main poltik nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tungaklangit said...

saudara zul

kita ni bukan nak bergaduh .. sdr zul ..kalau sdr zul tak setuju atas tajuk kenapa saya tetap bersama UMNO.. janganlah sdr zul nak marah..

bengap tahap terlampau betul kau ni

gotahlantun said...

BRO,

APO YANG BRO TULIH SIKIT SEBANYAK SAMO DONGAN PERJALANAN POLITIK DEN, DARI SOJAK MULO TERJEBAK SAMPAI LAH KINI.
SAMO2LAH KITO PERTAHANKAN UMNO DARI SERANGAN PIHAK LUAR YANG DENGKI DONGAN UMNO.

EDEN MEMANG ORANG NOGORI PIAU.
IDUP UMNO!!!
IDUP TUNJANGLANGIT!!!
IDUP GOTAHLANTUN!!!

Tungaklangit said...

salam bro gotalantu

eloklah tu kito samo yo.. den org rembau.. kg rendah kayu ara..

selamat berjuang sahabat den

Pemuda said...

ape cite ni bro... took betul ko ni ye.....

ko nilah antara orang yang pro umno..... apa dapat....

bro!!! kalau nak cakap kene ada bukti... main cakap je buat apa....

orang macam saudara ni memang tak buleh nak buat apa dah......

insaf lah bro........
taubat lah selagi pintu taubat masih terbuka....

wowbulan said...

hang pi dengar ceramah agama ke ceramah politik ?? napa laa cetek sgt pemikiran sampai tak tau nak bezakan kuliah agama dan ceramah politik ...

ko taip panjang ... tapi secara tak sedar menunjukkan kedangkalan pemikiran ko

kalau ko betul nak memperjuangkan Islam , mende pertama sekali ko kena keluar dari landasan UMNO sebab perkauman itu adalah haram disisi Islam , bukan aku yang extreme tetapi Nabi Muhammad SAW yang kata ...

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Apa yang kamu tulis ini seakan apa yang juga telah Mak Cik lalui, sebab itu Mak Cik tak selera nak jadi ahli PAS.

PAS gunakan Islam sebagai Alat untuk mendapatkan Kuasa Politik. PAS tidak memperjuangkan Islam sepenuhnya. Mak Cik kata tidak sepenuhnya, bukan tidak.

Sebabnya, senang saja. Kalau betul Parti Islamik tidak akan ada kata mengata, fitnah, mengadu domba dan menghasut rakyat supaya benci pada UMNO atau Kerajaan. Ini semua dosa dosa besar dan fitnah itu lebih dasyat dari membunuh. Tapi dihalalkan kalau semua ini pada UMNO. Fatwa tidak langsung mereka.

Biarlah mereka marah pada kita, sebab yang benar itu memang pahit dan sukar ditelan. Lagi pun mereka memang dikuasai nafsu Ammarah yang membuak di dada. Apa kita cakap pun dah tak masuk.

Pada waubulan, Islam tidak larang sama sekali kita Sayang pada Bangsa kita. Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Memang Islam itu universal untuk semua. ALlah swt pun RabbalAlamin, Tuhan sekian Alam untuk SEMUA. Tapi Baginda Rasulllah saw tidak pernah melarang antara kita sayang pada bangsa kita sendiri.

Orang Arab lagi tebal kasih pada suku kaum masing-masing. Tanyalah pada mana mana orang Arab. Kita manusia biasa, tentu ini adalah sesuatu yang semula jadi, kasih pada keluarga sendiri dan bangsa sendiri SAMBIL TIDAK PULA BERMUSUHAN dan MENGANIYA BANGSA LAIN disekeliling kita. Kita berbaik baik dengan mereka.

Apa Salahnya kita Sayang pada Bangsa kita sendiri??? Ianya tidak Haram. Kita bukan Taksub sehingga kita bermusuh pula dengan bangsa lain dalam memperjuangankan dalam mertabatkan bangsa kita supaya ada daya saing, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Ini kena diperbetulkan, bila Ustaz PAS mengajar kamu semua biarlah betul betul diterangkan panjang lebar tentang apa itu perkauman yang sebenarnya. Kalau UMNO tak perjuangkan nasib orang Melayu sejak 50 tahun lalu, kita semua sekarang agaknya kebanyakkannya kuli belaka. Kalau kamu sendiri tak sayang pada kaum kamu, kamu nak harap siapa lagi? Benggali sayang pada Melayu?

Mak Cik pasti kaum Cina di Malaysia atau kaum India di Malaysia pun pasti sayang pada bangsa masing masing. Mereka pun perjuangkan nasib bangsa masing masing sambil berkawan dengan kita. Kita manusia biasa punyai naluri yang sama.

Pada Allah swt kita berdoa moga kita semua Selamat dan Bangsa, Agama dan Negara kita dalam PerlindunganNYA.

fikiranlicin said...

hehehe... tidak mengapa, 'orang melayu' memang begini.......syabas, tak ramai orang yang setia dan sanggup seperti saudara....bagus2...

wowbulan said...

utk melayuangkat

aku amat tertarik perkataan bold yang dibesarkan tu

Orang Arab lagi tebal kasih pada suku kaum masing-masing. Tanyalah pada mana mana orang Arab. Kita manusia biasa, tentu ini adalah sesuatu yang semula jadi, kasih pada keluarga sendiri dan bangsa sendiri SAMBIL TIDAK PULA BERMUSUHAN dan MENGANIYA BANGSA LAIN disekeliling kita. Kita berbaik baik dengan mereka.

kalau makcik belajar sejarah islam , kenapa Nabi diturunkan kepada bangsa arab ? kalau makcik nak tau orang arab asabiahnya kuat walaupun berbeza suku, suku dianggap bangsa, dengan kedatangan Islam ia menyatukan seluruh bangsa arab di tanah arab. Apa akan jadi kalau orang arab terus kasih kepada bangsa mereka tanpa kedatangan Islam ??

menyentuh pula soal 50 tahun memerintah. Perlu diketahui bahawa perjuangan UMNO sekarang bukan lagi perjuangan UMNO dulu. UMNO baru bermula semasa zaman pemerintahan mahathir.

Dari pandangan mata aku sendiri , 50 tahun diperintah melayu masih lagi menjadi kuli.

Janganlah makcik terlalu mengharap kepada UMNO dan menjunjung UMNO sehinggakan pemikiran makcik sudah songsang menganggap sekiranya tiada UMNO , melayu tidak akan berjaya. Buanglah fikiran melayu bertuhankan UMNO .

Insya allah melayu boleh hidup tanpa UMNO. Bahkan mungkin lebih maju dari apa yang ada sekarang ni.

Tungaklangit said...

KEPADA Pemuda..

APAKAH SALAHNYA SAYA MENYOKONG UMNO... SAUDAR MENYOKONG PAS/PKR .. ITU TERPULANG KPD SAUDARA.. APAKAH SALAHNYA SAYA HINGGA SAYA PERLU BERTAUBAT? SEBAGAIMANA SAUDARA KATA CAKAP BIARLAH ADA BUKTI.. SO JANGANLAH JADI MCM PEMIMPIN ULAMA POLITIK PAS YANG CAKAP TANPA BUKTI.. FITNAH NAMANYA TU

KEPADA Wowbulan

DALAM CERAMAH PAS TAK KIRA CERAMAH POLITIK ATAU AGAMA... SAMA .. AJE.. SAYA TAHU UNTUK MEMBEZAKAN FITNAH, MENGUTUK, MEMEKI HAMUN DAN SEBAGAINYA..
PERSOALAN YANG SAMA SAYA TUJUKAN KEPADA SAUDARA.. KELUARLAH PAS DEMI KESELAMATAN SAUDARA DARI TIPU MUSLIHAT PEMIMPIN YG MENGGUNAKAN ISLAM SEBAGAI ALAT POLITIK..
RASANYA KAMU TAK HABIS BELAJAR LAGI.. KAMU TAHU TAK TERAS KAUM MELAYU DI MALAYSIA ADALAH ISLAM.. KALAU KITA SAYANG DAN JAGA MELAYU MAKA KEMANA PERGINYA ISLAM.. TAK AKAN KITA NAK BERBAIK DENGAN DAP..?
NASIHAT SAYA JANGAN BANYAK HADIR CERAMAH PAS.. TAK KIRA YG AGAMA ATAU POLITIK

Salam Buat Mak Cik

KITA TERUSKAN USAHA MENYEDAR MEREKA YANG JAUH TERPESONG DARI ISLAM YANG SUCI INI.. AMIN

armin said...

pandangan masing2..:)

wowbulan said...

sebab tu aku cakap , ko tak tau nak bezakan kuliah agama dgn ceramah politik, sepanjang aku pergi kuliah agama oleh PAS diorang takda nak sentuh bab politik, malahan para pejuang PAS memang ditarbiah supaya jangan menyentuh soal politik semasa memberi kuliah kekadang tu ada jugak yg terlepas semasa memberi contoh dalam kuliah yg mana terasa , merah padam lah mukanya

satu lagi kalau ko cakap teras melayu adalah islam ... well camne plak dengan teras pemimpin UMNO ... rata rata bergelumang dgn arak .. aku tak cakap semua tapi majoriti .. bukan fitnah tapi lihat dgn mata kepala sendiri ... cth yg terdekat .. isteri para pemimpin umno yang rambut semuanya mcm sarang tebuan ... adakah itu boleh dikatakan hidup berteraskan islam ??

dalam islam ada batas batas untuk berurusan dengan kafir ... ada kafir harbi dan ada jugak kafir zimmi , semasa pemerintahan nabi dulu , org kafir bebas berurusan di negara islam dan yag mana menetap perlu dikenakan cukai kepala

satu lagi PR adalah sebuah pakatan antara parti2 yang berlainan dasar ... PAS dan DAP bukannya bersatu dgn menyatukan dasar ... benda yang sama berlaku di dalam Barisan Nasional yg terdiri dari UMNO MCA MIC serta beberapa parti komponen lain.

AKU NAK PERBETULKAN IDEALOGI KO SIKIT - BUKAN JAGA MELAYU BARU ISLAM TERJAGA TAPI SEBALIKNYA SEBAGAI SEORANG ISLAM PERKARA POKOK YANG PERLU DIJAGA ADALAH ISLAM BARU SELAMAT MELAYU ...

masing masing perlu belajar ... sampai mati pun masih belajar lagi .. dan aku harapkan kepada engkau .. selamat belajar!!

membelah_ombak said...

Corak pemikiran dalam tulisan ini mewakili mentaliti sebahagian besar penyokong UMNO yang mengasaskan pendirian mereka berdasarkan fikir dan nilai. Tetapi asas fikir dan nilai itu tersasar daripada fakta yang lengkap atau pemerhatian yang menyeluruh. Kaedah penentuan sikap mereka juga tidak berdiri di atas disiplin ilmu, sebaliknya lebih dipengaruhi oleh emosi dan sentimen disebabkan sejarah kehidupan dan batas pergaulan.

Akibatnya, pemikiran mereka dijangkiti kontradiksi antara pelbagai sudut pandang yang dijadikan satu set neraca penentuan sikap. Mereka gagal berlaku adil kepada diri sendiri. Mereka sentiasa ada dua pendirian tentang satu perkara. Hitam hari ini boleh jadi putih besok hari. Hijau di sini, biru pula di sana walhal isunya sama saja. Split personality adalah jatidiri mereka yang sebenar.

Analisis ini menyorot bahagian demi bahagian tulisan tungaklangit untuk memperincikan kontradiksi dan salah fikir yang tidak mereka sedari. Mungkin sebahagian sorotan ini berguna untuk gerak kerja memurnikan pemikiran pengundi Melayu kategori ini di Bukit Gantang dan di seluruh negara.

Analisis

Melayu UMNO kategori ini menolak PAS kerana percaya kepada propaganda UMNO tentang ciri-ciri ekstrim parti Islam itu. PAS didakwa:

1. Suka memburukkan orang dan menuduh orang dengan pelbagai kesalahan. ____ (#6 dan #9 tulisan tungaklangit)
2. Pendekatan itu bercanggah dengan Islam. ____ (#9)
3. Tidak menghormati pihak lain. ____ (#10, #11 dan #12)
4. Mendakwa orang Islam yang tidak menyokong mereka sebagai penentang Islam (tidak dirahmati Allah). ____ (#11)
5. Mengkafirkan orang Melayu penyokong UMNO. ____ (#12)
6. Tak mahu solat dibelakang imam orang UMNO. ____ (#12)
7. Tak mahu makan sembelihan orang UMNO. ____ (#12)
8. Cakap tak serupa bikin. Dulu haramkan kerjasama dengan parti bukan Islam tapi sekarang halal. ____ (#13)
9. Mengajar ahlinya jadi fanatik melampau seperti;
....... mengkafankan jenazah dengan bendera PAS.
....... mewarnakan batu nesan dengan warna hijau.
....... tak mahu sembahyang dalam satu saf bersama orang UMNO.
....... mengagungkan pemimpin secara keterlaluan - contoh, gantung gambar pemimpin bersaiz besar. ____ (#15, #16 dan #17)
10. Memperalatkan agama untuk kepentingan politik. ____ (#9)
11. Menyebarkan dakyah palsu yang memutar belit fakta demi memancing undi. ____ (#18)

PKR dan DAP ditolak oleh orang Melayu kategori ini kerana;

1. Mengancam hak dan kepentingan bangsa Melayu.
2. Merupakan agenda kaum Cina untuk berkuasa di Malaysia.
3. Menggugat kepentingan dan maruah agama Islam. ____ (#13, #19, #20 dan #21)

Selain daripada sebab-sebab dalam tulisan tongaklangit ini, ada beberapa isu lain yang dinisbahkan kepada kedua-dua parti ini, iaitu;

1. PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana mempertahankan Anwar Ibrahim.
2. DSAI memang bersalah meliwat. Oleh itu dia tidak layak memimpin bangsa Melayu/Islam.
3. DAP anti Islam.
4. DAP adalah jelmaan parti komunis.

Penyokong UMNO kategori ini tidak mampu membuat perbandingan secara rasional kerana emosi dan sentimen mereka telah dimanipulasi secara terancang oleh propaganda UMNO.

Mereka benci PAS dan PKR kerana kononnya suka menuduh dan memburukkan pihak lain. Dalam masa yang sama segala macam tuduhan, fitnah dan tohmahan jahat yang dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap PAS dan PKR diterima sebagai wajar.

Mereka benci PAS kerana kononnya PAS mengkafirkan Melayu UMNO. Malangnya mereka seoalah-olah tidak sedar betapa pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa mendakwa PAS membawa ajaran sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Tidakkah 'ajaran sesat' dan 'menyeleweng daripada ajaran Islam' itu sebahagian daripada maksud kafir?

Mereka terus menerus mengeksploit beberapa kes sembahyang dua imam dan enggan makan sembelihan orang UMNO yang berlaku belasan atau puluhan tahun dulu (yang faktanya masih boleh dipertikaikan) sebagai isu untuk membenci PAS. Nilai intelektual mereka seakan pupus kerana gagal melihat orang PAS sehingga kini masih menunaikan solat di masjid-masjid yang imamnya orang UMNO. Mereka juga seakan menipu diri kerana gagal melihat jutaan orang PAS yang hadir ke majlis kenduri-kendara orang UMNO.

Mereka benci PAS kerana cakap tak serupa bikin. Dulu kata tak boleh berpakat dengan parti bukan Islam tetapi sekarang dibolehkan pula. Mereka malas menyelidik fakta sejarah betapa PAS telah bekerjasama dengan parti lain sejak sebelum merdeka lagi, bahkan pada tahun tujuh puluhan PAS pernah bersama-sama dengan UMNO di dalam Barisan Nasional. Jika diminta bukti, pasti mereka tidak mampu mengemukakannya kerana tidak pernah wujud kenyataan atau ucapan resmi pemimpin-pemimpin PAS sejak dulu hingga sekarang yang menyatakan haram bekerjasama dengan parti bukan Islam. Yang haram ialah bekerjasama mempertahankan kezaliman seperti kerjasama UMNO-MCA-MIC dan lain-lain komponen BN.

Mereka benci PAS kerana pengikutnya diajar menjadi fanatik sehingga berlaku kes kain kafan hijau, batu nesan hijau dan potret pemimpin diagung-agungkan. Dua tiga kes yang entah bila dan di mana ianya berlaku itu membutakan mata mereka daripada melihat jutaan kain kafan orang PAS yang masih berwarna putih dan jutaan batu nesan orang PAS yang masih sama dengan nesan orang UMNO. Mereka juga seakan rabun tidak melihat potret pemimpin UMNO bergantungan di merata premis pejabat dan kediaman penyokong UMNO bahkan terpampang pada bill board raksaksa di tengah bandar dan di tepi jalan.

Mereka benci DAP dan kerajaan 5 negeri Pakatan rakyat kerana kononnya mengancam dan menghakis hak orang Melayu. Mata mereka tertutup sehingga gagal melihat jutaan hektar tanah termasuk tanah rizab Melayu yang telah dimiliki oleh orang bukan Melayu sepanjang 52 tahun pemerintahan UMNO. Siapa yang bertanggungjawab? Mereka juga gagal melihat jutaan premis perniagaan dan industri dari bandaraya hingga ke pekan-pekan kecil yang 95% dimiliki oleh orang bukan Melayu. Di bawah pemerintahan parti apa keadaan ini terjadi?

Mereka benci Pakatan Rakyat kerana kononnya PR menderhaka kepada raja-raja Melayu. Neraca IQ mereka turun ke tahap zero kerana gagal mengingati fakta kebiadaban UMNO terhadap raja-raja Melayu sejak belum merdeka hingga kini (baca LINK ini).

Mereka benci DAP kerana kononnya parti itu anti-Islam dan menentang kedudukan Islam sebagai agama resmi negara. Mereka juga mengungkit-ungkit tentangan DAP terhadap hasrat pelaksanaan hukum hudud. Amat melucukan apabila mereka terlupa betapa UMNO lebih dahsyat menentang usaha pelaksanaan hudud di Kelantan pada awal tahun sembilan puluhan, bahkan hingga kini. Mereka lupa sumpah seranah pemimpin UMNO terhadap sekolah-sekolah agama sejak tahun lapan puluhan hingga kepada langkah menarik balik bantuan perkapita SAR. Mereka juga tak perasan kehidupan sebahagian besar keluarga pemimpin-pemimpin UMNO yang serba-serbi tidak Islamik.

Rumusan

Butiran analisis di atas menyerlahkan kontradiksi dalam diri orang Melayu yang setia menyokong UMNO dalam keadaan masih berfikir pada kadar yang sedikit. 20% pengundi UMNO tergolong dalam kumpulan ini. Masih ada harapan untuk kita mengubah pendirian mereka selagi kemahuan berfikir itu dilorongkan ke landasan yang betul. Baki 80% penyokong UMNO terdiri daripada 15% pemimpin pelbagai peringkat dan 65% penyokong tegar yang tidak mencapai piawai berfikir. Dua kumpulan ini amat sukar berubah kerana kepentingan diri dan masalah upaya intelektual.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendampingi, menawan hati dan memberikan penerangan yang sesuai kepada kumpulan 20% itu nescaya semua negeri akan dapat dimenangi. Wallahu A'lam.

Baginda Reformasi said...

salam,
nak minta pendapat anda...
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?

fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

CYBERCDO said...

wowbulan, cara anda memberi pendapat menunjukkan anda seorang yang mempunyai pengetahauan tetapi tak pandai menggunakan. Adakah anda penyokong PAS ? Kalau betul ,Cdo nak bagi tahu, cara orang PAS dan PKR berhujah sama sahaja berdalilikan al Quran, sunnah dan disudahi dengan sumpah seranah....Itu menunjukkan satu pendekatan yang tak berhemah...malah boleh timbul riak pulak . Adakah pendekatan begini yang diajar oleh Islam di dalam berhujah atau ia adalah hasil ajaran pemimpin PAS ? Adakah anda hasil dari anak didik pemmimpin PAS ? Kalau benar sahlah PAS menuju kehancuran.

Asrol - kelatekito.com said...

INI ULASAN AKU PASAL "MENGAPA SAYA TETAP BERSAMA UMNO" YANG KO TULIS.

1.SEBAB NGKO BANGANG / BODOH TAHAP KRONIK!!!!!
2.HOTAK KO DOK KAT KEPALA LUTUT
3.SEBAB KO KUAT MAKAN RASUAH
4.SEBAB KO DIBELI UMNO/BN.

KHAKKKKK PTUIHHHHHHHHHHHHHH
BHODO MACAM KHINZIR

WKAHAKAHKAHAKHAKA

noor said...

wei dol..
bkn zaman dia la nak dgn umno/bn niee...
xdok doh..
dah mampoh..
org gila akal jer..
kahkahkahkah

noor said...

buat penyokong umno yg berkarat...
senang jer..skg nie sape yg tolak hukum Islam..sape yg xnk hukum Allah di jalankan di malaysia..pk lah..Islam sbg panduan hidup..
byk2 lah mgaji kuliah..dgq tok2 guru ngajaq..amik pngajaran supaya bina hidup dgn islam..2ja..org yg tolak hukumAllah adlah org KAFIRR..
igt 2..berjuang dgn umno/bn..bermaksud terlibat sama so..percent ada ckit..so terimalah nanti di akhirat..
nauzubillah..

noor said...

rasuah..amik hak rakyat..riba..hiburan melalaikan..menyimpang jauh dari landasan ISlam..
bini xtutup aurat..ada skandal lagi..
mcm ni ka pemimpin iSlam..mcm ni ka..???

umno nie teruk dah..sudahlah..
aku sedih tgk org2 bangang mcm korg nie mcm bodo jer mempertahankan umno parti rasuah byk sgt..
dosa..dosa..dosa..
nauzubillah..

AllahuAkbar..Walillah Ilhamd..

Tungaklangit said...

Ulasan Sdr membelah ombak:

Penyokong UMNO kategori ini tidak mampu membuat perbandingan secara rasional kerana emosi dan sentimen mereka telah dimanipulasi secara terancang oleh propaganda UMNO.
KAMI BUKANNYA DIMANIPULASIKAN SECARA TERANCANG OLEH PROPANGANDA UMNO.. KAMI MELIHAT DENGAN SENDIRI APAKAH YANG DIPERBUATKAN OELH PEMIMPIN PAS DAN DAP SEJAK DAHULU HINGGA SEKARANG..

Ulasan Sdr membelah ombak:

Mereka benci PAS kerana kononnya PAS mengkafirkan Melayu UMNO. Malangnya mereka seoalah-olah tidak sedar betapa pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa mendakwa PAS membawa ajaran sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Tidakkah 'ajaran sesat' dan 'menyeleweng daripada ajaran Islam' itu sebahagian daripada maksud kafir?

KAMI TIDAK MAHU PEMIMPIN POLITIK PAS MENYALAHGUNAKAN AYAT SUCI ALLAH UNTUK MEMECAHBELAHKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.. TEGURAN PEMIMPIN UMNO TERHADAP PAS ADALAH KERANA KEPERIHATINAN MEREKA BAHAYANYA DAKYAH YANG DIBAWA OLEH PAS DALAM MASYARAKAT MELAYU ISLAM DI MALAYSIA..
APAKAH YANG AKAN BERLAKU DAN JELAS KESANNYA SEKARANG DI MANA SEMBELIHAN ORG UMNO TIDAK DIMAKAN OLEH ORG PAS..
KENDURI ORG UMNO TIDAK DIHADIRI OLEH ORG PAS,
MASJID YG DIDIRIKAN TIDAK DIDATANGI OLEH JEMAAH PAS..
KEIMANAN ORG UMNO DISANGSI DAN DIMOMOKKAN OLEH ORG PAS..
ADAKAH INI AJARAN MURNI ISLAM.. FIKIRKANLAH

Ulasan Sdr membelah ombak:

Mereka terus menerus mengeksploit beberapa kes sembahyang dua imam dan enggan makan sembelihan orang UMNO yang berlaku belasan atau puluhan tahun dulu (yang faktanya masih boleh dipertikaikan) sebagai isu untuk membenci PAS. Nilai intelektual mereka seakan pupus kerana gagal melihat orang PAS sehingga kini masih menunaikan solat di masjid-masjid yang imamnya orang UMNO. Mereka juga seakan menipu diri kerana gagal melihat jutaan orang PAS yang hadir ke majlis kenduri-kendara orang UMNO.

KAMU BERHUJAH TANPA MELIHAT KEBENARAN ATAS APA YANG KAMU CAKAP.. PERGILAH DIKAMPUNG2 DI KAWASAN YANG KUAT PENGARUH PAS.. TERENGGANU, KELANTAN DAN KEDAH.. LIHAT APAKAH YANG BERLAKU DI SANA DAN BARULAH MEMBERI ULASAN ATAS APA YANG DIKATAKAN DI SINI..

Ulasan Sdr membelah ombak:

Mereka benci PAS kerana cakap tak serupa bikin. Dulu kata tak boleh berpakat dengan parti bukan Islam tetapi sekarang dibolehkan pula. Mereka malas menyelidik fakta sejarah betapa PAS telah bekerjasama dengan parti lain sejak sebelum merdeka lagi, bahkan pada tahun tujuh puluhan PAS pernah bersama-sama dengan UMNO di dalam Barisan Nasional. Jika diminta bukti, pasti mereka tidak mampu mengemukakannya kerana tidak pernah wujud kenyataan atau ucapan resmi pemimpin-pemimpin PAS sejak dulu hingga sekarang yang menyatakan haram bekerjasama dengan parti bukan Islam. Yang haram ialah bekerjasama mempertahankan kezaliman seperti kerjasama UMNO-MCA-MIC dan lain-lain komponen BN.

LIDAH KAMU SEPERTI PEMIMPIN POLITIK PAS YANG PANDAI MEMUTAR BELITKAN ATAS APA YANG TELAH DIPERKATAKAN.. FAHAMILAH APA YANG DIPERKATAKAN OLEH NIK AZIZ DAN HAJI HADI.. (LAIN2 PEMIMPIN PAS JANGAN SEBUTLAH KEJAHILAN MEREKA)
PAS HANYA BERJINAK DENGAN PARTI BUKAN MELAYU SEJAK KEBELAKANGAN INI.. ITUPUN SETELAH TERDAPAT PUAK PEMBAHRUAN DALAM PAS..
ADAKAH DAP MENERIMA ISLAM.. APAKAH FAHAMAN KAMU KE ATAS KENYATAAN KARPAL SINGH BAHAWA LANGKAH MAYATNYA DAHULU KALAU NAK LAKSANANKAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA? ADAKAH TIDAK SEDAR LAGI KAMU BAHAWA MEREKA TIDAK MERESTUI ISLAM? ADAKAH KERANA KEPENTINGAN POLITIK MENGHALALKAN TINDAKAN KAMU?

Ulasan Sdr membelah ombak:


Mereka benci PAS kerana pengikutnya diajar menjadi fanatik sehingga berlaku kes kain kafan hijau, batu nesan hijau dan potret pemimpin diagung-agungkan. Dua tiga kes yang entah bila dan di mana ianya berlaku itu membutakan mata mereka daripada melihat jutaan kain kafan orang PAS yang masih berwarna putih dan jutaan batu nesan orang PAS yang masih sama dengan nesan orang UMNO. Mereka juga seakan rabun tidak melihat potret pemimpin UMNO bergantungan di merata premis pejabat dan kediaman penyokong UMNO bahkan terpampang pada bill board raksaksa di tengah bandar dan di tepi jalan.

KEJADIAN ATAP RUMAH DAN DINDING RUMAH DIWARNAKAN HIJAU, BATU NESAN DAN BINAAN KUBURAN DIWARNAKAN HIJAU, MASJID DAN SURAU DIWARNAKAN HIJAU ADALAH SATU KENYATAAN.. CUMA KAMU SAHAJ YANG MENAFIKANNYA.. PERGILAH KE BUKIT GANTANG DAN KAMU AKAN LIHAT PERKARA INI.. LIHATLAH DI TRONG DAN KAWASAN BERHAMPIRAN.. KAMU LAH YANG TIDAK SEDAR DAN BUTA HATI DALAM HAL INI..

POTRET PEMIMPIN UMNO DINAIKKAN BUKAN UNTUK DIPUJA SEPERTI PENYOKONG PAS YANG MEMUJA KEHEBATAN PEMIMPIN ULAMA PAS.. PEMIMPIN PAS YANG MENJADI MENTERI BESAR DI KEDAH DAN PERAK (SUATU KETIKA DULU) PUN SAMA.. KENAPA KAMU NAK BANGKITKAN HAL INI.. KAMU TIADA HUJAH YANG BERNAS KE?

Ulasan Sdr membelah ombak:

Mereka benci DAP dan kerajaan 5 negeri Pakatan rakyat kerana kononnya mengancam dan menghakis hak orang Melayu. Mata mereka tertutup sehingga gagal melihat jutaan hektar tanah termasuk tanah rizab Melayu yang telah dimiliki oleh orang bukan Melayu sepanjang 52 tahun pemerintahan UMNO. Siapa yang bertanggungjawab? Mereka juga gagal melihat jutaan premis perniagaan dan industri dari bandaraya hingga ke pekan-pekan kecil yang 95% dimiliki oleh orang bukan Melayu. Di bawah pemerintahan parti apa keadaan ini terjadi?

ADAKAH KAMU BERKATA DENGAN RUJUKAN STATISTIK ATAU KAMU BHUJAH DENGAN MENGIKUT AKAL KAMU YANG DUNGU ITU.. SETIAP METER KAKI PERSEGI TANAH REZAB MELAYU YANG DIAMBIL UNTUK PEMBANGUNAN MESTI DIGANTIKAN DNEGAN KELUASAN YANG SAMA ... KELUASAN REZAB MELAYU TERUS DIKEKALKAN DAN TERMAKTUD DALAM UNDANG2 TANAH NEGARA.. BERCAKAP BIAR BERAKAL..

MENYEDARI KELEMAHAN MELAYU DALAM BIDANG EKONOMI, UMNO MEMPERKENALKAN DEB DAN BANYAKLAH PEMBANGUNAN BANDAR2 BARU SEPERTI SHAH ALAM, BANGI DANMERATA TEMPAT DI MALAYSIA.. ITULAH BUKTINYA UMNO BERUSAHA MENINGKATKAN TARAF EKONOMI ORG MELAYU.. TETAPI SETELAH KAMU MENIKMATI FAEDAHNYA.. KAMU KATA EKONOMI INI MESTI DIBAHAGIKAN SAMA RATA DENGAN RAKYAT BERKETURUNAN LAIN BUKAN MELAYU.. KAMU TAK SEDAR APA YANG BERLAKU DI MALAYSIA DAN KENYATAAN KAMU SEOLAH2 KAMU TIDAK BERFIKIR MENGGUNAKAN AKAL YANG BERNAS..

Ulasan Sdr membelah ombak:


Mereka benci Pakatan Rakyat kerana kononnya PR menderhaka kepada raja-raja Melayu. Neraca IQ mereka turun ke tahap zero kerana gagal mengingati fakta kebiadaban UMNO terhadap raja-raja Melayu sejak belum merdeka hingga kini (baca LINK ini).

KALAU DILIHAT SEJARAH UMNO.. ORG MELAYU DARI KUMPULAN UMNOLAH YANG MEMBANTAH SULTAN-SULTAN MELAYU MENERIMA MALAYAN UNION SUATU KETIKA DULU.. HINGGA MENDAPAT KEMERDEKAAN.. ADAKAH ITU SUATU DERHAKA?

KETIKA BERLAKU INSIDEN TINGKAH LAKU BEBERAPA INDIVIDU DARI KERABAT RAJA YANG MELANGGAR UNDANG2 NEGARA DAN NAMA BAIK MALAYSIA DI LUAR NEGARA.. MAKA DIGUBALKAN SATU PERATURAN YANG MEMBAWA TERTUBUHNYA MAHKAMAH KHAS UNTUK MENILAI KESALAHAN YG DILAKUKAN OLEH MEREKA.. ADAKAH INI YANG KAMU KATA DERHAKA.. SEDANGKAN KAMU JUGA YANG MENIKMATI KEBAIKAN USAHA INI..
TAPI MEMAKI HAMUN SULTAN SECARA TERANG2, MENGHADANG KENDERAAN SULTAN, MENUDUH SULTAN DENGAN PELBAGAI TUDUHAN .. ITU KAMU KATA APA? HAK ASASI RAKYAT.. PERGI JAHANAMLAH DENGAN KEPALSUAN ISLAM KAMU ITU..

Ulasan Sdr membelah ombak:


Mereka benci DAP kerana kononnya parti itu anti-Islam dan menentang kedudukan Islam sebagai agama resmi negara. Mereka juga mengungkit-ungkit tentangan DAP terhadap hasrat pelaksanaan hukum hudud.

KAMU TAHU ATAU TIDAK SIAPAKAH PEMIMPIN YANG BERADA DALAM DAP ITU? MEREKA ADALAH PEMIMPIN YANG MENOLAK KESULTANAN MELAYU, HAK MELAYU, SINAR ISLAM, MEMPERJUANGKAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIAN SEPERTI MANA YG DIAMALKAN OLEH PEMERINTAH DI SINGAPURA.. KAMU TAK SEDAR KE.. ATAU KAMU DIBUTAI DENGAN SEJARAH CIPTAAN PAS..

KAMU SEDAR ATAU TIDAK SIAPAKAH YANG MEMALUKAN ANWAR IBRAHIM DALAM PARLIMEN MENGENAI ISU SALAH LAKU SEKSNYA KALAU LUPA SAYA INGATKAN KARPAL SINGH DAN LIM KIT SIANG.. SUDAH KAMU LUPA

KINI MEREKA BERSAMA-SAMA BERKERJASAMA DAN BERCAKAP MENGENAI KEADILAN DAN KETELUSAN.. TERMASUK PEMIMPIN PAS..

Ulasan Sdr membelah ombak:

Amat melucukan apabila mereka terlupa betapa UMNO lebih dahsyat menentang usaha pelaksanaan hudud di Kelantan pada awal tahun sembilan puluhan, bahkan hingga kini. Mereka lupa sumpah seranah pemimpin UMNO terhadap sekolah-sekolah agama sejak tahun lapan puluhan hingga kepada langkah menarik balik bantuan perkapita SAR. Mereka juga tak perasan kehidupan sebahagian besar keluarga pemimpin-pemimpin UMNO yang serba-serbi tidak Islamik.

SIAPAKAH YANG MEMBERI PERUNTUKAN PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA, KOLEJ AGAMA, UNIVERSITI ISLAM, HOSPITAL, SEKOLAH, JALANRAYA, DAN SEGALA INFRASTRUKTUR YANG LAIN.. KALAU BUKAN PEMIMPIN UMNO.. PAS ..APA YANGDILAKSANAKAN SEMASA MEMERINTAH TERENGGANU? HANYA SEBUAH MASJID YANG TAK SIAP DIBINA? KINI MENGUTUK KERAJAAN UMNO?

KAMU JANGAN MENJADI ORG YANG TIDAK MENGSYUKURI NIKMAT ALLAH... ALLAH MENURUNKAN NIKMATNYA MELALUI USAHA PEMIMPIN ISLAM UMNO.. SEKIRANYA KALIAN MENINDAKKANNYA MAKA KAMU MENIDAKKAN ANUGERAH ALLAH... KERA SEMUANYA DARI ALLAH BUKANNYA DARI SESIAPA PUN..

KAMU KENA TANYA KENAPA HUKUM ISLAM TAK DILAKSANAKAN DI KELANTAN, KEDAH DAN TERENGANU? KENAPA? KAMU KATA TUNGGU MENDAPAT KUASA DI PERINGKAT PERSEKUTUAN BARU BOLEH LAKSANAKAN..

SUDAHLAH ...CUKUPLAH MENIPU PEMIKIRAN RAKYAT DENGAN DAKYAH POLITIK BURUK KAMU TU..

SEDARLAH KAMU BUKANNYA ULAMA TETAPI PEMIMPIN POLITIK YANG MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK MENDAPATKAN KUASA.. INI ADALAH SUATU REALITI..

KALAU KAMU IKHLAS DAN TAHU HUKUM ISLAM.. TIADA KAMU KEJAR DUNIA INI.. KAMU AKAN MENDEKATI DIRI KEPADA ALLAH.. KAMU AKAN BIARKAN KEKUASAAN KEPADA ORANG LAIN..

TAPI PEMIMPIN PAS TIDAK BEGITU.. MEREKA CARI KUASA MEREKA REBUT KUASA DAN MEREKA MELAKUKAN BERMACAM FITNAH UNTUK MENDAPATKAN KUASA.. INIKAH YANG DIANGKAT SEBAGAI ULAMA?

sd7 said...

salam
saya nak komen karangan makcik dan pakcik sekelian.
rujuk link ni...http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/2009/03/v-behaviorurldefaultvml-o.html

noor said...

tunjang langit ni bkn tau apa pun..
merepek mcm apek tua nyanyok..

kihkihkihkih..

noor said...

buat penyokong keldai berkarat umno jawap soalan ni dulu sebelum ckp hal pemimpin..

copy paste je..
http://www.fileden.com/files/2009/3/31/2386695/soalan.pdf

fadhilah alimin said...

sian kat tungaklangit!kau t0nggak kepala kat spe nih??pesal la kepala anda bi0l sgt...ko tonggak2 pala smpi x dpt beszakan yg baik dan yg burok..ad0iyai...syg sungguh pendirianmu itu..kmu hnya pandai berbicara tp ayat kmu cuma akan buat kami tergelak shaja..huahahahaaaa..

CUPING MERAH said...

rosaklah diri kamu jika kamu mengikut fahaman diri kamu sendiri jika kamu tidak memahami isi kandungan alquran.sembahyanglah kamu sampai bengkak dahi2,puasalah kamu walaupun berhari2,membaca quranlah kamu walau setiap hari,mendermalah kamu walau berguni2.itu semua tk bererti jika kamu masih menyokong pemimpin yang tidak mahu memimpin islam yang sebenar,pemimpin yang menolak hukum allah,pemimpin yang menindas ulamak,pemimpin yang meluluskan lesen arak,judi dan tempat hiburan yang melampau..kembalih kepada ajaran sebenar ,fahamilah isi kandungan dan hukum hakam dlm alquran.hukum allah itu wajib dan kamu wajib berjuang...dan jangan bagi alasan negara kita berbilang kaum..ingat hudud hanya untuk orang islam..jgan pertikaikan orang bukan islam..Tok guru telah berjanji sekiranya umno ubah dasar perjuangan islam dan melaksanakan hukum hudud.pas akan dibubarkan dan kami akan menyertai umno.aku berjanji..maaf abjad agak berterabur..aku menggunakan hp..outstion

Tungaklangit said...

salam

terim kasih atas pandangan sauadara cuping...

sebagaimana sudah saya katakan kepada saudara CM, setiap orang ada pendirian masing2 tapi pegangan dalam poliyik tidak membawa kepada pegangan akidah saya...

walaupun saya sealiran dengan UMNO tapi yang tidak benar saya bangkang...

Islam tetap Islam dan hukum Allah tetap hukum Allah

saya hanya mahu melihat umat Islam di Malaysia bersatu dan aman damai itu sahaja...

kalau kita bersatu maka kita akan kuat dan kita boleh jaga kedaulatan Islam dan hak kaum kita sendiri

walaupun pas menolak perjuangan kaum melayu tapi pegangan saya lemah kekuatan melayu di malaysia ini maka pudarlah Islam sebab kaum melayu adalah penganut Islam

salam

PAS BETUL, UMNO TAK BETUL said...

Analisis


Melayu UMNO kategori ini menolak PAS kerana percaya kepada propaganda UMNO tentang ciri-ciri ekstrim parti Islam itu. PAS didakwa:


1. Suka memburukkan orang dan menuduh orang dengan pelbagai kesalahan. ____ (#6 dan #9 tulisan tungaklangit)

2. Pendekatan itu bercanggah dengan Islam. ____ (#9)

3. Tidak menghormati pihak lain. ____ (#10, #11 dan #12)

4. Mendakwa orang Islam yang tidak menyokong mereka sebagai penentang Islam (tidak dirahmati Allah). ____ (#11)

5. Mengkafirkan orang Melayu penyokong UMNO. ____ (#12)

6. Tak mahu solat dibelakang imam orang UMNO. ____ (#12)

7. Tak mahu makan sembelihan orang UMNO. ____ (#12)

8. Cakap tak serupa bikin. Dulu haramkan kerjasama dengan parti bukan Islam tapi sekarang halal. ____ (#13)

9. Mengajar ahlinya jadi fanatik melampau seperti;

....... mengkafankan jenazah dengan bendera PAS.

....... mewarnakan batu nesan dengan warna hijau.

....... tak mahu sembahyang dalam satu saf bersama orang UMNO.

....... mengagungkan pemimpin secara keterlaluan - contoh, gantung gambar pemimpin bersaiz besar. ____ (#15, #16 dan #17)

10. Memperalatkan agama untuk kepentingan politik. ____ (#9)

11. Menyebarkan dakyah palsu yang memutar belit fakta demi memancing undi. ____ (#18)


PKR dan DAP ditolak oleh orang Melayu kategori ini kerana;


1. Mengancam hak dan kepentingan bangsa Melayu.

2. Merupakan agenda kaum Cina untuk berkuasa di Malaysia.

3. Menggugat kepentingan dan maruah agama Islam. ____ (#13, #19, #20 dan #21)


Selain daripada sebab-sebab dalam tulisan tongaklangit ini, ada beberapa isu lain yang dinisbahkan kepada kedua-dua parti ini, iaitu;


1. PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana mempertahankan Anwar Ibrahim.

2. DSAI memang bersalah meliwat. Oleh itu dia tidak layak memimpin bangsa Melayu/Islam.

3. DAP anti Islam.

4. DAP adalah jelmaan parti komunis.

PAS BETUL, UMNO TAK BETUL said...

Penyokong UMNO kategori ini tidak mampu membuat perbandingan secara rasional kerana emosi dan sentimen mereka telah dimanipulasi secara terancang oleh propaganda UMNO.


Mereka benci PAS dan PKR kerana kononnya suka menuduh dan memburukkan pihak lain. Dalam masa yang sama segala macam tuduhan, fitnah dan tohmahan jahat yang dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap PAS dan PKR diterima sebagai wajar.


Mereka benci PAS kerana kononnya PAS mengkafirkan Melayu UMNO. Malangnya mereka seoalah-olah tidak sedar betapa pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa mendakwa PAS membawa ajaran sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Tidakkah 'ajaran sesat' dan 'menyeleweng daripada ajaran Islam' itu sebahagian daripada maksud kafir?


Mereka terus menerus mengeksploit beberapa kes sembahyang dua imam dan enggan makan sembelihan orang UMNO yang berlaku belasan atau puluhan tahun dulu (yang faktanya masih boleh dipertikaikan) sebagai isu untuk membenci PAS. Nilai intelektual mereka seakan pupus kerana gagal melihat orang PAS sehingga kini masih menunaikan solat di masjid-masjid yang imamnya orang UMNO. Mereka juga seakan menipu diri kerana gagal melihat jutaan orang PAS yang hadir ke majlis kenduri-kendara orang UMNO.


Mereka benci PAS kerana cakap tak serupa bikin. Dulu kata tak boleh berpakat dengan parti bukan Islam tetapi sekarang dibolehkan pula. Mereka malas menyelidik fakta sejarah betapa PAS telah bekerjasama dengan parti lain sejak sebelum merdeka lagi, bahkan pada tahun tujuh puluhan PAS pernah bersama-sama dengan UMNO di dalam Barisan Nasional. Jika diminta bukti, pasti mereka tidak mampu mengemukakannya kerana tidak pernah wujud kenyataan atau ucapan resmi pemimpin-pemimpin PAS sejak dulu hingga sekarang yang menyatakan haram bekerjasama dengan parti bukan Islam. Yang haram ialah bekerjasama mempertahankan kezaliman seperti kerjasama UMNO-MCA-MIC dan lain-lain komponen BN.


Mereka benci PAS kerana pengikutnya diajar menjadi fanatik sehingga berlaku kes kain kafan hijau, batu nesan hijau dan potret pemimpin diagung-agungkan. Dua tiga kes yang entah bila dan di mana ianya berlaku itu membutakan mata mereka daripada melihat jutaan kain kafan orang PAS yang masih berwarna putih dan jutaan batu nesan orang PAS yang masih sama dengan nesan orang UMNO. Mereka juga seakan rabun tidak melihat potret pemimpin UMNO bergantungan di merata premis pejabat dan kediaman penyokong UMNO bahkan terpampang pada bill board raksaksa di tengah bandar dan di tepi jalan.


Mereka benci DAP dan kerajaan 5 negeri Pakatan rakyat kerana kononnya mengancam dan menghakis hak orang Melayu. Mata mereka tertutup sehingga gagal melihat jutaan hektar tanah termasuk tanah rizab Melayu yang telah dimiliki oleh orang bukan Melayu sepanjang 52 tahun pemerintahan UMNO. Siapa yang bertanggungjawab? Mereka juga gagal melihat jutaan premis perniagaan dan industri dari bandaraya hingga ke pekan-pekan kecil yang 95% dimiliki oleh orang bukan Melayu. Di bawah pemerintahan parti apa keadaan ini terjadi?


Mereka benci Pakatan Rakyat kerana kononnya PR menderhaka kepada raja-raja Melayu. Neraca IQ mereka turun ke tahap zero kerana gagal mengingati fakta kebiadaban UMNO terhadap raja-raja Melayu sejak belum merdeka hingga kini (baca LINK ini).


Mereka benci DAP kerana kononnya parti itu anti-Islam dan menentang kedudukan Islam sebagai agama resmi negara. Mereka juga mengungkit-ungkit tentangan DAP terhadap hasrat pelaksanaan hukum hudud. Amat melucukan apabila mereka terlupa betapa UMNO lebih dahsyat menentang usaha pelaksanaan hudud di Kelantan pada awal tahun sembilan puluhan, bahkan hingga kini. Mereka lupa sumpah seranah pemimpin UMNO terhadap sekolah-sekolah agama sejak tahun lapan puluhan hingga kepada langkah menarik balik bantuan perkapita SAR. Mereka juga tak perasan kehidupan sebahagian besar keluarga pemimpin-pemimpin UMNO yang serba-serbi tidak Islamik.

PAS BETUL, UMNO TAK BETUL said...

"pegangan dalam politik tidak membawa kepada pegangan akidah saya..."

igt setiap pbuatan kita sebesar zarah pun ada balasan. anda undi bn bererti anda sokong semua yg bn buat yg cuping ckp td. sbb dgn undi org2 bn lah bn memerintah, depa buat benda mungkar, tahan org kat isa tanpa bicara (anda tak kesian ka try la baca kisah mereka n anak2, boleh jatuh ayaq mata) dan lain2.

Islam itu syumul (menyeluruh), semua dia ajaq, smpi nk buang ayaq pun dia ajaq. Inikan politik, xkan xdak dlm Islam, mana boleh pisahkan politik dgn Islam.

Anda ada otak anda fikirlah, nk pilih pemimpin yg isteri dia pakai tutup aurat elok2 atau yg terdedah aurat? mcm2 compare anda boleh buat. Memanglah kadang tak seratus peratus pemimpin pas bagus sbb kita manusia bukan maksum.

xkan lah ulamak2 dlm pas seperti, dato haron din, ismail kamus, taib azamuddin, tuan ibrahim tuan man nk perlingkup bangsa melayu.

N anda fikirlah wahai tungaklangit, dah la anda tak betui, pas tu tulis plak buat ada yg termakan tulisan kamu, dapat plak saham.

Wallahualam