Saturday, March 7, 2009

ISU PPSMI BERTUKAR MENJADI ISU POLITIK

Salam Sejahtera
Sejak kebelakangan ini isu pengajaran bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains menjadi begitu hangat diperbincangkan dan diperjuangkan oleh parti dalam PR dengan membawanya ke tunjuk perasaan di jalanraya.
Bahasa melambangkan sesuatu Bangsa. Ungkapan ini ada kebenarannya, tetapi jikalau bangsa kita tidak maju dan jumud tanpa mengikut perkembangan semasa bagaimana golongan intelek bangsa kita mampu memperkenalkan ilmu baru dalam bahasa Melayu sekiranya mereka tidak faham mendalam dalam bahasa Inggeris yang mana ilmu itu dilahirkan.
Dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat, angkasa lepas dan sebagainya semua istilah yang digunakan adalah dalam bahasa Inggeris. Forum antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmuan. Bagaimana jikalau kita mewakili Malaysia dalam sesuatu perundingan antarabangsa tapi ilmu dan keupayaan Bahasa Inggeris lemah, adakah kita mampu mengutarakan pandangan dan hujah Malaysia di arena antarabangsa?
Bukan kita ingin mengagungkan bahasa Inggeris, niat kerajaan adalah supaya anak-anak kita menguasai bahasa Inggeris dengan baik, maka pendekatan pengajaran dalam Inggeris dalam dua subjek tersebut dijadikan satu pendekatan ke arah tersebut.
Kebanyakan mereka yang menghalang penggunaan BI ini adalah mereka yang tidak mampu memandang jauh dan menggunakan isu ini untuk kepentingan politik tersendiri.
Bagi anak Melayu kita, mereka tidak akan hilang keupayaan berbahasa Melayu di rumah dan sekolah kerana masih ada mata pelajaran yang diajarkan dalam Bahasa Melayu (BM), begitu juga anak kaum Cina dan India. Kalau dibanding anak kita dengan anak kaum India dan Cina, anak kita jauh ketinggalan dalam penguasaan BI, kadang-kadang malu melihat anak kita tergagap berbahasa BI... takkah kita sedar keadaan ini... ini bukannya soal banggakan BI atau menghina BM .. ini soal kemajuan dalam mengejar keilmuan masa kini...
Sudahlah, bagi mereka yang ingin memeperjuangkan bahasa ini, nasihat saya utamakan fikiran kita kepada langkah untuk menyelamatkan ekonomi negara dan bagaimana nak majukan diri kita supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan kita yang lain..
Jangan salahkan orang lain kalau kita ketingalan kerana kedunguan kita yang selalu membantah dan menyalahkan orang lain...
Kadang-kadang, orang-orang yang mengelarkan diri mereka sebagai pejuang Islam di negara ini dilihat sebagai pejuang kemusnahan bangsa sendiri dan mereka lebih rela mementingkan perjuangan politik daripada masa hadapan bangsa sendiri...
Ketahuilah setiap apa yang kita buat akan dihakimi oleh Allah..
salam
Tungaklangit
Pada zaman kebangkitan Islam, semua bangsa di dunia ini mempelajari budaya dan bahasa Arab kerana ketika itu ilmu dikuasai oleh bahasa Arab.Dalam hadis Rasullullah ada menyebut, maksudnya " tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China"... tapi pesanan Rasullullah itu akan dapat dicapai sekiranya umat Islam memahami bahasa yang dtuturkan oleh bangsa China, maknanya perlu belajar bahasa Cina...
Dalam zaman serba mencabar ini, semua ilmu dikuasai oleh bahasa Inggeris, umpamanya jikalau anak setiap pejuang bahasa Melayu di atas diberi peluang melanjut pelajaran ke luar negeri maka mereka perlu menguasai bahasa Inggeris sebab bahasa tersebut adalah bahasa penyampai ilmu ketika ini...
Kalau anak-anak saudara semua tidak dapat menguasai bahasa tersebut macam mana nak dapat lanjutkan pelajaran atau dapat markah yang tinggi dalam setiap peperiksaan... sebab itulah bangsa kita selalu mundur dan ketinggalan dengan bangsa lain.
Cuba saudara lihat salah satu faktor mengapa pelabur tertarik untuk beroperasi di Malaysia kerana kadar memahami Inggeris adalah tinggi berbanding negara jiran yang lain... mungkin saudara tak pernah keluar negara, cuba saudara bandingkan di Beijing sekitar 1990an penduduk mereka tidak pandai berbahasa Inggeris tapi sejak negara China membuka pintu ekonominya maka digalakkan semua rakyatnya belajar bahasa Inggeris, kini Beijing menjadi tarikan para pelaburSaya rasa eloklah kita mengalakkan anak-anak kita belajar bahasa Inggeris dan menjadi insan yang berilmu sebelum kita memperjuangkan bahasa Melayu.
Bagaimana kita nak jadi bangsa yang dipandang mulia sekiranya tiada seorang anak Melayu yang berjaya di universiti terkemuka dunia... sedarlah terimalah realiti iniKalau dilihat kesan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah sekarang, saya berbangga anak-anak kita dapat bertutur dalam bahasa Inggeris bila mereka membuat kerja rumah matematik dan Sains.
Ini adalah permulaan bagi anak-anak kita mengenal realiti hidup.. kita patut berbangga...Sebenarnya mungkin ada pihak yang mendalangi isu ini dan yang ketara ialah parti PAS dan PKR. Kenapa kita perlu memperjudikan masa hadapan anak-anak kita. Sedarkah saudara sekalian, terdapat ramai pelajar universiti tempatan sekarang yang terpaksa mengulang atau gagal melengkapi ijazah mereka kerana gagal dalam kertas wajib bahasa Inggeris..
Kalau saudara ada bersama dengan kumpulan penunjuk perasaan petang tadi, jelas mereka ini sebenarnya terdiri daripada ahli politik.. mereka bukannya pejuang masa hadapan anak-anak di sekolah, mereka adalah pengkhianat bangsa Melayu...Sudahlah marilah kita bersama-sama dalam satu barisan untuk memikirkan masa hadapan bangsa Malaysia dalam menghadapi kemelutu ekonomi...
Saya harap anak-anak saudara tiak menjadi seperti anak Melayu dalam satu iklan dalam TV yang tergagap-gagap menerangkan arah jalan kepada seorang pelancong asing ... sedarlah jangan selesa berada di bawah tempurung, cubalah jengok dunia luar..
Saya kagum dengan rakan-rakan saya dari kaum India dan Cina yang memastikan anak-anak mereka menguasai bahasa Inggeris kerana mereka tahu kepentingan bahasa tersebut... kalau tidak percaya tanyalah pemimpin-pemimpin PR yang menghantar anak-anak mereka menguasai bahasa Inggeris seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim,dll termasuk pemimpin dalam Pas.. terimalah kenyataan janga ditolak kenyataan dan kebenaran.... jangan dicampur politik dengan masa hadapan anak-anak kita kelak
Bagi golongan muda atau lepasan universiti yang gagal menjawat jawatan dalam sektor swasta dan kerajaan kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris cubalah menasihati kawan-kawan yang menyertai demo hari ini... terangkanlah kepada mereka yang bertindak seperti hero bertapa susahnya jikalau tidak memahami Inggeris ketika membuat buku rujukan utama untuk menyediakan kertas kerja dll...
Bagi mereka yang berada dalam parti Pas, macam mana nak mengetahui perkembangan Islam sejagat sekiranya tidak boleh baca akhbar Inggeris... sebab itulah ramai daripada mereka hanya taksub kepada apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka...
Terimalah kenyataan ilmu dalam bahasa Melayu adalah terhad dan untuk mendalami sesuatu ilmu kita perlu menguasai bahasa Inggeris .... itu adalah kenyataan
salam untuk semua
Tungaklangit

6 comments:

Unknown said...

Soalan aku cilok dari Cikgu Huda,

Sila jawab soalan ini dengan jujur.

1. Anda mengidap sakit jantung. Siapakah yang anda patut jumpa?
A. Pakar jantung B. Pakar Otak

2. Anda menghadapi masalah BI. Siapakah yang anda patut jumpa?
A. Guru BI B. Guru Sains dan Matematik

Kalau jawaban anda bagi kedua-dua soalan ini A, anda memang hebat. Tapi kalau jawaban anda kedua-duanya B, anda memang BODOH. Bagi soalan no. 2, jawapan penyokong PPSMI ialah B.

Kita tidak menolak BI, tapi kita menolak dasar PPSMI. Teknik belajar BI dan S&M adalah berbeza. Dah berbuih pakar akademik terangkan. Tapi golongan pro PPSMI masih tak faham-faham juga. Kasihannya…

Lin said...

salam saudara kutucyber

kalau kita rasa dasar PPSMI itu tidak boleh membawa kejayaan kepada anak bangsa kita cubalah bagi idea da pandangan yang bernas supaya pengubal dasar dapat memperbaikinya dan kita sama-sama mendapat pahala dari Allah

salam

Anak Perelih said...

kalau subjek BI itu sendiri diperkasa dimenarikkan... subjek apa pun, bukan math & sains saja boleh dibuat rujukan dalam bahasa inggeris walau diajar dalam bahasa Melayu... sebab apa? sebab bahasa inggeris pelajar kita dah power...

PPSMI... bahasa inggeris lepas ke mana, sain& math pun tercicir.. yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir.... yang jadi mangsa adalah orang Melayu yang kebanyakannya berada di luar bandar... engineer, saintis doktor ect akan berkurang.... orang Melayu jugak yang rugi... Kalau UMNO betul pejuang Bangsa Melayu, bukan pejuang Kroni sendiri, maka UMNO harus memansuhkan PPSMI... kalau tidak... UMNO adalah MUNAFIK dan CELAKA... PENGKHIANAT orang Melayu

Lin said...

salam anak perelih

saya rasa janganlah kita memaki hamun kepada dasar yang baru diperkenalkan, mungkin ada jalan untuk memperkemaskannya

saya cadang supaya pengenalan PPSMI diwajidkan kepada peringkat tingkatan tiga dan diperingkat rendah mtempoh mengajar mata BI dipanjangkan

kita sekarang menuju satu zaman yang diluar kawalan.. anak2 kita perlu ilmu dan penguasaaan bahasa ingeris yang baik.. mengapa Inggeris sebab Inggeris kini adalah bahasa ilmu

sabar janganlah nak bangkang sahaja kalau macam ni macam mana bangsa kita nak maju

salam

Daddy said...

Assalamualaikum…

Sesiapa yang menentang gerakan rakyat adalah orang UMNO yang ada kepentingan seperti ketua cawagan atau ketua bahagian dan bukan rakyat kebanyakan seperti kita.. Kalau rakyat Malaysia guna akal yang waras pasti tidak akan menyokong dasar-dasar karut Kerajaan Pusat sekarang,,, Percayalah.. percayalah... TEMBELANG MEREKA DAN PECAH DAN BUSUKNYA SEMUA RAKYAT MENGHIDU KEBUSUKAN ITU.. mual dan termuntah..

Semua haiwan dalam dunia ini berjuang untuk terus hidup dalam persaingan… Peliknya di Malaysia ada manusia Melayu yang memupuskan identiti sendiri.. kerana mengalah pada persaingan sejagat… HANYA BANGSA PEMALAS AKAN MENGGUNAKAN ISTILAH ASING TANPA BERUSAHA MEREKACIPTA ISTILAH SENDIRI DALAM BAHASA IBUNDA… MARI TENTANG GOLONGAN YANG MENJADI MELAYU TAK SEDAR DIRI YANG KONONYA PEJUANG MELAYU TAPI MENJUAL NAMA MELAYU SEMASA PILIHANRAYA… DEMONSTRASI RAMAI-RAMAI

Salam kemaafan… buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan…

http://akademiakuniversal.blogspot.com/

Lin said...

Salam Sdr AKU

Marilah kita bersama-sama berdoa agar umat melayu bersatu dan maaf memaafkan antara satu sama lain.. isu PPSMI adalah isu kecil tapi usahakan supaya PPSMI dapat menyatukan hati kita umat melayu..

Janganlah memaki hamun saudara kita sesama melayu..doakan mereka agar diberi hidayat dari Allah..amin

salam