Monday, April 20, 2009

ELI WONG SUDAH BERTAUBAT?


PETIKAN AKHBAR SINAR



KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu. Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu. Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.



Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini. "Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.



Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu. Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.



Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor. Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli.



ULASAN



BAGUSLAH BUAT ELI WONG KERANA SETIAP MANUSIA ADA MEMBUAT DOSA.. TAPI ADAKAH INI SATU PENYESALAN LAHIR DARI LUBUK HATI BELIAU ATAU SEKADAR MAINAN POLITIK SEMATA – MATA?



MORAL OF THE STORY, SESIAPA YANG MEMPUNYAI MASALAH SALAH LAKU MORAL DAN PERNAH MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK.. PERGILAH MELAWAT NIK AZIZ DAN JANGAN LUPA MEMAKAI KAIN TUDUNG TAK TUTUP RAMBUT DAN BAYU KURUNG.. KALAU TAK ADA BOLEHLAH PINJAM DARI KAWAN-KAWAN



SATU PERTANYAAN UNTUK NIK AZIZ SEKIRANYA SEORANG BUKAN ISLAM YANG MEMPUNYAI MASALAH MORAL DAN MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK BOLEH DIMAAF DAN DIMEGERTIKAN KENAPA TIDAK KEPADA UMNO?

No comments: