Assalammualaikum Saudara Ku
1. Menyebut ayat suci al Quraan dan ucapan asslammualaikum warahmatullahi wabarokatuh oleh seorang yang mempunyai niat tidak baik dan bukan kerana Allah adalah dilarang dan dilihat seperti merendahkan agama Islam itu sendiri. Apatah lagi sekiranya si pelakunya seorang kafir, YB Nga pemimpin DAP Perak..
2. Dalam satu ceramah di Perak, Nga telah menuduh orang Islam UMNO tidak mengamalkan amalan Islam yang sebenarnya dan telah sesat dari ajaran Islam serta menyeru semua ahli Pas dan PKR yang beragama Islam menolak sehabis-habisnya kepimpinan UMNO di Perak.
3. Kini Pas dilihat telah berjaya dalam usahanya untuk metalbiahkan pemimpin DAP sehinggakan pemimpin ini (Nga) telah pandai memberi salam dan telah pandai memetik ayat suci al Quraan semasa memberi ceramah politik.
4. Tetapi pengikut Pas tidak sedar bahawa mereka bukannya berhadapan dengan seorang yang telah terbuka pintu hatinya untuk mendekati Islam tetapi seorang Kristian yang cuba memecahkan perpaduan Islam sesama Melayu melalui kedangkalan pemikiran pemimpn Pas.
5. Kini ahli Pas telah diajar oleh pemimpin DAP berkaitan pemerintahan secara Islam dan yang memalukan tiada seorang pun pemimpin Islam Pas yang berani menegur supaya tidak mempermainkan ayat suci dikhalayak ramai khasnya untuk tujuan politik.
6. Lebih menghampakan, salam Nga dijawap oleh pendengar ceramah yang merupakan ahli Pas dan beragama Islam. Setiap kenyataan Nga disambut dengan takbir dan tepukan dari ahli Pas. Seruan menjatuhkan kerajaan UMNO (Islam) disambut dengan bersemangat.
7. Tidakkah mereka sedar bahawa, Nga adalah seorang ahli politik yang pandai menggunakan kelemahan pemimpin dan penyokong Pas yang tunduk kepada DAP sekadar untuk meraih sokongan undi masyarakat Cina.
8. Mungkin perlu diperingatkan kepada pemimpin dan ahli Pas bahawa sebarang kejayaan dan kemenangan di dunia ini adalah ditentukan oleh Allah. Mereka tidak perlu mengadaikan ayat suci kepada seorang yang mengaku mengenali islam melebihi saudara islam kamu dalam UMNO.
9. Apakah bentuk politik yang cuba dimainkan oleh pemimpin PAS kini? Dahulunya mereka adalah pejuang Islam dan akan mempertahankan Islam walau bagaimana sekalipun.
10. Sehinggakan terdapat di kedai kopi yang menyatakan bahawa “ Kelantan biarlah ditadbirkan oleh Pas sebab mereka Melayu dan beragama Islam berbanding Cina di Penang”.
11. Tetapi kini kenyataan itu tidak boleh digunapakaikan lagi. Mengapa dikatakan begitu? Kerana kalau dulu perjuangan mereka merupakan perjuangan Islam dan menumpukan kepada permasalahan umat Islam Malaysia tetapi kini setelah keinginan memegang kuasa, pendirian itu digadai dengan undi dari masyarakat India dan Cina.
12. Keadaan sebegini sering berlaku dalam banyak siri ceramah pemimpin bukan Melayu/Islam di pentas ceramah Pas. Pemimpin yang terlibat adalah dari PKR dan DAP. Adakah ini tandanya wujud kesepakatan di antara mereka?
KEPADA PENGUNDI ISLAM DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU SAYA MENYERU SUPAYA BERHATI-HATILAH MEMILIH PEMIMPIN YANG KALIAN TAHU NIAT BURUKNYA BERSAMA KAWAN 2 SERANGKAIN IAITU NGEH DAN NGA. SUDAHKAH KALIAN SEMUA LUPA BAGAIMANA ADUN DAP CUBA MEMULAKAN UPACARA MELANTIK NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI MB DAHULU.
BERFIKIRLAH SEMENTARA KAMU SEMUA BOLEH MENYUMBANG SESUATU TERHADAP KEKUATAN UMMAH DI MALAYSIA.
BERFIKIRLAH SAUDARA KU....
(rujukan blog gaRamaNis di bawah tajuk Undilah Pas untuk kesejahteraan dan dan blog Pisau di bawah tajuk - Ayat Quran & ALLAH For Sale!
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
14 hours ago
No comments:
Post a Comment