Tuesday, April 21, 2009

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Buka Pintu Untuk Negara Luar Campurtangan Hal Dalaman Malaysia


Indonesia digesa campur tangan bebaskan tahanan ISA


MalaysiaKini. : Kerajaan Indonesia digesa campur tangan bagi mendesak Malaysia membebaskan lima warganegara republik itu yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2002, termasuk yang terbaru pada awal Mac.


Gesaan itu dibuat oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dalam satu suratnya kepada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur pagi ini.


Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, NGO itu telah membawa isu tersebut kepada pengetahuan kedutaan pada 2007.


"Sekali lagi kami mengharapkan kerajaan Indonesia akan campur tangan dalam usaha untuk membebaskan serata membawa tahanan ISA warganegara Indonesia pulang ke sana," katanya.
Surat tersebut diserahkan kepada setiausaha 1 kedutaan, Slamet Nugroho di pejabat kedutaan di Jalan Tun Razak jam 11.55 pagi.


Jumaat lalu, GMI membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung tiga tangkapan terbaru, termasuk Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia.


Empat lagi warganegara republik itu yang kini sedang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak: Zainun Rasyid ditahan pada 2002 berhubung Jemaah Islamiah (JI), Mahfudl Saifuddin (JI, 2005), Mulyadi (JI, 2005) dan Ahamad Ghafar Shahril (Darul Islam, 2005).


Bercakap kepada media sejurus menerima surat tersebut, Slamet berkata, kedutaan akan mengenal pasti identiti Agus sama ada beliau warga Indonesia atau tidak sebelum menentukan tindakan seterusnya.


Dalam suratnya, Syed Ibrahim juga menggesa Indonesia mengutuk penahanan lima tahanan itu dan menyiasat keadaan mereka.



ULASAN


TINDAKAN GMI MENGESA KERAJAAN INDONESIA CAMPUR TANGAN DALAM KES PENAHANAN LIMA RAKYAT MEREKA DI BAWAH AKTA ISA DILIHAT SEBAGAI SATU PENGKHIANATAN KEPADA KEDAULATAN MALAYSIA.


GMI SUDAH TIADA MODAL LAIN SEHINGGAKAN SANGGUP MENARIK NEGARA JIRAN UNTUK MEMBERI TEKANAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA MENGHAPUSKAN ISA.


SIAPAKAH DALANG DISEBALIK GMI.. ?


DALAM SETIAP PENTAS POLITIK PKR.. GMI AKAN MUNCUL DENGAN SLOGAN MEREKA MANSUHKAN ISA..


ADAKAH PKR TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM USAHA MENGKHIANATI KEDAULATAN NEGARA KITA???


PERNAHKAH KITA MEMPERSOALKAN TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA MENAHAN RAKYAT MALAYSIA YANG DIDAPATI BERSALAH ATAS TUDUHAN TERLIBAT DALAM AKTIVITI KEGANASAN?


BUKANKAH TINDAKAN MENAHAN LIMA RAKYAT INDONESIA ITU ADALAH LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN BAGI RAKYAT MALAYSIA TEMASUK AHLI KELUARGA DALAM GMI???


BUKALAH MATA ... KALAU HENDAKKAN KUASA POLITIK.. JANGANLAH DILACURKAN KEDAULATAN SISTEM PERUNDANGAN DAN KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA KEPADA NEGARA ASING..









No comments: