Wednesday, April 1, 2009

Nizar Menidakkan Pas Akan Menubuhkan Negara Islam



NIZAR MENAFIKAN PRINSIP PAS SENDIRI!



Dalam blog Dare to Make A Choice memaparkan sedutan rakaman video dalam perbahasan DUN Perak mengenai penjelasan rasmi bekas MB Perak Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa Pas tidak pernah menyatakan dalam mana-mana bentuk penjelasan baik dalam bentuk transkrip, memorandum atau dalam pelembagaan Pas yang menyatakan Pas akan melaksanakan Negara Islam sekiranya memerintah negara ini.

Ulasan

Masyallah... mengapa perkara ini boleh terjadi, sedangkan kita ketahui bahawa Pas adalah sebuah parti yang mendakwa sebuah parti Islam dan mendaulatkan hokum Allah. Terdapat kenyataan pemimpin Pas bahawa memilih calon dari parti Pas seumpama memilih ke jalan syurga.. tetapi lain pula yang dikatakan oleh sdr Nizar dalam siding DUN Perak.

Adakah selama ini, pemimpin utama Pas telah membohongi rakyat dan ahli Pas sendiri?

Adakah Pas ini sebenarnya sebuah parti yang sama seperti parti – parti yang ada di Malaysia ini?

Saya menyeru kepada semua umat Melayu Islam, TOLAK pemimpin sebegini.

Bagi pengundi di Bukit Gantang lihatlah kebenaran yang ada di hadapan anda.. buatlah pilihan yang bijak.. janganlah kamu dikaburi dengan dendangan nyanyian Nizar yang menyeru ke arah Islam tapi dialah yang menyatakan Pas tidak pernah berhasrat untuk menubuhkan negera Islam di Malaysia.

Mengapakah Nizar berkelakuan sebegini?

Mudah sahaja jawapannya.. Nizar sebenarnya lebih menjaga hati rakan politiknya iaitu Nga dan Ngeh yang ketika itu berada dalam siding DUN yang sama..

Sekiranya beliau menegaskan Pas akan melaksanakan hokum Islam maka rakan DAP nya akan membantah dan membuat satu pungutan suara mengangkat MB yang lain dalam PR Perak.

Adakah ini pejuang Islam yang kita puja dan sanjungi.

Sedutan video itu mengambarkan segalanya...

Para pengundi Bukit Gantang, baik yang muda dan tua.. fikir-fikirkanlah perkara

Kita mendengar momokan Pas bahawa UMNO parti yang menolak Islam tetapi kini jelas Pas sebenarnya yang menipu rakyat dengan menggunakan ayat Allah..

Salam
























No comments: