Isu Politik Di Perak
Bukan hasrat untuk menambah minyak dalam isu politik yang melanda melay perak tapi sebagai pengundi atas pagar, saya ingin katakan bahawa keadaan yang berlaku menampakkan sikap tamak kuasa sesetengah pihak khasnya mereka yang dahulumnya berkuasa tapi kini masih mendakwa sebagai pemerintah yang sah.
Apalah yang nak diperjuangkan oleh si nizar ini, mengaku sebagai seorang islam tapi berlagak seperti seorang yang tidak tau hukum Allah. Bukankah setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini adalah atas kuasa Allah, jika tidak diizinkan sesuatu perkara itu, adakah ianya akan berlaku? mana perginya ilmu kamu nizar? adakah kamu ingin derhaka kepada kehendak Allah yang merencanakan kehidupan di alam ini?
Bukakah saudara pernah berkata akan mematuhi setiap titah Tuanku sebelum Tuanku tidak memperkenankan sembah derhaka anda tempohari? Tapi kini lain cerita, tak ikut prosedurlah, ini hak rakyatlah... sebenarnya anda memperjuangkan hak sendiri dan kawan-kawan dalam politik.
Apalah buruk sangat saudara Islam alam UMNO sampai mencari kawan dalam DAP dan menindakkan hak melayu UMNO sebagai teman seagama? apa punya ilmu yang kau pakai ni Nizar?
Tak kesahlah apa yang kau pernah lakukan sebelum ini, pasal tanah ke? pasal kelas Tadika ke? tapi bila dah diarah serah kuasa lakukanlah, kenapa sekarang nak bertelangah dengan UMNO dan Istana.
Atau mungkin kau lupa kot, bahawa MATI ITU BENAR, SOALAN DAN SEKSA KUBUR ITU BENAR, PERTIMBANGAN AMAL DI PADANG MASYHAR ITU BENAR, TITIAN SIRALTULMUSTAQIM ITU BENAR DAN SYURGA DAN NEGERAKA ITU BENAR.
Kuat ke tubuh kau tu nak menahan pukulan malaikat di bawah tanah esok? Saya bukannya marah pada kamu, tapi tindakan kamu seperti memmecah belahkan perpaduan umat islam dan melayu di Malaysia. Mungkin penyokong kamu katakan bahawa tindakan kamu adalah mengikut peraturan tapi adakah mereka lupa ini adalah hukum Allah. KUN FAYAKUN..lupa ke? Atau kamu tak percaya bahawa segala yang berlaku bukan kehendak dari Allah.
Kita sesama Islam ni kenalah saling ingat mengingat, yang benar kita benarkan dan yang batil kita nafikan. cuba renung dan kembali ke jalan Islam. tanyakan diri anda adakah insiden yang berlaku ini adalah kerja UMNO?
kalau ya jawapan kau, susah nak cakaplah, kiranya UMNO ni hebatlah..
kalau tak faham, sini saya terangkan.. awak kena gugur kerana ini adalah rencana Allah dan terimalah dengan redha seadanya jangan dok ikut orang yang tak mengucap kalimah Allah.
Satu perkara lagi, yang dok sanjung LIM GUAN ENG nak ikut Khalifah Umar Abdul Aziz tu kenapa? tak tau ke dia tu orang politik? Tapi dengan orang Islam UMNO kamu tolak sebab mereka kafir.. apalah kau ni nizar
sSatu perkara lagi, bila orang bukan islam (pemimpin India PKR) bagi salam dan guna terjermahan ayat suci Al Quran, kenapa penyokong PAS bertakbir.. penatlah aku tengok benda-benda macam ni? fikirlah dengan kurniaan yang Allah berikan iaitu OTAK
bukankah kamu semua menghina Allah, dengan berkelakuan seperti itu, kamu ingat bertakbir itu senang-senang aje boleh disuarakan, sampai bila pemimpin kamu kutuk dan fitnah orang islam lain pun kamu raikan dengan takbir... apa punya lemah ilmu kamu semua...
Berbalik kepada Nizar, seelok-eloknya kamu bermusabah diri dan kembali kepada jalan Allah (bukan jalan PAS sebab ulama PAS kata kalau nak masuk syurga kena masuk PAS.. alamak tak ada peluang lah aku nak masuk syurga sebab tak jadi ahli PAS lagi). bertaubat dan baca balik kitab-kitab agama tapi jangan pula baca untuk cari point kutuk sesama islam dan terjemah ikut sedap hati aje..
Alahai Nizar, aku kesian kat kau ni, beingatlah
Jangan terjadi KALAU AKU BUAT OK NO PROBLEM TAPI KALAU DIA YANG BUAT TAK BAIK, TAK IKUT PROSEDUR DAN ZALIM
Ok harap saudara ku Nizar dan kunconya sedar, maaf sekiranya tulisan ini kasar dan mengusik jiwa tapi ianya hanya untuk kebaikan kita bersama
wasalam
Tungaklangit
2 comments:
BELAJAR DULU TENTANG ISLAM BARU LE BUAT CERITA. AWAK TU MASIH JAHIL TENTANG ISLAM. SEDARLAH
islam bukan milik pas tapi milik hamba Allah yang diberi hidayah oleh Allah
salam
Post a Comment