Salam Untuk Semua.
Wah, bagus juga berita yang aku baca pagi ini, rupa-rupanya DYMM Sultan Selangor telah mengesan cubaan puak - puak PR untuk mengaitkan Banginda dengan kemelut politik dalaman PR so sekiranya berlaku sebarang kemungkinan di belakang hari maka puak PR ini akan menyalahkan dan mengaitkan Istana dalam kancah politik Selangor. Syabas DYMM Sultan Selangor.
Bagi kerajaan Selangor pimpinan PR, cuba-cubalah belajar bagaimana nak selesaikan masalah tanpa mengaitkan orang lain. Janganlah tuduh pihak lain seperti UMNO terlibat dalam isu gambar separuh gairah Eli Wong ini. Kalau sudah dinyatakan bahawa itu gambar Eli so sudahlah. Janganlah kata UMNO yang edar. Tau ke yang buat angkara ini adalah orang yang berada dalam saf PKR sendiri.
Kita rakyat Selangor dah tau apa yang berlaku dalam kerajaan Selangor, soal air salahkan agensi kerajaan, soal curi pasir masih berlaku tanpa sekatan, soal pungutan sampah di kawasan perumahan masih tertangguh dan sebagainya. Sepatutnya inilah kerja yang patut didahului bukannya menyalahkan orang lain atas kegagalan kita.
Lain kalai kalau dah tau tak mampu memerintah janganlah cuba memimpin. Sudahla tanggungjawabnya berat dan akan dipersoalkan di sana nanti, malahan kehidupan rakyat berada di bawah pentadbiran kalian semua. Ingatlah Selangor sekarang tidak seperti dahulu lagi, sudah beransur-ansur kebelakang. Buatlah kerja baik-baik wahai pemimpin PR.
Berbalik kepada isu Eli, yang peliknya kenapa isu ini tidak diperbahaskan dikalangan pemimpin PKR dan PR dan kenapa perlu dibawa mengadap Banginda Sultan? Pelik juga kan.
Tapi bagi pemerhati politik, sah - sah PKR cuba melibatkan institusi dalam kancah politik semasa. Lepas tu mereka akan kata ini adalah keputusan Tuanku dan akan menurutinya. Apa punya mudah siasah politik mereka ini. Cubalah buat skrip yang berat sikit.
Dewasa ini, ramai yang memperkatakan kemungkinan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan MB di Selangor. Saya jugak teruja mendengarnya. Bila agaknya perkara ini akan menjadi kenyataan? Kalau dipantau perkembangan semasa memang nampak kebenarannya. Sebagai contoh, dalam satu sidang akhbar PR, yang menjadi jurucakap ialah Azmin, mana perginya MB? menyorok atau disishkan? Rasa-rasanya kalau berlaku pertukaran MB, mungkin ianya menjadi semakin buruk sebab kita kenal siapa bakal MB tu. Orang yang sama jugak.
Salam
No comments:
Post a Comment