Thursday, September 17, 2009

PAS BARUA DAP


BILAKAH PAS MAHU SEDAR MEREKA DITIPU OLEH DAP


1. BEGITU MUDAH MEREKA YANG BERGELAR ULAMA DI DALAM PAS TERTIPU DENGAN TIPU MUSLIHAT PEMIMPIN KAFIR DAP. TERBARU IALAH HARAKAH MEMUJI TINDAKAN MUNAFIK NGA KOR MENG MENGHADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA DI KEMUNTING, PERAK.

HARAKAHDAILY.NET 17/9/09: Nga Kor Meng sering berbuka bersama masyarakat Islam

“ Nga Kor Meng dalam ucapannya pula berkata, beliau berasa cukup bertuah dan berterima kasih kepada PAS kerana memberi kerjasama yang baik menjemput beliau dan rombongan menghadiri majlis berbuka puasa ini. ..Katanya Ini menunjukan persefahaman antara Islam dan bukan Islam tercapai seperti pemerintahan di zaman kegemilangan Islam dahulu lagi. ..Pakatan Rakyat Perak katanya sudah lama mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama antara satu sama lain tidak mengira perbezaan bangsa dan agama.”

2. KADANG-KADANG TERTANYA PADA DIRI SENDIRI MENGAPA BANGSA MELAYU YANG MENJADI AHLI DAN PENYOKONG PAS SANGGUP MENERIMA PENIPUAN DAP DEMI MENCAPAI IMPIAN POLITIK MEREKA.

3. TIDAKKAH MEREKA SEDAR BAHAWA DAPLAH MUSUH UTAMA PAS SEMASA ISU PERLANTIKAN MENTERI BESAR PERAK SELEPAS PRU12 DAHULU.

4. DAP JUGALAH YANG MENGATAKAN LANGKAH MAYAT MEREKA DAHULU SEBELUM PAS MENEGAKKAN NEGARA ISLAM.

5. DAP SELANGOR MEMALUKAN PERJUANGAN ISLAM PAS DENGAN BERKATA ALKOHOL YANG DIJUAL TIDAK MEMABUKKAN KERANA KANDUNGAN ALKOHOL AMAT SEDIKIT DAN MEMBUKA BANYAK RUMAH URUT DAN SPA HARAM DIHADAPAN MATA KEPALA PEMIMPIN ISLAM PAS.

6. DAP KEDAH SANGGUP MENARIK DIRI DARI PAKATAN RAKYAT DI KEDAH KERANA MENENTANG KETEGASAN PAS KEDAH DALAM ISU PENUTUPAN TEMPAT PEMOTONGAN BABI TETAPI PAS KEDAH TUNDUK KEPADA DESAKAN DAP PUSAT DEMI MEMENUHI HASRAT JAHAT PEMIMPIN PAS PUSAT.

7. DAP PENANG MENIPU PENGUNDI ISLAM PULAU PINANG BULAT-BULAT DENGAN MENGABAIKAN KEPENTINGAN MASYARAKAT ISLAM DI PULAU PINANG DAN MENIPU RAKYAT DENGAN MENGAAKAN DAP AKAN MENGIKUT AMALAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DALAM PENTADBIRANNYA... KINI SEMUANYA TINGGAL SLOGAN SAHAJA...

8. TIDAKKAH PEMIMPIN PAS TIDAK MENYEDARI NIAT SEBENAR PEMIMPIN DAP UNTUK MENGUASAI KERAJAAN PUSAT DENGAN MENIPU PAS MELALUI SIFAT KEMUNAFIKANNYA MENGGUNAKAN ISLAM SEBAGAIM PROPAGANDA MEREKA...???

9. ATAU HATI PEMIMPIN PAS SUDAH DIPENUHI DENGAN SIFAT KEMUNAFIKAN DAN KEGELAPAN KERANA NIAT MEREKA YANG TIDAK IKHLAS TERHADAP PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA INI...

19 comments:

CUPING MERAH said...

SIAPA YANG SEBENARNYA TERTIPU..

ADAKAH PAS?
ADAKAH DAP?
ADAKAH UMNO?

PAS MENTARBIAH ORANG BUKAN ISLAM NAMPAK TERTIPU DIMATA UMNO..

DAP HENDAK MENGENALI ISLAM DIKATAKAN CUBA HENDAK MENIPU DIMATA UMNO..

UMNO TERANG2 TOLAK ISLAM CUBA HENDAK MENIPU DIRI SENDIRI..

SIAPA YANG MENIPU?SIAPA YANG TERTIPU?SIAPA CUBA MENIPU?

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA CUPING MERAH

KALAU KAFIR YANG MAHUKAN KEBENARAN MAKA WAJIB KITA TUNJUKKAN JALAN MENUJU KEBENARAN DAN SAMADA MEREKA MENERIMA ATAU TIDAK ITU ADALAH URUSAN ALLAH

DALAM HAL DAP, MEMANG TERANG2 MEREKA MEMUSUHI ISLAM TETAPI PAS YANG DAHAGAKAN KUASA SANGGUP MENGENEPIKAN PERJUANGAN ASAL MEREKA UNTUK MENEGAK ISLAM

DALAM HAL INI, PAS SANGGUP MENOLAK UMNO YANG ISLAM TETAPI MENURUTI KEHENDAK KAFIR DAP BAGI TUJUAN POLITIK

SEBURUK2 UMNO MEREKA MASIH ISLAM DAN MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH DAN AMAL IBADAT MEREKA ADALAH UNTUK ALLAH

JANGANLAH KITA SEBAGAIO SEORANG ISLAM MENUDUH SEORANG ISLAM YANG LAIN MENOLAK ISLAM KERANA TUDUHAN ITU AKAN TERPALIT KEPADA KITA SENDIRI

SEBAGAI SAUDARA ISLAM SAYA INGIN MENASIHATI SAUDARA CUPING MERAH SEMOGA MEMBUKA HATI SAUDARA DAN MENERIMA KEBENARAN BAHAWA TUDUHAN UMNO MENOLAK ISLAM ADALAH TUDUHAN BERBAU POLITIK

SEDANGKAN PAS JUGA MENOLAK PENUBUHAN ISLAM ANGKARA BANTAHAN DAP

LIHATLAH DENGAN MATA HATI BUKAN DENGAN KEBENCIAN

SALAM SEMOHGA ALLAH MENYELAMATKAN KITA DARI MUSIBAH DAN FITNAH YANG BAKAL MENJAHANAMKAN BANGSA DAN AGAMA KITA

SALAM

zauzau said...

SALAM TL,KAMI TERINGAT SATU KESAH SEMASA KEUJUDAN NABI ALLAH ADAM DARI SEORANG USTAZ DARI KEDAH BERJAWATAN KADHI KETIKA ITU.KISAH INI DISAMPAIKAN OLEH BELIAU 12 TH DULU . SETELAH ALLAH MENCIPTA NABI ADAM,MAKA DIJEMPUTLAH SEMUA PARA MALAIKAT, UTK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG INI.SEMUA PARA MALAIKAT AKUR DAN TUNDUK MENGAKUI CIPTAAN ADAM YANG TERISTIMEWA DISISI ALLAH.KECUALI IBLIS YG TAK PUAS HATI LALU MASUKLAH IA KEDALAM RONGGA RONGGA HIDUNG MULUT TELINGA ADAM UNTUK MENYIASAT DALAMAN HATI PERUT OTAK DAN SEBAGAINYA.NAMUN IBLIS TETAP TAK AKUI KEISTIMEWAAN ADAM HINGGA HARI INI. KITA TAHU MAKHLUK DAP INI SAMALAH SEPERTI IBLIS MAHU MENDALAMI ISLAM MELALUI PAS DENGAN NIAT BUSUK BERACUNNYA.DAP TAHU TANPA PENGETAHUAN YANG MENDALAM MENGENAI ISLAM NIAT BERACUN MEREKA AKAN GAGAL.JELAS DISINI IBLIS DAP TELAH BERJAYA MENGHINA ISLAM TERANG TERANGAN TANPA ADA TINDAKAN ATAU KUTUKAN SEDIKIT PUN DARI PAS YANG FALSAFAH PERJUANGANNYA ADALAH ISLAM.INILAH BUKTI NYATA YANG MANA PAS SANGGUP MENGGADAI AGAMA DEMI KUASA.KAMI YAKIN DAN TAHU SESANGAT APA NIAT SEBENAR DAP UTK BRKAHWIN DGN PAS. DAP SENDIRI TAHU MEREKA TAK AKAN BOLEH BERTINDAK BEGINI SEKIRANYA BERKAWAN DGN UMNO, SPT MCA MIC YANG SEGALANYA MESTI BERBINCANG DGN UMNO.KAMI JUGA MERAYU AGAR PEMBACA WAJIB MELIHAT DAN SIASAT APA YANG TERSIRAT DIHATI DAP INI DARI MELIHAT YG TERSURAT. TERSURAT YANG KAMI NAMPAK ADALAH LAKUNAN DAP SEMATA MATA. JUSTRU KERANA ITU WAHAI BANGSA MELAYU WASPADALAH. SEBAB KALAU KITA TIDAK BELAJAR DARI SEJARAH PALING RAPAT DGN KITA IAITU SINGAPURA,MAKA KITA LAH MENJADI PENCIPTA SEJARAH KEJATUHAN KITA SENDIRI.

Jeffry said...

SLM BRO..BILA KEPENTINGAN POLITIK MENGATASI PERPADUAN UMMAH ITU LAH JADINYA

YANG GAMBI said...

Salam,

Kerana terlalu tertipu dengan dakyah pemimpin-pemimpin munafik PAS, Cuping Merah menjadi jumud pemikiran sehingga tidak nampak perbuatan penghinaan komunis DAP........

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

watasikadi said...

saya sangat setuju dengan cuping merah.kita harus meneliti dan berfikir semasak-masaknya sebelum membuat tafsiran keatas setiap laporan yang dibuat oleh media arus perdana dan juga media pembangkang. kita nilai sendiri siapa yang betul.harus juga tungaklangit menyusuri rentetan sejarah siapa yang menolak untuk bersama, siapa yang menipu dan ditipu, kenapa menipu dan menolak kerjasama. sekarang sudah sedar lemah barulah sedar diri. harus juga kita menilai sesuatu dengan menimba pengalaman ke seluruh pelusuk sebelum melontarkan idea. setiap negeri mempunyai cara berpolitik sendiri. jika mereka berpaksikan kepada semangat kebangsaan sememangnyalah mengatakan pas sebagai barua dap. tetapi kita seharusnya berpaksikan agama dan agama tidak pun melarang kita berbuka bersama orang bukan islam. kafir itu pulak terbahagi kepada empat bahagian. jika pas tidak cuba mentarbiyah dap siapa lagi nak buat? orang-orang umno kah? sedangkan kartika yang nyata meminum arak pun mahu dibela apa lagi nak tarbiyah.hehe.. jangan marah. kadang-kadang kita harus terima hakikat.

watasikadi said...

jika benar umno tidak menolak islam kenapa menolak perdebatan terbuka yang tok guru nik aziz mahu anjurkan? takutkah terbelit lidah mahu berhadis..hehe

CUPING MERAH said...

mana pegi tungaklangit ni diam menyepi jer...dah mati ke?

aku doakan ko panjang umur

kifli said...

Terus Sokong BN Bagi Meneruskan Pemerintahan Sekular?

Isu projek dan pembangunan masih terus digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan sokongan rakyat. Ini termasuklah kenyataan Sultan Pahang di atas yang secara terbuka meminta rakyat untuk terus menyokong BN agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka. Persoalannya ialah apakah jika selain BN yang memerintah tidak akan ada pembangunan dan projek-projek untuk keselesaan rakyat? Apakah selain dari kerajaan BN tidak akan mampu memerintah dengan baik? Apa erti slogan pembangunan jika rakyat terus dipaksa dan terpaksa membayar nilai pembangunan itu dengan pelbagai bentuk cukai dan yang seumpamanya. Bukankah itu bermakna kerajaan telah berniaga dengan rakyat? Dahulu mungkin rakyat boleh digula-gulakan dengan projek-projek pembangunan dan yang seumpamanya tapi kini isu seperti ini sudah menjadi isu basi yang tidak akan mampu memperbodohkan rakyat selama-lamanya.

Dalam Islam, pembangunan dan projek-projek untuk kesejahteraan rakyat adalah merupakan tanggungjawab pemerintah yang wajib ditunaikan oleh sesiapa sahaja dari mereka yang memerintah dan yang memegang kekuasaan di mana kelak mereka ini akan pasti dipersoalkan oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin . Dia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki adalh pemimpin pada ahlinya dan dia akan ditanya tentang rakyatnya, seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya dan dia akan ditanya tentang rakyatnya, dan khadam itu menjadi pemimpin urusan harta tuannya dan dia akan ditanya tentang rakyatnya dan seorang anak menjadi pemimpin menggunakan harta ayahnya dan dia ditanya tentang rakyatnya, maka semua kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang rakyatnya."

Oleh kerana itu, persoalan projek, pembangunan dan yang seumpamanya ini tidak selayaknya dijadikan suatu alasan untuk terus mengelirukan dan mempermainkan rakyat. Isu sebenarnya di sini ialah persoalan sistem yang diterapkan oleh sesuatu pemerintah an itu. Apakah sistem tersebut adalah sistem Islam atau sistem kufur? Hakikatnya, isu inilah sebenarnya yang akan dipersoalkan kelak oleh Allah SWT di hari akhirat. Atas perkara inilah maka seluruh umat Islam seharusnya sedar akan kewajiban mereka untuk menuntut dan mendesak pemerintah umat Islam yang ada pada hari ini agar menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Wahai umat Islam! Apakah kalian ingin terus mengekalkan pemerintahan yang akan terus menerapkan sistem taghut sebagaimana yang ada pada hari ini? Bukankah kamu telah diperingatkan oleh Allah SWT dengan firmanNya:

“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”. [TMQ An Nisaa' (4) : 60].

Wahai umat Islam! Apakah hati-hati kalian tidak tergugah dengan peringatan dari Allah SWT ini?

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [TMQ An Nisaa' (4) :65].

Wahai umat Islam! Sudah sampai masanya buat kalian terjaga dari mentera sihir yang melingkari diri kalian sejak dahulu lagi dan berjuang bagi menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah yang akan memayungi dan menyebarkan rahmat Islam ke seluruh alam.

kifli said...

Negara Malaysia kan dikenali sebagai negara Islam seperti yang dicangankan oleh PM 1Malaysia.. kenapa Akta ISA ini tidak dirujuk kepada Majlis Fatwa... atau pun juga kenapa Majlsi Fatwa dia membisu seribu bahasa... keluarkan ijtihad bahawa ISA itu harus... atau pun HARAM... susahkah nak keluarkan fatwa tersebut... biar rakyat tahu ISA itu HARAM... ataupun HARUS demi survivol politik UMNO.......


Kenapa bila Mursyidul AM PAS mengatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga ALLAH melompat Pengerusi majlis Fatwa Malaysia Datuk Abd Syukur mengeluar kenyataan... apakah dia sendiri pun takut tak dapat masuk syurga Allah nanti!!! Wallahhuaklam. sayang sekali mereka-mereka yang ada ilmu agama seperti juga Mufti Perak, tetapi hanya berani mengeluarkan hukum dengan kebenaran dari pimpinan UMNO.... sayang sungguh... kesian kat depa.....MAMPOS UMNO.......

Indek Rasuah Meningkat. Simptom Kepada Penyakit Kapitalisme

Peningkatan indeks rasuah ini memberikan gambaran awal bahawa di Malaysia nampaknya semakin ramai yang mengundangkan laknat Allah dan RasulNya. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." [HR al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban].

Dari Ai'syah r.a., katanya:

"Rasulullah s.a.w. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah ." [HR al-Bazzar & Abu Ya'la].

Dari Thauban katanya:

"Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dan perantaranya," [HR Ahmad & Hakim].

Gejala rasuah ini sebenarnya adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan dunia Kapitalisme. Kewujudan rasuah dalam dunia Kapitalisme adalah ibarat watak “upin’ dan “ipin” - sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Laporan indeks rasuah ini memperlihatkan kepada kita bahawa pemikiran masyarakat Malaysia telah banyak dicemari dengan Kapitalisme di mana ramai meletakkan manfaat sebagai sasaran utama dalam kehidupan mereka. Islam pula meletakkan keredhaan Allah SWT sebagai matlamat kebahagian kehidupan seseorang itu. Persoalannya, mengapa gejala rasuah ini nampaknya semakin membarah di negara ini? Hakikatnya, para pemimpin negara dan mereka yang memegang kekuasaan pada hari ini kebanyakannya adalah orang Islam?

Nampaknya kewujudan SPRM masih gagal untuk membendung gejala ini dari terus membarah dalam masyarakat. Undang-undang dan hukuman yang ada pada hari ini tidak mampu untuk mencegah masyarakat dari melakukan perbuatan yang dilaknat oleh Allah dan rasulNya ini. Ini memberikan kepada kita petanda dan petunjuk yang jelas bahawa sebenarnya pemerintah sekular yang ada pada hari ini telah terbukti gagal dan akan pasti gagal untuk membentuk dan melahirkan masyarakat yang menolak rasuah. Yakinlah wahai umat Islam! Selagi Islam tidak dijadikan asas untuk mengatur kehidupan individu, masyarakat dan negara maka selama itulah penyakit rasuah ini akan terus subur. Hanya Daulah Khilafah sahajalah yang akan bersedia untuk menerapkan Islam secara kaffah dalam kehidupan di dunia ini. Sudah tiba masanya untuk umat Islam yang mencintai dan ingin menggapai redha Allah SWT agar berusaha untuk mengembalikan Khilafah Islam untuk kedua kalinya. Ini adalah perkara yang dijanjikan dan merupakan kewajiban ke atas seluruh umat Islam saat ini.

Arif Omar said...

mereka semua tak pernah sedar . tu yang kerap ditipu oleh yb ibrahim ali tu

Arif Omar said...

PAS YANG TERTIPU. YB IBRAHIM MENIPU MENTAH=MENTAH TGNA DAN PAS. ITULAH YANG SELALU TERJADI PADA PAS. ITU PUN TAK SEDAR

kifli said...

RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....

Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
org MELAYU..!!)
18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
peruntukan....
19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
ahli2 biasa tak di endahkan....
20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!

FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Tunjanglangit..jangan membuang masa...Noh juga pernah meninggalkan keluarganya ditelan lautan gara-gara memujuk rayu pada golongan yang sudah ditutup matanya.

Kita hanya mampu berdoa moga-moga mereka sendiri menyedari cahaya kebenaran itu.

denaihati said...

semua kerana KUASA POLITIK yang disangka akan dapat selesaikan semua masalah DUNIA. Allah banyak berfirman agama mu agama mu agama ku agama ku dan pihak kafir tidak akan senang selagi Islam tidak ikut mereka dengan bantuan ibis dan syaitan (ada juga yg betul2 minat pada ISLAM tapi bukan politiknya tetapi kerana hidayah dari AllaH). Ramai umat Islam terpengaruh kerana pemimpin Islam menggunakan dalil untuk menghalalkan matlamat ke atas kuasa politik. Insyallah suatu hari kita akan melihat akibat perbuataan kita kerana Allah tidak pernah menzalimi hambanya melainkan kita jugalah menzalimi diri kita sendiri.

Anonymous said...

Ada perumpamaan baru...
kalau dulu orang yang degil dikata.. Kepala batu..
Tapi sekarang...
Degil macam orang UMNO...Tak sedar2...
Dia(UMNO) yang tolak cara Islam.. kata org lain pulak...Apa cerita nihh bro..???
Wa malas laa nak cerita sama lu...
Nihh ntah camana bole sesat kesini pulak..Sorry laa... menyesal nyerrr...!!!

Anonymous said...

KENAPA LAMA X UPDATE BLOG NI.....BOSAN BETUL LA

PUTRA MERDEKA said...

salam bro
kemana menghilang?

Anonymous said...

Salam Tunggaklangit,
Kemana menghilang? Lama tak tulis?

Ana Anak Melayu