Monday, September 14, 2009

PRK BAGAN PINANG: PENGUNDI TAHU MEMILIH PEMIMPIN SEJATI


PERINGATAN KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG


1. BAGI PENGUNDI BAGAN PINANG, SAYA INGIN UCAPKAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DIAKHIR BULAN RAMADHAN DAN MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SYAWAL.


2. DALAM MASA YANG SAMA, SAYA JUGA INGIN MEMBERI SEDIKIT NASIHAT KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG YANG BAKAL MEMILIH ADUN YANG BARU PADA 11 OKTOBER 2009 SETELAH KEMATIAN ADUN AZMAN MOHD NOR BARU-BARU INI.


3. NASIHAT AMAT MUDAH IAITU JIKA KAMU SEMUA SAYANG BANGSA DAN AGAMA MAKA JANGANLAH KAMU MEMBERI SATU UNDI KEPADA GOLONGAN PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA SEPERTI PAS DAN PKR DAN INGATLAH RAKAN MEREKA DALAM POLITIK ADALAH DAP YANG MENANTI MASA UNTUK MENENGELAMKAN KEDAULATAN HAK ISTIMEWA MELAYU BILA MEREKA MEMERINTAH KELAK.


4. LIHATLAH APA YANG BERLAKU DI SELANGOR, PELBAGAI ISU GAGAL DISELESAIKAN OLEH PARTI PAKATAN RAKYAT. TERBARU ISU MEMBINA KUIL HINDU DALAM KAWASAN MELAYU. SEBELUM ITU, MEREKA TERANG-TERANG MEROMPAK HARTA RAKYAT SELANGOR SEHINGGA MEMBAWA KEPADA KEMATIAN TEOH BENG HOCK TETAPI PEMIMPIN INI MENYALAHKAN UMNO DAN SPRM PULA...


5. KALAU KAMU SEMUA INGINKAN PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN MAKA PILIHLAH CALON UMNO YANG KITA TAHU MEMBERI KHIDMAT DAN KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT DI BAGAN PINANG SELAMA INI.


6. PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT HANYA TAHU MENCIPTA ISU DAN MENIMBULKAN KEADAAN HURU HARA DALAM NEGARA TAPI GAGAL MENYUMBANGKAN KEPADA PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT...


7. SAYA MASIH YAKIN BAHAWA RAKYAT NEGERI SEMBILAN TAHU MENILAI KETULENAN SESEBUAH PARTI POLITIK DAN MEREKA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA AMNYA...


8. JANGANLAH PERCAYA KEPADA SEBARANG JANJI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KERANA MEREKA TIDAK AKAN MENUNAIKANNYA DAN AKAN MENGECEWAKAN KAMU SEMUA SEPERTI MANA YANG MEREKA LAKUKAN KEPADA PENDUDUK SEKSYEN 23 SHAH ALAM...


9. SELAMAT MENGUNDI DAN TUNJUKKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA BAHAWA MESEJ YANG DI BAWA OLEH PAKATAN RAKYAT ADALAH MESEJ KEHANCURAN KEGEMILANGAN MALAYSIA...

10 comments:

CUPING MERAH said...

benar kata tunjanglangit..rakyat tahu memilih pemimpin sejati..seperti pemimpin pas,yang bebas dari rasuah,hidup sederhana,sentiasa turun padang inilah baru dikatakan pemimpin sejati...

AMNOBODO said...

PERINGATAN KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG

1. BAGI PENGUNDI BAGAN PINANG, SAYA INGIN UCAPKAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DIAKHIR BULAN RAMADHAN DAN MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SYAWAL.

2. DALAM MASA YANG SAMA, SAYA JUGA INGIN MEMBERI SEDIKIT NASIHAT KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG YANG BAKAL MEMILIH ADUN YANG BARU PADA 11 OKTOBER 2009 SETELAH KEMATIAN ADUN AZMAN MOHD NOR BARU-BARU INI.

3. NASIHAT AMAT MUDAH IAITU JIKA KAMU SEMUA SAYANG BANGSA DAN AGAMA MAKA JANGANLAH KAMU MEMBERI SATU UNDI KEPADA PUAK-PUAK UMNO KERANA UMNO ADALAH PARTI YANG MEMENTINGKAN KRONI DAN MENGAUT WANG RAKYAT/NEGARA DEMI KELANGSUNGAN HIDUP PEMIMPIN DAN KRONI-KRONI UMNO.UMNO JUGA PENGKHIANAT BANGSA KERANA MEREKA BEKERJASAMA SECARA ERAT DAN PADU SEJAK SEKIAN LAMA DENGAN MCA DAN MIC. MEREKA TIDAK KISAH LANGSUNG MIC DOK KUTUK BEKAS PERDANA MENTERI MAHADIAQ MOHAMMAD... OHHHH...PUAK-PUAK UMNO DIAM JER BILA MIC KUTUK MAHADIAQ PASAI BAGI MEREKA MAHADIAQ DAH TAK DAK APA2 LAGI...

4. LIHATLAH APA YANG BERLAKU DI TERENGGANU. KERANA PEREBUTAN KUASA MAKA PEMIMPIN UMNO BERCAKARAN SESAMA SENDIRI. KERANA INGIN KEKALKAN KUASA, RAJA DIHINA DENGAN AYAT ' KAMI MAHU DERIH NATANG'. ITU SEMUA KERJA UMNO..MENDERHAKA SEPENUHNYA...DUIT ROYALTI TIDAK DIGUNA UNTUK RAKYAT..TETAPI UNTUK KRONI...PIALA MONSUN - PATRICK BADAWI, STADIUM RUNTUH...SEMUA TUH KERJA-KERJA UMNO TUH...INGATLAH TUAN-TUAN, BILA PR PERINTAH SELANGOR SEKURANG-KURANGNYA...AIR 20 METER PADU PERTAMA DIBAGI FREE....ADA KERAJAAN BN/UMNO BUAT BENDA TUH?....TAK ADA KAN..NAIKKAN TOL..NAIKKAN MINYAK, NAIKKAN HARGA GULA LAGI ADALAH...FIKIRKANLAH TUAN-TUAN.

5. KALAU PEMBANGUNAN YANG KEPADA KEBENDAAN SEMATA-MATA....TETAPI MAR REMPIT, GEJALA SOSIAL - BOHSIA...PENAGIH DADAH DIMERATA-RATA...PEROGOL, DAN MACAM2 BENDA LAGI TUMBUH MACAM CENDAWAN....KITA PERLUKAH PEMBANGUNAN SEBEGITU?...FIKIRKANLAH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN..CALON UMNO SEMUANYA KORUP TERUTAMA KALAU TAN SRI ISA DIPILIH...TGKLAH..DALAM UMNO SENDIRI PON DIA DITUDUH RASUAH SEWAKTU PEMILIHAN AGUNG UMNO...ORANG MACAMNI TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN NAK LANTIK JADIK PEMIMPIN KAWASAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN?....

6. PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENGENENGAHKAN ISU DAN BERDEMONSTRASI DEMI MENUNTUT KERAJAAN UMNO BERTINDAK LEBIH ADIL DAN MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT KERANA KERAJAAN UMNO BERLAKU TIDAK ADIL DAN TIDAK MEMENTINGKAN RAKYAT...RAKYAT DIGULA-GULAKAN TIME PILIHANRAYA SAHAJA..LEPAS TU?....ANAK EMAS KER MANA.....ANAK ANGKAT KEMANA...TGK LAH...MACAM MANEK URAI NGAN PERMATANG PASIR..KONON-KONON KAWASAN DUN ITU NAK DIJADIKAN ANAK EMAS...(SEBELUM PILIHANRAYA) SEKARANG DAN JADIK ANAK TEMBAGA SAHAJA...HAHAHAHA

7. SAYA MASIH YAKIN BAHAWA RAKYAT NEGERI SEMBILAN TAHU MENILAI PARTI MANA YANG BOLEH MEMBELA RAKYAT KERANA CALON PAS BUAKNLAH CALON BERMATA DUITAN ATAU PUN GILA KUASA

8. JANGANLAH PERCAYA KEPADA SEBARANG JANJI PEMIMPIN UMNO KERANA MEREKA TIDAK AKAN MENUNAIKANNYA..JANJI-JANJI MEREKA HANYALAH SEKADAR JANJI PILIHANRAYA...SEPERTI DI MANEK URAI..PERMATANG PASIR DAN LAIN-LAIN...MEREKA HANYA MELANCARKAN PROJEK MEE SEGERA BAGI MEMANCING UNDI..SELEPAS MENANG..JGN HARAP MEREKA NAK BUAT SEMUA ITU LAGI.

9. SELAMAT MENGUNDI DAN TUNJUKKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA BAHAWA MESEJ YANG DI BAWA OLEH UMNO HANYA UNTUK KRONI DAN PEMIMPIN RASUAH SAHAJA

kifli said...

AKU INGATKAN ENGKO DAH INSAF RUPANYA MAKIN BIOL.....

Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.

Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.

"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama."

"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana" ujar beliau.

Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.

Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.

Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut.

Keadilan perjuangan Islam itu katanya telah menarik kaum bukan Islam untuk bersama PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong parti itu.

Mengulas hak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Tuan Guru berkata ianya bukan isu besar, kerana yang lebih penting, calon yang tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.

"Mengikut kebiasaannya, calon adalah dari parti yang bertanding terdahulu, kalau calon dahulu dari PAS, maka untuk kali ini pun dari PAS, apapun ia adalah milik Pakatan Rakyat sebenarnya" katanya lagi.

kifli said...

Apabila Tanggungjawab Dijual Dengan Janji. Inilah Penipuan Politik Kapitalisme.

Inilah wajah buruk dunia politik Kapitalisme. Parti politik dalam dunia Kapitalisme melihat “status” sokongan rakyat itu sebagai titik penentu untuk melaksanakan tugas yang sememangnya menjadi tanggungjawab pemerintah itu sendiri. Islam telah menjelaskan persoalan tanggungjawab ini dengan nyata sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Imam/Khalifah adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam rumah tangga, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinanya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan akan dimintai pertanggunganjawab atas kepemimpinannya. Pembantu rumah tangga adalah pemimpin dalam menjaga harta kekayaan tuannya, dan akan dimintai per¬tanggungan jawab atas kepemimpinannya. Dan setiap kamu adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya." [HR. Bukhari dan Muslim].

Dalam dunia Kapitalisme bantuan dan projek sering digunakan sebagai ugutan dan umpan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Politik ”ugut” dan ”umpan” ini tidak akan kita jumpai dalam politik Islam. Ini adalah kerana bagi Islam, sudah menjadi kewajiban bagi pihak pemerintah untuk mengurus dan mengatur kehidupan rakyat yang berada di bawah kekuasaannya samada warganegara itu Muslim mahupun kafir zimmi. Amat malang bagi umat Islam apabila kehidupan mereka saat ini dikuasai oleh ahli-ahli politik sekular Kapitalisme. Rakyat sering dipermain-mainkan dengan janji-janji manis oleh ahli-ahli politik sekular Kapitalisme ini bagi mendapatkan undi untuk memastikan politik kotor sekular mereka ini terus bertahan di tengah-tengah kehidupan umat Islam. Bukankan ini suatu pengkhianatan namanya?

Wahai umat Islam! Ketahuilah bahawa sesungguhnya adalah menjadi kewajiban bagi pemerintah yang berkuasa di tengah-tengah kamu saat ini untuk menunaikan kewajiban yang sememangnya menjadi tanggungjawab mereka. Pendidikan, kesihatan dan keamanaan adalah tiga perkara yang menjadi keperluan asas masyarakat yang wajib dijamin oleh pemerintah secara percuma. Untuk itu, wahai umat Islam! Kamu perlu memiliki pemikiran politik Islam yang tinggi agar kamu tidak terus dipergula-gulakan oleh para politikus Kapitalisme ini. Ayuh! Wahai seluruh umat Islam, berpeganglah kamu kepada politik Islam yang mulia dan tinggalkan kebusukan dan segala penipuan dunia politik Kapitaslime.

kifli said...

PERJUANGAN UMNO BERADA ATAS ASAS ISLAM?

Bagaimana mungkin kata–kata Najib boleh kita jadikan dalil dalam mengadili bahawa Umno adalah sebuah Parti yang selaras dengan tuntutan Islam walhal sudah terang lagi bersuluh Umno adalah sebuah Parti Politik yang bergerak atas dasar nasionalisme (ashobiyyah) yang jelas bertentangan dengan Islam. Sabda Rasulullah SAW:

"….Bukanlah daripada kami orang yang berpegang , menyeru & mati dalam keadaan ashobiyyah" [Hadis Riwayat Abu Dawud]

Parti nasionalisme mempro¬pagandakan pelbagai slogan kebangsaan serta meninggikan martabat dan kehormatan bangsa Melayu dan kemelayuan tanpa memahami maknanya dengan jelas yang jauh dari hakikat kebangkitan.

Kemajuan yang dicapai Malaysia pada sebenarnya berdiri di atas sistem Kapitalis yang mengutamakan manfaat semata-mata. Sistem ini, meskipun menampakkan ‘kemajuan fizikal’ pada kulitnya, ia pada hakikatnya sarat dengan kezaliman dan kehinaan. Hak rakyat, sebagai contoh, seharusnya disediakan secara percuma dan diuruskan dengan baik oleh negara. Namun di dalam sistem ini, hak tersebut memiliki harga yang dibebankan ke atas rakyat. Inilah adalah bentuk kezaliman yang dipaksakan dengan begitu efektif sehingga rakyat merasakan bahawa ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melunaskan ‘harga’ ini.

Apalah ertinya ‘perpaduan’ yang ‘wujud’ jika ia masih berteraskan manfaat dan ashobiyyah? Perpaduan sebenar adalah perpaduan yang diwujudkan atas dasar aqidah Islam yang mulia. Kelompok yang berjuang untuk menegakkan perpaduan dan kemajuan sebenar ini mestilah juga parti/kelompok yang dibina di atas asas aqidah Islam dan bukannya atas asas yang lain. Firman Allah swt :

Dan hendaklah ada diantara kamu,segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung [TMQ:Al-Imran[3]:102]

Umat Islam sepatutnya meyakini bahwa falsafah (prinsip) kebangkitan dan kemajuan yang hakiki adalah sebuah mabda' (ideologi) yang mengga¬bungkan fikrah dan thariqah secara terpadu. Ideologi tersebut adalah Islam. Islam di asaskan kepada aqidah yang memancarkan sebuah sistem untuk mengatur seluruh urusan negara dan umat, dan mampu memecahkan seluruh masalah kehidupan. Dengan Islam, barulah kejayaan sebenar tercapai. Kejayaan dunia dan akhirat.

kifli said...

Sistem Islam Menjamin Kesejahteraan Bagi Seluruh Warganegaranya

Di dalam Daulah Islamiyyah yang menerapkan Sistem Islam secara kaffah, tidak timbul isu ‘mengutamakan’ atau tidak. Ini adalah kerana, kebajikan warganegara di dalam Daulah adalah hak yang memang wajib dipenuhi oleh sang Khalifah. Jika itu tidak dilaksanakan, maka sesungguhnya ia (Khalifah) telah melakukan kefasikan dan kemaksiatan kepada Allah SWT. Daulah Islam juga bukan diperintah oleh parti politik yang menjalankan segenap peraturannya mengikut hawa nafsu tetapi, Daulah Islamiyyah diatur oleh Khalifah kaum Muslimin, yang dibaiat untuk menerapkan segenap peraturan syariat Islam secara kaffah.

Parti politik di dalam negara sekular hanya melakukan sesuatu berdasarkan maslahat semata. Segala perkara yang ‘berbau’ positif tentang mereka, maka itulah yang akan terus dipropagandakan. Manakala bagi yang sebaliknya, maka akan ditutup rapat-rapat agar tidak terbongkar. Fakta yang ada tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Kemiskinan, kemelaratan, taraf pendidikan yang rendah, keruntuhan akhlak, jenayah sosial yang meningkat dan sejuta satu macam masalah lainnya adalah natijah dari diterapkannya sistem yang diasaskan kepada akal dan hawa nafsu manusia.

Jika Rosmah dan BN, khususnya UMNO, benar-benar ingin menjaga kebajikan rakyat jelata, maka ketahuilah bahawasanya Allah SWT memerintahkan agar kalian senantiasa patuh kepada perintah dan larangannya. Pastikanlah Islam diterapkan secara kaffah. Pastikanlah bahawa hak rakyat dikembalikan dengan sebenar-benarnya kepada mereka. Berikanlah pendidikan sehingga ke menara gading secara percuma, sediakanlah khidmat perubatan dalam setiap peringkat secara percuma, pastikanlah seluruh warganegara ada dapat tempat tinggal dan pekerjaan yang baik untuk kehidupan mereka. Lebih dari itu, kalian juga tidak dibenarkan menswastakan hak rakyat seperti petroleum, air, elektrik dan keperluan asas lainnya. Ini adalah kerana, ia merupakan hak seluruh kaum Muslimin dan merupakan tanggungjawab kalian (sebagai penguasa) untuk diberikan kepada rakyat secara ma’ruf.

“Dan apa saja yang dibawa oleh Rasul untukmu, maka ambillah, dan apa saja yang dilarangnya, maka tinggalkanlah.” (TMQ. al-Hasyr [59]: 7).

kifli said...

Wahai umat Islam! Terlampau banyak bukti dan fakta yang kita boleh paparkan bagaimana UMNO yang berkuasa saat ini telah gagal dan tidak akan pernah berusaha untuk menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan negara. Sudah cukup sebenarnya tempoh masa 52 tahun UMNO berkuasa di Malaysia dan kita sebagai umat Islam dapat menyaksikan kebenaran hakikat ini. Apa yang kita lihat dari seorang pemimpin UMNO yang berkuasa kepada seorang pemimpin yang lain hanyalah pendekatan bagaimana untuk mengubah Islam supaya tunduk kepada realiti yang ada. Inilah hakikat dan faktanya. Jika dulu Mahathir dengan laungan penerapaan nilai-nilai Islamnya, Pak Lah dengan Islam Hadharinya, kini Najib dengan mentera 1Malaysianya. Semua ini adalah propaganda untuk terus melunakkan dan menundukkan emosi dan pemikiran umat Islam bagi terus merasa selesa dengan kehidupan sekular yang ada seperti mana hari ini.

Cadangan untuk menghapuskan UMNO ini bukanlah bertujuan untuk menafikan hak dan kedudukan kaum Melayu, namun apa yang ingin kami nyatakan di sini ialah supaya orang-orang Melayu menyedari bahawa hidup mereka seharusnya didahului dengan Islam dan kesedaran ini sepatutnya mengerakkan mereka untuk berjuang dengan Islam bukan dengan asas ashobiyyah seperti mana hari ini. Bukahkah ikrar ini yang mereka lafazkan dalam solat lima waktu sehari semalam yang mereka kerjakan? Firman Allah SWT:

“Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". [TMQ Al An'am (6) :162-163].

Najib dan para pemimpin yang lain sewajarnya menyadari bahawa mereka adalah pemimpin umat Islam yang mempunyai hak dan tanggunjawab sebagai seorang pemimpin yang membawa dan memikul amanah Islam, bukannya Melayu. Yakinlah tidak ada hebatnya seseorang itu di sisi Allah SWT melainkan ketakwaan yang ada pada diri-diri mereka.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”. [TMQ Al Hujuraat (49) : 13].

Siapalah Melayu tanpa Islam…

kifli said...

Wahai Umat Islam, sesungguhnya kerajaan kapitalisme telah merampas dan merompak hak rakyat atas nama “penswastaan”. Hak ini kemudiannya diniagakan dan terus rakyat diperbodohkan sehingga rakyat merasa bahawa perniagaan hak mereka ini merupakan suatu kewajaran!

Inilah kehidupan dunia Kapitalisme. Hak milik umum seperti air, api/elektrik, jalanraya, minyak dan lainnya dirampas oleh kerajaan sekular dan dipindahmilikkan kepada GLC dan mereka (GLC) akan dengan rasa bangganya memaparkan keuntungan syarikat mereka setiap tahun! Wahai umat Islam! Ketahuilah bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan perkara ini dalam satu hadis dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].

Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan,

“wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram").

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api”. [HR Ibnu Majah].

Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang dibenarkan Rasulullah untuk semua orang berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana individu menghalangi individu lain dari menggunakannya. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh menswastakan suatu aset yang Allah telah sediakan kepada awam.

Dan kini, meskipun dengan diskaun 20%, rompakan masih berlaku. Inilah kebijakan para pemimpin sekular yang secara sedar mahupun tidak sedar menipu rakyat mereka sendiri. Rakyat telah digula-gulakan dengan idea yang nampak menarik namun akhirnya yang terbeban dan sengsara adalah rakyat itu sendiri.

Wahai umat Islam! Ketahuilah bahawa kerajaan Kapitalisme dengan polisinya yang sedia ada akan terus memperkenalkan produk-produk beracun yang dilabelkan dengan madu. Produk-produk ini akan dijual kepada rakyat dan rakyat dipaksa untuk membelinya.

Wahai umat Islam! Bukankah apa yang dilakukan oleh kerajaan Kapitalisme ini suatu bentuk penipuan dan pengkhianatan terhadap rakyat? Apakah kerajaan sekular seperti ini yang masih kita harapkan?

Tungaklangit said...

salam kasih sayang untuk semua

Selamat menyambut Hari Raya untuk semua dan maaf atas kesilapan dan kekasaran bahasa

Saudara Cuping Merah

Dalam UMNU atau PAS terdapat pelbagai jenis manusia dan perangai. Ada kaki rasuah, perempuan, salahguna kuasa dan sebagainya walaupun berjubah dan berserban begitu jugalah dalam UMNO...

Saudara UMNOBODO

MUngkin ada kebenaran kata2 saudara tapi untuk makluman semua pengundi memilih PAS dalam saat mereka terlena dibuai dendangan lagu DAP akan merugikan bangsa Melayu yang beragama Islam di masa hadapan...

Saudara Kifli

Pemimpin yang kamu puja dan sanjung iaitu nik aziz tidak lebih dari seorang ahlipolitik yang berselindungkan agama...

kepakaran nik aziz dalam ilmu Islam tidak sedalam ilmu yang diperolehi oleh sebahagian ulama yang lain... beliau hanya layak menjadi ahli politik dan bukannya ulama kerana membawa kepada perpecahan UMMAH

kepada mereka yang membenci UMNO ingatlah bahawa kebencian kamu itu adalah propaganda DAP dan musuh Islam yang mahukan kelemahan dalam kesatuan Melayu Islam

sekarang jarum2 perpecahan sudah kelihatan dan yang emnyedihkan ialah yang menjadi barua kepada DAP untuk menjayakan usaha jahatnya ialah PAS

semoga ALLAH memberi kekuatan kepada bangsa Melayu Islam di Malaysia


Salam

Anonymous said...

kecewa dgn calon pilihan umno....