Tuesday, January 12, 2010

FATWA BARU NIK AZIZ: Sunat Melawat Gereja Yang Dibakar





“Kunjungan ke gereja yang terbakar kerana dikhianati sama seperti menziarahi orang sakit”- Nik Aziz



Lawat gereja kerana simpati – Nik Aziz


KOTA BHARU, 12 Jan: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kesediaan melawat beberapa gereja di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana simpati penganiayaan yang dilakukan...Beliau berkata, kunjungan ke gereja yang terbakar kerana dikhianati sama seperti menziarahi orang yang sakit...“Saya pergi kerana rasa simpati terhadap mereka yang teraniaya,” ujarnya.



1. Jom saudara-saudara Islam semuanya, mari kita melawat tapak gereja, kuil hindu dan tokong yang terbakar atau rosak akibat dikhianati kerana hukumnya seperti menziarahi orang sakit dalam agama Islam...


2. Begitu juga lawatan ke tapak ukiran imej Buddha terbesar di dunia yang dimusnahkan oleh kumpulan Taliban di Afghanistan kerana hukumnya sunat sebab seperti menzuarahi orang sakit dalam Islam...


3. Nik Aziz juga mengatakan beliau bersimpati terhadap orang yang teraniaya iaitu penganut agama Kristian...


4. Apakah Nik Aziz tidak bersimpati terhadap umat Islam Malaysia yang teraniaya akibat nama ALLAH digunakan dalam penyebaran ajaran Kristian dikalangan umat Melayu Islam...???


5. Mengapa Nik Aziz tidak melawat kuil Hindu yang dirobohkan oleh pihak berkuasa di Selangor pada suatu masa dahulu...??? Bukankah kuil itu juga teraniaya kalau diikutkan dari sudut pandangan Nik Aziz...???


6. Mengapa pula Gereja Kristian ini lain layanannya...???


7. Inilah dia wajah ulama akhir zaman yang sanggup membelakangi kemurnian agama Islam hanya dek menagih sedikit sokongan politik dari pengundi Kristian...



1 comment:

eXception said...

Kah kah kah kah... Oghe Tue ni dah nyanyuk... dah loklak... Fatwa mana dicedok agaknya... Fatwa Gus-Dur kot?

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan