Thursday, May 21, 2009

13 MEI: PAKATAN PAS DAN DAP



1. Menurut tuanku abdul raman dalam buku beliau 13 mei: sebelum dan selepa terbitan tahun 1969, memetik sebagai berkata:
“ pilihan raya tahun 1969 dan huru-hara yang berlaku pada 13 Mei itu ada kait-mengait ” dan “ perbuatan-perbuatan liar telah dilakukan dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah dikeluarkan. Oleh itu perlulah kita mengkaji apa yang telah berlaku sebelum pilihan raya, dan semasa pilihan raya itu berjalan hinggalah selesai pilihan raya dengan tujuan untuk mencari dan memahami mengapa dan bagaimana rusohan meletus secara tiba-tiba..”

2. Menurut beliau keadaan yang berlaku didalangi oleh pihak tertentu seperti berikut:
“ permulaan kempen itu, Pas telah memainkan sentimen perkauman dan agama untok mendapat sokongan orang-orang Melayu di negeri-negeri , selain dari Kelantan di mana mereka telah pun memegang kuasa. ”
“ Di satu pihak lagi, DAP, Gerakan dan PPP yang telah mengapi-apikan perasaan dan sentimen orang-orang Cina, dengan mengatakan bahawa mereka akan merampas hak-hak orang-orang Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan; dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang dalam pilihan raya itu. Dengan tidak teragak-agak lagi, keempat-empat parti itu telah bertubi-tubi menekankan dalam ucapan-ucapan mereka soal-soal yang sensitif, dengan menyentuh perasaan kedua-dua kaum yang terbesar di-Malaysia”.

“ Dengan perbuatan yang saperti itu, maka pergeseran antara dua kaum terbesar nampaknya tidak lagi dapat dielakkan. Komunis segera pula mengambil kesempatan daripada suasana yang keruh itu. Ancaman Komunis yang bergerak dengan berselindong di dalam mana-mana parti dan dengan apa jua cara untuk mencapai tujuan mereka, adalah sangat berbahaya kerana mereka telah menggunakan cara dakyah yang baru bagi mendapat sokongan orang-orang Cina, terutama dari mereka yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai negara tempat tumpah taat setia mereka. Mereka menanamkan perkauman dalam hati dan fikiran orang-orang itu untuk menarik mereka masuk dalam gerakan Komunis..”
3. Corak dan pola undi dalam PRU 12 adalah sama dengan trend yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum 1969, di mana kaum Cina memberi undi kepada PAS walaupun PAS melaungkan semangat keMelayuan dan MCAserta MCA merasai kesan yang sama. Terdapat pakatan rahsia antara pembangkang Cina dengan PAS ketika itu dan jelaslah PAS sejak dulu lagi melakukan penipuan kepada pengundi Melayu kampung hanya semata-mata untuk meraih undi..
... “ Saya telah terperanjat apabila orang Cina yang telah menunjukkan sokongan yang kuat kapada calon-calon UMNO pada masa lalu, dengan tidak semena-mena mengubah sikap mereka dan berpaling tadah menyokong calon-calon Pas pula. ...” ...” Semasa saya melawat bersama-sama dengan kawan-kawan saya ahli MCA, saya telah dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian ini berlaku di kawasan saya. Saya telah melihat orang-orang Cina pergi ke pondok calon Pas. Tentulah saya terperanjat, dan saya fikir mereka tersalah pergi ke pondok Pas itu...”

...” Sesunggohnya susah hendak difahami kenapa kejadian ini berlaku kerana semasa kempen, calon-calon PAS terang-terang telah menunjukkan sikap anti-Cina, tetapi apabila mengundi parti itu mendapat sokongan daripada orang Cina..”

...” Nyatalah ada perkara sulit yang telah berlaku pada ketika itu. Mungkin mereka telah menerima arahan daripada pihak-pihak tertentu, atau pun mereka telah diugut dan mereka mengundi partiparti pembangkang kerana takut. Apabila salah seorang daripada mereka disoal kenapa mereka telah pergi ke pondok Pas, dia telah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang Cina takut kepada Pas di Kedah atau di tempat-tempat lain sekalipun dasar parti itu anti orang Cina, kerana orang Cina di Kelantan tidak teraniaya sekalipun parti itu berkuasa dic negeri tersebut...”

4. Tuanku Abdul Rahman juga menyentuh asal usul penubuhan PAS yang berasal dari biro agama yang berfungsi sebagai penasihat kepada kepimpinan UMNO tetapi menubuhkan parti yang menggunakan agama untuk menarik undi dalam pilihan raya.

...” Allahyarham Dato’ Onn dengan secara tidak langsong adalah bertanggungjawab melahirkan Pas semasa beliau menjadi Yang Dipertua Agung UMNO. Ketika itu dalam UMNO terdapat sebuah jawatankuasa agama yang mempunyai tujuan untok menasehatkan UMNO dalam hal ehwal agama...”

...” Apabila Dato’ Onn meninggalakan UMNO, ahli-ahli jawatankuasa agama itu kemudiannya telah menukarkan corak agama kapada politik supaya dapat bertanding dalam pilihan raya. Langkah itu telah menyebabkan pecahnya kekuatan orang Melayu. Dengan itu muncullah Pas dalam gelanggang politik tanah air kita..” ...” Mereka melancarkan gerakan dengan menggunakan agama semata-mata kerana pada keseluruhannya orang Melayu berpegang kuat kepada agama Islam. Pada permulaan-nya, parti itu tidak mendapat sambutan yang besar tetapi lama kelamaan mereka telah berjaya mendapat pengikut yang lebeh ramai, terutama di Kelantan di mana Perikatan memegang kuasa semasa merdeka dahulu semasa merdeka dahulu..”

5. Menurut Tuanku Abdul Rahman, dari awal penubuhan PAS, mereka tidak mempunyai sebarang wawasan hanya berminat untuk memegang kuasa tanpa perancangan khusus dalam bidang ekonomi dan pembangunan negara:

.. “ Pas tidak pernah mempunyai sebarang tujuan atau rancangan yang tertentu. Mereka bergantung semata-mata kapada isu agama Islam untuk mendapatkan sokongan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan untok menggubal satu dasar ekonomi yang membangun sebagaimana yang patut dibuat oleh sesebuah parti politik. Pada satu ketika, seorang ahli wanita Pas, Che’ Khatijah Sidek, yang menjadi ahli Parlimen, telah mengugut hendak keluar dari Pas jika parti itu tidak dapat menyusun satu dasar ekonomi yang tersendiri dalam tempoh enam bulan. ..”
...” Desakan ini tidak menghasilkan sebarang natijah, dan selepas dari itu Che’ Khatijah telah keluar dari gelanggang politik. Pas terus berjalan dengan dasar keagamaannya yang sempit dengan tidak mengubahkan coraknya sehingga hari ini, bahkan menambahkan lagi soal-soal perkauman yang sempit...”

...” Mereka berkata, Tunku telah menjual Singapura kepada orang China dan kemudiannya akan menjual Malaysia pula. Apa yang sangat mengecewakan ialah orang ramai percaya dengan tuduhan itu...”

6. Taktik kotor untuk mendapat undi dalam pilihan raya 1969 jelas tergambar dari segi kempen yang dijalankan dan menyimpang dari asas Islam yang asal:

...” Dalam pilihan raya 1969 pula, Pas telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermain-mainkan sentimen bangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai kapada parti itu. Cara itu telah memberi kejayaan yang besar kapada mereka. Mereka menuduh UMNO pro-Cina dan menjual negara kapada orang Cina. Mereka telah menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-Cina yang mereka lancarkan di kawasan luar bandar di negeri-negeri Utara Pantai Barat. Mereka menanamkan perasaan takut dan curiga di hati orang Melayu yang memang berhati bersih dan berpegang kuat kepada agama bahawa orang Cina hendak memegang kuasa seluruh negara dan menuduh saya telah memberi peluang itu kapada orang Cina...”

...” Untuk menjadi bukti kapada dakwaan mereka, maka mereka telah menyebar ke seluruh kampong gambar Khir Johari, seorang Menteri Kabinet dan isterinya memakai pakaian orang Cina Mandarin. Gambar itu telah diambil di Hongkong secara bersuka-suka untuk dihantar kapada kawan-kawannya sebagai ucapan Selamat Tahun Baru. Pakaian ini ada disediakan di restoran untok pelancong menggunakannya bagi mengambil gambar sebagai tanda ingatan lawatan mereka ke Hongkong...”

7. Amalan fitnah dan meburukkan peribadi untuk mendapatkan undi memang telah menjadi amalan PAS sejak awal penubuhannya seperti yang diungkap oleh Tuanku Abdul Rahman:

...” Misalnya Pas telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan saya seorang Siam, pada hal mereka tahu ayah saya ialah Almarhum Sultan Kedah. Mereka juga menuduh saya beragama Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara kebajikan yang telah saya buat untuk agama Islam semenjak lepas Merdeka. Saya bukanlah seorang yang takbur, tetapi saya boleh mendakwa bahawa jasa saya kapada agama Islam adalah setanding dengan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin negara Islam yang lain di zaman moden ini...”

...” Dalam kempen pilihan rayanya, Pas telah memburokkan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka telah menyerang peribadi pemimpin UMNO secara kotor yang tidak mungkin sesapa pun tergamak melakukannya. Mereka tahu apa yang mereka katakan mengenai pemimpin UMNO termasu saya sendiri tidaklah benar, tetapi mereka pergi dari kampug ke kampung untuk melancarkan kempen yang bohong dengan tidak menghiraukan apa jua akibatnya atau pun apa yang mereka lakukan itu boleh memarakkan api permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduli apa yang akan terjadi asalkan mereka dapat menang kerusi dengan apa jua cara sakalipun...”

8. Beliau juga menceritakan pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap bangsa dan agama ketika itu tetapi walaupun diceritakan sekalipun, ramai yang tidak akan percaya kerana tertipu dengan pakaian dan kealiman yang ditonjolkan oelh pemimpin PAS.

...” Saya telah memberi beberapa contoh di atas mengenai kelakuan khianat yang dilakukan oleh Pas, tetapi masih banyak lagi dakayah bohong dan fitnah yang terlampau kebudak-budakan dan terlalu menyentuh peribadi untuk saya catatkan di dalam buku ini. Kalau sekalipun saya menulisnya, tidak ada siapa yang akan percaya..”
..” Orang-orang yang mempunyai fikiran tidak dapat memahami perbuatan Pas semasa pilihan raya itu. Sesiapa yang kasih kapada negara tentu tidak dapat bersetuju dengan kelakuan mereka. Dalam pilihan raya itu satu perkara ganjil tetapi benar telah dilakukan oleh Pas. Jika benar sebagaimana yang mereka katakan bahawa mereka anti-China, kenapa-kah pula mereka bersubahat dengan DAP, Gerakan dan PPP?.”

...” Tujuan Pas nyatalah untuk memecahkan undi Melayu supaya calon-calon Perikatan yang bertanding di beberapa kawasan tertentu tidak akan menang, dan pakatan mereka yang jahat ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon-calon mereka di kawasan-kawasan di mana pengundi Melayu tidak pun mencukupi untok menjayakan seseorang calon Pas dan dalam sesetengah kawasan pula mereka mungkin hilang wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya mendapatkan kesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan perbuatan mereka berpakat dengan partiparti pembangkang yang anti-Melayu, Pas telah membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan dalam politik...”

9. Tuanku Abdul Rahman memberi bukti memang wujud Pakatan rahsia DAP-PAS sejak dahulu lagi.. berhati-hatilah kita semua:

...” Saya suka menunjokkan dua kejadian yang membuktikan mereka telah menolong partiparti anti-Melayu. Di kawasan Setapak, Selangor, seorang yang saya tidak suka hendak sebutkan namanya telah kelihatan memberi wang kapada seorang ahli Pas. Orang ini ialah ahli DAP. Dalam kawasan Sepang, juga dii Selangor, calon-calon DAP dan Pas telah melancarkan kerja mereka dari sebuah pejabat, dan pekerja-pekerja DAP yang terdiri daripada orang Cina telah menampalkan poster untok calon Pas. Bukti ini cukuplah untuk menafikan dakwaan Pas bahawa mereka sebuah parti Melayu yang berdasar Islam. Mereka sanggup menghina agama untuk kepentingan politik dan wang...”

...” Mereka berjanji akan menubuhkan sebuah negara atau kerajaan Islam jika mereka memegang kuasa. Tetapi mereka tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan yang mereka angan-angankan itu. Kita dapat meragui sama ada mereka akan memenuhi janji mereka jika mereka berkuasa kelak...”

10. KEPADA SEMUA PEMBACA DAN RAKYAT MALAYSIA... KITA TIDAK MAHU MENGUJUDKAN SUASANA TEGANG DALAM NEGARA YANG KITA CINTAI... TETAPI KITA HARUS BERHATI-HATI DENGAN PEMIMPIN YANG MANIS DIMULUT HANYA SEKADAR UNTUK MENDAPAT UNDI KITA...

11. PARTI PAS DAN DAP MEMANG DUA BUAH PARTI YANG TERBUKTI MEMPUNYAI PERANAN MENGHURU-HARAKAN NEGARA KITA PADA TAHUN 1969... TOLAKLAH FAHAMAN DAN TAKTIK POLITIK MEREKA DAN KEKALKAN KEAMANAN MALAYSIA

12. AKAN BERSAMBUNG MENGENAI MUSLIHAT PAS DAN DAP UNTUK TATAPAN SEMUA... SEJARAH TIDAK AKAN MENIPU KITA DAN SEJARAH JUGA AKAN MENGAJAR KITA AKAN KESILAPAN YANG LALU SUPAYA TIDAK DIULANGI..


No comments: