Friday, May 15, 2009

KAMI RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEGUAM JAUHI POLITIK


Peguam tuntut Musa, Hisham letak jawatan...


May 15, 09 8:22pm (MalaysianKini)

Majlis Peguam menuntut peletakan jawatan ketua polis negara dan menteri dalam negeri, ekoran penahanan lima rakan peguam mereka pada 7 Mei lalu.


Kelima mereka ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram sewaktu mahu memberi khidmat guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Woang Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan.
Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman dalam lokap polis - satu tindakan yang telah mencetus kemarahan masyarakat peguam.
Kira-kira 200 peguam mengadakan bantahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari berikutnya terhadap "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis".
Dan untuk menyatakan kemarahan mereka, para peguam mengadakan mesyuarat agung luar biasa (AGM) hari ini berhubung perkara tersebut.Ia dihadiri lebih 1,400 peguam. Selain mendesak Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan, para peguam tersebut juga bersetuju untuk memfailkan saman berhubung penahanan lima peguam berkenaan. Saman tersebut akan difailkan terhadap Musa di balai polis Brickfields, pegawai penyiasat dan pihak kerajaan.
Mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.
Lima peguam yang ditahan itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar (foto).Mereka bagaimanapun dibebaskan pada 8 Mei bersama dengan Wong dan yang lainnya di balai polis Brickfields.
ULASAN
1. WAHAI PEGUAM MUDA MELAYU, KAMU SEKALIAN SEPATUTNYA MEMBANTU MENEGAKKAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN MENANGKIS SEGALA BENTUK CUBAAN UNTUK MENGIKIS KEDUDUKAN MELAYU DI NEGARA INI...
2. BUKANNYA BERSAMA-SAMA PEGUAM BUKAN MELAYU YANG TERANG-TERANG MENENTANG KELEBIHAN YANG DIBERIKAN KEPADA KAUM MELAYU DI NEGARA INI...
3. INSTITUSI MANAKAH YANG MENGAJAR UNDANG-UNDANG KEPADA KAMU?
4. SIAPAKAH YANG MEMBERI BANTUAN KEWANGAN UNTUK KAMU MENGHABISKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI? DAP???
5. KAMU MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB MORAL KEPADA MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA INI... BUKANNYA MEMBELA GOLONGAN YANG TAMAKKAN KUASA YANG BERARAK SECARA HARAM DALAM PERARAKAN HARAM BERSIH...
6. KAMU PENGAMAL UNDANG-UNDANG TAHU JENIS UNDANG-UNDANG YANG MENGHALANG ORANG RAMAI BERKUMPUL SECARA HARAM MELABIHI LIMA ORANG.. MENGAPA KAMU MEMBELAKANGKAN UNDANG-UNDANG YANG KAMU JUNJUNG???
7. LIHAT DIRI KAMU, BERTUDUNG TETAPI MENYELAK BAJU SAMPAI KE SIKU??? BEGINIKAH PEGUAM HARAPAN BANGSA???
8. PATUTLAH KAMU SEALIRAN DENGAN GOLONGAN YANG MAHU MENGHAPUSKAN KEDUDUKAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA INI...
9. JANGALAH KAMU MENYALAHGUNAKAN UNDANG-UNDANG UNTUK KEPENTINGAN GOLONGAN POLITIK DAN LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KAMU SEBAGAI PEGUAM UNTUK MEMBELA KAUM YANG TIDAK BERSALAH YANG MAHU DIBELA DI LUAR SANA BUKANNYA YANG TERLIBAT DALAM POLITIK...

No comments: