Tuesday, May 26, 2009

DUN PENANTI: DAKWAAN AMINAH ABDULLAH - PEMIMPIN PKR BERDOLAK DALIK.

APA PEMIMPIN PKR BERKATA

Utusan Malaysia: Tian Chua berkata pada 24 Mei 2009:

“ mencabar mana-mana calon Bebas yang bertanding, termasuk Aminah Abdullah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika benar wujud penyelewengan sedemikian. ...“Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR”

Utusan Malaysia: Saifuddin Nasution berkata pada 24 Mei 2009:

“ Pengurus pilihan raya kecil Penanti dari PKR Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti.”.

Harian Metro: Apa Tian Chua kata pada 25 Mei 2009:

“ dakwaan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti untuk mengaitkan PKR pernah menawarkan ganjaran kepadanya. “PKR mahu dia kemukakan bukti kepada SPRM berhubung dakwaannya bahawa kami menawarkan ganjaran supaya menarik diri bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti. “Saya cabar Aminah supaya membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu ”

Harian Metro: Apa Saifuddin Nasutin kata pada 25 Mei 2009:

“ beliau berharap Aminah berhenti menyebarkan fitnah dan tidak menyerang peribadi calon bertanding sepanjang kempen. “Saya dan Aminah sangat rapat. Kami seperti adik beradik walaupun beliau menawarkan diri bertanding, tetapi hubungan kami tidak akan terjejas disebabkan tindakannya itu ”

Utusan Malaysia: Apa Saifuddin Nasution cakap pada 26 Mei 2009:

“ Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution mengesahkan dua pegawai khas kepada exco negeri dan pemimpin Majlis Tertinggi (MT) parti itu pernah berjumpa dengan calon Bebas, Aminah Abdullah seperti mana yang didakwanya. Beliau berkata, pertemuan di rumah Aminah pada 13 Mei lalu adalah atas undangan untuk makan tengah hari di rumahnya di Jelutong. ''Ya, memang benar saya telah bercakap dengan kedua-dua individu yang dimaksudkan oleh Aminah tetapi mereka sebenarnya dijemput oleh Aminah untuk makan tengah hari di rumahnya''


1. PEMIMPIN PKR HARI INI MENGAKUI BAHAWA DUA ORANG PEMIMPIN PKR ADA MENEMUI AMINAH ABDULLAH TETAPI BUKAN UNTUK MENAWAR SEBARANG TAWARAN KEPADA AMINAH SEBAGAIMANA DIDAKWA OLEH AMINAH ABDULLAH BARU-BARU INI.

2. BAGAIMANA PUN, SEBELUM INI SAIFUDDIN NASUTION DAN TIAN TIAN CHUA MENAFI SEKERAS-KERASNYA ADA WAKIL DARI PKR BERTEMU DENGAN AMINAH DAN MENCABAR AMINAH SUPAYA BUKTIKAN DAKWAANNYA.

3. APABILA TERKELUAR RAKAMAN PERTEMUAN TERSEBUT DALAM BENTUK VCD, KEDUA-DUA PEMIMPIN PKR MENGAKUI TAPI MENUDUH AMINAH YANG MENJEMPUT KEDUA WAKIL PKR ITU UNTUK MAKAN TENGAHARI DI RUMAH AMINAH.

4. INILAH YANG DIKATAKAN BILA TERSEPIT MACAM-MACAM TIPU HELAH AKAN DIGUNAKAN DAN NYATA BAHAWA PEMIMPIN PKR MEMANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI DAN MEMANG BENAR WUJUD TAWARAN TERSEBUT.

5. HAL YANG SAMA BERLAKU DALAM PAS DALAM ISU RASUAH POLITIK DIMANA PADA MULANYA UST. MOHAMAD DAUD IRAQI MENGAKUI ADANYA AMALAN MENJAMU MAKANAN DAN MEMBERI HADIAH KEPADA PERWAKILAN SERTA MEMBERI SEJUMLAH WANG ATAU BANTUAN KEWANGAN KEPADA MANA-MANA KAWASAN YANG MENJEMPUT PEMIMPIN PAS BERKENAAN MERASMIKAN MUKTAMAR KAWASAN.

6. TETAPI APABILA DIPANGGIL KE DEWAN HARIAN PAS, KENYATAANNYA TELAH BERTUKAR DAN MENUDUH TIDAK PENAH MENGELUARKAN KENYATAN SEPERTI ITU.

7. INILAH SIKAP PEMIMPIN PR YANG HANYA PANDAI BERPOLITIK BUKANNYA UNTUK BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.

8. AYUH RAKYAT MALAYSIA KITA TOLAK PEMIMPIN YANG BERSIKAP MUNAFIK...

No comments: