Saturday, May 9, 2009

DUN PERAK: MANA PERGINYA AMANAT HAJI HADI AWANG?


Untuk makluman saudara,


Amanat Haji Hadi Awang adalah merujuk kepada sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu. Sedutan amanat beliau berbunyi seperti berikut:

“ Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


PEMIMPIN PAS INI MEMBERI AMANAT KEPADA AHLI PAS SUPAYA MEMUSUHI UMNO SEPERRTI MEMUSUHI KAFIR...

UMNO DITOLAK KETIKA ITU KERANA BERKERJASAMA DENGAN MCA DAN MIC DAN OLEH SEBAB ITULAH DALAM MANA-MANA PILIHAN RAYA YANG DITANDINGI, PEMIMPIN PAS AKAN MENGELUARKAN KENYATAAN ADALAH WAJIB SEMUA ORANG ISLAM MEMANGKAH SEORANG MELAYU ISLAM BERBANDING CALON KAFIR...

SELEPAS ITU, SEGALANYA BERUBAH DAN SEHINGGAKAN PAS KINI TUNDUK KEPADA DAP DI PERAK...

MENGAPAKAH AHLI PAS MENYOKONG SI LUNCAI NIZAR YANG HANYA MEWAKILI SERAMAI 6 ADUN ISLAM SEDANGKAN UMNO MEMPUNYAI 27 KERUSI DAN DISOKONG OLEH 2 ADUN BEBAS?

MANA SATU AHLI PAS NAK SOKONG... YANG RAMAI PEMIMPIN MELAYU ISLAM ATAU DAP YANG SAH-SAH KAFIR TU???

No comments: