Sunday, May 17, 2009

SIRI KEDUA PEMBONGKARAN PENIPUAN DALAMAN PAS

SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN SEMALAM..
HARI INI SAYA AKAN MASKKAN SATU LAGI BENTUK KEMUNGKARAN PEMIMPIN PAS YANG PATUT DIKETAHUI OLEH ORANG RAMAI UNUK DIJADIKAN SEPANDAN DAN MENGENALI DENGAN DEKAT SIAPAKAH PEMIMPIN PAS YANG SEBENARNYA..
SIRI 2. PAS MENIPU RAKYAT DENGAN MENCANANG PAS AKAN MENUKAR PERLEMBAGAAN SEDIA ADA KEPADA HUKUM ISLAM PADA PRU TAHUN 1990

1. “Pada kempen pilihanraya tahun 1990, kita (Pas) berjanji akan menuk
arkan perlembagaan Kelantan kepada Islam jika berkuasa. Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin Pas yang lain.

2. Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan Pas tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan UMNO/BN. Hinggalah tahun 1993, beliau bertemu dengan Datuk Nik Aziz di rumahnya bertanyakan tentang perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.

3. Lagipun, pada waktu itu, pemimpin Pas telah mula menggomol balak. Kebendaan telah menjadi perhatian utama pemimpin Pas terutamanya wakil rakyat. Ini juga menjadi tajuk perbualannya dengan Datuk Nik Aziz.

4. Bagaimanapun, Datuk Nik Aziz memberikan jawapan yang cukup mengecewakannya. Menteri Besar Kelantan mengibaratkan Pas cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh Pas tapi Pusat oleh BN.

5. Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya.

6. “Setelah Nik Aziz berkata demikian, saya terus mengucapkan selamat tinggal dan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke dalam Pas.” demikian tegas Ustaz Omar. Sejak itu, dia tidak pernah bertemu Datuk Nik Aziz sehingga sekarang.

7. Paling serius, Ustaz Omar berkata, beliau sanggup menerima balasan dari ALLAH jika kenyataan yang dibuatnya dalam ceramah tersebut sebagai suatu pembohongan. Kesemua ucapannya adalah benar sebagai ‘membalas dosa’ yang selama ini membohongi rakyat tentang perjuangan Pas yang sememangnya tidak selari dengan kehendak Islam.

8. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Pas, beliau berdiam diri beberapa lama sambil membuat perbandingan antara perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan Pas. Akhirnya, beliau membuat satu keputusan yang jitu – MASUK UMNO.
SELEPAS INI KITA AKAN TAHU BAGAIMANA PEMIMPIN - PEMIMPIN PAS YANG MENGAKU TERLALU ALIM DAN ISLAM INI MENYALAHGUNAKAN KUASA DAN WANG PARTI...

No comments: