Thursday, February 26, 2009

Mengapa Karpal Singh is King

Saudara sekalian,
Karpal Singh is King adalah kerana melayu yang melantiknya menjadi King. Melayu yang macam mana? Melayu yang menuntut ketelusan dan demokrasi dan hak sama rata. Melayu seperti pemimpin PR yang bersama-sama bersengkongkol memberi sokongan dalam diam supaya Karpal Singh menyaman Sultan Perak.
Kekuatan Karpal adalah bergantung kepada sokongan pengundi. Nah kini siapakah yang memangkahnya semasa PRU12? Bukankah pengundi Melayu yang menjiwai perjuangan keadilan bersama DSAI. Kini kekuatan Karpal semakin berkurang dan akan diganti dengan kelibat anaknya yang juga MP Gobind Singh Deo. Kalau dilihat dari reaksi beliau dalam kekecohan di Parlimen, bakat dia mungkin lebih besar dari bapanya dan mungkin satu hari nanti beliau akan berkata "SINGH IS AGONG".
Mengapa kekalutan politik melanda masyarakat Melayu dewasa ini. Janganlah dek kerana seorang singh ini kita bergaduh sesama sendiri. Tumpukan perhatian kepada perpaduan umat Melayu/Islam. Kita telah ketahui kejatuhan empayar Melaka suatu masa dahulu dek sebab pergaduhan dalam pembesar Melayu dan terpengaruh dengan nasihat peniaga/orang kaya asing dari India dan China. Belajarlah sejarah. Sejarah tidak pernah menipu kita tapi sejarah yang benar bukannya sejarah yang diubah suai mengikut kehendak pemimpin yang zalim.
Kita sebagai umat Melayu/Islam, jangan bikin kecoh dengan sandiwara beliau, tangani secara berhemah dan sopan santun tetapi tegas. Apabila beliau diasak sebegitu hebat, populariti beliau akan naik dan keburukannya akan dilihat di pihak UMNO. Kita mulai usaha kita sekarang dengan mengumpulkan segala kesalahan dan tindak tanduknya lampau beliau dalam politik dan masyarakat dan pamerkan untuk makluman orang ramai. Saya rasa Karpal ni bukan cerdik orangnya, cuma dia pandai dalam bidang undang-undang. So kita guna kekuatan dalam bidang undang2 untuk menangkis serangannya.
Tindakan seramai 20-30 penyokong Pemuda UMNO menyekat Karpal di Parlimen bukanlah satu tindakan yang kemas, kalau benar2 nak tunjukkan ketidakpuasan hati, kumpulkan 100 ribu pengikut UMNO dan tunggu Karpal di Parlimen atau di pejabatnya di Pudu. Barulah dia tahu jangan main-main dengan Pemuda UMNO.
Saya nasihatkan pemuda UMNO cari jalan yang lain dan jangan termakan dengan rentak politik dan permainan sandiwara Karpal dalam soal saman Sultan dan Celaka Pemuda UMNO serta Singh is King.
Melayu/Islam Terus Berjuang
Tongaklangit

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]windows xp safe mode, [url=http://firgonbares.net/]adobe creative suite 3 student edition[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] wisconsin student discount software download adobe acrobat 9
kaspersky internet security 2009 and mcafee [url=http://firgonbares.net/]free adobe creative suite 4 design standard[/url] microsoft sql software
[url=http://firgonbares.net/]educational discounts for software[/url] microsoft student software discounts
[url=http://firgonbares.net/]cheapest softwares[/url] download adobe creative suite 4 master collection
back office software [url=http://firgonbares.net/]illegal windows xp updates[/b]