Tuesday, January 5, 2010

PENDIRIAN PKR DALAM ISU PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH DALAM MAJALAH MINGGUAN HERALD


KENYATAAN AKHBAR PKR



Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.


Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.


Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:


“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).


Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.


Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:


“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).


Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).


Sekian. Terima kasih.


Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010



ULASAN



1. INILAH DI ANTARA AGEN PUAK KRISTIAN YANG BERUSAHA MENGEMBANGKAN AGAMA KRISTIAN DALAM JIWA ANAK MUDA ISLAM MELAYU DI MALAYSIA...



2. BERGELARKAN DR. DI HADAPAN NAMANYA TIDAK BERMAKNA BELIAU TAHU APA YANG DIPERKATAKAN MENGENAI ISU PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH DALAM PENYEBARAN DAKYAH KRISTIAN...



3. KEPADA PENYOKONG DAN AHLI PKR... BERTUAHLAH KAMU MENDAPAT SEORANG PEMIMPIN YANG RELA DIPERKUDAKAN OLEH PUAK KRISTIAN BAGI MENGHANCURKAN AGAMA ISLAM KAMU SENDIRI...



4. UNTUK PUAK KRISTIAN YANG BERIA-RIA NAK MENGGUNAKAN NAMA ALLAH NI, SAYA ADA SATU SOALAN YANG HENDAK DITANYA...



5. KENAPA NAK SANGAT GUNA NAMA ALLAH....???



6. KENAPA TIDAK GUNA NAMA ‘TUHAN’, ‘TUHAN YESUS’ ATAU JESUS...???



7. JELAS LAGI TERANG NIAT KAMU YANG MAHUKAN ORANG MUDA ISLAM MELAYU MEMASUKI AGAMA KRISTIAN DI MASA HADAPAN DAN PADA WAKTU ITU BERSIAPLAH KESEMUA PEMIMPIN ISLAM PKR DAN PAS UNTUK MENERIMA KUTUKAN DARI PENGANUT ISLAM MELAYU MALAYSIA WALAUPUN NASI SUDAH MENJADI BUBUR KETIKA ITU...



SALAM


3 comments:

Arif Omar said...

APA HAAIRAN PARTI BERMULUT PELACUR DAN LIDAH BERCABANG INI. 10 ULAMA 10 MACAM CAKAP. JADI BAIK KITA IKUT FIKIRAN KITA LAGI BAIK. RASA TAK BETUL BANTAI. HARAP ULAMA SEBEGINI. JAHANAM NEGARA DIBUATNYA.

Anonymous said...

assalamualikum..
wahai saudara seislam ku dari PKR dan PAS....
bangunlah...
knp apabila isu politik anda merupakan jaguh...
tetapi apabila isu kalimah Allah anda menyepi...
jawapannya mudah sahaja..
anda ingin menjaga hati rakan anda dalam DAP...
hidup islam...
takbirr!!!!!
wahai umat islam marilah kita bersatu..
bangkit menentang pendakyah kristian...
ketepikan fahaman politik masing2..
jadikan negara jiran kita iaitu indonesia sbg pengajaran...
akibat terlampau berlembut dan terlampau berhemah ngan non muslim...
natijahnya sehingga kini indonesia tiada agama rasmi...
saya anak muda islam membangkang 100% penggunaan kalimah Allah dlm majalah herald..
langkah mayat aku dulu..
akan ku bakar majalah tersebut..
biar putih tulang...
jangan putih mata....

Anonymous said...

hidup islam!!!
aku bangkang 100% nama ALLAH dalam majalah kristian..
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!