Tuesday, February 16, 2010

ISU BUANG BAYI: DR HALIMAH ELOK JAGA ANAK GADISNYA DI RUMAH


ANAK MUDA DALAM PAS SENDIRI TERDEDAH DALAM JENAYAH MEMBUANG BAYI... LIHATLAH GAMBAR DI ATAS

Buang bayi: Sistem pendidikan, sosial negara lemah


HARAKAHONLINE: SHAH ALAM, 15 Feb: Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berpendapat kelemahan dalam sistem pendidikan dan sistem sosial antara faktor besar menyumbang kepada peningkatan jenayah buang bayi di negara ini.


1. BEGINILAH WAHAI PEMIMPIN WANITA ISLAM PAKATAN RAKYAT YANG BEBAL...


2. BAGI SAYA MENYALAHKAN PIHAK LAIN DALAM SESUATU ISU ADALAH SATU PENDIRIAN YANG AMAT TIDAK MATANG KALAU DITUNJUKKAN OLEH MEREKA YANG MEMEGANG JAWATAN DALAM SESUATU KERAJAAN NEGERI...


3. SEBENARNYA PENDIDIKAN BERMULA DARI RUMAH DAN ADALAH TANGGUNGJAWAB IBU DAN BAPA SERTA KELUARGA YANG MEMBERI DIDIKAN AGAMA DAN MENGAWAL TINGKAH LAKU MEREKA...


4. BERKAT ILMU DAN NASIHAT AGAMA YANG DIBERIKAN DAN DIIRINGI DOA MAKA INSYALLAH ANAK KITA AKAN TERJAGA DARI GEJALA SOSIAL... BUKANNYA KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN DAN SISTEM SOSIAL YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH JENAYAH BUANG BAYI...


5. SEORANG IBU SEPERTI DR HALIMAH ALI SEPATUTNYA MENGHABISKAN MASA DENGAN ANAK-ANAK KERANA TUGAS SEBAGAI ISTERI DAN IBU ADALAH DISAMPING KELUARGA BUKANNYA MENABUR FITNAH DAN MENGEJAR KEDUDUKAN DALAM PARTI...


6. SAYA DOAKAN AGAR ANAK DR HALIMAH ALI INI TIDAK TERLIBAT DALAM AKTIVITI SOSIAL SEPERTI YANG DILAPORKAN SEKARANG DAN BEGITU JUGA DENGAN ANAK-ANAK KITA SEMUANYA...


6 comments:

Bawal said...

Memang sepatutnya, anak anak adalah tangggungjawab ibu dan bapa. Dr. Halimah ni kena pikir, anak anak akan berbin kan bapa dia bukan menteri pendidikan atau menteri kebajikan. Masa talqin nanti akan berbin/binti kan emak dia bukan PM atau DPM.

Jadi, Halimah harus lah pikir macam itu, jangan dok asyik hentam orang aje.

Lagi satu, apa Si Limah ni dah buat untuk memperbaiki akhlak anak-anak ini ? Ada dia pergi dan nasihat anak-anak ini ? Ada dia marah/tegur anak anak ini jikalau nampak mereka berkelakuan tak senonoh ?

Limah, Limah.. cakap aje pandai...

Tungaklangit said...

salam sdr Bawal

satu pandangan dan teguran yang baik untuk seorang pemimpin politik kaum hawa yang sudah lupa tanggungjawab sebenarnya dalam rumahtangga...

Anonymous said...

aku rasa dalam isu ni tak usah kita politikan...sebagai rakyat atau pemimpin kerajaan atau PR bersamalah kita bertindak...UMNO,PAS, dan badan politik yang memperjuangkan bangsa melayu kita nie....bersamalah kita cari jalan bagaimana nak sedarkan golongan yg suka sedap2 ni tapi bila dah kenyang buang ikut suka je.....
AYUH bersama kita banteras jgn kita salahkan sana atau sini...ini soal bangsa dan agama....yang banyak jadi pun MELAYU......
-andika lekir-

Langit akan runtuh said...

TAHNIAH KEPADA MARINA MAHADIAQ, DULU DIA SURUH BAGI KONDOM KEPADA REMAJA2, BILA DAH SEDAP TAK PAKAI KONDOM, SEKARANG NI TERIMALAH AKIBATNYA. MARINA TU ANAK SAPE YEK...

SAPA YANG ADA ANAK POMPUAN, JAGA2, AKU DOAKAN TUNGGAKLANGIT AKAN DAPAT ANAK POMPUAN, HA..HA..HA..

NASIB LE, KALAU DAH KEMBONG MARAHKAN PEMIMPIM PAS, SEBAB PEMIMPIM AMENO SEMUA PANDAI JAGA ANAK, HA..HA...HA...

Anonymous said...

tulisan anda dangkal.memang asas didikian adalah di rumah.tetapi environment memainkan peranan penting dalam diri individu.sirah rasulullah menunjukkan bagaimana environment kehidupan baginda dan para sahabat.satu environment yang harmoni, budaya ilmu yang tinggi,nilai moral yang tinggi dengan melaksanakan syariat islam sebenar.
maka teguran dr halimah ada asasnya walaupun pendapat saudara juga benar.tetapi pembaikan perlu seiring.dalam meningkatkan pendidikan anak2 di rumah, sistem pendidikan dan sosial juga wajar diperhalusi semula.

faaris said...

salam, tunjang langit.

Memang benar pendidikan bermula dari rumah. Tetapi anak-anak bukan ada di rumah 24 jam sehari. Begitu juga, faktor-faktor moden seperti ekonomi dan tanggungjawab sosial juga menyebabkan keperluan wanita untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara secara langsung. Saya tidak tahu fakta sebenar tetapi saya yakin lebih kurang 50 peratus sektor awam pekerjanya ialah wanita. Sekiranya tiada wanita di dalam sektor sebegini mungkin boleh lumpuh negara.

Suasana di rumah boleh dijaga oleh ibu bapa, mungkin. Tetapi faktor luar rumah bergantung kepada masyarakat dan kepimpinan negara terutamanya.

Semoga Tunjang langit dapat melihat dengan pandangan yang menyeluruh