Tuesday, March 3, 2009

BN Perlu Kerja Kuat Di Bukit Gantang

Salam Sejahtera
Angin dari Bukit Larut membawa berita kononnya kedudukan BN agak goyah dikala ini. Isu-isu seperti BN merampas kuasa secara tidak sah lagak sebagai pencuri di siang hari terus dimainkan oleh puak-puak yang kecewa kerana kehilangan kuasa baru-baru ini.
Pengundi Cina dan India khasnya golongan muda di saluran 4 dan 5 dikhabarkan tidak akan memberi undi mereka kepada BN kerana simpati dan terpengaruh dengan dakyah PR bahawa BN menguasai Istana. Sebahagian orang BN khasnya UMNO juga masih terkapai-kapai tanpa penjelasan samada proses mengambil alih kuasa baru-baru ini sah atau tidak. Dikhabarkan dari ahli UMNO yang berjumlah lebih kurang 19 ribu, bukan semuanya boleh mengundi dalam PRK 059 kali ini.
Dalam menghadapi PRK di Bkt Gantang, kekuatan sokongan pengundi Melayu adalah penentu kemenangan BN kerana sokongan pengundi Cina akan memihak kepada DAP dan India akan menyokong pembangkang kerana masih terikut dengan dakyah HINDRAF.
Dalam keadaan BN masih merancang strategi pilihan raya, PR khasnya PAS dan DAP telah memulakan program ceramah bersiri diserata tempat dalam kawasan Bkt Gantang. Sambutan yang diberikan amat mengalakkan.
Adalah tidak memeranjatkan sekiranya BN masih leka dengan kemenangan mengambil alih kerajaan negeri Perak, mereka akan dikejutkan dengan kebangkitan PR di Bkt Gantang.
Kehendak UMNO Bahagian pelu diikuti dalam soal peletakan calon. Calon mestilah dari orang tempatan yang boleh diterima ramai dalam keadaan ini Sdr Ismail dilihat boleh mendapat sokongan dari kumpulan akar umbi UMNO.
Wahai Muslimin dan UMNO, pertahankanlah kedudukan kamu di Bkt Gantang. janganlah kamu berpecah dalam barisan. Jangan dipandang rendah keupayaan pembangkang walaupun Bkt Gantang dahulunya adalah kawasan UMNO/BN. Kini keadaan telah berubah.
Penerangan menyeluruh dan secara jelas perlu diberikan kepada rakyat berkaitan peralihan kuasa samada ianya melanggar Undang2 Kerajaan Negeri atau tidak dan setiap tohmahan PR perlu ditangkis dengan berhemah.
Umat Melayu Terus Berjuang Dalam Saf Yang Sama
Salam
Tongaklangit

2 comments:

PANCASUTRA said...

Bukan bekerja lebih kuat.. tapi lambat duit lebih banyak.. hahahahaha...

Lin said...

duit bukan segalanya

niat yang betul punca kemenangan

salam