Saturday, August 15, 2009

BAHAYA RASUAH KE ATAS DIRI SENDIRI DAN NEGARA


RASUAH DAN KERUNTUHAN HARGA DIRI DAN NEGARA



1. SEMPENA MENGHADAPI KEMASUKAN BULAN YANG MULIA INI SAYA INGIN MENYEDARKAN DIRI SAYA DAN SEMUA MANUSIA DI MALAYSIA INI SUPAYA MERENUNG KEMBALI BAHAYA SALAH SATU AMALAN YANG BAKAL MENGHINA DIRI SENDIRI DAN MENJAHANAMKAN KEDAULATAN NEGARA...

2. ARTIKEL INI SAYA AMBIL DARI PEJABAT MUFTI KERAJAAN BRUNEI BAGI RENUNGAN SEMUA PIHAK TIDAK KIRA DARI KERAJAAN BN MAUPUN PAKATAN RAKYAT...

3. INI KERANA DALAM KITA SIBUK MELIHAT KEPADA KESALAHAN PIHAK LAWAN KITA SENDIRI TERLUPA AKAN KELEMAHAN DIRI SENDIRI ATAU DALAM PIHAK YANG KITA SOKONG...

4. BACALAH DAN AMBILLAH IA SEBAGAI SATU PENDOMAN DAN PANDUAN HIDUP, INSYALLAH HIDUP KITA AKAN DIBERKATI ALLAH DAN NEGARA KITA AKAN SELAMAT DARI SEGALA DUGAAN DAN BALA DARI ALLAH...

Faktor-Faktor Rasuah

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya amalan rasuah seperti berikut:

1. Hilang atau lemah nilai keimanan dalam kehidupan manusia boleh menjadi faktor berlakunya penyelewengan dalam pencarian atau perolehan harta.

2. Tabiat manusia yang amat suka kepada harta benda. Firman Allah Ta‘ala:


Tafsirnya: “Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba.”
(Surah al-Fajr: 20)

3. Tidak bersikap amanah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun memberikan dasar kriteria pemimpin, ketua, pegawai dan selainnya untuk dilantik. Sebagaimana firman Allah Ta‘ala:


Tafsirnya: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”
(Surah al-Qashash: 26)

Sementara dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:


Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Seorang mukmin yang kuat (jiwa yang teguh dan bersih dalam perkara-perkara akhirat) lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah….”
(Hadis riwayat Muslim)

Terabainya amanah iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada seseorang yang bukan ahlinya, adalah salah satu tanda hari kiamat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:


Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.”

Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

4. Tidak ada penerapan hukum Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam kehidupan manusia.

5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan menyeluruh.

6. Faktor-faktor yang lain secara ringkas:

(i) Lemah pendidikan agama dan etika.
(ii) Tamak.
(iii) Banyak berhutang.
(iv) Ada keinginan dan ada peluang.
(v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
(vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.
(vii) Untuk mencapai cita-cita.
(viii) Belanja hidup yang semakin meningkat.

Ancaman Kepada Pengamal Rasuah

Ancaman-ancaman terhadap pengamal rasuah adalah seperti berikut:

1. Mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2. Mendapat kutukan dan laknat daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3. Tidak mendapat rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

4. Pemberi dan penerima rasuah diancam dengan api neraka.

5. Rasuah itu termasuk memakan harta dengan jalan yang salah.

6. Rasuah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar.

7. Doa tidak diterima.

Bahaya Rasuah Dan Kesannya

Amalan rasuah merupakan suatu bentuk gejala sosial yang wajib ke atas setiap individu mencegahnya. Ini kerana rasuah itu banyak memberi kesan yang buruk, bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Antara kesan-kesan buruk rasuah itu adalah seperti berikut:

1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:

(i) Kehilangan pekerjaan.

(ii) Kejatuhan moral atau maruah.

(iii) Menerima hukuman.
(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(iv) Keluarga terabai.

2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.

(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.

(iii) Membebankan golongan orang susah.

(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:

(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.

(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.

(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

Penyelesaian Penyakit Rasuah

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya:

1. Menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan reaksi Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.

2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat.

3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.

5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keugamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.

6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:


Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .....” (11)
(Surah ar-R‘ad: 11)

7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup.

8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam.

9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.

10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.

11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

Penutup

Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syara‘, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:

1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.

2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.

3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.

Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur.

5. SEMOGA PENULISAN DI ATAS DAPAT MENYEDARKAN KITA AKAN BAHAYANYA RASUAH TERHADAP DIRI KITA, KELUARGA , MASYARAKAT DAN NEGARA SERTA AGAMA YANG KITA ANUTI...

6 comments:

Anonymous said...

aku nak cakap sikit kat sini pasal rasuah

rasuah ni semua lapisan masyarakat terlibat bro TL

dari pemimpin Bn dan PR sampailah kepada penyokong mereka tapi masih ada yang menjauhkan diri dari amalan keji ni bro TL malangnya merekalah yang jarang dapat naik pangkat sebab kerja lurus beb

sebenarnya kita kena tipu dgn pemimpinlah (tapi ada juga pemimpin yang baik beb)

itu sahaja TL

pemerhatipolitik

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA PEMERHATIPOLITIK

MEMANG BENAR AMALAN RASUAH SUDAH MEMASUKI SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT DI MALAYSIA INI TETAPI KITA MESTILAH MENYERU KE JALAN SUPAYA RAUAH INI DIANGGAP SEPERTI NAJIS BABI DAN AKAN MEMBAHAYAKAN DIRI DI DUNIA DAN AKHIRAT

KALAU MASIH JUGA BERTERUSAN BAIK DALAM UMNO ATAU PR, YANG RUGINYA NANTI IALAH RAKYAT DAN NEGARA

BANYAK TAULADAN DAN KISAH UMAT TERDAHULU YANG MENGAMALKAN RASUAH AKHIRNYA HILANG DARI MUKA BUMI ATAU RUNTUH TAMADUN YANG MEREKA BINA


SALAM

Anonymous said...

UmnoNgok yang paling banyak buat rasuah bro bukannya parti pr

lu cakap kena batang muka lu sendirilah bukan kena kat pas ha ha ha

lu gila beb

Anonymous said...

bro anon 8.16

yang dok buat rumah banglow kat selangor, KM yang kata tak nak buang duit rakyat tapi sekarang perabis duit rakyat masuk rumah baru, kat kelantan dan terangganu pakai buat rumah besar2 tu, dan di kedah dok perabih kekayaan rakyat apa namanya

bukannya rasuah jugak ke...?

atau dalam istilah pas atau pr itu dinamakan sedekah. boleh jalanlah dengan pr lu pun sama dan baru memerintah dok gasak sebanyak mungkin kekayaan negara dan rakyat hanya melopong mata dok tunggu janji kamu yang tak tertunai

cermin dulu muka kamu tu

Jeffry said...

SLM BRO..DIORANG NI X TAU TENGOK CERMIN KE APE?..KLU DLU BUKAN MAIN PELAHAK TUDUH KERAJAAN GITU GINI..TP BILA CERMIN TU DI TERBALIK KT MUKE DIA BARU DIA TAU, DIA LAGI TERUK DARI KITE..MALAH MAKIN PARAH DAHH KEHKEHKEH

Tungaklangit said...

salam bro Jeffry

sekarang ni PR/PAS dah pening kepala sebab terlalu ramai blogger pro Bn dah masuk dalam internet berbanding zaman 1990an yang puak2 ni yang kontrol blog

nah sekarang bila semua rahsia mereka terbongkar khasnya pasal rasuah maka baru mereka pening kepala nak cover line

inilah jenis manusia yang hanya nampak kesilapan orang aje bro

salam