Thursday, August 20, 2009

DI SINI SAYA SERTA SATU PENULISAN YANG BERTAJUK " KECELARUAN SYURGA PAS TULISAN ZULKIFLI JALIL YANG MENERANGKAN DENGAN JELAS KEKELIRUAN PEMIMPIN PAS DALAM MEMBICARAKAN SOAL SIAPAKAH YANG LAYAK MENGHUNI SYURGA ATAU TIDAK


Kecelaruan 'syurga' Pas


Oleh ZULKIFLI JALIL (UTUSAN MALAYSIA ONLINE 20 OGOS 2009)


1. ISU "syurga, neraka serta mengkafirkan UMNO" berlaku seawal 1986. Namun ia tidak bererti ia terhenti begitu sahaja. 'Rekod lama' itu kini dimainkan semula. Lebih-lebih lagi dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir ketika ini.


2. Pada 1990, bekas Ahli Jawatankuasa Lujnah Undang-Undang Pas Pusat, Suhaimi Said pernah meminta ulama Pas supaya berhenti daripada membuat pelbagai hukum dan fatwa yang boleh mengelirukan ahli sedangkan hukum-hukum itu berubah-ubah tanpa menentu.


3. "Sekejap halal, sekejap haram, sekejap kafir dan sekejap tidak kafir," tegasnya.


4. Fatwa yang tidak menentu seperti itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai tetapi ahli Pas berkecamuk sesama sendiri. Akhirnya timbullah pelbagai kumpulan dengan dasar serta pemikiran tersendiri sehingga tidak boleh dikawal lagi.


5. Bagaimanapun, persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang kafir sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas?


6. Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja?


7. Hakikatnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini. Malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula, baik oleh ahli sendiri mahupun umat Islam.


8. Begitupun dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam khususnya para pengikut Pas yang barangkali bersikap "apa yang dikatakan oleh tok guru semuanya betul", maka Pas khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu menjawab soalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan rakan-rakan komponennya, MCA dan MIC sebagai kafir.


9. Pernah pada 1995, terdapat seorang pemimpin Pas yang berkata, orang beragama Islam tidak boleh mengundi calon daripada kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam.


10. "Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya," kata laporan itu.


11. Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: "Bagaimana pula kerjasama yang terjalin antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP?


12. Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang dikecualikan? Bagaimana pula kerjasama Pas dan DAP yang diketuai Lim Kit Siang? Beliau secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas.


13. Adalah malang bagi pengikut Pas yang mempercayai bahawa hanya menjadi ahli parti itu, baru boleh masuk syurga.


14. Ironinya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang telah dikata dan dilakukan mereka.


15. Ketika berbaik-baik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila suatu ketika tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai "sudah luput masa" dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding pada pilihan raya umum 2004. Kini kedua-duanya 'bersatu' kembali.


16. Bukan sahaja Nik Abdul Aziz, gelagat pemimpin Pas lain juga menampakkan mereka seolah-olah 'memegang syurga dan neraka'.


17. Ketika calon Pas, Abu Bakar Sakak menarik diri daripada bertanding menentang Datuk Seri Syed Hamid Albar di Parlimen Kota Tinggi pada 2004, Abdul Hadi mencela bahawa Abu Bakar akan mengalami hidup yang tidak berkat di dunia dan akhirat.


18. Sedangkan, menang kalah, sokong atau tidak sokong, tidak ada kena mengena dengan akidah seseorang. Memanglah sesiapa yang buat jahat akan terjerumus di dalam neraka tetapi itupun ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia.


19. Jika disenaraikan fitnah-fitnah yang pernah dilontarkan di tengah-tengah masyarakat maka tidak terhitung banyaknya.


20. Ketika menjelang pilihan raya umum pertama pada 1955, isu besar pada waktu itu ialah perjuangan mahu merdeka. Tetapi sebilangan penceramah Pas ada yang berkata: "Apa guna merdeka untuk waktu ini, kerana sebatang jarum pun orang Melayu tidak tahu membuatnya".


21. Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan konsep Pandang Ke Timur, mereka jaja konsep tersebut kononnya Dr. Mahathir mahu memindahkan Kaabah dari kota Mekah ke Tokyo.


22. Ketika mempercepatkan setengah jam masa di Semenanjung untuk menyamakan waktu dengan Sabah dan Sarawak dituduh pula sebagai hendak mengubah perjalanan matahari. Apabila memperkenalkan Wawasan 2020, dimomokkan kerajaan akan mengenepikan wawasan akhirat dan sebagainya. Bahkan penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa dikatakan sebagai "Islam kulit dan kosmetik" sahaja.



23. Apabila pihak kerajaan mengisytiharkan negara ini negara Islam, dilabelkan pula sebagai Islam klon. Bahkan, semua program agama dijadikan bahan ketawa mereka di majlis-majlis ceramah bersama rakyat.


24. Apa pun mereka kata, Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang termaju di dunia hari ini manakala pemimpin negara turut menjadi tumpuan umat Islam antarabangsa. Putrajaya telah membuktikan kewujudannya dan telah menyambut ribuan tetamu dengan penuh selesa ketika sidang pemimpin negara-negara Islam.


25. Selagi ketua-ketua parti politik tidak bersikap lebih terbuka dan toleran, atau tidak mementingkan kepentingan umum yang lebih utama untuk kebaikan masyarakat kita, maka dibimbangi selama itulah sikap dan cara berfikir rakyat, khususnya umat Islam akan berkecamuk dan keliru. Malah persepsi mereka akan menjadi samar-samar termasuk isu syurga dan neraka, dosa pahala, Islam dan tidak Islam.


26. Mereka akan terus-menerus menjadi orang yang taksub, termasuk menjadi pak turut yang membuta tuli tanpa ilmu dan kesedaran terhadap realiti hidup yang sebenarnya. Dan terus menerus menjadi orang yang emosional tanpa dapat menggunakan akal fikiran yang rasional lagi.


27. Ahli sufi yang menempuh peringkat nafsu mulhammah hingga ke peringkat yang paling agak tinggi iaitu nafsu mardiyyah pun berasa diri mereka belum layak lagi menjadi ahli syurga.Dan sehingga kini tidak ditemui sebarang firman atau hadis menyebut "undi Pas boleh ke syurga".


ULASAN


APAKAH KEDUDUKAN LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG, KARPAL SINGH, TEOH BENG HOCK DAN RAMAI LAGI PEMIMPIN BUKAN ISLAM YANG BERSAMA DAN MENYOKONG PAS...???


PATUTLAH PEMIMPIN KAFIR DALAM DAP DAN PKR BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYOKONG PAS SEBAB MEREKA NANTI AKAN MASUK SYURGA DENGAN KEBERKATAN PAS DISISI ALLAH...???



12 comments:

Arif Omar said...

TV3 DAH SIARKAN RAKAMAN CERAMAHNYA. MEMANG BENAR TGNA AZIZ MENIPU. MEMANG DIA ADA SEBUT KAN . JUGA DIA KATA TAK PERNAH SEBUT PERKATAAN PELESTIN. TAPI RAKAMAN TERSEBUT ADA DIA SEBUT DAN SAMAKAN DENGAN PELESTIN. ULAMA PUN MENIPU JUGA BILA BAB POLITIK.

Jeffry said...

SLM BRO..BARU HARI NI AKU DPT KOMEN SBB KURANG SIHAT SKET. APA PUN PAK AJIS SEMAKIN GILE. GILE ISIM!. ORG YG GILE ISIM NI ADALAH ORG YG MEMPRAKTIKKAN ISLAM MELANGKAUI BATAS YG SEPATUTNYA. SKE2 MENOKOK TAMBAH MCM NASI TAMBAH. SB TU ORG2 PAS SEMAKIN KELIRU TP MASIH JUGAK DGR KATA DI SEBABKAN TAKSUB YG KETERLALUAN..ADOIYAIII

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK BROO

Tungaklangit said...

SALAM MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA DUA SAUDARA SAYA IAITU CIKGU ARIF DAN JEFFRY

KAT SEOUL NI MACAM MANA NAK TENGOK TV 3 CIKGU TAPI INSYALLAH BULAN DEPAN SAYA AKAN BALIK KE MALAYSIA DAN KITA AKAN MINUM TEA TARIK KAT......

BAGI BRO JEFRY NANTI BILA SAYA BALIK BOLEH KITA HELLO.. DAN BERKENALAN LEBIH MESRA LAGI


SALAM

KP said...

SALAM..
TERLEBIH DAHULU,SAYA SERTA AJK PEMUDA TELOK DATOK INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DI ATAS PENGHARGAAN YANG TELAH SAUDARA BERI KEPADA KAMI.
TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBENARKAN KAMI MENYALIN APA-APA ARTIKEL DARI BLOG SAUDARA UNTUK DIMUATKAN KE DALAM LAMAN BLOG KAMI.KERJASA DAN PERHATIAN SAUDARA TERHADAP BLOG KAMI ADALAH KAMI HARGAI.MAAF JUGA KAMI POHON ANDAIKATA ADA TERSALAH SILAP YANG TELAH KAMI LAKUKAN SEPANJANG PEMBABITAN KAMI KE ALAM CYBER INI.SALAM RAMADHAN JUGA KAMI UCAPKAN.SEMOGA PERSAHABATAN INI BERKEKALAN.SEMOGA APA YANG DIBONGKAR AKAN MENDAPAT MANFAAT BUAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM.
Wassalam>

YANG GAMBI said...

Salam,

Sekarang ini, semua tuduhan terhadap UMNO sejak 50 tahun dulu telah ditelan oleh ulama-ulama PAS sendiri.

Memandangkan, PAS sudah merasa dapat duduk kerusi kerajaan dengan sokongan DAP, mereka ubah fatwa hanya UMNO sahaja yang kafir tetapi bukan DAP...

Itulah dalil TGNA....

Ekeng A/L Etong said...

Nik Ajis tu sangka, dalam dunia ni cuma orang PAS saja yang Islam dan alim. Cuma orang PAS saja boleh masuk syurga.

Habis tu macam di negara lain yang tak ada PAS, dia orang tak dak peluang la nak masuk syurga.

Kesiannnnnn!

SELAMAT MENYAMBUT PUASA!

eXception said...

TL, aku harap ko dptkan salinan rakaman Nik Aziz yg kata sokong UMNO masuk neraka tu dari member nko... Pastu siarkan...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Afdzal Mokhtar said...

salam bro...nik aziz dah ckp tapi x nk mengaku...die kate ahli umno lain,penyokong lain,apeke bodoh die tu...kalau org tu ahli umno,automatic la die sokong umno..bodoh nye nicky ajis ni...

Langsi said...

Dah dengar penafian Yusri Isahak rakan kongsi calon Be-eNd N11/PP tu?

Sahlah pemimpin UMNgOk ramai yg penipu... mencari kambing-hitam utk menyelamatkan diri.

TPM Muhyidin siap suruh calon buat Akuan Sumpah. AhmadJahil... calon taktahu ape2 rakan kongsi yg buat. AhmadMaslas... rakan kongsi calon punya angkara!

Dah takde calon sangat dah... pengKORUP memilih si KORUP untuk menghidupkan KERAjaan KORUP yg penuh KURAP dalam Be-eNd/BNgok aka UMNgOk.

PEJUANG CYBER said...

Dulu PAS bercakap nak jalankan hukum Allah bila dah memerintah mula banyak helah, baru tahu betapa susahnya memerintah, nak khabar apa lagi kepada rakyat; isu kurang, hujah tak dok, naik jadi macam orang gila, bertempek sorak tengah jalan, siang malam nak buat rusuhan. PAS doh tak sebut lagi nak jalankan hokum Allah. Allah pun dia kecek (tipu)


Ingatlah;
Allah SWT menyeru kearah kesejahteraan
Maksud al quran
Ayat 15, Surah Yunus
Masuk Islamlah kamu semoga kamu selamat sejahtera
Maksud hadis.

Salam Hurmat...

CUPING MERAH said...

sesiapa yang mempercayai alquran dan hadis ,dia boleh masuk syurga dan begitu sebaliknya klau tk mempercayai atau mereka mereka menolak,mereka adalah ahli neraka. Pas memperjuangkan quran dan haddis,jadi perjuangannya menjanjikan syurga..bukan pas yang masuk syurga tetapi orang yang berjuang ke arah itu.dan sebaliknya orang tidak mahu berjuang malah menolak allah tkkan memberi mereka syurga.

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA EXCEPTION YANG DIINGATI

MENGIKUT PENGHUNI GUA MEMANG TV3 DAH SIARKAN RAKAMAN TERSEBUT NANTI SAYA CUBA DAPATKAN SALINANNYA...


SALAM SAUDARA AFDZAL DIHORMATI


INILAH YANG DIKATAKNAN AHLI POLITIK BUKANNYA ULAMA SEBAB KALAU ULAMA MEREKA TAK CAKAP BENDA YANG TAK BERFAEDAH DAN MEMBUAT MASYARAKAT DALAM KEADAAN BEGINI... PADA SAYA NIK AZIZ NI LAYAK DIPANGGIL AHLI POLITIK SETARAF ANWAR IBRAHIM DAN LIM KIT SIANG SAHAJA TAK LEBIH DARI ITU

SAUDARA PEJUANG CYBER YANG DINGATI

KALAU DILIHAT DARI SUDUT SEJARAH PERJUANGAN PAS, MEMANG MEREKA INI BERASAL DARI GOLONGAN MEREKA YANG KECEWA DIMANA PRESIDEN PERTAMANYA MENUBUHKAN PAS SETELAH KALAH DALAM PEMILIHAN PRESIDEN UMNO KETIKA ITU...

KEMUDIAN MEREKA CUBA PENGARUH PENDUDUK MELAYU DI KAMPUNG DAN MEMEIANKAN ISU ISLAM DAN MENUDUH UMNO KAFIR KERANA MENGAMALKAN UNDANG2 BRITISH DAN BERSENGKOKOL DENGAN CINA DAN INDIA...

TAPI SEKARANG MEREKA TAK KATA APA2 PULA BILA MEREKA BERBAIK DENGAN DAP DAN PKR... INILAH SIFAT MUNAFIK YANG ADA DALAM KEPIMPINAN PAS... WALAUPUN MEREKA CUBA TUTUP TAPI ALLAH MAHA MENGETAHUI...

SAUDARA LANGSI YANG DIHORMATI

SETIAP ORANG DALAM DUNIA INI TIDAK ADA YANG BERSIH DARI SEGALA KESILAPAN... BEGITU JUGA DENGAN CALON UMNO... DAN CALON PAS SALLEH MAN PUN BEGITU JUGA...

CUMA YANG MENJADI PERSOALANNYA IALAH NIK AZIZ KATA TAK NAK SERANG PERIBADI TAPI SEKARANG DAH JADI LAIN PULA... MULUT DAN KATA2 NIK AZIZ NI MACAM APA YE...??? SEKEJAP KATA LAIN LEPAS TU BUAT LAIN...MUNGKIN INI ADALAH MAKSUD ULAMA DALAM PAS IAITU CAKAP MESTI BERBELIT...???

KALAU BERPOLITIK MEMANG ADA PELBAGAI MUSLIHAT DAN TIPU DAYA SEBAB ITU UMNO TIDAK MAHU MENGGUNAKAN ISLAM SEBAGAI ALAT UNTUK BERPOLITIK TAPI UMNO GUNAKAN POLITIK SEBAGAI ALAT UNTUK MENJAGA KESUCIAN ISLAM... ITU KAMAU KENA FAHAM!!!


KEPADA SAUDARA cm YANG DIHORMATI

SETIAP AHLI DAN YANG MENYOKONG UMNO TIDAK MENOLAK HADITH DAN AL QURAN... ADALAH MUNAFIK BESARLAH BAGI MEREKA YANG MENUDUH UMNO MENOLAK ISLAM...

UMNO MENGGUNAKAN PENDEKATAN MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK MENJAGA KESUCIAN ISLAM DI NEGARA INI... TANPAM KEKUATAN POLITIK MAKA BAGAIMANA KITA MAHU MENJAGA KESUCIAN ISLAM ...???

TETAPI PAS MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK BERPOLITIK...

MAKNA BEBRBEZA DARI PENDEKATAN UMNO...

KALAU MENGIKUT HUJAH KAMU DI ATAS MAKA AMAT CETEKLAH PENGETAHUAN KAMU MENGENAI ISLAM INI DAN SAYA JUGA TIDAK MAHU BERDEBAT MENGENAINYA KERANA ISLAM TIDAK MENGALAKKAN KITA BERDEBAT DALAM SOAL AGAMA... KERANA AKAN MENIMBULKAN PERBALAHAN KERANA SETIAP SATU MAHU MENEGAKKAN HUJAH MEREKA..

SALAM DAN SELAMAT BERPUASA