Thursday, August 13, 2009

MENGHINA RAJA DAN ISLAM: LUCUT KERAKYATAN-MUFTI PERAK


BILA KASIH SAYANG TERPAUT SEGALANYA MUNGKIN

BEER TAK HARAM TAK APA WARNA BOTOL BEER PUN DAH SAMA DENGAN WARNA BENDERA PAS



1. SATU PERINGATAN DAN KATA-KATA TEGAS YANG SEPATUTNYA DIKELUARKAN OLEH PEMIMPIN PARTI ISLAM PAS TETAPI IANYA DATANG DARI MUFTI YANG PRIHATIN KEPADA MARUAH ISLAM YANG DIHINA SEBEGITU RUPA...


2. MUFTI PERAK TAN SRI HARUNSSANI MEMBERI AMARAN DAN PERINGATAN KEPADA MANA-MANA PIHAK SUPAYA JANGAN MEMPERSOALKAN SEGALANYA KEDUDUKAN INSTITUSI RAJA DI MALAYSIA INI:


“.. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman...Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.


“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini...“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.


3. MUFTI PERAK JUGA MEMBERI PERINGATAN DAN AMARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN APA YANG TELAH DIPUTUSKAN DALAM PERLEMBAGAAN SUPAYA KELUAR DARI MALAYSIA TERMASUK MEREKA YANG MENYOKONGNYA...:


Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.


“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


4. MENURUT PANDANGAN MUFTI PERAK INI SETIAP UMAT ISLAM WAJIB MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM DARI DIHINA OLEH MANA-MANA PIHAK DAN TIDAK EMNYOKONG PENGHINAAN TERSEBUT:


Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan. ...“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.


5. TETAPI REAKSI BERBEZA DIBERIKAN OLEH MUHSYIDUL PAS DAN JUGA MENTERI BESAR KELANTAN YANG MEMBERI ULASAN BERKENAAN PENGHINAAN DAP TERHADAP ISLAM DENGAN BERKATA:


"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"


6. INILAH PERBEZAAN DI ANTARA ULAMA YANG TIDAK BERJUANG DALAM PARTI POLITIK DAN ULAMA YANG BERJUANG UNTUK PARTI POLITIK...


7. SUNGGUH BERBEZA PANDANGAN MEREKA YANG TIDAK BERKEPENTINGAN DALAM POLITIK DAN MEREKA YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DALAM POLITIK...


8. TETAP BAGI PIHAK PR, MEREKA MELIHAT TAN SRI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI UMNO KERANA SEGALA KATA-KATA TAN SRI TIDAK MENYEBELAHI PR... TETAPI MEMANG BETUL PUN MACAM MANA NAK MENYEBELAHI MEREKA SEKIRANYA APA YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN PAS TIDAK SELARAS DENGAN ISLAM...


7. BAGI MUFTI PERAK SAYA NASIHATKAN TAN SRI SUPAYA BERSIAP SEDIALAH SELEPAS INI KERANA AKAN ADA BLOGGER DARI PR YANG KAN MENUDUH TAN SRI DENGAN PELBAGAI TUDUHAN DAN TOHMAHAN KERANA TAN SRI TIDAK MENYEBELAHI MEREKA WALAUPUN TAN SRI BERKATA YANG BENAR...


SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH DARI FITNAH YANG MELANDA MALAYSIA KINI

4 comments:

Anonymous said...

TL

sapa kata beer tu haram, ustaz ronnie kata tak mabuk maka tak haram dan PAS diamkan sahaja... kira oklah tu


tengok gambar tu kan diaorang minum depan bendera pas bukan gam antara dap dan pas tu

nanti ada pulak org kata arak tu tak apa diminum oleh bukan islam sebab dia org tu bukan islam...

biasalah ayat macam ni akan dikelaurkan kan....?

Anonymous said...

bro TL

agaknya kemana pulak orang pas nak pegi kalau kena tarik kerakyatan mereka sebab sokong dap yee?

nak ke indonesia dah ramai sangat, ke China tak boleh sbb tak diterima. kesian jugak ye?

kalau gitu pakat hantar dia org kat singapuralah sbb diaorg gam apa dgn lee kuan yew kira oklah tu kan


kalau tidak janganlah cakap yang bukan2 sampai membangkitkan kemarahan rakyat Islam yg lain


dok dia ajelah


budaktaksukapas

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam:

Bukankah PAS hanya haramkan Kawasan jualan.Beer tak Haram yang haram kawasan.

wassallam

Tungaklangit said...

salam sdr APS, anon 1.18 dan anon 1.15

bro APS betul jugak ye, di selangor arak masih tidak diharamkan penjaualannya hanya kawasan yang diharamkan itupun khalid suruh exco pas pi buat survey mana kawasan majoriti melayu dalam selangor...

sdr anon 1.15

gambar ni adalah ketika kempen pilihanraya dah lupa bila tapi baru lagilah kan... masa tu pun PAS dah tak kisah sangat pasal arak ni sebab pegangan mereka dap bukan Islam so tak apalah minum dalam markas pas pun tak apa...


anon 1.18

janganlajh dihalau saudara2 kita dalam pas tu kesiang jugak mereka ni, saudara saya ada jugak yang sokong pas maka terputus pulak hubungan kekerluargaan nanti


tapi kalau dah gila nak sokong penghinaan dap terhadap raja dan Islam tu maka mereka kena terima jugalah akibatnya kan...???


salam