Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN BERPUASA

SALAM AL MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA
PUASA KITA DI TERIMA ALLAH ...AMIN




Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat .

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

11 comments:

SpotTheBloggers said...

Salam

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H

Arif Omar said...

Salam

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H

Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

Salam Ramadhan Al Mubarak.

Semoga negara Malaysia akan sentiasa terpelihara dari pemimpin2 yang mempunyai niat dan agenda jahat sanggup bersekongkol dengan musuh2 islam. Semoga Allah juga akan menelanjangkan mana2 pemimpin sebegini. Musuh berada dimana2, sejarah telah membuktikan,mereka akan menyusup masuk mengikut keperluan semasa.

YANG GAMBI said...

Salam Ramadhan,

Sama-sama kita meleksanakan ibadah puasa, mudah-mudahan semua ibadah kita di bulan Ramadhan tahun ini lebih diberkatiNya.

Faizal Zakaria's Blog said...

Selamat berpuasa....









>>> Blog 1 Malaysia <<<

Tungaklangit said...

SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH YANG AMAT DISUKAI ALLAH IAITU BERPUASA SEMATA-MATA KERA ALLAH

SEMOGA SEGALA AMAL IBADAT KITA SEMUA TAK KIRA UMA ISLAM DALAM PARTI UMNO, PAS DAN PKR DITERIMA ALLAH

BAGI PAS KALAU BERKEMPEN INGATLAH KITA BERADA DALAM BULAN YANG MULIA DAN JANGANLAH MEMBUAT FITNAH DAN TOHMAHAN


SALAM

Taminsari said...

Salam Sdr.Tunjanglangit

RAMADHAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma hujung minggu ini. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus.

Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Indahnya Ramadhan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri dari melakukan perbuatan maksiat. Yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa."

Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati dari berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga dari halwa yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah dari membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka dari mengingati Yang Maha Berkuasa.

sambungan

Taminsari said...

sambungan..

Orang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari berkenaan pada mana-mana hari pun di dunia, Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada ruksah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".

Pada bulan mulia, ibu bapa wajar mengambil peluang meluangkan masa yang berganda bersama anak dan mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar ditazkirahkan semula dan diamalkan bersama mereka supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta.

Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam di dalam kitab suci, tetapi juga amalan yang ditunjukkan ibu bapa, yang menjadi pendakwah paling hampir dengan mereka.

Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak untuk menghadapi Ramadhan tentunya menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa yang sebenarnya, iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, apatah lagi membazir sewaktu berbuka tetapi menjadi hamba yang insaf terhadap hari muka.

Sudah tentu setiap isteri pula menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar dan banyak pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiyamullail, apatah lagi apabila tibanya lailatul qadar yang hanya bertandang sekali. Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadhan kali ini agar lebih baik dari sebelumnya.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Ikhlas dari,
Taminsari

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA TAMINGSARI

TERIMA AKSIH ATAS NASIHTA YANG BOLEH DIAMBIL OLEH KITA SEMUA SEBAGAI PANDUAN DALAM HIDUP INI

SEMOGA IBADAT KITA YANG DILAKUKAN BAIK DALAM BULAN RAMADHAN ATAU BULAN-BULAN YANG LAIN AKAN DITERIMA OLEH ALLAH AMIN

missL33n said...

salam bro...selamat berpuasa d perantauan...
lama x dgr kabar...
sy doakan sihat2 slalu...

Tungaklangit said...

SALAM

ALHAMDULILLAH SAYA KINI BARU KEMBALI DI BUMI BERTUAH INI DAN SEKARANG MASIH MENGAMBIL CUTI DALAM BERBLOG

INSYALLAH SAYA AKAN KEMBALI AKTIF SELEPAS INI

SALAM