Saturday, August 15, 2009

PAS DIKUDA OLEH DAP/PKR UNTUK MEMERINTAH SELANGOR DAN PENANG

VIRUS YANG DIBAWA OLEH DAP KINI MENYERAP DALAM KEPIMPINAN ISLAM PAS

LIHATLAH SAMBUTAN KEJAYAAN DAP YANG MEMOTONG 5 EKOR BABI UNTUK MERAYAKAN KEJAYAAN PR MERAMPAS 5 NEGERI DALAM PRU12


LIHATLAH BUDAYA YANG BERTENTANGAN DALAM ISLAM DIBAWA OLEH DAP DAN DIIKUTI OLEH PEMIMPIN PAS SENDIRI


BEGINIKAH KESAN DAKWAH PAS TERHADAP DAP - SIAPAKAH YANG DIDAKWAH PAS DAKWAH DAP ATAU DAP DAKWAH PAS...???


DAKWAH PAS SUPAYA PEMIMPIN ISLAM MENUDUK HORMAT DAN BERDIRI TEGAK DI HADAPAN GAMBAR SI MATI DALAM UPACARA KEAGAMAAN BUKAN ISLAM



MELAYU PKR DALAM MAJLIS KEAGAMAAN KRISTIAN




PEMIMPIN PAS TIDAK SEDARKAH MEREKA SELAMA INI DITUNGGANGI OLEH DAP DAN PKR UNTUK MERAMPAS PENANG DAN SELANGOR



1. DI AWAL PENUBUHAN PAS, TUJUAN UTAMA MEREKA ADALAH UNTUK MENYEDARKAN KEPADA RAKYAT ISLAM DI MALAYSIA BAHAWA HUKUM ALLAH DAN PEMERINTAHAN BERCORAK ISLAM MESTI DITUBUHKAN MENGANTIKAN SISTEM SEKULAR YANG DIBAWA OLEH BRITISH SEBELUM MALAYSIA MENDAPAT KEMERDEKAANNYA...

2. PERTEMBUNGAN ANTARA PAS DAN UMNO BERLAKU KERANA MENGIKUT DAKWAAN PAS BAHAWA UMNO MENIDAKKAN HUKUM ALLAH DAN MENGAGUNGKAN SISTEM SEKULAR YANG DIANGGAP KAFIR OLEH PAS SEHINGGA HAJ HADI TELAH MENGELUARKAN FATWA KEPADA PENGIKUT MEREKA BAHAWA UMNO ITU KAFIR KERANA MENGAMALKAN SISTEM SEKULAR DAN MENOLAK HUKUM ISLAM DALAM PEMERINTAHAN NEGARA DAN BERSENGKOKOL DENGAN KAUM BUKAN ISLAM MEMERINTAH NEGARA INI...


3. BULAN BERGANTI TAHUN DAN SEMANGAT DAN PERJUANGAN PAS JUGA TENGELAM MENGIKUT PERUBAHANZAMAN DAN PERSEKITARAN BILA MANA MEREKA MENUBUHKAN PELBAGAI BENTUK KERJASAMA DENGAN DAP DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI NAMA SEPERTI GAGASAN RAKYAT DAN AKHIR SEKALI PAKATAN RAKYAT YANG MAMPU MEMBERI TENTANGAN HEBAT KEPADA KERAJAAN PIMPINAN BARISAN NASIONAL DALAM PRU 12... KESAN TSUNAMI PRU12, PR BERJAYA MERAMPAS 4 + 1 (KELANTAN) DAN KEMUDIANNYA KEHILANGAN PERAK.


4. KALAU DILIHAT DARI SUDUT SIAPAKAH YANG SEBENARNYA MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN DARI KERJASAMA INI, KITA LIHAT BAHAWA PKR DAN DAPLAH YANG BENAR-BENAR BERJAYA BUKANNYA PAS... PAS HANYA BERJAYA MEMERINTAH NEGERI KEDAH SEDANGKAN NEGERI KAYA RAYA SEPERTI SELANGOR DAN PENANG DIAMBIL ALIH OLEH DAP DAN PKR SEDANGKAN UNDI AHLI PAS DIBERIKAN KEPADA DAP DAN PKR...???


5. JIKALAU PENYOKONG PAS TIDAK MENGUNDI DAP DAN PKR ADAKAH DAP DAN PKR AKAN MAMPU MEMERINTAH NEGERI KAYA SEPERTI SELANGOR DAN PENANG...??? TIDAK JAUH PANGGANG DARI API...


6. SEKARANG DIAMANAKAH PERGINYA JANJI PAS UNTUK MENEGAKKAN HUKUM ALLAH DAN NEGARA ISLAM DI MALAYSIA...???

7. KALAU GAGASAN PAKATAN RAKYAT DIDAFTARKAN DIBAWAH PENDAFTARAN PERTUBUHAN POLITIK MAKA ADAKAH DAP DAN PKR AKAN MEMBERI PERSETUJUAN UNTUK MEMBENARKAN PAS MEMASUKKAN PERENGGAN YANG MENGATAKAN PEMERINTAHAN GAGASAN PR MEMATUHI HUKUM ISLAM...???

8. ADAKAH PEMIMPIN SEDAR MEREKA AKAN DITIPU ATAU MEREKA SUDAH LUPA KEPADA MATLAMAT TUJUAN PENUBUHAN ASAL PAS ITU SENDIRI...???


9. SEKARANG PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DI NEGARA KITA MEMPERLIHATKAN MEMANG BENAR MENUNJUKKAN PAS SUDAH SEMAKIN JAUH DARI TUJUAN ASAL PENUBUHAN MEREKA DAN KALAU DAHULU BERBAIK DENGAN PARTI BUKAN ISLAM ADALAH HARAM MAKA SEKARANG MEMBELA DAP YANG MENGHINA ISLAM PUN SUDAH DIHALALKAN...


10. WALAUPUN KARPAL SING MENGATAKAN LANGKAH MAYAT SAYA DAHULU KALAU MAHU TUBUH NEGARA ISLAM, PEMIMPIN PAS SANGGUP MENELANNYA DENGAN SELESA DAN KALAU LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG MENGATAKAN TIADA HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU KALAU MEREKA MEMERINTAH MALAYSIA, PEMIMPIN PAS TERPAKSA AKUR DENGAN KEBONGKAKAN PEMIMPIN DAP INI...

11. MENGAPAKAH SEMUA INI BERLAKU...???

12. KEBENCIAN PEMIMPIN PAS TERHADAP SESAMA SAUDARA ISLAM MEREKA DALAM UMNO MENYEBABKAN MEREKA RELA MENGHAPUSKAN UMNO WALAUPUN IANYA AKAN MENYEBABKAN MELAYU DAN ISLAM AKAN BERKUBUR DI MALAYSIA INI AKAN BERLAKU...


13. INIKAH PEMIMPIN ISLAM YANG DIKATAKAN PEWARIS NABI...???

5 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Pemimpin PAS memang sedar apa yang depa buat. Depa pun tahu hukum agama. Tapi depa jugak pasai nak jaga kepentingan politik. Lepas tu depa nanti kona, pusing dan putar belit nak menghalalkan apa yang depa buat.

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA EKENG YANG DIHORMATI

MUNGKIN ADA PENGIKUT DAN PENYOKONG PAS YANG SUDAH SEDAR HAL INI DAN MEREKA MEREKA JUGA MEMPUNYAI PEMIKIRAN YANG SAMA DENGAN KITA BAHAWA UNTUK MENYELAMATKAN ISLAM KITA MESTI MENGUKUHKAN PERPADUAN DALAM BANGSA YANG DINAMAKAN BANGSA MELAYU...


SALAM

Anonymous said...

Bro TL

macam tu punya terang bukti pun masih tak nak percaya DAP tu memang benci islam dan tuduh pulak UMNO ni jahat

pelik betul sikap pas ni

mungkin pas ingat dia org boleh kabur mata rakyat kot

rakyat sudah sedar beb, pas kau tunggulah nanti kami ajar kamu

pemerhatipolitik

Anonymous said...

salam tuan blog

saya tak sokong mana2 pihak tapi saya bdoa supaya sesama melayu dan islam bsatu semula macam dulu

agak2nya boleh tak. kenapa x boleh bsatu sedangkan sama bansa dan agama serta bsaudara lagi tu.

apalah nak kita puja dap yg terang2 x sokong ISLAM

macam mana agaknya?

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA PEMERHATIPOLITIK DAN ANON 6.28

APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN IALAH BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA MEREKA AKAN SEDAR DAN DALAM MASA YANG SAMA KITA KENA JUGA MENUNJUKKAN KEBAIKAN KEPADA MEREKA...

JANGANLAH KITA MAKI HAMUN MEREKA DAN INI AKAN MEMBUAT MEREKA JUGA AKAN MEMAKI HAMUN KITA...

SESAMA ISLAM KITA BUAT KEBAIKAN DAN SAMADA MEREKA MAHU BERBAIK DENGAN KITA TERPULANGLAH YANG PENTING AMALAN KITA DENGAN ALLAH...


SALAM