Tuesday, August 11, 2009

PERJUANGAN PAS ATAS DASAR NAFSU ATAU KERANA ALLAH???


PAS MELAKUKAN SESUATU KERANA ALLAH ATAU KERANA POLITIK...???



1. ISU ARAK HALAL DI SELANGOR MUNGKIN AKAN BERTERUSAN SEKIRANYA TIADA USAHA DARI PIHAK UMNO SELANGOR MEMPERTENGAHKANNYA KEPADA MASAYARAKAT KHASNYA DALAM DUNIA CYBER INI...


2. TAPI SETELAH PERKARA ITU MENJADI TOPIK PERBUALAN RAKYAT, PEMIMPIN PAS SELANGOR YANG SEBELUM INI HANYA BERKATA “SAYA TIDAK DIMAKLUMKAN” ATAU “SAYA TIDAK TAHU” KINI CUBA MENJUARAI ISU INI UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA MANUSIA BAHAWA MEREKA ADALAH PEJUANG AGAMA ALLAH...


3. DIMANAKAH MEREKA KETIKA ISU INI MULA DIKETENGAHKAN...???



4. DI MELAKA PULA, KETUA DEWAN PESURUHJAYA PAS NEGERI KAMARUDIIN SIDEK MENCABAR KETUA MENTERI MELAKA SUPAYA MENGHARAMKAN ARAK DIJUAL DI MELAKA SEKIRANYA MAHU PAS KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT...???



5. NAIB PRESIDEN PAS DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN PULA MENYALAHKAN UMNO KERANA TIDAK MELAKUKAN APA-APA SELAMA MEMERINTAH LEBIH 50 TAHUN NEGARA INI BERKAITAN PENGHARAMAN ARAK...???


6. TIDAKKAH MEREKA SEDAR BAHAWA PENGHARAMAN AMALAN MEMINUM ARAK DALAM MAJLIS KERAJAAN DAN TENTERA SERTA AGENSI KERAJAAN YANG LAIN SUDAH LAMA DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN UMNO...???


7. TIDAKKAH MEREKA SEDAR PENGELUARAN LESEN ARAK HANYA DIBERIKAN KEPADA PENJUAL YANG BUKAN ISLAM DAN HANYA MENJUALKANNYA KEPADA ORANG BUKAN ISLAM...???


8. APAKAH PERANAN PAS DALAM MENYEKAT RAKYAT ISLAM MALAYSIA DARI MEMINUM ARAK SELAIN MENYALAK SEPERTI ANJING YANG TIDAK BERTUAN...???


9. APAKAH PEMIKIRAN PEMIMPIN PAS INI...???


10. ADAKAH SETIAP YANG DILAKUKAN OLEH PAS MESTI ADA TIMBAL BALIKNYA ATAU BUKAN KERANA ALLAH...???


11. SUDAHKAH MEREKA LUPA BAHAWA DALAM ISLAM SEMUA ANGGOTA MASYARAKAT BERTANGGUNGJAWAB MENGHALANG SETIAP YANG MUNGKAR DAN MEMBANTU DALAM PERKARA YANG BENAR...???


12. JELASLAH SEKARANG APABILA ISLAM DIHINA OLEH DAP, PAS TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN WALAUPUN DAP MENGATAKAN “FUCKING RELIGION (ISLAM)“ DAN DAP MENGUTUK SULTAN DAN RAJA MUDA PERAK, PAS MASIH DIAMKAN DIRI...



13. INIKAH PENDIRIAN SEORANG PEMIMPIN YANG GILA MENGELARKAN DIRI MEREKA PEJUANG ISLAM..???


14. SATU AYAT YANG SESUAI UNTUK MEREKA INI “PERGI JAHANAM DENGAN MEREKA”... MEMINJAM KATA-KATA ULAMA BESAR PAS, NIK AZIZ...

23 comments:

AbgTuah said...

PAS NI JENIS YANG PANDAI MEMBELIT..MENYALAK..MELAUNG..

ITU AJE BAKAT YANG MEREKA ADA..

MEMBANGUNKAN ISLAM TAK NAMPAK PUN JASA MEREKA..

CARI PUBLISTI MURAH DAN MUDAH UNTUK DAPAT NAMA MEMANG KEPAKARAN MEREKA..

TUNGGULAH..KEHANCURAN PAS AKAN TIBA TAK LAMA LAGI

Jeffry said...

SLM BRO...SEMUA PARTI DLM PAKATAN MNGAMALKAN TALAM 3 MUKE..SBB TU AL JUBORINK BLH SPIN SEMUA FAKTA SAMPAI 360 DARJAH!. KITA TENGOK SEJAUH MANA DIA BLH SPIN..TIBA MASANYA NANTI PASTI MENJERUT LEHER SENDIRI KEHKEHKEH

YANG GAMBI said...

Salam,

Melayu yang ada dalam PKR dan PAS perlu keluar dari manusia jahanam ini, hindarkan diri dari jadi dayus dan bacul.....

Anonymous said...

pas memang tak boleh harap.

kifli said...

Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen.

Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan.

Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal.

Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan.

"Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?" .

Pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?

"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya.

Tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu.

"Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu._

kifli said...

Tindakan pemimpin BN-UMNO memanipulasikan isu penjualan arak adalah semata-mata bagi mengelirukan pemikiran dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Selangor yang berbilang kaum.

Malah UMNO dilihat terdesak sehingga sanggup mempolitikkan isu penjualan arak dengan tujuan melaga-lagakan parti komponen Pakatan Rakyat semata-mata untuk merampas kembali Selangor.

“UMNO dan Barisan Nasional cuba nak ambil kesempatan daripada isu-isu ini mengelirukan rakyat, saya rasa usaha mereka akan gagal sebab pemikiran rakyat lebih baik daripada pemikiran UMNO dan Barisan Nasional"

UMNO juga ketandusan strategi menakluk kembali Selangor setelah sekali lagi menimbulkan keresahan rakyat yang sebelum ini menggunakan isu penternakan babi berkelompok di Sepang tidak lama dahulu.

Natijahnya, usaha mereka gagal menjatuhkan Pakatan Rakyat walhal idea asal pembinaan bangunan penternakan babi itu daripada kerajaan Barisan Nasional yang lalu.

“Akhirnya kita tengok isu itu mati begitu saja kerana rakyat faham apa yang nak dilakukan oleh kerajaan negeri. Jadi mereka tidak puas hati dengan itu. Mereka mendapati satu isu sekarang ni, isu arak jadi isu arak ni sama dengan babi ialah isu yang kedua-duanya merupakan isu yang paling sensitif di antara golongan-golongan Islam dan bukan Islam”,

Sebagaimana yang termaktub dalam peruntukan undang-undang jenayah syariah dan undang-undang kecil kerajaan tempatan, masing-masing menetapkan beberapa terma dan syarat tertentu bagi mengawal penyalahgunaan penjualan arak khususnya dalam kawasan penduduk majoriti Islam.

“Keadaan kalau ada sedikit pun pertentangan pendapat di antara PAS dengan DAP terutamanya, ini adalah disebabkan oleh tafsiran kita kepada beberapa perkara perlaksanaan, yang pertamanya undang-undang jenayah syariah, yang keduanya peraturan-peraturan kecil yang sedang dipraktikkan di PBT-PBT, dalam konteks Shah Alam ini ialah di MBSA”.

Kepada semua pihak terutamanya media massa mendapatkan penerangan berhubung isu penjualan arak daripada Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja.

“Saya harap hanya penerangan daripada Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja yang dikira sebagai sahih yang lain-lain itu saya fikir adalah pendapat masing-masing yang tidak mewakili Parti Islam Semalaysia (PAS)

kifli said...

Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.

Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.

Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.

Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.

ada sambungannya lagi.....

kifli said...

Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith ( ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.

Untuk makluman Umno , Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut . Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “ mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.

Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.

Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA KIFLI YANG DIKASIHI

1. TERLALU BANYAK PERSOALAN DAN TUDUHAN YANG SAUDARA BUAT TERHADAP UMNO DAN MEMINTA SAYA MENJAWAPNYA... TERUS TERANG SAYA MENGAKU SAYA BUKANKLAH LAYAK UNTUK MENJAWAB BAGI PIHAK UMNO APATAH LAGI SAYA NI SIAPA DISISI MEREKA...

BIARLAH SAYA MENJAWAB ATAS KAPASITI DIRI SAYA SENDIRI YANG TIDAK ADA SANGKUT PAUT DENGAN UMNO...

PERSOALAN PERTAMA: KENYATAAN YANG PERNAH DS NAJIB BUAT PADA 20/4/1983 IAITU..

” negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan"..

DAN 20/4/1992 IAITU

...” kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.”

SEBELUM SAYA MENJAWAB ... INGIN SAYA BERTANYA SAUDARA KIFLI ADA KE SALINAN ATAU BUKTI YANG MENGATAKAN DS NAJIB PERNAH BERKATA SEPERTIMANA SAUDARA TUDUH DI ATAS..???

TAPI BIARLAH SAYA ULASAN ATAS KENYATAAN YANG DIMAKSUDKAN DEMI MEMENUHI PEMINTAAN SAUDARA...

SAUDARA KENA INGAT BAHAWA HUDUD YANG DILAUNGKAN OLEH PAS SELAMA INI ADALAH HUDUD DARI SUDUT PEMAHAMAN PAS BUKANNYA HUDUD YANG DIGARISKAN OLEH ALLAH DALAM AL QURAAN... MAKA DENGAN PELAKSANAAN UNDANG2 ISLAM ALA PAS YANG TIDAK BERTERASKAN ISLAM SEBENARNYA MUNGKIN AKAN MENIMBULKAN KEKACAUAN DAN KEKECOHAN DALAM MASYARAKAT DI MALAYSIA...

CONTOHNYA KALAU SEORANG PEREMPUAN ISLAM YANG SUDAH BERKAHWIN BERZINA DENGAN LELAKI BUKAN ISLAM MAKA PEREMPUAN TERSEBUT AKAN DIHUKUM MENGIKUT HUKUM HUDUD DAN SI LELAKI BUKAN ISLAM YANG MENIKMATI TUBUH WANITA ISLAM TERSEBUT AKAN TERLEPAS... DIMANAKAH ADILNYA HUKUM HUDUD PAS ITU...??? SEBAGAI SATU CONTOH SAHAJA...

MAKNA SEKIRANYA KITA BENAR-BENAR INGIN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD ATAU MENGUBAH HUKUM SEDIA ADA KEPADA HUKUM ISLAM, UMAT ISLAM MALAYSIA KENA BERSATU PADU UNTUK MENANGKIS PIHAK BUKAN ISLAM YANG AKAN MENENTANG PELAKSANAAN HUKUM TERSEBUT TETAPI MACAM MANA DENGAN KAWAN BAIK PAS IAITU DAP YANG TERANG-TERANG MENOLAK ISLAM... ADAKAH MEREKA AKAN BERSETUJU...

DAN BAGAIMANA DAN SEJAUHMANAKAH USAHA YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN PAS KELANTAN UNTUK MENGUMBAL UNDANG-UNDANG DI BAWAH KUASA KERAJAAN NEGERI UNTUK DIISLAMKAN... TAK ADA SATU PUN DIBUAT SEJAK MEREKA MEMERINTAH KELANTAN...???

SIAPAKAH YANG MENIPU RAKYAT ISLAM SEBENARNYA...???

Tungaklangit said...

HUJAH KEDUA SAUDARA IAITU :

“Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995? ...."Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar,"

UNTUK MAKLUMAN SAUDARA, DI BAWAH KANUN TANAH NEGARA SETIAP PENGAMBILAN TANAH REZAB MELAYU UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN MESTILAH DIGANTIKAN DENGAN KELUASAAN YANG SAMA DI TEMPAT YANG LAIN... LIHATLAHUNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA DAN PELAKSANAANNYA SEHINGGA SEKARANG... TUJUAN PENGAMBILAN TANAH REZAB MELAYU ADALAH UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN RAKYAT...

JANGANLAH MEMBERI SATU DATA YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN DAN TIADA SANDARAN NAS YANG KUAT. INI HANYA AKAN MENGELIRUKAN PEMIKIRAN RAKYAT YANG TIDAK FAHAM AKAN UNDANG-UNDANG TANAH NEGARA...

HUJAH SAUDARA SETERUSNYA IAITU:

“ Tindakan pemimpin BN-UMNO memanipulasikan isu penjualan arak adalah semata-mata bagi mengelirukan pemikiran dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Selangor yang berbilang kaum.”

TUJUAN UMNO NEGERI SELANGOR MENGWAR-WARKAN ISU ARAK DI SELANGOR ITU ADALAH KERANA RONNIE LIU MENGATAKAN ARAK TIDAK HARAM DAN BELIAU MELINDUNGI PENIAGA ARAK BERBANGSA CINA DI SELANGOR... BELIAU JUGA CAMPURTANGAN DALAM TUGAS PENJAWAT AWAM YANG MERAMPAS ARAK TERSEBUT DAN RONNIE LIU MENGARAHKAN ARAK TERSEBUT DIKEMBALIKAN KEPADA PENIAGA BERKENAAN...

MASA ITU PEMIMPIN PAS SELANGOR HANYA MEMATIKAN DIRI TANPA BERKATA SEPATAH APA PUN TAPI BILA PERKARA INI TELAH DIBAWA OLEH UMNO SELANGOR DAN MENJADI ISU BESAR BARULAH PEMIMPIN PAS SELANGOR YTERJAGA DARI TIDURNYA DAN MENUNJUKKAN MEREKA ADALAH PEJUANG ISLAM...

RUJUK KEMBALI SEGALA KENYATAAN HASSAN ALI DAN PEMIMPIN PAS YANG LAIN BILA DITANYA PEMBERITA MENGENAI HAL RONNIE LIU DAN TINDAKAN RONNIE LIU MENGEMBALIKAN ARAK YANG DIRAMPAS DALAM AKHBAR LEPAS... AKAN TERJAWAB SEGALA PERSOALAN SAUDARA DI ATAS...

HUJAH SAUDARA

“ Keadaan kalau ada sedikit pun pertentangan pendapat di antara PAS dengan DAP terutamanya, ini adalah disebabkan oleh tafsiran kita kepada beberapa perkara perlaksanaan, yang pertamanya undang-undang jenayah syariah, yang keduanya peraturan-peraturan kecil yang sedang dipraktikkan di PBT-PBT, dalam konteks Shah Alam ini ialah di MBSA”.

BAGUSLAH KALAU SAUDARA MAHU MEMPERTAHANKAN PEMIMPIN KAFIR YANG MENGHINA ISLAM, SULTAN MELAYU DAN MENJADI PELINDUNG KEPADA PUSAT MAKSIAT DAN JUDI ITU LINDUNGILAH MEREKA... BERKERJASAMA DAN SALING TOLONG MENOLONGLAH KAMU DALAM MENGERJAKAN MAKSIAT TERHADAP ALLAH....

Tungaklangit said...

HUJAH SAUDARA SETERUSNYA:

“Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven. Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.

SAUDARA YANG DIKASIHI, BUKA MATA DAN LIHAT SEKELILING SAUDARA, ADAKAH MEREKA YANG SAUDARA LIHAT ITU SEMUA BERAGAMA ISLAM...??? ADAKAH PENDUDUK MALAYISA INI 100 PERATUS TERDIRI DARIPADA ORANG ISLAM...???

KERAJAAN UMNO TIDAK MENYURUH ORANG ISLAM MEMINUM ARAK...SEBAGAIMANA KERAJAAN ISLAM PAS YANG JUGA MEMBIARKAN SESETENGAH KEDAI MENJUAL ARAK... SETIAP PELAKUAN MANUSIA AKAN DIPERTANGGUNGJAWAB ATAS SI PELAKUNYA BUKAN UMNO ATAUPUN PAS...???

SEPATUTNYA SAUDARA SEBAGAI SEORANG ISLAM BERDAKWAH KEPADA AHLI KELUARGA, JIRAN TERTANGGA DAN MASYARAKAT SETEMPAT YANG BERAGAMA ISLAM SUPAYA MENJAUHI ARAKM KERANA ARAK HARAM DISISI ISLAM... KENAPA NAK SALAHKAN PIHAK LAIN SEDANGKAN DIRI SENDIRI TIDAK MELAKUKAN APA-APA...??? JENIS ISLAM APAKAH KAMU INI...???


HUJAH SAUDARA BERIKUTNYA:

“Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai”.

SALAM SAUDARA YANG MASIH DALAM BUAIAN TIDUR, MENGAPAKAH PERLU KITA BERDEMO SANA SINI... BERDEMOLAH DENGAN NAFSU KITA SENDIRI... BETULKAN DIRI KITA SEBELUM KITA NAK MENUDUH ORANG LAIN SALAH... DALAM ISLAM DAN AGAMA KITA MENGATAKAN ARAK DAN JUDI HARAM... MAKA SEORANG ISLAM YANG BENAR ISLAMNYA TIDAK AKAN MENDEKATI PERKARA YANG HARAM... KALAU DITUTUP SEKALIPUN, ARAK INI AKAN DISELUDUP OLEH MEREKA YANG BERMINAT MACAM DI KELANTAN, MASIH RAMAI YANG PERGI KE GOLOK SIAM... ADAKAH PAS MESTI DISALAHKAN KALAU ORANG MASUK GOLOK...???

HUJAH DANGKAL SAUDARA SETERUSNYA:

“mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut...Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ?

SAUDARA PERLULAH MEMBUKA MINDA DAN PENGETAHUAN SELUAS-LUASNYA DAN JANGANLAH BERCAKAP SEPERTI MANUSIA YANG TIDAK TAHU PERKEMBANGAN SEMASA... APAKAH KAITANNYA KDN DENGAN IKLAN YANG DIKELUARKAN...??? IKLAN ADALAH TANGGUNGJAWAB AKHBAR BERKENAAN SAMADA MAHU MELULUSKAN ATAU TIDAK... MACAM AKHBAR HARAKAH YANG MEMPROMOSI UBAT TENAGA BATIN DAN SEBAGAINYA...

DALAM SETIAP PENERBANGAN DALAM NEGERI, ADAKAH SAUDARA MELIHAT ARAK DIHIDANGKAN...??? ATAU SAUDARA TAK PERNAH NAIK KAPALTERBANG TETAPI MENDENGAR CERITA PENCERAMAH PAS..??? KALAU UNTUK PENERBANGAN LUAR NEGERI, ARAK DIBERIKAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM...

BAGI PARAMUGARA DAN PARAMUGARI ISLAM, SAYA INGIN MENANYAKAN KEPADA ANDA KALAU ANAK ATAU SAUDARA ANDA INGIN MEMOHON MENJADI PARAMUGARA/I MAKA JANGANLAH BENARKAN MEREKA KERJA DI SITU KERANA BIDANG TUGAS MEREKA SEPERTI PELAYAN SAMA DENGAN PELAYAN DI CLUB ATAU HOTEL... KALAU DAH TAHU KERJA TERSEBUT TIDAK ELOK MENGAPA MASIH MAHU MENJADI PARAMUGARA/IBANYAK KERJA LAIN YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PERKARA YANG HARAM...

Tungaklangit said...

HUJAH DANGKAL SAUDARA YANG SETERUSNYA:

“jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini.”

CUBA TANYA NIK AZIZ ATAU AZIZAN, ADAKAH MEREKA MEMBUANG SEMUA CUKAI DARI AHSIL HARAM INI KE LOMBONG...??? ATAU MEREKA GUNAKAN UNTUK KEGUNAAN MEMBINA KEMUDAHAN AWAM (UNTUK ORANG ISLAM ATAU BUKAN ISLAM) SEPERTI JALANRAYA DAN SEBAGAINYA...

AKHIRKATA, KALAU BEGINILAH HUJAH SAUDARA, SAYA RASA KALAU DITAKDIRKAN OLEH ALLAH PR/PAS MEMERINTAH MALAYSIA SAYA TIDAK TAHU APAKAH YANG AKAN TERJADI DENGAN NEGARA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MANUSIA YANG HANYA BERPEMIKIRAN SINGKAT DAN MELIHAT DARI SATU SUDUT SAHAJA...

KITA MENGAKUI ISLAM TETAPI KITA TIDAK TAHU BAGAIMANA HENDAK MENTADBIR DIRI KITA DAN NEGARA YANG BERBILANG KAUM...

MAAF SEKIRANYA ADA JAWAPAN YANG TIDAK MENYENANGI SAUDARA

Tungaklangit said...

SALAM ABANG TUAN, JEFFRY, YANG GAMBI DAN ANON 7.08

SEMUA PEMIMPIN MASIH TIDAK NAMPAK AKAN KESILAPAN MEREKA DAN MERASAKAN APA YANG MEREKA BUAT ADALAH BENAR DAN DITERIMA ALLAH...

KALAU SESEORANG ITU TAHU MAKA JELASLAH SEPERTI INILAH YANG PALING BAHAYA DI SISI MASYARAKAT ISLAM KERANA MEREKA TIDAK MENGIKUT AJARAN ISLAM YANG SEBENARNYA...

ISLAM SENTIASA MENGAJAR KITA SUPAYA MENILAI DIRI SENDIRI DAN MEMOHON MAAF ATAS KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN BUKANNYA MENUDUH ORANG SEMUANYA SALAH...

SALAM DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG HAMPIR TIBA

Dollah said...

PERGI JAHANAMLAH UMNO. ITULAH PERKATAAN YANG SELAYAKNYA UNTUK PENYOKONG UMNO KARAT

Tungaklangit said...

salam saudara dollah

terima kasih atas penghinaan yang diberikan...

begitulah sepatutnya ungkapan baik dari seorang yang menyokong parti pejuang Islam seperti pas...

salam

ikan emas said...

Salam semua,
politik wujud bagi memudahkan manusia hidup bersistem ..namun manusia sendiri yang menyusah dan memusnahkan sistem ini menjadi penyebab kpd keporakperandaan.. Kepada semua yg di atas ni, jangan lah anda memesongkan sistem ini..

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA IKAN EMAS

TERIMA KASIH ATAS KOMEN SAUDARA


SALAM

noi/moi said...

UMNO hari ini tidak ubah seperti lelaki yang mati pucuk.
Semangat sudah tiada.
Tenaga entah ke mana.
Yang ada hanya nafsu jalang yang meliar dan menyetan
Ibarat iblis yang disumpah berkeliaran.



Bila UMNO bertenaga, sihat dan bergaya
- dia lupa anak bangsa.

Bila UMNO lemah dan tidak bermaya
- Melayu juga menjadi mangsa.

Jantan jalang yang tidak bertenaga,
- viagra dijadikan penegang senjata

UMNO malang yang tidak bermaya,
- api perkauman dijaja merata.

UMNO mengaku ianya Melayu
- Itulah punca Melayu layu

UMNO mengaku ia tolong Melayu
- Sebenarnya ia menipu merompak hak Melayu

KUASA RAKYAT akan menumbangkan KEANGKUHAN AJARAN SESAT REJIM ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH

kifli said...

Isu Arak di Selangor: UMNO Jangan Jadi Munafik

UMNO Selangor cuba menangguk di air keruh. Cuba nak tunjuk hero dalam isu arak di Selangor

Khir Toyo diberitakan berkata:

“I am not suggesting that the sale of alcohol be banned everywhere. Alcohol can be sold, just not in areas where there is a Muslim majority,” said Khir.
He said when Selangor was under BN, beer was not sold in areas like Shah Alam and Bangi because of the large number of Muslims living in those areas.
Does that mean the former mentri besar agrees with PAS, particularly Datuk Hassan Ali, on the matter?
“Barisan has never had a problem like this in the past. If they (DAP) can respect Hindu rights, why not Muslim rights?” he replied.”
()

UMNO dan Khir Toyo jangan jadi munafik. Rekod menunjukkan sepanjang UMNO menganggotai Majlis MBSA, tidak pernah isu penjualan arak secara terbuka ini diperbincangkan.

Kedai yang dirampas arak oleh MBSA itu telah menjalankan operasi menjual arak sejak zaman BN memerintah lagi sehingga telah diprotes oleh penduduk setempat. Malangnya, protes penduduk setempat telah seperti mencurah air di daun keladi.
Semua wakil-wakil rakyat UMNO serta ahli Majlis mereka tidak pernah menaikkan isu penjualan arak di Shah Alam ini.

Mengapa saya gunakan perkataan Munafik

Senang sahaja. Yang bagi lesen arak ni UMNO. Yang bina kilang Calrsberg dan Anchor di Selangor ni UMNO. Yang benarkan arak dijual berleluasa di seluruh negara adalah UMNO.

Jadi, takkan kita nak harapkan UMNO untuk membenteras penjualan arak di Selangor sedangkan UMNO yang keluarkan lesen.

Masakan kita boleh harapkan perompak untuk membenteras amalan perompakan.

UMNO Benarkan Orang Melayu Islam Duduk di Lembaga Pengarah Calsberg
Saya nak tanya, mengapa UMNO boleh benarkan orang Melayu Islam duduk di Lembaga Pengarah Calrsberg? Mengapa tiada tindakan dan larangan dari UMNO? Apa tindakan yang UMNO telah ambil untuk menghalang beberapa individu Melayu Islam ini dari menjawat kedudukan di Lembaga Pengarah Calrsberg?

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA KIFLI YANG DIKASIHI

SUNGGUH BERSEMANGAT SAUDARA MENGELUARKAN HUJAH DAN FAKTA UNTUK MENGUTUK UMNO DALAM ISU ARAK DI SELANGOR...

BEGINILAH NASIHAT SAYA, MEMANGLAH UMNO NI JAHAT DAN SEKARANG PAS SUDAH MENJADI PEMERINTAH DALAM SELANGOR MAKA SAYA CADANGKAN SUPAYA DENGAN SEMANGAT TEBAL ISLAM YANG ADA DALAM PAS ITU CUBALAH PERBETULKAN KEMBALI KESILAPAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN UMNO DAHULU...

BUAT MESYUARAT DAN USULKAN TARIK BALIK PERMIT LESEN KILANG ARAK TU, TARIK BALIK LESEN MENJUAL ARAK DI 7 ELEVEN... MAKA SAYA DAN JUGA RAMAI LAGI ORANG ISLAM YANG LAIN AKAN MENGHORMATI PAS SEBAGAI PEJUANG ISLAM SEBENARNYA...

BOLEHKAH PAS BUAT MACAM TU...

ATAU PAS AKAN KATA...

LESEN TU UMNO YANG KELUARKAN MAKA KAMI TERPAKSA IKUT SAHAJA TAK BOLEH BUAT APA LAGI...

KALU ITU JAWAPANNYA MAKA DIAM SAHAJALAH JANGANLAH NAK MENGUTUK ORANG LAIN SEDANGKAN KITA NI 2X5 SAHAJA...

PANDAI BERCAKAP TAPI TAK BOLEH LAKSANAKANNYA...

NASIHAT SAYA BUAT SAUDARA LIHATLAH PEMIMPIN PAS YANG ADA SEKARANG ... TANYA MEREKA APA YANG MEREKA SUDAH BUAT TERHADAP JANJI MEREKA SEMASA PRU12 DAHULU IAITU INGIN MELAKSANAKAN ISLAM DI SELANGOR, MEMBENTERAS JENAYAH, MEMBANTU RAKYAT MISKIN DAN SEBAGAINYA... INI LAGI TERANG KEMUNAFIKANYA KERANA APABILA BERJANJI TIDAK DITUNAIKANNYA...

SALAM

Tungaklangit said...

SALAM SAUDARA NOI/MOI

KALAU BEGINILAH BAHASA SAUDARA YANG MENGAKU ISLAM, MAKA MALULAH SAYA KERANA SEORANG ISLAM TIDAK MEMPUNYAI AKHLAK SEBAGAIMANA SAUDARA...

SAYA NAK TANYA SAUDARA DALAM SAUDARA MEGUTUK UMNO LUPAKAH SAUDARA DENGAN IZIN ALLAH MAKA SEGALA PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN DASAR DAN POLISI KERAJAAN DAPAT DILAKSANAKAN DAN IANYA DAPAT MEMBANGUNKAN NEGARA INI DARI SEBUAH NEGARA YANG TIDAK DIKENALI KEPADA NEGARA DIKENALI...

RAMAI ORANG DAPAT REZEKI TERMAKSUK MAK BAPAK SAUDARA, DAN RAMAI2 ANAK BANGSA MENDAPAT PENDIDIKAN TERMASUK SAUDARA YANG TIDAK SEDAR DIRI...

ITU SAHAJA LAH ULASAN SAYA BAGI MEREKA YANG TIDAK MENGENANG JASA ORANG DAN NIKMAT ALLAH

SALAM

Anonymous said...

sesiapa pun tak lupa komen hj hadi tentang hudud dahulu...Hudud hanya 0.0001% daripada Islam.Inilah rupa tok guru yang bila dapat kuasa, hukumnya dah jadi lain sikit.He he. Macam-macam alasan ada!!!

Kifli,yang kau duk "copy dan paste" dari harakah online/ (pasal 7 wasiat raja nazrin) tentang komen mahfuz omar tu pasai apa. Pas sepatutnya turut sama memperjuangkan orang melayu dengan cara kamu sendiri.

20 tahun dulu tok guru nik aziz kata tak nak pakai kereta besar..kini dah mercedes.Ye lah ekonomi dah bagus,hasil buah fikiran Tun Mahathi r dulu.

Dulu tak reti nak bekerjasam dengan DAP, kini dah pun TIDUR SEBANTAL,BERAK SEJAMBAN dan KENCING sama-sama berdiri.

Kamu berdiam diri tentang atau berkompromi tentang anwar dan nizar "menyembah" lilin di meja mendiang Teoh.

Demi ronnie, kamu jahanamkan UMNO.Kerana kamu sudah benci UMNO.Kamu sayangkan PAS. Kamu bencikan UMNO sampai sanggup kamu tidur atas jalan merentangi kereta Raja Muda Nazrin. Kamu perlekehkan Tujuh wasiat apabila Raja Nazrin cuba peringatkan hak melayu. Kamu benci umno sampai kamu sanggup turun berdemo di kawasan Melayu.Kenapa tidak berdemo di kawasan Bukit Bintang? takut kena saman RM100 juta. tak pe anwar boleh bayar!

Kamu letakkan kesalahan segalanya pada UMNO.Kamu putar belit keinsafan rakyat untuk terus menolak umno walau umno mahu berubah dan telahpun berubah.Kerana apa.Kerana kamu mahu kuasa!
Kenapa nik aziz belum meletakkan jawatan selepas "berkata" nak letak jawatan selepas UMNO(Undur Mahathir Negara Ok) kata kamu.Tapi masih pegang lagi.

Dulu Tun abdullah beri layanan VVVVIP pada nik aziz bila jantungnya bermasalah.IJN buat pembedahan khas masukan bateri perentak jantung.Syukurlah kejap! Lama-lama perangai lama mai semula.Hentam UMNO! Jahaman UMNO,UMNO parti komunis dan SESAT!

Subhanallah. Tiadakah orang yang lebih ulama daripada nik aziz untuk membetulkan ini. Ada. Mufti Perak cuba bersuara. Tapi kamu LACURKAN! subhanallah.

Alangkah beruntung nik aizi dapat orang semacam kamu.Ahli propaganda yang sudah hilang timbang tara akal.Asyik duk copy dan paste sahaja.

Cuba juga kamu periksa berapa hektar lagi kawasan balak yang tinggal di Kelantan selama dibawah PAS.

Kenapa nik aziz beriya-iya NAK DUIT RM 1 Billion sampai sanggup ikut(atau bodek najib)sampai ke Pekan! Dan bercakap hak rakyat kelantan.Dan menuduh umno rampas nak kelantan sebab nak duit RM 1 billion. Hebat benar! dan yang paling hebat ada pulak orang percaya! manakan tidak percaya, tok guru yang bercakap.


Apakah jaminan yang duit itu akan sampai pada rakyat terbawah terutama orang-orang BN di kampung-kampung.

Kenapa setiap kali DUN Kelantan nik aziz seolah-olah tak suka dan ada masanya menolak soalan-soalan berkaitan penbangunan?

Ingatlah,jangan fikir nik aziz masuk syurga dengan mudah.Banyak pahala dibuatpun kelak mungkin banyak juga yang nak kena "ganti" pada orang yang disumpahnya! dijahanamkannya! dicelakakannya! dicarutnya! dll....

Sudah nasib bangsa melayu, ada parti kedua terbesarpun (andai umno gagal)...parti islam ini telah mengadaikan prinsipnya melalui tok guru-tok guru yang pandai bercakap dan berlapik dengan ayat suci alquran...telah bersekongkol dengan peliwat(rujuk banyak bukti dan laman blog atau keputusan mahkamah rayuan yang tidak menolak berlaku liwat cuma masalah teknikal) dan kini DAP yang hidup matinya menolak islam sebagai agama persekutuan pun apalagi kelak nak jadikan islam sebagai Ad-Din!

tok wan.

Tungaklangit said...

SALAM TOK WAN YANG DIKASIHI

ARTIKEL TOK WAN MENYENTUH JIWA DAN SEPATUTNYA TOK WAN MENJADI BLOGGER DAN SAMA2 KITA MENCERITAKAN KEBENARAN

ANYWAY SAYA AKAN TERBITKAN ULASAN TOK WAN INI DEMI BACAAN SEMUA PEMBACA BLOG

TERIMA KASIH TOK WAN

SALAM