Saturday, August 15, 2009

PEMIMPIN MESRA RAKYAT: PEMIMPIN UMNO MESTI MASUK KAMPUNG DAN KAWASAN PERUMAHAN KOS RENDAH DAN SEDERHANA


PEMIMPIN DAN RAKYAT: PEMIMPIN UMNO PERLU MENDEKATI RAKYAT

KHASNYA ORANG KAMPUNG


1. SEJAK DS NAJIB MENGAMBIL ALIH PUCUK PIMPINAN UMNO DAN NEGARA JELAS MISI YANG CUBA DITERAPKAN DI KALANGAN KEPIMPINAN UMNO ADALAH MENDEKATI RAKYAT SETIAP MASA DAN MENYELAMI KESUSAHAN SERTA MASALAH YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT.


2. BAGI ADUN-AUDN YANG TERPILIH MEREKA MESTI MENGAMBIL TAHU KEADAAN DAN MASALAH RAKYAT SETEMPAT DAN MENGENALI ANGGOTA MASYARAKAT DUN YANG DIWAKILI. BAGI MP PULA TUGAS LEBIH BESAR IAITU MESTI MESRA KEPADA DUN-DUN YANG ADA DALAM PARLIMEN MEREKA DAN MERANCANG PROGRAM BERSAMA-SAMA DUN YANG ADA. BAGI MB PULA MESTILAH RAJIN-RAJIN BUAT PROGRAM MELAWAT KAWASAN DAN MENGAMBIL TAHU HAL RAKYAT...


3. BAGI MENTERI PULA, GUNAKANLAH PLATFORM MASING-MASING UNTUK MENDEKATI HATI RAKYAT DAN YANG PENTINGNYA IALAH MESTILAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN IKHLAS DAN ADIL TIDAK KIRA PENDUDUK ITU ANGGOTA BN ATAU PEMBANGKANG KERANA MEREKA JUGA RAKYAT...


4. PESANAN UNTUK KETUA PEMUDA DAN BAHAGIAN DI PERINGKAT CAWANGAN UMNO, BAHAGIAN, NEGERI SEHINGGA KE JAWATAN MT, NAIB PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN SERTA KETUA PEMUDA UMNO PUSAT JUGA MESTI MELAKSANAKAN SARANAN DS NAJIB INI IAITU SERING MELAKUKAN LAWATAN DAN BERMESRA DENGAN RAKYAT...


5. TETAPI ADAKAH SEMUA INI SUDAH DILAKUKAN...??? ATAU HANYA MENUNGGU MASA PILIHAN RAYA KECIL ATAU UMUM BARU MAHU MENUNJUKKAN MUKA MASING-MASING...???


6. JADIKANLAH KEPUTUSAN PRU 12 SEBAGAI PANDUAN DAN PENDOMAN SUPAYA RAKYAT DIDEKATI DAN DIHARGAI KERANA UNDI YANG MENAIKKAN KITA ADALAH DARI PENGUNDI YANG KEBANYAKKANNYA MENETAP DI KAWASAN PERUMAHAN KOS RENDAH DAN SEDERHANA, PINGGIR BANDAR DAN DI KAMPUNG-KAMPUNG...


7. SETIAP ADUN DAN MP MEMPUNYAI PERUNTUKAN UNTUK KAWASAN MASING-MASING MAKA GUNAKANLAH PERUNTUKAN ITU UNTUK MENDEKATI RAKYAT DAN JANGAN PULA MEMAKAN HAK RAKYAT KERANA TANGGUNGJAWABNYA AMATLAH BERAT ESOK HARI...


8. BAGAIMANA DENGAN PERJUANGAN KETUA PEMUDA UMNO YANG MAHU MENGEMBALIKAN SOKONGAN GOLONGAN PEMUDA UNTUK MENYOKONG UMNO DAN BN...???


9. ADAKAH USAHA-USAHA SUDAH DIRANGKA DAN SUDAH DILAKUKAN SERTA DILAKSANAKAN DISEMUA PERINGKAT DAN SELURUH NEGARA DAN KALAU SUDAH ADA USAHA DILAKUKAN MAKA ADAKAH IANYA DILAKUKAN DENGAN IKHLAS...???


10. PESANAN INI SUDAH BERKALI-KALI DIMAKLUMKAN NAMUN MASIH ADA PEMIMPIN UMNO YANG LUPA DAN MENGULANGINYA LAGI. JANGANLAH MEMASUKI KAWASAN KAMPUNG DENGAN MEMBAWA KENDERAAN BERCERMIN GELAP DAN JENIS MAHAL SERTA BERPAKAIAN MEWAH MENGALAHKAN PERDANA MENTERI SENDIRI KERANA INI AKAN MENGIRIS PERASAAN MEREKA YANG MELIHAT DAN KALAU BOLEH BERGAUL DAN SELAMILAH PERASAAN MAKCIK DAN ADIK-ADIK KITA DI KAWASAN YANG BERKENAAN...


11. PESANAN INI DIBUAT KERANA MASIH TERDAPAT RUNGUTAN ORANG KAMPUNG TERHADAP SIKAP SESETENGAH ADUN DAN MP BN KHASNYA UMNO YANG TIDAK MAHU MEMPELAJARI PENGALAMAN LALU...


12. BAGI KETUA PEMUDA UMNO PUSAT, KEKURANGAN PROGRAM MENDEKATI PELAJAR DISEKOLAH DAN UNIVERSITI AKAN MENYEBABKAN SOKONGAN GOLONGAN PEMUDA BEKURANGAN... CARILAH PENCERAMAH MOTIVASI YANG BOLEH MEMBERI INFOMASI TERKINI KEADAAN SEBENAR KEDUDUKAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM DI NEGARA INI SERTA CABARAN YANG KITA SEDANG HADAPI HADAPI DARI DAHULU HINGGA SEKARANG SEBAGAI PANDUAN DAN PENDOMAN ANAK-ANAK MUDA KITA...


13. JANGANLAH APABILA KITA KALAH DISALURAN GOLONGAN MUDA MAKA KITA AKAN SALAHKAN MEREKA KALAU KITA SENDIRI YANG TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH MENDEKATI MEREKA DAN BERUSAHA MEMBERI PENDEDAHAN INFO TERKINI KEPADA MEREKA..


14. DALAM ISU PENGHINAAN TERHADAP ISLAM OLEH DAP... DIMANAKAH PERGINYA SUARA PEMIMPIN UMNO KHASNYA KETUA UMNO PUSAT...??? PERANAN GPMS BAGAIMANA SEKARANG...??? SEMAKIN LAMA SEMAKIN MALAP DAN KURANG SAMBUTAN PELAJAR DAN KINI HANYA TINGGAL NAMA SAHAJA...???


15. ADAKAH SEMUANYA INI BERLAKU KERANA KETUANYA TIDAK LAYAK UNTUK JAWATAN TERSEBUT ATAU MEREKA KURANG IDEA DAN CARA PELAKSANAAN...???


16. SEKURANGNYA INI YANG BERLAKU MAKA ELOKLAH RASANYA SESIAPA SAHAJA YANG MEMEGANG JAWATAN PENTING ITU BERUNDUR DENGAN HORMAT DAN MENCARI PENGANTI YANG BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK BERBAKTI KEPADA PARTI, RAKYAT DAN AGAMA ISLAM...


17. JANGAN SAMPAI RAKYAT MENGHUKUM BUAT KALI KEDUA DAN SETELAH SEMUANYA RUNTUH YANG AKAN RUGI IALAH AHLI-AHLI BAWAHAN YANG BENAR-BENAR SAYANGKAN PARTI DAN BAGI PEMIMPIN SEDIA ADA MUNGKIN MEMPUNYAI TAWARAN TERTENTU DALAM KERAJAAN BARU ESOK...


18. FIKIR-FIKIRKANLAH SELAGI MASA MASIH ADA

3 comments:

Anonymous said...

biasalah bro kalau sebelum terpilih bukan main sibu masuk kampung merendah hujan dan sbagainya tapi dah dapat lupa rakyat

baik pemimpin umno maupun pas sama aje diaorang ni

Lin said...

SALAM SAUDARA ANON 8.52

KALAULAH SEMUA PEMIMPIN UMNO MENGIKUT JEJAK DAN SERUAN DS NAJIB MAKA INSYALLAH PRU13 NANTI UMNO DAN BN TIDAK AKAN MENGHADAPI MASALAH UNTUK MENDAPAT MAJORITI SELESA

KESILAPAN KITA SEMASA MENGHADAPI PRU12 IALAH TERLALU SENANG DENGAN APA YANG KITA NIKMATI DALAM PRU11 DAN AKHIR KITA MELUPAKAN RAKYAT

SEKARANG KITA BERHARAP SEMOGA MEREKA KEMBALI KEPADA RAKYAT DAN BANTULAH RAKYAT INSYALLAH RAKYAT AKAN MEMBANTU MEREKA KEMBALI BILA SAATNAY SUDAH SAMPAI KELAK


SALAM

Anonymous said...

dah menjadi budaya UmnoNGok yang suka mempermainkan rakyat bila nak bertanding baru jumpa rakyat lepas tu ghaib

tengok kat manek urai tu, apa dah jadi?

sekian terima kasih