Thursday, August 20, 2009

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN BETUL ATAU NIK AZIZ???


PANDANGAN JAWATANKUASA MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN YANG NAK KITA DIPEGANG ATAU NIK AZIZ SEORANG?


1. MAJLIS FATWA MEMUTUSKAN KENYATAAN MUSHIDUL AM PAS NIK AZIZ YANG MENGATAKAN ISLAM YANG DIAMALKAN OLEH UMNO IAITU MENGASINGKAN AGAMA DAN POLITI TIDAK AKAN MEMBAWA PENYOKONG ATAU AHLI KE SYURGA ADALAH SATU KENYATAAN YANG SALAH DAN MENYELEWENG DARIPA JALAN ISLAM SEBENARNYA...


NILAI: Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Beliau berkata, keputusan muzakarah itu sudah diperkenankan Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001.


"Oleh itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka salah mengikut ajaran Islam. .."Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,"


Abdul Shukor yang juga Naib Canselor Usim, berkata "kepada orang ramai, saya ingin nyatakan dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka, kecuali Allah SWT yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya...."Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita,".....

"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama lebih tinggi," katanya. (Rujuk Berita Harian Online 20/8/09)


2. MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TELAH BERSUARA DAN DALAM AJLIS FATWA TERSEBUT MEMPUNYAI LEBIH DARI SATU KEPALA BERBANDING HANYA SATU KEPALA YANG MENGATAKAN ISLAM UMNO ADALAH SALAH...


3. TEPUK DADA TANYALAH SELERA SAMA ADA MAHU MENERIMA KENYATAAN NIK AZIZ YANG BERSEORANGAN DAN KEMUNGKINAN BERTEMANKAN SYAITAN ATAU BEBERAPA AHLI JAWATANKUASA MAJLIS FATWA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI LATAR BELAKANG ILMU ISLAM...


4. SAYA MEMILIH UNTUK MENYERAHKAN URUSAN INI KEPADA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN KERANA MEREKA ADALAH YANG TERPILIH DIKALANGAN AHLI YANG MENGETAHUI SOAL-SOAL AGAMA DARI PELBAGAI SUDUT DAN BUKAN AHLI DALAM MANA-MANA PARTI POLITIK...

4 comments:

Anonymous said...

bro TL

nik aziz kepala satu aje sebab tu dia mengarut lebih

tapi saya ingin mohon maaflah kat tok nik aziz ni sebab banyak bagi komen tak baik kat dia

pemerhatipolitik

Anonymous said...

betul ke majlis fatwa ni ke dah kena beli dgn kerajaan bee end

Anonymous said...

KEHKEH ANON2..TU LA OTAK TOHOK PENUH DGN TAIK PAK AJIS JEK. APE KATE PAK AJIS KO ANGGOK!..PALE HANGGOK KO LERR KEHKEHKEH. LEN KALI KLU PAK AJIS SURO KO PEGI CARI SYURGA UTK PUAK2 MUNAFIKUN & KAFIRUN, KO SANGGUP KE?? PK LE SKET BEB!! YEHAAAAAA!!!

Lin said...

SALAM NRO JEFFRY

SEBAB TU KADANG-KADANG MALAS NAK LAYAN KOMEN DIA ORANG TU

SALAM DAN SELAMAT BERPUASA