Wednesday, August 12, 2009

APAKAH SUMBANGAN PAS KEPADA PEMBANGUNAN ISLAM DAN RAKYAT???


APAKAH SUMBANGAN PAS KEPADA PEMBANGUNAN ISLAM DI MALAYSIA SELAMA IANYA DITUBUHKAN



1. SETIAP HARI DAN DALAM SETIAP CERAMAH POLITIK PAS, KITA AKAN TERDENGAR NYANYI SUMBANG PARA PENCERAMAH YANG MENGANGGAP DIRI MEREKA HEBAT DALAM BIDANG AGAMA MEMBUAT PELBAGAI TUDUHAN DAN FITNAH TERHADAP UMNO...

2. DI ANTARA FITNAH YANG PALING SUKA DIGEMBAR-GEMBURKAN OLEH MEREKA IALAH UMNO TIDAK MEMBAWA SEBARANG KEBAIKAN KEPADA PEMBANGUNAN ISLAM DI NEGARA INI...

3. UMNO DIIBARATKAN SEBAGAI SEBUAH PARTI SEKULAR DAN MENOLAK ISLAM BERBANDING PAS YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DAN MELETAKKAN ISLAM DIHADAPAN AGENDA PERJUANGAN POLITIK MEREKA...

4. BAIKLAH KITA ANGGAP TUDUHAN PAS ITU BENAR SEBAGAIMANA MEREKA KATAKAN...

5. SEKARANG PERTANYAAN YANG SAYA INGIN SAMPAIKAN IALAH SELAMA PAS DIBERANAKKAN DIBUMI MALAYSIA INI, APAKAH SUMBANGAN YANG TELAH DIBUAT UNTUK MENINGKATKAN LAGI SINAR ISLAM DAN PEMBANGUNAN RAKYAT SERTA AGAMA ISLAM KESELURUHANNYA...???

6. KALAU SUSAH SANGAT MAKA SENARAIKANLAH TIGA SUMBANGAN BESAR PAS TERSEBUT...???

7. KALAU SUSAH JUGAK MAKA SATU CONTOHPUN SUDAH MEMADAI...???

8. WALAUPUN DIBERI SEHARI SUNTUK MASA PUN AGAK SUSAH UNTUK MENCARI SATU CONTOH BAIK SUMBANGAN PAS KEPADA PEMBANGUNAN ISLAM DAN RAKYAT DI MALAYSIA INI...

9. TAPI KALAU DITANYA KEPADA PEMIMPIN PAS MENGAPA MEREKA TIDAK MELAKUKAN SEBARANG SUMBANGAN KEPADA RAKYAT ATAU ISLAM DI MALAYSIA MAKA JAWAPLAH PEMIMPIN “ MACAM MANA KAMI NAK MEMBUAT SEBARANG SUMBANGAN SEDANGKAN KAMI CUMA PEMBANGKANG..”

10. MAKA DITAKDIRKAN ALLAH, MEREKA BERJAYA MENJADI PEMERINTAH DI KELANTAN DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARI PEMERINTAH DI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

11. TETAPI SETELAH BERGELAR PEMERINTAH SEKALIPUN MEREKA MASIH GAGAL MENGANGKAT MARTABAT ISLAM DITEMPAT YANG SEPATUTNYA... MAKA BERKATALAH PEMIMPIN PAS ..”MACAM MANA KAMI NAK UBAH UNDANG-UNDANG SEDANG KERAJAAN PERSEKUTUAN DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO YANG MENOLAK ISLAM”.?

12. BEGITULAH ALASAN PEMIMPIN PAS SETIAP KALI DIAJUKAN APAKAH SUMBANGAN MEREKA KEPADA ISLAM DAN RAKYAT INI... SENTIASA MEMBERI ALASAN DAN MENYALAHKAN ATAS ORANG LAIN BAGI MELINDUNGI KELEMAHAN MEREKA...

13. TETAPI BAGI SAYA, MEMANG BANYAK SUMBANGAN PAS KEPADA ISLAM DAN RAKYAT UMUMNYA...

14. PERTAMA, MEMECAH-BELAHKAN UMMAH (UMAT ISLAM) DI MALAYSIA DENGAN MENGELUARKAN FATWA BAHAWA UMNO KAFIR DAN MENGHARAMKAN AHLI PAS BERGAUL DAN BERSEMBAHYANG DIBELAKANG IMAM UMNO, MASJID YANG DIDIRIKAN OLEH UMNO DIPENUHI NAJIS KERANA DIBUAT DARI WANG HARAM...TETAPI BILA MEREKA MEMERINTAH MASJID YANG TADINYA NAJIS KINI SUDAH OK...

15. KEDUA, PERJUANGAN AHLI PAS ADALAH JIHAD DAN MATI DALAM PERJUANGAN PAS MAKA MATI DALAM JIHAD... CONTOH TERBAIK JIHAD YANG MATI DALAM PAS IALAH IBRAHIM LIBYA...

16. TETAPI SIAPAKAH YANG MENIPU WANG KUTIPAN BANTUAN ORANG RAMAI BAGI MEMBANTU ANAK DAN ISTERI ORANG MATI JIHAD TERSEBUT KALAU BUKAN PEMIMPIN PAS SENDIRI...!!!

17. KETIGA, PAS SERING MENGATAKAN UMNO TIDAK ISLAM KERANA BERKERJASAMA DENGAN PARTI BUKAN ISLAM... MAKA KITA BERSETUJULAH DENGAN TUDUHAN MEREKA ITU... TETAPI SEKARANG SIAPAKAH YANG BERSENGKOKOL DENGAN PARTI YANG TERANG-TERANG MENOLAK ISLAM SEPERTI DAP...???

18. KEEMPAT, PEMIMPIN PAS SELALU MENGATAKAN MORAL PEMIMPIN UMNO INI JAHAT DAN TIDAK ISLAMIK... TETAPI PEMIMPIN MANAKAH YANG MEMBELASAH KAYU BALAK DI TERENGGANU, KELANTAN DAN KEDAH...??? KALAU BUKAN PEMIMPIN SENDIRI...

19. PEMIMPIN PAS JUGALAH YANG MENGAMBIL ANWAR IBRAHIM SEBAGAI KETUA MEREKA SEDANGKAN PAS DAN DAPLAH YANG MEMBAWA ISU SALAH-LAKU MORAL ANWAR SEMASA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR DULU...!!!

20. KELIMA, UMNO DITUDUH TIDAK BERJAYA MENGEKALKAN KEAMANAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA... TETAPI PEMIMPIN MANAKAH YANG MENYOKONG GERAKAN HINDRAF YANG MEMBUAT DEMO, PEMIMPIN MANAKAH YANG SUKA MENGANJURKAN DEMO, PEMIMPIN MANAKAH YANG MEMPERJUANGKAN KEMATIAN PENJENAYAH DALAM TAHANAN POLIS KALAU BUKAN PEMIMPIN PAS...!!!

21. KEENAM, PEMIMPIN UMNO SELALU DISALAHKAN KERANA TIDAK ISLAMIK DALAM SEGALA TINDAKAN... TETAPI PEMIMPIN MANAKAH YANG MENGATAKAN MEMANDANG MUKA NIK AZIZ MENDAPAT PAHALA, PERJUANGAN PAS MENYAMAI PERJUANGAN RASULLULLAH... MENGUNDI PAS BOLEH MASUK SYURGA DAN MENDEWAKAN ULAMA PAS... KALAU BUKAN PEMIMPIN PAS SENDIRI...!!!

22. KETUJUH, PEMIMPIN SELALU MENUDUH PEMIMPIN UMNO TIDAK MELAKUKAN SEBARANG LANGKAH BERKESAN DAN ANTARA SEBAB PENYUMBANG KEPADA KERUNTUHAN MORAL GENERASI MUDA SEKARANG... TETAPI DI KELANTAN SEJAK PAS MEMERINTAH, BERAPA BANYAKKAH KES PENCERAIAN, PEMBUNUHAN, KECURIAN, ROGOL, RAGUT BERDARAH, DADAH, BUANG ANAK DAN SEBAGAINYA YANG TIDAK DIBENDUNG DAN SENTIASA BERLAKU... ADAKAH ITU JUGA SALAH UMNO...???

23. SEDARLAH WAHAI PENYOKONG PAS, JANGANLAH KAMU SEMUA PERCAYA KEPADA TIPU DAYA DAN LAKONAN BAIK YANG DILAKUKAN OEH KEBANYAKAN PEMIMPIN PAS INI...

24. PEMIMPIN INI MEMPUNYAI PELBAGAI WAJAH DAN DIGUNAKAN DI TEMPAT YANG BERSESUAIAN SEMATA-MATA UNTUK MEMANCING UNDI...

25. SEKIRANYA KAMU MASIH MENYOKONG MEREKA MAKA KAMU JUGA AKAN BERTANGGUNGJAWAB BERSAMA DENGAN PEMIMPIN PAS YANG MEMPERMAINKAN ISLAM DAN MEMBELAKANGKAN SURUHAN ALLAH... MAKA SAMA-SAMALAH KAMU MENJAWAB DIHADAPAN ALLAH KELAK ATAS KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN DI MUKA BUMI INI...

12 comments:

Anonymous said...

sekarang dah bersekongkol dengan Usraz Lim Kit Siang dan pengkhianat no 1 negara Anwar Ibrahim..ingat lagi senang kalau memerintah nak ubah dasar membawa negara ini Islam..HjKarpal harammejadah Singh dah kata langkah mayat dia dahulu..jadi orang pas kena lah sembelih bengali tu kalau nak laksanakan Islam diMalaysia ni..yang mana dia kata UMNO tak pernah buat...

najamarine said...

salam saudara....

kupasan menarik..leh copy tak?hehhe

kifli said...

Adakah membangkitkan isu arak ini agenda Umno?

Allah swt berfirman dalam surah al Maaidah ayat ke 8:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Tidak ada sesiapa dalam PAS Selangor yang memiliki niat lain selain mahu melihat Islam dimartabatkan apabila mengusahakan agar jual-beli arak diharamkan di kawasan penduduk majoriti Islam di negeri ini. Setiap pihak dalam PAS Selangor mengambil inisiatif apabila melihat ada ruang dan peluang untuk mengawal barangan haram ini khasnya di kawasan tertentu.

Dari ahli EXCO ke ADUN-ADUN sehinggalah ahli-ahli majlis, semuanya menggunakan kedudukan masing-masing kerana ini amanah yang kita pegang.

Hina sungguh apabila niat suci ini dituduh sebaliknya. Kononnya usaha ini sebenarnya adalah agenda Umno untuk memerangkap PAS dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Takkanlah kerana nak menegakkan Islam pun kita dituduh sebagai dalang Umno!

Memang kalau kita gunakan kaca mata hitam, bumi yang hijau pun kita nampak hitam. Sikap sebegini tidak wajar ada dari kalangan mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang Islam. Sewajarnya semua pihak berdiri teguh di bawah panji-panji PAS Selangor dalam isu ini.

Kita bukan mahu meruntuhkan apa yang telah kita bina, bukankah binaan ini hasil kerja penat kita? Umno tidak berdaya lakukan ini, dan kita mahu tunjuk kita mampu, jadi baruah Umno kah kalau begitu? Kita harapkan rakan-rakan dalam PR akan faham maksud sebenar kita. PAS adalah pembela Islam dalam PR, PAS adalah pembela Islam dalam apa keadaan sekalipun.

Kalau PR teguh melalui cara ini, insyallah Islam turut selamat.

Lin said...

SALAM SAUDARA NAJAMARINE YANG DINGATI

SILAKAN DEMI KEBAIKAN BERSAMA

BUAT SAUDARA ANON 1.37

ULASAN SAUDARA ADA KEBENARANNYA


KEPADA SAUDARA YANG DISAYANGI KIFLI DI BAWAH ADALAH ULASAN SAYA

Lin said...

PERTAMA SAYA NAK UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SALINAN ARTIKEL YANG SAUDARA AMBIL DARI SUMBER LAIN DAN PASTE KAN KAT SINI UNTUK TUNTUTAN SEMUA...
KEDUA SAYA NAK MAKLUMKAN KEPADA SAUDARA JANGANLAH MEMPERMAINKAN AYAT SUCI DEMI MENGEAKKAN KEMUNGKARAN YANG KITA LAKUKAN... GUNAKALAH LOGIK AKAL UNTUK MENEGAKKAN KEBODOHAN YANG DILAKUKAN OLEH KITA SENDIRI...

DALAM ISU ARAK DI SELANGOR, TIDAKKAH SAUDARA KIFLI LUPA SIKAP DAN REAKSI AWAL PEMIMPIN PAS PIMPINAN HASSAN ALI YANG HANYA MENGAMBIL SIKAP TUNGGU DAN LIHAT ATAS SEGALA TINDAKAN KURANG AJAR RONNIE LIU, MENGAPAKAH SELEPAS UMNO MASUK CAMPUR TANGAN MAKA BARULAH MENUNJUKKAN MUKA ITUPUN MASIH BERLAPIK APABILA MENGELUARKAN KENYATAAN... BACALAH KENYATAAN MEREKA JANGAN MAIN CUT AND PASTE AJE..

SAUDARA BUKALAH TELINGA DAN MATA TANYA PENGUATKUASA PBT DI SELANGOR BAGAIMANA GANASNYA RONNIE LIU MENJAGA RUMAH MAKSIAT DAN JUDI...

PERTANYAAN SAYA MENGAPAKAH BADAN AMAL PAS TIDAK PERGI MENGEMPUR RUMAH JUDI DAN MAKSIAT HARAM KELOLAAN RONNIE LIU INI...??? MENGAPAKAH TIDAK MENGIKUT SURUHAN AYAT SUCI DI ATAS...??? JANGANLAH MENJADI MANUSIA YANG BERTOPENGKAN BABI DIWAJAH ANDA... ANDA JANGAN SEJKALI-KALI MENGGUNAKAN AYAT AL QURAAN UNTUK MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI SEBAGAIMANA PEMIMPIN ANDA LAKUKAN... TAHUKAH SAUDARA APAKAH ULASAN NIK AZIZ TERHADAP PENGHINAAN ISLAM YANG DILAKUKAN OLEH DAP... BACA DI BAWAH...

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

BEGINIKAH UCAPAN ULAMA YANG BERLEMBUT DENGAN PENGHINAAN KE ATAS AGAMANYA SENDIRI...

SAYA NASIHATI DENGAN BAIK SUPAYA JANGANLAH MEMBAWA KOMEN SAMPAH DALAM BLOG SAYA INI... NILAI WAJAH DAN DIRI SENDIRI SEBELUM INGIN MENGEMPUR BLOG ORANG LAIN BAGI MENGUJI PENGETAHUAN ORANG LAIN..

SALAM

kifli said...

Siapa ahli politik sejati?
Pertama: Ahli politik memperjuangkan Islam sebagai mabda’ (ideologi), iaitu memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan sistem kehidupan untuk menyelesaikan masalah umat. Allah Subhanahu Wa Taala menegaskan bahawa tugas parti/gerakan adalah memperjuangkan penerapan syariah Islam secara menyeluruh (kaffah). Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: “Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebaikan dan melakukan amar makruf nahi mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”[TMQ Ali-Imran (3): 104]. Menyeru Islam Kaffah ini membawa makna bahawa perjuangan tidak hanya untuk memastikan hak dan kedudukan wanita menurut perundangan Islam yang dianggap tidak menyelesaikan isu penderaan dan penganiayaan, sebaliknya seluruh hukum-hakam terlaksana secara keseluruhan secara serentak, bukan beransur-ansur (tadaruj).

Kedua: Ahli politik yang memberikan kemaslahatan dan berjuang bagi umat. Politik merupakan pengurusan urusan umat atau rakyat. Oleh itu, ahli politik ketika berkecimpung dalam dunia politik, bererti telah mengorbankan dirinya demi rakyat. Ketika fahaman feminis yang dibawa oleh Sisters In Islam (“SIS”) menyerang umat, dia berteriak lantang. Ketika hasil bumi umat dirampas penjajah sejak penjajahan sehinggalah kini, dia membongkarnya. Ketika gejala sosial kelahiran bayi luar nikah makin parah, dia mengajak umat membanterasnya. Begitulah seterusnya. Dia juga hanya memberikan penyelesaian yang hanya berasal daripada syariah Islam. Walhasil, dia memperjuangkan kepentingan rakyat dan menentang kezaliman penguasa.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah ditanya tentang jihad apa yang paling utama. Beliau menjawab, “Kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” [HR Ahmad).

Ketiga: Ahli politik yang berpolitik tanpa putus asa, hanya semata-mata meraih keredhaan Allah Subhanhu wa Taala. Contoh paling tepat sebagai teladan adalah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dan para sahabat. Mereka berjuang dan berpolitik sejak di Makkah tanpa putus asa. Dorongannya hanyalah aqidah. Ini berbeza dengan realiti politik acuan sekular-demokrasi yang mana dek kerana kemewahan, kuasa dan kemegahan duniawi jadi matlamat, melompat parti telah menjadi satu ‘trend’ apabila perjuangannya telah menyebabkan dirinya kehilangan manfaat dan membawa mudarat.

Keempat: Memperkuatkan parti ideologi. Ahli politik sejati meletakkan aktiviti politiknya sebagai perjuangan untuk memperbaiki masyarakat dengan syariah. Juga perlu disedari bahawa tidak mungkin kita mampu berjuang secara bersendirian. Perjuangan perlu dilakukan bersama-sama kelompok, dalam gerakan atau jamaah. Namun, bukan sebarangan kelompok, melainkan kelompok yang secara terbuka, sungguh-sungguh dan konsisten memperjuangkan tegaknya hukum Allah Subhanahu wa Taala demi kebaikan rakyat. Oleh itu, dia akan memperkuat barisan parti yang benar-benar memperjuangkan Islam secara menyeluruh (kaffah). Allah Subhanahu wa Taala memerintahkan adanya di antara umat Islam yang bersatu di dalam kelompok/parti seperti itu sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya: “Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyerukan kebaikan dan melakukan amar makruf nahi mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”[TMQ Ali-Imran (3): 104]
Menurut Imam Ibnu Katsir: “Ayat ini memerintahkan agar ada sebahagian dari umat ini yang melaksanakan tugas tersebut (menyeru kebaikan (al-khair), melakukan amar makruf nahi mungkar.” Beliau juga menyatakan, ketika Rasulullah membaca ayat ini baginda menjelaskan bahawa “menyeru kebaikan (al-khair)” adalah menyeru orang untuk mengikuti al-Quran dan as-Sunnah.
ADA LAGI BRO.....

kifli said...

Kelima: Memperkuatkan konsistensi thariqah (method perjuangan) parti. Perjuangan hanya akan berhasil jika mengikuti jalan yang ditempuh oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Selain daripada mengambil gagasan/idea/penyelesaian yang digali dari syariah Islam, method perjuangannya pun mesti dicontohi. Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang menempuh perjuangan politik dengan dasar pembinaan (tasqif). Seterusnya baginda bersama para sahabatnya berjuang di tengah-tengah masyarakat, bukan hanya duduk-duduk di belakang meja. Mereka menyatu dengan masyarakat; berjuang bersama-sama. Akhirnya, dengan dokongan pelbagai pihak, termasuk para pemilik kekuatan (ahl al-quwwah), Allah memberikan kemenangan dan kejayaan. Begitu juga dalam perjuangannya mewujudkan masyarakat Islam, baginda memegang prinsip tanpa kekerasan fizikal serta tidak bekerjasama menerapkan dan mempertahankan sistem Kufur. Ahli politik sejati konsisten dalam berpegang kepada thariqah parti yang diambil daripada Rasulullah, bukan mengambil kaedah matlamat menghalalkan cara (al-ghayah tubarrirul wasilah) sehingga sanggup bersekongkol dengan puak Kuffar dalam sistem politik kapitalis-demokrasi.

Keenam: Membina Nafsiyah (cara bersikap). Selain cara berfikir, ahli politik sejati memiliki cara bersikap Islami (Nafsiyah Islamiyyah). Redha dan bencinya, senang dan susahnya didasarkan kepada Islam. Banyak disebutkan dalam pelbagai hadis bahawa tidaklah seseorang beriman hingga hawa nafsunya tunduk pada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam; lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada mencintai ibubapa, keluarga, harta bahkan diri sendiri. Dengan demikian, ahli politik susah tergiur oleh apa jua kemaksiatan termasuk rasuah dan politik wang.

Ketujuh: Memperkuat pembinaan umat tentang Syariah dan Khilafah. Berbicara tentang politik Islam bererti membicarakan tentang bagaimana mengatur pelbagai urusan rakyat dengan Islam. Sistem apa yang diterapkan dan siapa yang menerapkan dan menjamin perlaksanaannya? Bagaimana agar terbebas daripada cengkaman Kapitalisme global yang dipaksakan oleh Barat? Sistemnya adalah syariah Islam. Manakala institusi yang ditetapkan syariah sebagai pelaksana untuk menerapkan hukum-hukum tersebut dan menyatukan umat adalah Khilafah. Dengan ini, umat dibangkitkan hingga tidak lagi lena dalam pelukan penjajahan asing dan para pengikutnya.
Jelaslah ahli politik sejati akan terus melakukan pembinaan tentang syariah dan Khilafah di tengah-tengah umat. Kesedaran bahawa ada kesalahan dalam mengelola Negara-negara umat Islam perlu ditumbuhkan dalam jiwa masyarakat seraya memaparkan penyelesaiannya yang digali dari syariah. Semua ini dilakukan sebagai tanggungjawab besar terhadap kebaikan umat seluruhnya.

Kelapan: Perlu memiliki pengalaman dan pengetahuan politik. Pengalaman dan pengetahuan politik bukan bererti mesti menjadi wakil rakyat sama ada ahli dewan undangan negeri (ADUN), ahli Parlimen atau terlibat dalam apa jua politik menurut perspektif Sekular-Kapitalis-Demokrasi seperti terlibat dalam pilihanraya umum yang merupakan intipati utama sistem demokrasi. Pengalaman politik ditempuh melalui terjun secara langsung di tengah masyarakat, bergaul dengan masyarakat dan turut menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, mereka sentiasa memuhasabah penguasa jika penguasa melakukan kezaliman kepada rakyat. Namun, tentu sahaja ini semua memerlukan pengetahuan tentang konstelasi politik global, cara berfikir politik Islam dan analisisnya perlu difahami. Hal tersebut diberikan dalam proses pengkaderan (tasqif).

Jika para ahli politik termasuk Muslimah mempunyai ciri-ciri seperti di atas, InsyaAllah kemenangan hanya menunggu masa sahaja (victory is a matter of time). Dunia juga akan tahu bahawa masa depan adalah milik umat Islam.

kifli said...

“YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH"

Sebagai usaha memenuhi sebahagian syarat untuk menjadi golongan yang beruntung(Muflihun), menjadi ahli politik bukan satu pilihan sebaliknya ia adalah satu kewajipan. Demi menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin iaitu sesuai dengan hukum syarak, amatlah penting bagi Muslimah memahami ciri-ciri ahli politik sejati. Pemahaman yang mendalam akan hal ini akan dapat menjauhkan Muslimah jauh dari pemahaman politik yang salah iaitu politik yang sangat sinonim dengan pilihanraya dari perspektif Sekular-Kapitalis-Demokrasi. Pemahaman ini juga akan menjadi pendorong seorang Muslimah itu untuk melahirkan anak-anak untuk meneruskan perjuangannya dalam dunia politik. Bukan politik sebarangan, sebaliknya politik untuk mengatur urusan umat melalui penegakkan sebuah Negara Khilafah yang bakal melaksanakan Islam Kaffah. Wallahu ‘alam.

Lin said...

SALAM SAUDARA KIFLI YANG DIKASIHI

DALAM ISLAM KITA TIDAK DIBENARKAN MENDOAKAN KECELAKAAN KE ATAS ORANG ISLAM YANG LAIN WAHAI PEJUANG ISLAM PAS...

KAMU KENALAH BANYAK MEBACA DAN MEMAHAMI MAKSUD SURUHAN ALLAH ITU...

DAN SATU LAGI, JANGANLAH KAMUMENYALAH GUNAKAN DASAR BLOG SAYA YANG TERBUKA KEPADA SEBARANG KOMEN TAPI KAMU NI BUKAN KOMEN HANYA MENYAMPAIKAN TULISAN ORANG LAIN ...

HORMATILAH ADAB BERBLOG KERANA DALAM ISLAM HORMAT DAN BERADAB ITU PENTING KERANA IA MELAMBANGKAN IMAN KITA...

KAMU TANYALAH DIRI SENDIRI...

DALAM KESERONOKAN KAMU BERBLOG KAMU LANGGAR ATURAN ADAB ITU SENDIRI...

SEKALI LAGI HORMATLAH BLOG SAYA INI... JANGANLAH DITABUR SEGALA HUJAH YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN TAJUK

SALAM

Anonymous said...

hoi kifli

kalau kau nak buat tesis buat kat blog sendirilah menyemakkan mata orang aje hoi

kurang ajar betui budak ni

BRO TL

jangan layan budak sekor tu...

akupedulikhape said...

bro..mohon copy utk rujukan di blog saya..ulasan yang menarik...trimas

Lin said...

salam saudara akupedulikhape

silakan untuk kebaikan bersama

salam