1. DI BAWAH ADALAH KISAH SAIDINA UMAR AL-KHATAB DENGAN SEORANG TUA YANG TINGGAL DI DALAM KAWASAN PEMERINTAHAN SAIDINA UMAR DANLIHATLAH BETAPA PERIHATINNYA SEORANG INSAN YANG BERGELAR PEMIMPIN DAN SAHABAT RASULLULLAH MENJAGA HAK RAKYAT...
2. ADAKAH INSAN SEPERTI INI DALAM NEGARA YANG BERNAMA MALAYSIA INI, KHASNYA PEMIMPIN YANG MENGAKU PERJUANGAN PAS ADALAH SAMA DENGAN PERJUANGAN RASULLULLAH...???
3. BACA DAN NILAILAH SENDIRI PENDEKATAN ISLAM YANG PATUT PAS GUNAKAN BUKANNYA ASYIK MENYALAHKAN PIHAK LAIN JIKALAU GAGAL MELAKSANAKAN JANJI MEREKA...
1. Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat negeri Seria. Seperti biasa Saidina Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Saidina Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang nenek tua.
2. Saidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya.
3. Apabila tiba di rumah nenek tersebut Khalifah memberi salam dan berkata: "Adakah nenek mendengar apa-apa berita tentang Umar?".
4. Jawab nenek tua itu "Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Seria dengan selamat".
5. Kata khalifah lagi "Bagaimana pendapat nenek tentang khalifah kita itu".
6. Jawab nenek "Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya".
7. Umar bertanya lagi " Mengapa nenek berkata begitu?".
8. Jawab nenek "Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang".
9. Jawab Umar "Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek sedangkan tempat ini jauh terpencil"
10. Nenek mengeluh dan berkata "Subhanallah! tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada".
11. Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam hatinya "Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui perihal diriku". Saidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata.
12. Saidina Umar berkata lagi : "Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap nenek?. Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu menjualnya".
13. Kata nenek "Jangan engkau berguaru dengan aku yang sudah tua ini".
14. Sambung Umar lagi "Saya tidak bergurau, saya betul-betul ni nek, berapakah nenek akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah nenek menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap nenek" sambil menyerahkan wang tersebut kepada nenek.
15. "Terima kasih nak, baik benar budi mu" kata nenek sambil mengambil wang tersebut.
16. Sementara itu Saidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas'ud lalu di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun memberi salam: "Assalamualaikum ya Amirul Mukminin".
17. Mendengar ucapan tersebut, tahulah nenek bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar nenek berkata "Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah nenek diatas kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek telah memaki Khalifah Umar dihadapan tuan sendiri".
18. Rantapan nenek telah menyedarkan Saidina Umar.
19. "Tak mengapakah nek, mudah-mudah Allah memberi restu kepada nenek" kata Saidina Umar.
20. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut diatas bajunya: Bismillahirrahmanirrahim, Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi".
21. Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Saidina Ali bin Abu Talib dan di saksikan oleh Abdullah bin Mas'ud. Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas'ud serya berkata "Simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan kedalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu Wataala nanti".
22. INGATLAH TANGGUNGJAWAB DAN BEBANAN YANG SEPATUTNYA DITANGGUNG OLEH SEORANG PEMIMPIN YANG SEJATI...
18 comments:
yo bro
mana boleh nik aziz, haji hadi dan pemimpin ulama yang lain dalam mahu turun beb , sekarang sudah jadi yb ma dan mp ma.. takada standardlah mau kasi kotor kaki
itu manusia dalam pas semua tipu orang aje.. tapi ramai percaya sama dia oiii
hancus malaysia
bro TL
jangan haraplah ulama pas nak buat macam ni, dia org tu bukan pemimpin bcirikan Islam tapi bcirikan penipu bro...
tunggulah pru13 nanti baru dia org tahu tinggi rendah langit dinatas kepala otak dia orang tu...
SALAM SDR ANON 2.47 DAN 3.09
ISLAM ITU ADALAH AGAMA YANG MENYURUH UMATNYA MENDEKATI DIRI KE JALAN YANG DIREDHAI ALLAH BUKANNYA MEMECAH BELAHKAN UMMAH...
PADA ZAMAN DAHULU, BILA DISERAHKAN JAWATAN PEMIMPIN NI RAMAI YANG TAKUT NAK AMBIL TAPI KUMPULAN ULAMA PAS BERLUMBA2 MENGEJAR KEDUDUKAN DAN KUASA SEBAB MEREKA LUPA ATAU DILALAIKAN OLEH IBLIS SUPAYA SAYANGKAN DUNIA DAN LUPAKAN AKHIRAT...
SALAM
salam ziarah,
sepadan kot dgn si kafir harbi LGE yang sedang merekacipta permainan secara halus untuk menyisihkan Orang2 Islam (Melayu)dari arus perdana PENANG.
salam Bro RAM
rasanya memang kerja dia orang ni...
biasalah orang yang tak takut hukum Alah inilah kerjanya...
salam
KAH..KAH..KAH
BAGUS-BAGUS!!INILAH ARTIKAL YANG BERNAS YANG PERTAMA KALI AKU JUMPA KAT PENCACAI NI..SYABAS MACAM NI LA LAIN KALI NK MENULIS..DAPAT GAK AKU ILMU...SEKAOLI LAGI TERIMAKASIH..
PATUTLAH PEMIMPIN UMNO INI HARI TERKEJAR-KEJAR MENCARI DUIT SENANG NK TEBUS DOSA..
KUMPUL LA HARTA BEBANYAK SIKIT NANTI SENANG NK RASUAH MALAIKAT KAT KUBUR NANTI..
CERITA NI KIRA PEMIMPIN DEGAN RAKYAT AGAK JAUH DAN TERLEPAS PANDANG..
PEMIMPIN UMNGOK SEBELAH RUMAH JE..BUAT TK NMPAK,MENTANG2 LA RUMAH PEMIMPIN TU BESAR DAH TK NAMPAK RUMAH KECIK KAT SEBELAH
BAGUS2 CERITA YANG MENARIK..
salam sdr Cuping Merah
Cerita ini bukan dibuat2 tapi adalah hasil dari himpunan cerita tauladan para sahabat...
bukanlah tujuannya nak beri rasuah kepada malaikat dalam kubur... kedudukan saidina Umar sapa...nik aziz sapa???
cerita ini apply to everybody bukan UMNO atau PAS tapi sebagai pejuang Islam PAS haruslah menunjukkan tauladan yang mulia.. bukan begitu
janganlah diperkecil-kecil kemurliaan para ahabat Rasullullah..
kalau dibandingkan dengan kamu... sapalah kamu yang tiada apa2 itu
salam
hooi bodoh punya cuping merah
blahh lah kau dasar suka mempermainkan cerita para sahabat
kalau dah kaki memaki orang tu memang macam tu jugaklah
inilah sikap penyokong PR/PAS/PKR memang tak suka tengok oreang khabarkan berita yang benar
blahlah kau cuping merah
ello tuan,
nak jadi follower di blog saya apa susahnya.daftar je.lokasinya di bawah bendera malaysia yg bdekatan dgn logo my earth tuh.tq
Cukup berbeza dgn sikap org yg menggelarkan dirinya Khalifah Umar... Kalaulah semua pemimpin macam ni, aman damai...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
salam sdr RAM dan eXception
thanks for your comments
salam
SALAM..
ALHAMDULLILAH BRO..
POSTING YANG BAIK LAGI MENYEDARKAN..
DIHARAP IANYA AKAN DIAMBIL SEBAGAI IKTIBAR DAN PENGAJARAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN BAIK CAWANGAN..BAHAGIAN DAN NEGARA..
salam dan terima kasih abang tuah
Salam,
Posting yang memedaskan bagi yang makan cili, sebab itu si cuping merah sudah tidak dapat menilai artikel berbentuk panduan atau sindiran..
Kawan pu pelik juga, ingatkan si cuping merah bersama para ulama, rupa-rupanya bersama ular dalam semak, patut tak dapat kawal tlinga......
Dapat ke posting ni menyedarkan pemimpin2 UMNgOk yang sedang mabuk dengan kuasa. Ade ke pemimpin UMNgOk turun seperti seorang rakyat selama ini... kalo ade pun, kebelakangan ni je, setelah pembangkang semakin kuat dan UMNgOk semakin goyah? Betul tak TL... spt kata Parpu, kenyataan memang menyakitkan!
tokwan:
inilah keindahan islam.Ceritanya benar dan menusuk hati! Makin kita mendengari kisah sahabat-sahabat, makin rasa rendah hati kita.Bahkan kata Nabi SAW, mereka ADALAH BINTANG! Walau yang mana kamu ikut,
pasti sampai!
Salam bro Yang Gambi
Kadang2 kalau diri sudah pandai apa yang orang buat semuanya tak betul hanya dirinya sahaja yang betul... biarlah Cuoing Merahh tengelam dalam khayalannya
bro langsi
saya mengeluarkan cerita tauladan ini bukan sahaja untuk pemimpin UMNO malahan untuk pemimpin PAS yang mengaku Islam mereka lebih dari orang lain...
cubalah kita belajar menilai diri sendiri dan dalam masa yang sama melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan mengikut suruhan Allah semungkin yang boleh...
anyway kita ini adalah INSAN iaitu selalu lupa akan suruhan Allah hanya mereka yang selalu mohon keampunan dan petunjuk Allah sahaja yang akan selamat...
salam
salam hormat tokwan
kadang2 berkata dalam diri saya adakah masih ada manusia yang bercita-cita menjadi seperti sahabat Nabi ini atau kalau tidak pun selari dengan jalan hidup mereka...
Allah telah memberi amaran bahawa kehidupan selepas ini adalah kehidupan yang azali dan rugilah bagi mereka yang khayal dengan keenakan sementara di dunia ini...
setiap manusia telah diperuntukan rezeki masing-masing mengapa pelu kita berlumba2 mengumpul kekayaan...
Allah telah menetapkan siapakah yang akan dilantik atau diturunkan sebagai ketua maka mengapakah kita berbalah merebut kuasa sesama sendiri..
kalau kita tahu akan kebenaran amaran Allah itu maka amanlah dunia ini...
Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui akan segalanya
salam sejahtera
Post a Comment