Wednesday, August 12, 2009

HARAKAH MEMBELA DAP


HARAKAH MEMBELA PENGHINAAN DAP KE ATAS ISLAM


1. DALAM ARTIKEL BERTAJUK
90 pemimpin Pakatan berbengkel esok BERTARIKH 12/8/2009 PENULIS ZULKIFLI SULONG DALAM PENULISANNYA MENYANGKAL DAKWAAN PENYOKONG UMNO DAN BLOGGER BN/UMNO BAHAWA LOOK SIEW FOOK TELAH MENGHINAAN ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN KATA-KATA SEPERTI BERIKUT:

“ Yang terbaru isu penjualan arak dan isu penghinaan terhadap Islam yang semacam direka-reka terhadap pemimpin DAP. ...Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook (gambar), antara mangsa fitnah ini. "Saya tidak pernah menghasilkan sebarang tulisan yang menghina kerabat diraja, kaum Melayu ataupun Islam sepanjang hidup saya. "Saya dengan tegas menafikan tuduhan bahawa saya ada menulis artikel untuk menghina Sultan Perak, Raja Nazrin. ”

2. PERTANYAAN SAYA KEPADA PEMBACA HARAKAHDAILY ONLINE ADAKAH DAKWAAN KAMI INI ADALAH SATU FITNAH ATAU PEMBOHONGAN..???

3. SAYA SENDIRI YANG MEMASUKI BLOG http://sjsandteam.worldpress.com. DAN MEMBACANYA SEBELUM BLOG TERSEBUT DIDELETE SECARA TERUS OLEH KUMPULAN DAP...

4. ADAKAH SAYA MAHU MENIPU UMAT ISLAM DI MALAYSIA...???

5. ADAKAH PAS LEBIH MEMPERCAYAI MEREKA DAN TIDAKKAH MEREKA SENDIRI MELIHAT KEBENARAN DAKWAAN BLOGGER BPN SEMASA ISU INI MULA DIBICARAKAN DAHULU...???

6. SEDANG MP KULIM BANDAR BAHARU ZULKIFLI NORDIN MEMBENARKAN PENGHINAAN LOOK SIEW FOOK DALAM BLOGNYA DAN DALAM BEBERAPA BLOG BLOGGER BPN... MASIH LAGI MAHU MENOLAK KEBENARANNYA...???

7. ADAKAH HARAKAHDAILY ONLINE KINI MENJADI LIDAH DAP DAN MENYEMBUNYIKAN SEGALA KEBENARAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK PEMIMPIN PR...???

8. KAMI LIHAT DAN KAMI TAHU APA YANG KAMI BACA... SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA PENIPUAN NYATA LAGI TERANG HARAKAH DAILY ONLINE INI...

9. PEMBACA SEMUA BERWASPADALAH DAKYAH SONGSANG YANG CUBA DIBAWA OLEH HARAKAH DAILY ONLINE YANG BERTUJUAN UNTUK MENYEMBUNYIKAN KEBURUKAN PEMIMPIN DAP DEMI SURVIVAL POLITIK PR...

10. SEMOGA ALLAH MERAHMATI MEREKA YANG MEMPERTAHANKAN ISLAM

12 comments:

Anonymous said...

memang dajal punya manusia tu

depa dok sembang kata utusan dan berita harian tak boleh dbaca dan dipercayai yang ni nak kata apa?

harakah memang pedajalkan pembaca depa aja
saya harap semua pembaca harakah pikiaq baik2 pasal orang hina islam ni jgn dok main2 aje


kalau hang pa tak nak lawan dok diam jangan dok kata lagu tu

hampeih punya manusia

antipas

Mudskipper said...

Gara=gara nak berkuasa, PAs telah menjadi buta mata dan buta hati. Agama telah dibuang jauh. Mereka kni bermain dengan beer dan babi....

Lin said...

salam saudara belacak dan anon 10.06 yang dikasihi


marilah kita berdoa semoga mereka ini sedar akan kesalahan dan domba yang dilakukan selama ini dan kita sememangnya ingin melihat umat Islam di Malaysia bersatu pada...

kepada penyokong pas/pr, UMNO bukanlah membenci kamu dan UMNO bukan mahu memecahbelah umat Islam sebagaimana kamulakukan

UMNO inginkan perpaduan tetapi pemimpin kamu menolaknya

inilah halangan yang kita hadapi dengan pas dan penyokong tegar mereka...

salam

eXception said...

demi politik PAS sanggup melacurkan agama sendiri...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

ghostWRITER said...

aduh...Hudud yang diimpi, arak yang dapat!!! TAKE BEER!!!!

exconomist said...

Assalamualaikum,

Saya tidak menyangkal bahawa saudara telah melihat dengan mata saudara sendiri penulisan yanf menghina Sultan Perak di sjsandteam.worldpress.com

Tetapi, adakah saudara pasti penghinaan itu telah dilakukan oleh Loke Siew Fook?? Jikalau ada, silalah buktikannya. Janganlah bertindak melulu menuduh

kifli said...

UMNO Pengkhianat Agama

1. Pertama saya mahu ucapkan syabas kepada Yb. Dato' Dr. Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor di atas ketegasan beliau biarpun berdepan dengan kecaman hebat dari pelbagai pihak termasuk dari rakan PAKATAN namun tetap teguh dengan pendirian mempertahankan prinsip perjuangannya yang berasaskan nilai Islam khasnya dalam isu arak . Beliau kini dianggap hero ummat Islam di Selangor khasnya dan dinegara ini amnya oleh rata - rata pencinta Islam .




2. Tahniah juga saya ucapkan kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang sebentar tadi telah mengumumkan kawasan - kawasan [ majoriti muslim ] larangan menjual arak dan minuman beralkohol di Selangor . Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada keduanya . Satu usaha awal untuk membawa negeri PAKATAN Rakyat menjadi lebih baik daripada UMNO dan BN . Semoga usaha diteruskan dan dikembangkan dalam banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan jauhi sama sekali sebarang usaha yang hanya bersifat retorik .



3. UMNO dan BN pastinya kehabisan modal dan kini mereka terpaksa menggunakan peluru akhirnya untuk menyerang dengan mensasarkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat bukan lagi dasar perjuangan dan aktivitinya. Setelah teruk mereka membelasah Tuan Guru Hj. Hadi Awang sejurus selesai muktamar tempoh lalu , kemudian Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula diasak oleh mereka menjelang pilihanraya Manek Urai dan kini mereka mensasarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim pula yang dilabel sebagai pengkhianat bangsa melayu .

4. Pertamanya saya mahu tegaskan bahawa UMNO dan BN sewajarnya mencontohi Pakatan Rakyat bukan memusuhinya. Wujud perselisihan faham namun bijak mengatasinya . Tercetus masaalah dalaman tetapi cepat menanganinya . Ada kelemahan tetapi konsisten untuk memperbaikinya . Timbul kritikan dan cemuhan namun teguh dan tegas mempertahankan prinsip perjuangan .
tunggu lagi ada.....

kifli said...

5. Kedua : Saya menggesa supaya UMNO dan BN ambil langkah serupa di negeri - negeri yang diperintah dan ditadbir oleh mereka seperti apa yang dilakukan oleh Selangor malah ianya telah lama dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini dalam mengawal penjualan arak khususnya di kawasan - kawasan majoriti muslim . Islam tidak campur tangan berkait kes arak dalam lingkaran non muslim yang agamanya membenarkan mereka meminum minuman beralkohol itu . Tetapi tegas agar ia tidak melewati sempadan masyarakat muslim justeru agama Islam mengharamkan penganutnya membeli , menjual , mempamer , memproses dan meminum arak .

6. Ketiga : Saya mendesak agar UMNO dan BN jangan hanya bising isu Arak dan isu penghinaan terhadap Islam [ tanpa saya menafikan ia juga satu isu yang besar ] tetapi juga mesti memandang kepada isu - isu yang lain di mana ia turut mencabar kesucian Islam dan menghiris perasaan ummat Islam sementara mereka adalah kerajaan yang memerintah negara ini . Sebagai contoh mudah , Utusan Malaysia menyiarkan isu penghinaan terhadap Islam di muka hadapannya tetapi memuatkan keputusan sport TOTO , Magnum dan Horoskop dibahagian belakangnya . Ini satu persendaan . Akhirnya orang kata UMNO mempersendakan Islam.

7 . Keempat : Hentikan segala serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat . Apalagi serangan itu tidak berasas dan hanya bertolak dari sentimen perbedaan ideologi politik . Tindakan UMNO dan BN bukan hanya menampakkan mereka sangat terdesak tetapi juga jelas kehabisan idea dan tidak mempunyai kredebiliti yang hebat dalam menghadapi saingan politik . Serangan kepada peribadi hanya akan berkesan apabila ia benar - benar berdiri di atas bukti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang kukuh .

8. Kelima : Sampai masanya UMNO dan BN merombak segala dasar perjuangannya yang jelas bertentangan dengan Islam dan akhirnya mengheret UMNO dan BN terus hanyut dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam . Apabila UMNO dan BN berada dalam satu frame yang salah bagaimana mereka mahu membetulkan orang lain sekalipun orang lain juga berkemungkinan melakukan kesalahan .

ada lagi

kifli said...

9. Saya mengharapkan kepada semua ummat Islam khasnya tokoh - tokoh agama menilai sokongan mereka terhadap UMNO dan BN dan melihat jauh ke hadapan bagaimana keupayaan UMNO dan BN mampu mempertahankan Islam dan ummatnya di masa depan atau hanya pandai buat bising bila isu timbul sekadar menangguk di air keruh seperti Khairy dan Ali Rustam dan kemudiannya lari menyembunyikan muka bila isu selesai untuk mengintai peluang menangguk buat kesekian kalinya.

10. Contoh mudah saya bawa : mereka pertikaikan PAS kononnya gadai prinsip , alat DAP dan 1001 tohmahan . Tetapi alhamdulillah , dalam tempoh 2 tahun kita menerajui negeri di bawah Pakatan Rakyat ternyata banyak isu kita boleh selesaikan dengan baik biarpun bermula dengan perselisihan faham dan sebagainya . Isu terkini ialah arak yang akhirnya menyaksikan UMNO dan BN terpaksa menjilat pasir setelah menyalak sekian lama apabila PAS tegas dengan prinsip dan kerajaan Pakatan Rakyat sedia mengambil langkah perubahan yang positif .

Persoalannya , 50 tahun UMNO dan BN memerintah sehingga tersergam utuh kilang arak di Selangor kenapa UMNO dan BN senyap diam membisu sejuta bahasa . Kelu lidah macam orang kena stroke . Bila Pakatan Rakyat memerintah baru 2 hari [ baca 2 tahun ] hampir terjelir lidah mereka melaung slogan kononnya mereka perihatin terhadap isu agama dan sensitif terhadap sentimen ummat Islam .

Saya percaya kalau PAS memerintah Selangor sejak awal merdeka dulu , insyaallah tidak akan terbangun kilang arak sebesar itu . Kalau mereka mahu minum arak , kilang itu boleh di bina di Australia , Taiwan , Singapore atau mana - mana negeri yang tidak majoriti muslim kemudian dibeli secara terhad oleh kelompok yang agamanya membenarkan mereka meminum arak . Tapi , itu semua hanya kalau .... kalau PAS memerintah Selangor dulu :)

Harapan saya satu masa nanti , negara ini akan dipimpin oleh Islam agar segala syariatnya dapat dilaksanakan dan kemudian ia akan memberi keadilan kepada semua kaum , bangsa dan agama . Islam adalah agama yang adil dan keadilan itu adalah untuk semua .

kifli said...

"Tok Guru Nik Aziz hari ini menyatakan bahawa beliau sedikitpun tidak pelik sekiranya DAP mempertikaikan Islam kerana mereka bukan orang Islam dan tidak faham Islam. Justeru, Tok Guru memberi jaminan bahawa PAS akan menasihati dan mentarbiyah DAP dan kepimpinannya agar salah faham terhadap Islam dapat dielakkan. Tok Guru juga mencemuh budaya UMNO yang suka menyerang batang tubuh orang dan suka memfitnah Anwar, tetapi tidak berani berbincang dan berwacana. Tok Guru juga menjelaskan kaedah PAS hendak mentarbiyah DAP:


"12 Ogos 2009, Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya. "

Tok Guru turut mencemuh UMNO yang mengaku Islam tetapi gigih menentang dan memburukkan syariah Islam, disamping suka memfitnah dan membuat cerita palsu, dan asyik berusaha melaga-lagakan orang.

UMNO hanya mampu menggigit kuku apabila umpan mereka gagal apabila Tok Guru dan PAS mengambil pendekatan berhikmah dalam menasihati DAP dan dengan menggunakan mekanisma yang penuh Islamik. Ketegasan PAS dalam soal prinsip Islam sudah dizahirkan oleh Hassan Ali sebelum ini dan sudah tiba masanya PAS meneruskan pula dengan kaedah yang lebih mantap lagi.

Kepada UMNO, janganlah asyik membuatkan golongan bukan Islam lari dari Islam. Berdosa korang nih

"

Lin said...

Salam saudara Exception dan daaksaytunk yang dikasihi

Sebagaimana yang kita faham dan tahu mengenai kepimpinan PAS/PR, mereka memang sukan mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan mereka kepada kelemahan UMNO dan kalau mereka gagal melakukan sebarang janji mereka kepada rakyat maka UMNOlah yang jadi mangsa mereka...

Contohnya “kita tak boleh laksanakan hudud sebab kerajaan pusat dikawal oleh BN tapi kalau dapat kerajaan pusat nanti, alasan pula ialah kita hidup dalam negara berbilang kaum maka kita kena ikut dan jaga perasaan semua rakyat dan akan ada nas dan ayat al Quran yang digunakan untuk mempertahankan Tindakan mereka itu...

Inilah wajah PAS sebenarnya... hanya pandai menipu dan menggunakan Islam sebagai alat mereka...

salam

Lin said...

Kepada saudara exconomist dan kifli yang dihormati

Sekiranya saudara yakin bahawa Look Siew Fook tidak bersalah maka dengan rela hati bersengkokol saudara dengan beliau...

Kalau begini sikap manusia dalam PAS mahu memudahkan tanggungjawab mempertahankan islam maka buatlah sebagaimana saudara rasa betul... Cuma satu lain kali kalau kumpulan atau individu yang menghina Rasullullah janganlah saudara terburu2 mengadaakan demo haram sebagai yang lalu sebab kita tak tahu benarkan mereka itu yang lakukan mungkin orang Islam sendiri yang buat... begitulah perumpamaan bagi mereka yang berpendirian seperti anda...

Saudara kifli

Kalau boleh janganlah menyalah gunakan kemudahan dan kebebsan yang saya berikan kepada pembaca memberi komen...

Blog ini bukannya sampah untuk dilonggokkan segala tulisan yang menyebelahi saudara sekali lagi kali terakhir saya beri amaran kepada saudara kalau nak komen berikanlah komen saudara bukannya cut and paste ok kali ini saya maafkan anda...

Demi menghormati saudara untuk berkomen...

salam