SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEMATIAN TEOH BENG HOCK...???
1. SETELAH INKUES AWAM BERJALAN SELAMA TIGA HARI, KEDUDUKAN SIAPAKAH YANG DISYAKI BERTANGGUNGJAWAB DALAM KEMATIAN TEH BENG HOCK ADALAH MASIH SAMAR.
2. DALAM MAKLUMBALAS YANG DIBERIKAN OLEH ZAIRAHA AWANG DARI JABATAN KIMIA PETALING JAYA MENGESAHKAN TIADA UNSUR ETHANOL, ALKOHOL DAN DADAH BIASA DALAM TUBUH MENDIANG SEMASA PEMERIKSAAN DIBUAT...
"Hasil analisis saya mendapati tiada unsur ethanol, alkohol dan dadah biasa dalam spesimen itu,"
3. INI MENOLAK TANGGAPAN BAHAWA MENDIANG DIRACUN ATAU MENGAMBIL ARAK DAN BAHAN KIMIA YANG LAIN SEHINGGA MENYEBABKAN BELIAU TERJATUH KE TINGKAT 5 TERSEBUT...
4. MENGENAI HASIL PEMERIKSAAN DNA YANG DIKATAKAN TERDAPAT SAMPEL DNA BUKAN MILIK MENDIANG DI BELAKANG JAKET DAN TALI PINGGANG MENDIANG MASIH BELUM DIKETAHUI DENGAN RASMI TETAPI PEGUAM PEMERHATI KELUARGA TEOH BENG HOCK GOBIND SINGH DEO TELAH MEMBUAT KENYATAAN BAHAWA TIADA SEPADANAN SAMPEL LEE WYE WING DAN TAN BOON WAH DENGAN SAMPEL MISTERI TERSEBUT...
"Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) milik dua lelaki terakhir yang menyerahkan sampel mereka minggu lalu kepada polis bagi membantu siasatan kematian Teoh Beng Hock, tiada padanan dengan sampel DNA dua lelaki misteri di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang."
5. NAMUN PEGUAM TAN HOCK CHUAN YANG JUGA BERTINDAK SEBAGAI TIMBALAN PENDAKWA RAYA TIDAK MEMBERI ULASAN SEPERTI ITU TETAPI BELIAU HANYA MENYEBUT BAHAWA SEBANYAK 157 SAMPEL DNA TELAH DIAMBIL.
6. INI TERMASUK DARI SEMUA KAKITANGAN SPRM, MEREKA YANG TERBABIT DALAM SIASATAN KES INI SEPERTI POLIS, PEGAWAI JABATAN KIMIA, JABATN FORENSIK DAN INDIVIDU LAIN DAN SAMPEL INI TELAH DIANALISIS DAN DIBERIKAN KEPADA PEGUAM PEMERHATI SEMALAM...
"Untuk makluman mahkamah, 157 individu ini termasuk sampel daripada kesemua kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, anggota dan pegawai polis yang terbabit dalam siasatan kes kematian Teoh, kakitangan Jabatan Forensik yang terbabit, ahli kimia dan individu lain," katanya. Terdahulu, Tan memaklumkan kepada Mahkamah Koroner, laporan DNA kedua sudah siap dan salinannya diserahkan kepada peguam pemerhati, pagi semalam.
7. SEKIRANYA BENAR TIADA SEPADANAN DALAM SAMPEL DNA TERHADAP MEREKA YANG DIPANGGIL MEMBERI SAMPEL MAKA HANYA TINGGAL DUA ANDAIAN DI SINI IAITU MENDIANG MEMBUNUH DIRI ATAU TERDAPAT PIHAK KETIGA YANG MENOLAK MENDIANG... SIAPAKAH PIHAK KETIGA TERSEBUT...???
8. DALAM SOAL SIASAT TIMBALAN PENDAKWA RAYA PEGUAM TAN TELAH MENUNJUKKAN SEKEPING GAMBAR YANG MENGANDUNGI 3 INDIVIDU TETAPI TIDAK DIKENALI OLEH PENGAWAL YANG BERTUGAS DAN TIDAK MENGETAHUI SAMADA MEREKA BERTUGAS DI SITU ATAU TIDAK...
9. SIAPAKAH 3 INDIVIDU INI...??? GAMBAR 3 INDIVIDU INI DIRAKAM PADA JAM 1.48 PAGI PADA HARI MENDIANG DIJUMPAI MATI DAN APAKAH TUJUAN MEREKA KE SANA PADA AWAL PAGI KALAU TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG NIAT...???
" Saksi kelima, Wan Rosli Wan Adam, 38, yang juga pengawal keselamatan di situ, ketika dikemukakan Tan sekeping gambar diambil daripada rakaman CCTV pada jam 1.48 pagi, hari sama, berkata beliau tidak kenal tiga individu dalam gambar itu dan pasti mereka tidak bekerja di bangunan itu. Bagaimanapun ketika dikemukakan dua gambar lain, Wan Rosli mengecam mereka sebagai pegawai SPRM.
10. NKUES AWAM PERLU MENUMPUKAN SIASATAN TERHADAP 3 INDIVIDU YANG DIRAKAM BERADA DI KAWASAN BANGUNAN PADA WAKTU 1.48 PAGI DAN KEHADIRAN MEREKA DI SITU PADA WAKTU TERSEBUT MENIMBULKAN SYAK...
11. SIAPAKAH 3 INDIVIDU INI...???
12. CARI SAMPAI DAPAT!!!
PANDANGAN PERIBADI TERHADAP KEMATIAN TBH
13. SAYA MERENUNG DAN MEMIKIRKAN BAHAWA KEMATIAN DISEBABKAN JATUH BANGUNAN DI NEGARA INI BUKAHLAH SATU KES YANG LUAR BIASA DAN SEBELUM KES TBH INI SEORANG PELAJAR UNIVERSITI TELAH DITEMUI MATI DI SEBUAH BANGUNAN DI UKM DENGAN KEADAAN MAYAT YANG PARAH DIBEBERAPA BAHAGIAN TUBUH BADANNYA AKIBAT HENTAKAN KUAT KETIKA BADAN MENGENAI KAWASAN BERSIMEN...
14. TETAPI DALAM KES KEMATIAN TBH INI, TIMBUL BEBERAPA PERSOALAN YANG AGAK MERAGUKAN SAYA IAITU KALAU IANYA DIKATAKAN TERJATUH DARI TINGKAT 14 KE TINGKAT 5 MAKA IANYA MELIBATKAN 9 TINGKAT SEDANGKAN PELAJAR DI UKM HANYA 3 TINGKAT TETAPI KECEDERAANNYA PARAH...
15. TAPI MENDIANG TEOH DITEMUI DALAM KEADAAN TIDAK SEPERTI IANYA JATUH DARI KETINGGIAN 9 TINGKAT...??? PELIK DAN AJAIB...???
16. SEPATUTNYA BERDASARKAN KEPADA KES YANG BIASA KITA DENGAR LIHAT. KALAU ORANG TERJUN DARI BANGUNAN TINGGI, KECEDERAAN YANG DITERIMA ADALAH BURUK DAN SESETENGAH ANGGOTA BADAN AKAN BERKECAI SEPERTI BAHAGIAN KEPALA DAN MENGELUARKAN DARAH YANG BANYAK SEKITAR MAYAT KETIKA DITEMUI...
17. ADAKAH MENDIANG TELAH DIBUNUH DENGAN CARA MENGHENTAK BENDA YANG KERAS DI KEPALA OLEH PIHAK KETIGA DAN PAKAIANNYA DIKOYAK SECARA SENGAJA DAN BEBERAPA ANGGOTA BADAN DICEDERAKAN DAN KEMUDIAN MAYAT MENDIANG DILETAKKAN DI SITU UNTUK MENUNJUKKAN SEOLAH-OLAH BELIAU DITOLAK DARI BANGUNAN TERSEBUT...???
18. INI MUNGKIN ADA KEBENARANNYA KERANA TIMBUL KISAH 3 IMEJ INDIVIDU YANG DIRAKAM DALAM BANGUNAN SPRM PADA JAM 1.48 PAGI... APAKAH TUJUAN MEREKA BERADA DI SITU ...???
19. ANDAIAN MENGATAKAN TBH JATUH DARI TINGKAT 14 DI MANA PEJABAT SPRM BERADA AGAK SUKAR DITERIMA KERANA KALAU BUKAN ANGGOTA SPRM YANG TERLIBAT MAKA BUKAN SENANG ORANG LUAR NAK MASUK DALAM PREMIS SPRM...
20. KECUALI MEREKA ITU MEMPUNYAI AKSES KE PEJABAT TERSEBUT DAN KALAU MEREKA MASUK DALAM PEJABAT TERSEBUT SEKALIPUN MESTILAH BEBERAPA PEGAWAI SPRM YANG MASIH BERADA DALAM PEJABAT AKAN MENGETAHUI KEHADADIRAN ORANG LUAR DI DALAM PEJABAT MEREKA...???
21. ANDAIAN TERAKHIR SEKALI IALAH (MINTA DIJAUHILAH) MEMANG DILAKUKAN OLEH ORANG DALAM SPRM... KALAU INI YANG AKAN DIKETEMUI DIAKHIR SIASATAN MAKA SAYA AWAL-AWAL LAGI MENYARANKAN SUPAYA MEREKA YANG TERBABIT JANGAN DIBERI LINDUNGI DAN HUKUMAN MESTI DIKENAKAN UNTUK MEMBERSIHKAN IMEJ SPRM... TAPI ANDAIAN INI SUKAR UNTUK DITERIMA ATAS FAKTOR KESELAMATAN DI PEJABAT KERAJAAN MALAYSIA...
22. SEKADAR SATU PENILAIAN PERIBADI
10 comments:
Salam Bro Tunggaklangit,
Huuuh...masih suspen, lepas inkues di mahkamha, seperti di membunuh diri pula. Tetapi siasatan awal lah. Dalam perbicaraan yang penuh mendebarkan lagi.
salam bro zed
macam masuk panggung citer hindustan aje... kita dah boleh agak tapi suspek beb...
salam
Tan Boon Hwa ask TB Hock to meet sum1 else at a different floor in one of d offices d triads have connection & he woz pushed out frm a different lower floor,..did d police check all d companies dat have offices at W.Masalam?? did d forensic visit othr floors & check d windows dat TBHock cud have been thrown?? Jst anothr conspiracy theory again...heheh,..wat else can I say,..a lot of possibilities,..(,")
salam bro brotherhood
citer u ni macam betul aje kan... boleh diterima pakai untuk disebarkan dikalangan bloger ha ha ha
sorry i don't mean that...maksud saya mungkin ada benarnya citer u tu
salam
bro tl
aku agreed lah dengar kau pasal 3 orang tu... pengawal x kenal pastu ahli kimia kata mungkin 3 sampel org yg x dikenalpasti...
sapa dia org ni...
mesti suspen bro...
tengok geng dia jugak kot?
SALAM BRO ANON 8.54
SAYA ADA BACA LAPORAN TU DALAM MSTAR ONLINE....
HARAP2 PIHAK BERKUASA AKAN DAPAT KENALPASTI 3M INDIVIDU INI DAN ADAKAH MRK NI ADA KENA MENGENA DGN SPRM ATAU DENGAN MANUSIA YG DOK MENYALAK KAT LUAR TU....
KEBENARAN TETAP AKAN DIKETAHUI JUGA...
SALAM
Rakan anak aku pernah memberi dengan begitu terperinci sekali, wajah seorang yang dia tidak pernah jumpa dan tinggal 320km dari rumah dia.
Dia menceritakan saat2 sebelum orang itu meninggal dunia, dan telah menalipon saya pada jam 6pg, minta tolong sampaikan pesanan akhir orang tersebut kepada keluarga tersayang, beberapa minit sebelum menghembus nafasnya.
Memang terkejut kami, dikampung ini, pada pukul 4pg tersebut, orang sepertimana yang diceritakan telah meninggal dunia dalam keadaan tepat sepertimana yang telah dimaklumkan.
Terdapat ramai dari kalangan mereka yang ada kebolihan ganjil yang mungkin dapat memberi petunjuk saat saat terakhir sebelum TEOH meninggal dunia?
Saya rasa rakan anak saya, kiranya pergi ketempat kejadian, mungkin akan dapat memberi gambaran sebenar.
AJAIB TETAPI TERJADI!
TheXFile
Sdr TL
Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook telah mengeluarkan satu kenyataan penuh penghinaan dan paling keji terhadap pendakwah saudara Ridhuan Tee Abdullah serta kepada seluruh penganut agama Islam.
Sila lawat laman blog YB Zulkifli Nordin di http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html ATAU laman web haram jadah http://sjsandteam.wordpress.com/ untuk lihat sendiri.
Harap dapat initiate ssesuatu untuk belasah blog haram jadah nih!
Salam hormat
SALAM SDR THEXFILE
SAYA TERUJA DENGAN ULASAN SAUDARA MENGENAI KEUPAYAAN ANAK SAUDARA MENGENALPASTI SESUATU KEJADIAN DENGAN MELAWAT TEMPAT KEJADIAN TERSEBUT...
PERKARA INI BIASA KITA LIHAT DALAM CITER ORANG PUTIH TAPI DALAM MASYARAKAT MELAYU PUN ADA... WAH HABAT NI
SAYA CADANGKAN SAUDARA MENEMUI PIHAK BERKUASA ATAU PENYIASAT KES TBH DAN MAKLUMKAN SUPAYA MEREKA MENCUBA KAEDAH SAUDARA INI...
LEPAS NI MUNGKIN BANYAK KES DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BANYAK DAN SAUDARA DAPAT BERBAKTI KEPADA GAMA BANGSA DAN NEGARA...
SALAM
SALAM SAUDRA BELACAK
BERI AYA MASA DAN KAJI ULASAN TERSEBUT DAN INSYALAH KITA AKAN LAKUKAN SESUATU TERHADAP KEJAHATAN MEREKA ITU...
TERIMA KASIH ATAS INFO TADI
SALAM
Post a Comment