PAS KINI BUKAN PARTI ISLAM TAPI PARTI POLITIK BERBILANG KAUM
1. DALAM HARAKAHDIALY ONLINE MELAPORKAN BAHAWA PAS AKAN MENGUBAL PERLEMBAGAAN MEREKA BAGI MEMBERI PELUANG KEPADA KIRA-KIRA 20,000 AHLI DALAM KELAB PENYOKONG PAS UNTUK MENJADI AHLI PENUH DALAM PAS DAN SETERUSNYA AKAN DIPILIH BAGI BERTANDING ATAS TIKET PAS DALAM PRU 13 NANTI.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS (KPP) akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti. Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.
Menurut Mustafa, "pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli KPP yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan,
Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.
Menurut Mustafa lagi tanpa percaturan politik yang tersusun PAS tidak boleh meningkat naik sebaliknya berada di tahap lama dan sukar untuk dibaik pulih... “ "PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan," .
2. MAKA JELAS MATLAMAT SEBENAR PAS IAITU BUKANYA UNTUK BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM MALAHAN PERJUANGANNYA ADALAH SAMA SEPERTI UMNO YANG DIHINA DAN DICACI SEBELUM INI...
3. DEMI KEPENTINGAN POLITIK DAN KEDUNIAAN, KEPIMPINAN PAS SANGGUP MENGADAIKAN MATLAMAT ASAL PERJUANGAN PAS IAITU UNTUK MEMBENTUK SEBUAH PEMERINTAHAN BERTUNJANGKAN ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN HAK ISLAM DI NEGARA INI.
4. SEBELUM INI PAS MENOLAK KERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM KERANA ITU ADALAH MELANGGAR PERINTAH ALLAH DAN ATAS ALASAN UMNO BERKERJASAMA DENGAN MIC DAN MCA MAKA UMNO KETIKA ITU DIKAFIRKAN OLEH KEPIMPINAN PAS... TETAPI KINI APA YANG DILUDAHKAN DI DALAM BAKUL SAMPAH DIJILAT KEMBALI DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN POLITIK...
5. KEPADA PEMIMPIN PAS SEKIRANYA MAHU BERPOLITIK MAKA BERPOLITIKLAH DENGAN SEBAIKNYA DAN JANGANLAH MENGAITKAN KEMURNIAN ISLAM BERSAMA ANDA SEHINGGAKAN SEGALA TINDAK TANDUK KALIAN AKAN MEMBABITKAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI...
6. BERHUBUNG DENGAN PERKEMBANGAN TUNANG TBH YANG DIKATAKAN TELAH MENGAHWINI TBH SECARA GHAIB... SAYA AMAT BERHARAP JANGAN PULA ADA FATWA DARI KEPIMPINAN PAS YANG MENGATAKAN BAHAWA ANAK YANG BAKAL SAUDARI SOH LAHIRKAN NANTI BOLEH MENGUNAKAN NAMA MENDIANG TBH KERANA MEREKA SUDAH BERKAHWIN GHAIB...
7. BUKAN MAHU MENUDUH ATAU APA CUMA BIMBANG SEJAK KEBELAKANGAN INI BANYAK KENYATAAN YANG JANGGAL TELAH TERKELUAR DARI MULUT PEMIMPIN PAS DEMI MENGAMBIL HATI RAKYAT BUKAN ISLAM SUPAYA MENYOKONG PAS...
3 comments:
salam bro TL
mereka ni bukannya tahu apa2 pun asalkan dapat undi itu kawan saya kalau tak sokong pas tu musuh saya
kalau pejuang islam tak macam tu
semua dah faham sangat perangai pas ni
pemerhatipolitik
PAS akan jd parti yg tak relevan lg bila bukan Islam jd ahli... Maka bukan Islam akan jd Presiden pula nanti, lg caca-marba...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
SALAM SAUDARA PEMERHATIPOLITIK DAN SAHABAT SAYA EXCEPTION
BETUL TU SAHABAT SAYA EXCEPTION, KITA TUNGGU BILA MUTUSAMY ATAU LIM KONG SING JADI PRESIDEN BARULAH TUNGANG TERBALIK PAS DIBUATNYA DAN MUNGKIN ADA DEWAN FATWA BUKAN ISLAM PULAK NANTI
SALAM
Post a Comment