Sunday, August 2, 2009

POLIS GANAS??? - CUTIKAN MEREKA DARI BERTUGAS




POLIS GANAS (KATA PEMIMPIN PR) MARI KITA BERI MEREKA CUTI REHAT SEMINGGU DAN BERIKAN KUASA KEPADA ADUN DAN MP PR MENJAGA KAWASAN MEREKA PULA DAN LIHAT MACAM MANA....

PEMIMPIN DAN PENYOKONG PR ADALAH JENIS MANUSIA YANG TAK TAHU MENGENANG BUDI DAN JASA ORANG


CUTI REHAT UNTUK POLIS DI KAWASAN PAKATAN RAKYAT

1. SEJAK KEBELAKANGAN INI PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SERING MENYALAHKAN PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS DALAM MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA MENGEKALKAN KEAMANAN..


2. PELBAGAI TUDUHAN DAN PENGHINAAN DILEMPARKAN KEPADA ANGGOTA POLIS YANG SETIA MENJALANKAN TUGAS MEREKA DAN BERHADAPAN DENGAN BAHAYA DAN ADA YANG NYAWA MEREKA TERBANG DEK KERANA INGIN MEMASTIKAN RAKYAT MALAYSIA BOLEH TIDUR NYENYAK DAN MEREKA YANG MENGUTUK INI MENCARI REZEKI...


3. SEHUBUNGAN DENGAN KEHILANGAN KEPERCAYAAN KUMPULAN PAKATAN RAKYAT INI TERHADAP KEBERKESANAN DAN KESETIAAN PDRM TERHADAP TUGASNYA MAKA SAYA INGIN MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA MENELITI SETIAP PONDOK DAN BALAI POLIS DI KAWASAN YANG DIKUASAI OLEH ADUN DAN MP DARI PARTI PEMBANGKANG DIBERI CUTI REHAT SEMINGGU...


4. DENGAN KATA LAIN TUTUP KEDAI SELAMA SEMINGGU... SILA BERIKAN KEBENARAN PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS INI PULANG KE KAMPUNG DAN BERTEMU SANAK SAUDARA DAN MENENANGKAN FIKIRAN MEREKA YANG KUSUT SEPERTI MANA DAKWAAN PAKATAN RAKYAT...


5. DALAM TEMPOH SEMINGGU TU, KITA BIARKAN PEMIMPIN DAN BADAN AMAL PAS YANG HEBAT DAN GAGAH BERANI ITU UNTUK MENGAMBIL ALIH TUGAS MENJAGA KEAMANAN DAN KETENTERAMAN AWAM DALAM KAWASAN MEREKA DAN MENYELESAIKAN SEGALA MASALAH BERKAITAN KESELAMATAN DAN JENAYAH DI PEJABAT ADUN DAN MP MEREKA...


6. MUNGKIN DENGAN CARA INI, PIHAK YANG SERING MENCABAR KEWIBAWAAN DAN KEDAULATAN PDRM AKAN DAPAT MEMPERSEMBAHKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH CEMERLANG BERBANDING ANGGOTA POLIS YANG DITUDUH DENGAN PELBAGAI TUDUHAN ITU...


7. SAYA RASA TENTU PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS YANG DITINGGALKAN OLEH POLIS YANG TIDAK BOLEH DIHARAP ITU (TANGGAPAN MEREKA) DENGAN LEBIH CEMERLANG DAN BERJAYA DAN SELEPAS ITU MEREKA BOLEH MENDABIK DADA KEPADA PENDUDUK SETEMPAT BAHAWA MEREKA LEBIH BAGUS SEBAGAIMANA DAKWAAN BAHAWA MEREKA LEBIH TELUS, ADIL DAN CEPAT BERTINDAK...


8. INSYALLAH KEAMANAN DI KAWASAN ADUN DAN MP PAKATAN RAKYAT AKAN CEMERLANG DAN MENCAPAI ZERO JENAYAH BERBANDING KETIKA PDRM MENJAGANYA SEBAB PDRM INI DARI IGPNYA HINGGALAH KE MATA-MATA TAK BERGUNA (KATA MEREKA)....



9. SECARA PERIBADI SAYA AMAT BERTERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN PIHAK PDRM ATAS APA YANG TELAH DISUMBANGKAN SELAMA INI DAN DEMI MENJAGA MARUAH MEREKA SAYA MAHUKAN KERAJAAN MENYAHUT CADANGAN SAYA INI DAN AJAR MEREKA YANG TAK TAHU BERTERIMA KASIH MENGHADAPI KEADAAN SUKAR SEBAGAIMANA ANGGOTA PDRM HADAPI SEMASA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI JENIS MANUSIA...


10. KITA LIHAT BAGAIMANA PEMIMPIN PR INI MENJALANKAN SOAL SIASAT DAN PENYIASATAN ADAKAH MEREKA AKAN MEMUJUK PENJENAYAH DAN MEMBERIKAN MEREKA LAYANAN MESRA DAN KESELESAAN ATAU BAGAIMANA...


11. BAGAIMANA DENGAN PANDANGAN SAUDARA DARI PARTI PAKATAN RAKYAT SETUJU....????

7 comments:

ghostWRITER said...

polis kita bertugas menjaga keamanan negara. sedarla, tanpa polis kita, tidur malam kita tak lena, peniaga disekitar sogo contohnya tak boleh berniaga seperti biasa dek kerana agenda politik pembangkang yang mahu pemansuhan ISA. Kalu tak salah buatpa nak takut ISA?

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

Lin said...

salam anakmuda

tapi orang macam PR hanya tahu nak salahkan PDRM tapi diaorg dalm PR buat salan mereka tak tahu...

biar penyamun masuk rumah dia orang baru mereka tahu macam mana pentingnya polis dalam hidup mereka tu

salam

Anonymous said...

pd pendapat aku, PR nih yg selalu sgt guna polis..membebankan keje polis..tak abis2 repot sana sini..tp dlm masa yg sama mengutuk tugas polis.ntahpapo la pemikiran dorg tue...aku cadangkan kepada PR supaya wujudkan pusat aduan sendiri..tak perlu dah jumpa polis...nih lagi nak sibuk2 report kt org yg dia sendiri kutuk..kalau aku pon malas nak layan org mcm tue...

Lin said...

Salam sejahtera saudara sekalian

Sdr anon 4.53

Memang mereka ni sebenarnya nak mencetuskan keadaan huru hara maka dengan itu dapatlah pemimpin mereka menceritakan kepada rakyat yang lain bahawa semua rakyat Malaysia bencikan BN bukannya nak hapuskan ISA... taktik buruk nak tonjolkan imej mereka sahaja

Sdr Moloyue

Takpayahlah nak mengutuk nama nickname saya... itu hak say anak guna apa sekalipun macam saudara juga moloyue macam2 boleh dipertikaikan tapi apa gunanya...

Kalau lebih 50 peratus orang Melayu undi PR kenapa PR tak dapat perintah Kerajaan Persekutuan... bila bercakap guna otak dan fakta jangan sedap mulut Nampak sangat bodohnya kita ni...
Kalau betul kamu ada bukti bahawa DS Najib adalah bersalah dalam kes pembunuhan altantuya kenapa tak bawa bukti tu ke mahkamah dan kita hukum dia sebaiknya... ini satu lagi cakap tak berfakta dan tak ada bukti... kalau dalam Islam mencerca, tohmah dan fitnah namanya... kamu banyak pahal ke nak bagi kat DS Najib nanti...????

Apa rasuah yang didakwa oleh saudara tu... jangan cakap macam budak PASTI aje... tapi bila Tanya kenapa dan mana buktinya tak ada... baik tak payah buang masa orang aje...
Kamu tak tahu ke Malaysia ni memang standing dengan negara tersebut ada yang kurang dan ada yang lebihnya.... apa yang kamu cakap ni.... bukankah itu hasil usaha pemimpin BN.. pemimpin kamu buat apa...??? demo...???
Pasal rasuah dalam PAS/PR yang baru memerintah tak sampai setahun kamu tak cakap pulak ye...???

Pasal remaja Melayu ni... saya pun nak Tanya kamu juga apa peranan dan usaha PAS dan pemimpin pembangkang yang telah diambil selama ini...??? hanya dok menyalahkan orang aje.... tapi tak ada usaha apa2 pun..... malulah pada diri sendiri...

Siapakah yang hina ulama... sapa yang gelar ulama seperti mufti perak sebagai pelacur kalau bukan penyokong dan pemimpin PR/PAS... hkankah nik aziz salah seorang yang suka kepada artis seperti mana kamu tahu...
Siapakah yang sekat aktiviti agama di masjid...???
Satu sahaja ungkapan untuk anda wahai muluyeu.... kamu ni jenis manusia ke atau ....???? tak tergamak say anak tulis di sini disebabkan kebodohan dan tertutup minda kamu kepada kebenaran...
Kepada anon 6.37
“ awak ni siapa, awak kah yang dah kenyang sangat dengan rasuah umno ni...?”
Saya pun nak Tanya kamu juga awak ni sapa yang nak tuduh orang ni... kamu ni Islam ke kafir yang tak tahu hukum menuduh orang tanpa bukti...???
Sdr anon 6.38

Sabarlah bukan kerja blogging ni punca rezki saya ... saya akan buka dan melayan segala ulasan bila saya habis kerja saya... kenapalah nak salah dan tuduh sebarangan


Sdr anon 7.08

“ poorah,saya pencium buntut ameno,senang je paham .”

Baik sungguh budi bahasa penyokong PAS/PR ni maki hamu adalah zikir mereka kemudian mereka menuduh UMNO jahat dan zalim....

Siapa yang ada perasaan dan iman akan dapat menilai siapakah yang betul atau salah...

Salam dan maaf kalau ada yang tersinggung

Lin said...

salam mohon maaf

komen di atas adalah untuk posting yang terbaru...

salam

TokAyah said...

ALAHAI BUDAK-BUDAK NI TAK TAHU BERTERIMA KASIH DENGAN KEAMANAN NEGARA YANG DICAPAI SELAMA INI EMAK BAPA MEREKA DAPAT BESARKAN MEREKA DALAM KEADAAN AMAN, DAPAT SEKOLAHKAN MEREKA, DIMANA AKAL DAN OTAK MEREKA NI............SENANG-SENANG NAK HANCURKAN KEDAMAIAN NEGARA.

Lin said...

salam tok ayah yang dihormati

kadang2 saya sedih dengan manusia yang memanggil diri mereka ni pejuang Islam tapi melanggar segala undang2 yang ada dalam sesebuah negara...

mengapalah yang mereka pergi melawan polis tu...

polis tak menyerang atau menyembur air tak tentu pasal... mula2 diberi amaran dan bukan sekali banyak kali... kenapa masih nak tunjuk hero kemudian bila dah polis ambil tindakan kata polis jahat dan polis baruan BN/UMNO

saya tak fahamlah mentaliti manusia macam ni...

heran dan sedih pun ada

walau bagaimanapun Allah mengetahui niat hamba-hambaNya

salam dan terima kasih atas komen tok ayah

salam