Wednesday, August 12, 2009

PRESIDEN MCA RASUAH...??? SPRM CEPAT SIASAT


Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA


Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan. Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu. Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut. Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong. Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.



PENJELASAN PRESIDEN MCA


"Saya tidak terperanjat bahawa taktik untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap diri saya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru oleh Pasukan Petugas PKFZ.

Sekiranya saya telah menerima habuan dan faedah kewangan bagi dirinya atau bagi pihak parti, maka sudah tentulah saya akan berusaha melindungi kepentingan pemberinya, dan bukan sebaliknya dengan meneruskan usaha mendedahkan salahlaku mereka. Dengan berbuat demikian, saya membahayakan keselamatan diri saya dan keluarga saya serta kredibiliti saya.

Dakwaan Datuk Seri Tiong King Sing bahawa saya telah menerima "pinjaman" RM10 juta dari beliau untuk kegunaan bahagian-bahagian parti, jelas dibuat dengan beberapa motif, termasuk mengalih perhatian dari dakwaan penyelewengan yang didedahkan oleh pasukan petugas.

Ia juga boleh membawa maksud untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakan-rakan dalam parti saya bahawa saya telah membolot wang yang sepatutnya untuk bahagian-bahagian parti. Hakikat bahawa beliau berkata ia merupakan satu pinjaman, boleh membawa maksud yang beliau mahu opsyen untuk mengheret saya ke mahkamah untuk memalukan lagi saya.

Tempoh yang disebut oleh Dato' Seri Tiong ialah 2008, ketika saya menjadi naib presiden sehinggalah saya menyandang jawatan presiden pada bulan Oktober. Tidak timbul keperluan bagi saya sebagai naib presiden untuk mengumpulkan dana untuk bahagian. Kemudianya, apabila menjadi presiden, kita sudah mempunyai akses kepada dana dan peruntukan parti. Saya tidak rasa ada mana-mana orang yang waras sanggup menyerahkan RM10 juta berasaskan kepada cerita seumpama itu.

Saya amat gembira Dato' Faisal Abdullah telah mengakui bahawa jet-jet tersebut telah disewa oleh pejabat saya. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa saya tidak menerima sebarang keistimewaan. Jika saya terpaksa, dan saya bersedia untuk menjelaskan bayaran perkhidmatan pesawat tersebut, Saya dengan jelas tidak menerima rasuah atau layanan istimewa.

Lagi pula, pejabat saya belum menerima sebarang invois untuk perkhidmatan yang diberikan itu. Jika syarikat tersebut lebih cekap, saya pasti pejabat saya telah pun menjelaskan bayarannya dengan segera. Saya pasti urusan perniagaan tidak mengeluarkan invois melalui akhbar.

Saya akan mendapatkan pandangan peguam saya dan nasihat perundangan terhadap dakwaan yang berunsur fitnah itu.

Saya melihat halangan terbaru ini sebagai satu cabaran yang perlu saya hadapi. Ia tidak akan menghalang saya daripada memastikan bahawa isu PKFZ diselesaikan demi kepentingan kerajaan dan rakyat. Saya juga minta saya dihakimi berdasarkan tindakan-tindakan saya."




1. DEMI MENEGAKKAN KETELUSAN DAN KEBENARAN SERTA MEMBERSIHKAN NAMA KERAJAAN PIMPINAN BN, KAMI MEMOHON SUPAYA DAKWAAN RASUAH RM10 JUTA SECARA TUNAI KEPADA PRESIDEN MCA DISIASAT DAN DIMAKLUMKAN KEPADA RAKYAT...


2. KITA TIDAK MAHU DUIT RAKYAT DIMAMAH OLEH SEGELITIR PEMIMPIN YANG MEMENTINGKAN DIRI DAN MEMBELAKANGKAN NASIB RAKYAT... KERAJAAN DI BAWAH PIMPINAN DS NAJIB MENGUTAMAKAN RAKYAT DAN SEGALA KEMUNGKARAN TERHADAP KEKAYAAN NEGARA DAN RAKYAT WAJIB DITENTANG DAN DIPERBETULKAN OLEH SEMUA PIHAK...


3. BUKAN MASANYA KITA MAHU MENYOROK ATAU MENLINDUNGI MANA-MANA PIHAK DALAM SOAL RASUAH DAN PENYELEWENGAN KUASA KERANA MEREKA INI BUKANNYA MENGAMBIL BERAT SOAL RAKYAT TETAPI MENYUSAHKAN RAKYAT DAN NAMA BAIK BN SAHAJA...


4. SPRM TUNJUKKAN KREDIBILITI ANDA SETELAH IMEJ ANDA DICEMAR OLEH PEMBANGKANG DAN KINI LAKSANAKANLAH TUGAS ANDA SEBAGAIMANA YANG DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT SEBELUM INI...


5. MALAYSIA SUDAH MELALUI RANJAU DAN DIRI DALAM SOAL RASUAH DAN PENYELEWENGAN KUASA DAN KINI TIBALAH MASANYA KITA BERSIHKAN SEGALA YANG MENYUSAHKAN RAKYAT DAN NEGARA AMNYA...

2 comments:

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

Begitu jugalah dgn kematian beng hock. Dia merupakan saksi penting dlm kes melibatkan dap. Dgn cepat dap menuding jari ke SPRM, rakyat malaysia perlu lebih kritis melayan tuduhan2 gila puak pembangkang.

Lin said...

SALAM SAHABAT kmj

BILA LAGI NAK MELETUPKAN ARTIKEL DALAM BLOG SAUDARA... AYA AKAN MENYERTAI PERBAHASAN SEKIRANYA ADA PIHAK YANG CUBA MENANGKIS HUJAH SAUDARA


SALAM