Monday, August 3, 2009

RASULLULLAH SAMA DENGAN PAS...???



RASULLULLAH PUNCA MASYARAKAT ARAB BERBALAH: APA MAKSUD KATA-KATA TUAN GURU NIK AZIZ ...???


1. SILA BACA KERATAN HARAKAHDAILY.NET BERTARIKH 25 JUN 2009 DAN NILAI MAKSUD TG NIK AZIZ YANG MENYAMAKAN PAS SEPERTI RASULLULLAH DAN MENGATAKAN BAHAWA RASULLULLAH BERBALAH DENGAN BAPA SAUDARA DAN MASYARAKAT ARAB KERANA MAHU MENEGAKKAN ISLAM...


KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.



"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.


"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular. Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.


"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah. "Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.


2. SAYA MENGAKU AMAT JAHIL DALAM ASPEK SEJARAH TETAPI TIDAK TERBACA OLEH SAYA KOMEN ATAU KOMENTAR DARI MANA-MANA PENGKAJI SEJARAH RIWAYAT HIDUP NABI YANG MENGATAKAN BAHAWA RASULLULLAH PUNCA BERBALAH DENGAN MASYARAKAT ARAB DAN BAPA SAUDARA BAGINDA ....


3. SAYA JUGA TIDAK BERTEMU MANA BUKTI YANG MENGATAKAN BAHAWA RASULLULLAH PUNCA KEPADA MASYARAKAT ARAB KETIKA ITU BERBALAH...


4. KALAU MAHU MENEGAKKAN SESUATU PERKARA SEKALIPUN, SAYA RASA TIDAK BAIK DAN TIDAK BERADAB KALAU KITA MENGAITKAN RASULLULLAH DENGAN PAS ATAU MENGATAKAN RASULLULLAH BERBALAH ATAU PUNCA PERBALAHAN...


5. MUNGKIN ILMU TG NIK AZIZ MELEBIHI ORANG LAIN MAKA BELIAU BOLEH BERKATA SEDEMIKIAN UNTUK MENYAMAKAN PAS SEPERTI RASULLULLAH YANG MENEGAK ISLAM DI BUMI INI...


6. KEPADA PEMBACA YANG MULIA DAN BERHATI TERBUKA BACA DAN NILAILAH SENDIRI DAN KITA MOHON SUPAYA DAKWAAN SEPERTI INI JANGAN DIKELUARKAN OLEH TG NIK AZIZ LAGI BAGI MENGHORMATI AGAMA ISLAM DAN KEPERIBADIAN MULIA RASULLULLAH SENDIRI...


7. SALAM

26 comments:

eXception said...

mohon kebenaran utk copy artikel ni? Tq...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Lin said...

SILAKAN BRO EXCEPTION


SALAM

dino_yps@yahoo.com said...

sori beb, nabi tak pernah maki hamun manusia, macam pemimpin PAS.

YANG GAMBI said...

Salam bro,

Apo nak di kato, PAS sebuah parti ajaran sesat, sebab itu dia menyamakan PAS dengan Rasullullah SAW...... sebab itu Nicky Ajis boleh cakap apa saja melebihi Tuhan......

Lin said...

salam saudara YG dan Dino

pemimpin begini pun masih ada ramai yang nak ikut dan percaya...

mungkin kalau dia orang baca ni pun dia orang akan kata harakahdialy tersilap quote atau itu bukan maksud tuan guru mereka...

atau maca2 alasanlah yang akan diberikan...

tapi kalau kena kepada pemimpin UMNO satu dunia dia akan kata dan fatwa KAFIR akan menyusul sebentar sahaja selepas kenyataan itu dibuat dan darah UMNO dihalalkan...

semoga Allah menyelamatkan negara kita dari golongan sebegini...

salam

Nik Amir. said...

nyanyuk...dan itu suara tok guru yang berkawan dengan setan dan iblis.
tak ada beza nik aziz dengan ayah pin.

Anonymous said...

Saya x nampak pn yg x kena dgn artikel tu? Memang matlamat perjuangan Pas untuk sambung tugas Rasulullah SAW, jadi yang disamakan ialah misi perjuangan.

Ayat TGNA: "Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah..." refer kpd tuduhan oleh Mufti Perak yg anggap Pas punca perbalahan org Melayu. Pada zaman dakwah Rasulullah SAW, mmg terdapat perbalahan dikalangan org arab iaitu antara yg menyokong nabi dgn yang menentang nabi. Malah nabi pernah diboikot oleh kaumnya sendiri. Itulah namanya mehnah dalam perjuangan.

Kalau tak bantu perjuangkan negara Islam, jangan pula jadi perosak perjuangan Islam...

Lin said...

salam sdr nik Amir

saya rasa eloklah kalau kita tak membabitkan atau menyamakan kita dengan Rasullullah... walaupun nak bandingkan misi perjuangan sekalipun sebab apa yang pas perjuangan selama ni...

kepada anon 9.10

terpulanglah kepada saudara...

mungkin saudara juga tak kisah kalau nik aziz kata allah mencarut dan sebagainya... mungkin pada saudara nik aziz ni makamnya tinggi dan kita yang di bawah ni tak faham apa yang dia sebut...

tapi kita kena ingat bahawa setiap perkataan kita ini akan dipertangungjawab di hadapan Allah...

janganlah kamu nak samakan pas dengan Rasullullah dalam perjuangan menegak Islam di Malaysia ni...

jauh atau tidak sama sekali sama dengan apa yang Rasullullah lakukan...

Rasullullah tak lakukan sebagaimana pas lakukan iaitu memporak peranda masyarakat islam ... Rasullullah tak melindungi seorang yang meliwat dan salah laku kuasa sebagai ketua...

rasullullah tak diamkan diri kalau DAP bermaharajalela membuka pusat perjudian dan maksiat di hadapan matanya sendiri...

Rasullullah tak akan memilik rumah dan harta yang banyak seperti pemimpin pas dan banyak lagi..

termasuk Rasullullah tidak akan kafirkan seorang umat Islam yang lain...

apakah kamu ingat pas itu keramat... janganlah sampai saya katakan kamu ni jenis manusia yang bodoh hanya celik kepada apa yang dikatakan oleh ulama besar kamu dalam pas dan menidakkan orang alim yang tidak sealiran dengan pas...

Hafiz Razak said...

"termasuk Rasullullah tidak akan kafirkan seorang umat Islam yang lain..."

Minta tolong check balik, dgn sumber rujukan.
siapakah orng kafir

Lin said...

Pas mengkafirkan orang UMNO kerana mereka menuduh UMNO menolak Islam dan mengamalkan Islam suku-suku iaitu politik suku dan agama suku maka PAS menggunakan hujah itu untuk mengkafirkan Islam yang lain kerana tak sehaluan dengan PAS... adakah Rasullullah berbuat seperti itu...

Rasullulah pernah memberi peringatan supaya tidak mengkafirkan seorang Islam yang lain...

salam

Anonymous said...

Salam,

aduhai sahabat2, marilah kita kaji sirah Rasulullah SAW....banayk benda yg kita jahil tentang Rasul terakhir ni....sbg contoh yg paling simple...kita tau jumlah anak michel jackson (siap tau nama lagi) dari jumlah anak Rasulullah SAW, itu belum lagi cerita perjuangan Beliau, method dakwah Beliau dll....buta kita ni buta!!!... IC je tulis Islam, Halal haram, ekonomi, politik semua cacamarba....fikirlah sahabat2 ku. sementara alim ulama masih hidup ni pegi lah menuntut dr mereka, mereka pewaris Nabi, setiap kata mereka ada hikmah, tolak tepi dulu politik busuk ni.

yg ikhlas dan hamba Allah yg kerdil
saufi

Lin said...

salam sdr saufi


terima kasih cadangan tu .memang wajib pun kita belajar dan mengambil iktibar dari sirah kehidupan Rasullullah....

belajarlan di mana2 sekalipun insyallah kita akan selamat...

salam

SERATAH said...

Salam.
Terima kasih kerana melayari blog saya,
Tongaklangit.
Pas ditubuhkan atas dasar keciwa, kerana kalah
bertanding merebut jawatan Peresiden Umno pada
tahun 1951.Tuan guru Hj.Ahmad Fuard, lalu keluar dari Umno dan menubuhkan Pas.
Jadi, dari dulu sampai sekarang apa yang di fatwakan oleh Pas kebanyakannya bertentangan dengan Islam. seratah dah tulis tentang Fatwa Pas.

Lin said...

salam dan terima kasih sdr seratah

baguslah macam tu nanti saya boleh ambil points... untuk penulisan yang akan datang

salam

vesewe said...

This not surprising. Selective amnesia is a trademark of the BN politicians.

Who was first to breed cronism? Umno.

Who was first to kurang ajar with the sultans? Umno.

Who was first to promote gambling and liquor in an Islamic country? Umno.

ruyom said...

The longer the existence of Utusan and Umno governing this nation, the worse the image Malaysia is projecting to the world.

Utusan and Umno may not have realised that, but a lot of people in other countries have regarded Malaysia as a low class country.

Jaguh kampung but a joker to the world indeed.

coolooc said...

Razak - started racial politics and malay supremacy
Mahathir - started cronyism and corruption and ISA politic
Badawi - started sleeping culture and half pass six nepotism
Najib - start sex and killing politics

Lin said...

DEAR FRIENDS RUYUM, COOLOOC AND VESEWE

WE ARE IN THE DIFFERENT BOATS... YOU MAY SAY SOMETHINGS THAT I NOT AGREED THOUGH...

I MAY SAY SOMETHINGS THAT YOU ALSO MIGHT NOT AGREED WITH ME TOO

SO THE BEST WAY IS FIND WAY THAT CAN MAKE US AGREED ON CERTAIN ISUUES AND FROM THERE WE WORK FOR THE GOOD OF OUR BELOVED COUNTRY...

CURSING AND ARGUING DOES NOT SOLVE ANYTHING...

Anonymous said...

salam.
tadi tokwan ada ke bharianonline. Menarik tentang video oleh Drs Muhammad Uthman El Muhammady tentang perpaduan dan sekularisma.Pukulannya tepat memaku lantai kepala orang-orang parti islam yang menganggap mereka tahu dan paling tinggi antara ummat.
Ustaz uthman menafikan malaysia(ulul amri) kita ini mengamalkan sekularisma yang menjadi BAHAN UTAMA MASAKAN parti Islam MENGKAFIRKAN sebahagian lainnya. Silalah mengkaji.
Tokwan yakin,jalan yang tokwan pilih adalah betul dan mengajak saudara "sebelah sana" bersama kita kerana UMNO adalah PAYUNG UMAT.

Lin said...

SALAM HORMAT TOK WAN

TERIMA KASIH ATAS INFO YANG DIMAKLUMKAN DAN SAYA AKAN MELIHATNYA NANTI...

HARI INI AGAK KEPENATAN SIKIT BARU BALIK DARI KULIAH...

INSYALLAH SAYA AKAN MENELITI DAN AKAN MEMBERI MAKLUM KEPADA PEMBACA SEMUA

SALAM

Anonymous said...

saufi

aku rasa otak hang yg busuk. mengaji lagi laaa... typikal PASsss.

ABIRAZAK

Lin said...

salam sdr abirazak

biarlah dia berada dalam ruang lingkup pemikirannya

kita melihat pas sebagai satu wabak dalam masyarakat tetapi dia melihat pas sebagai satu penyelamat dan perjuangan pas ini telah disamakan dengan perjuangan Rasullullah ...

kalau dah pegang fatwa ulama pas macam ni susahlah nak kita maklumkan apa2 kepada mereka... mereka hanya nampak kesilapan dan keburukan orang lain...

diri sendiri dianggap bersih sebab masuk dalam naungan pas yang dijamin syurga oleh pemimpin mereka..

salam

Anonymous said...

salam ABIRAZAH, salam Tungaklangit,

Alhamdulillah dan terima kasih atas "pujian" ikhlas tuan.

ikhlas
saufi

Lin said...

salam sdr fauzi

komen saya itu bukan pujian ikhlas tapi satu teguran ikhlas dari seorang saudara Islam yang melihat dari aspek yang berlainan...

semua orang mempunyai pendapat yang berbeza dan kalau boleh kita cuba belajar menghormatinya sedaya mungkin...

kadang2 saudara mungkin benar dalam pandangan saya begitu juga saya... ilmu Allah seluas lautan dan ilmu yang kita perolehi darinya sejak Adam a.s sehingga manusia terakhir ialah setitis dari celupan jari...

salam

Anonymous said...

Sahabat2 sedara seIslam semua.
minta baca post ni,utk kita fikir .
http://www.blogtokguru.com/pages/posting/24/beberapa-kenyataan-menghina-islam-oleh-pemimpin-umno-dan-akibatnya

Jika dilihat semula,apakah pengertian kafir itu yang sebnarnya.

slmt mmbaca

Hafiz Razak said...

"Pas mengkafirkan orang UMNO kerana mereka menuduh UMNO menolak Islam dan mengamalkan Islam suku-suku iaitu politik suku dan agama suku maka PAS menggunakan hujah itu untuk mengkafirkan Islam yang lain kerana tak sehaluan dengan PAS... adakah Rasullullah berbuat seperti itu..."

mengapa terlalu emosi jika orng lain mengatakan kita kafir.

cuba check balik adakah pernyataan diorng tu btl atau pon tidak.

jgn ikut pemahaman kita sahaja tentang "kafir",ditakuti kita menjadi kafir,rujuk pada sumber rujukan yang betul.siapakah yang kafir itu.