Saturday, April 18, 2009

PKR PENANG BERGOLAK?



1. Apakah jenis rahsia yang didakwa disimpan oleh bekas TKM I Penang Mohammad Fairus Khairuddin yang dikatakan sekiranya disebar umum akan menyebabkan masa hadapan kerajaan PR Penang tergugat?


2. Mohammad Fairus dilaporkan telah memberi masa dua minggu kepada kepimpinan PKR dan Kerajaan PR P. Pinang supaya membersihkan namanya. Menurut beliau jikalau tuntutan beliau itu tidak dilakukan maka beliau akan mengadakan satu siding akhbar untuk membongkar semua rahsia yang akan boleh mempengaruhi masa depan PKR dan Kerajaan PR di Penang.

3. Fairus juga memaklumkan bahawa beliau telah dianiaya oleh pemimpin PKR Penang sendiri hingga menebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan TKM I Penang dan ADUN Penanti.

4. Fairus juga mendakwa beliau tidak dilayan sebagaimana pemimpin PKR membela ADUN Bukit Lanjan dan Bekas ADUN Bukit Selambau, sedangkan beliau adalah TKM I dan mereka hanyalah bertaraf EXCO.

ULASAN

5. Untuk makluman semua, alasan yang diberikan oleh Fairus dalam surat perletakan jawatan TKM I dan ADUN Penanti ialah untuk melanjutkan pelajarannya serta ingin memberi tumpuan kepada keluarga.

6. Sebelum ini, beliau menafikan sebarang gossip yang mengatakan kedudukan beliau sebagai TKM I bermasalah. Ini juga disokong oleh semua pemimpin PKR pada masa itu. Kini jelas bahawa memang benar wujud keretakan dan krisis kepimpinan dalam PKR.
7. Apa yang jelas dihidu oleh rakyat di Penang adalah keinginan seorang pemimpin kanan PKR Penang yang mengidamkan jawatan TKM I dan isu mengenai penglibatan Fairus dalam kes rasuah kuari di Penang juga dibongkar oleh ahli PKR sendiri.

8. Fairus dalam kenyataannya di atas juga menjelaskan memang wujud pihak tertentu dalam PKR Penang yang menganiayanya.

9. Persoalannya, dimanakah perginya slogan ketelusan, keterbukaan, membela kebajikan rakyat, ketuanan rakyat dan tidak rasuah sebagaimana yang dilaungkan oleh pemimpin PKR sendiri?

10. Rakyat masih belum lupa dengan skandal isu moral ADUN Bukit Lanjan, isu moral Bekas ADUN Bukit Selambau dan beberapa pemimpin PKR yang lain.

11. Apakah dan dimanakah komen dan ulasan pemimpin PR mengenai isu masalah rasuah dalam PR Penang?

12. Inilah balasan yang Allah tunjukkan kepada kita semua, supaya kita berfikir mengenai keburukan yang ada dalam PR itu sendiri.

13. Kita berdoa supaya Fairus berani mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh kepimpinan PKR dan Kerajaan PR Penang.

14. Satu tanggapan yang saya rasa mungkin akan berlaku ialah reaksi penyokong PKR dan PR yang akan menghentam Fairus habis-habisan dan cuba menidakkan permasalahan sebenar yang menimpa kepimpinan PKR/PR Penang.

Bagaimana Peluang PKR Dalam PRK Penanti?


15. BN tetap akan mengalami kekalahan di tangan PKR kerana UMNO Penanti masih belum mengubah sikap lama dan berlaku perpecahan dalam UMNO sendiri.

16. Pengundi yang tidak mengetahui wajah sebenar para pemimpin dalam PR masih percaya bahawa PR adalah satu alternative terbaik bagi menolak penguasaan BN di Malaysia.

17. Hanya mereka yang mengalami dan mengetahui masalah sebenar dalam barisan kepimpinan PKR dan PR akan mengambil jalan meninggalkan PKR dan meyertai BN semula.

3 comments:

PARPUKARI said...

Please read the truth about situation in Perak here, this story is from the Perak officials!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/perak-truth.html

TAAVEEKUN PERAK said...

SYARAT MENJADI WAKIL RAKYAT PKR
(selepas perletakan jawatan oleh Fairus)


1. Kalau perempuan, syaratnya sertakan gambar BOGEL dengan dua kaki terkangkang.

Kalau lelaki, syaratnya GAGAP. Gambar tidak diperlukan bagi lelaki.


2. Tak bersunat tak apa, janji pandai putar belit al-Quran.


3. Pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Boleh berceramah di Gereja, Masjid dan Kuil -asalkan pakar mengutuk BN dan kerajaan Malaysia.

4. Penjenayah dan bekas banduan diutamakan.

Keturunan dari pembunuh dan perogol dipertimbangkan.


5. Memiliki SPM dan lesen memandu lori.


6. Tahu kelentong bos. Khusus dan latihan diberikan selepas pengesahan jawatan selama setahun seperti Fairus.


7. Pintar - dalam pembahagian tanah dan projek untuk kaum kerabat. Lulusan dalam bidang ekonomi dipertimbangkan terutamanya major dalam sains rumahtangga.


8. Memiliki sifat penderhaka dan tidak suka kesultanan Melayu.

Exam khas akan diberikan terutamanya mengenai persoalan bagaimana hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Republikan.


9. Berpengalaman dalam menyentuh buntut bagi lelaki, atau pernah memegang anu lelaki bagi perempuan.

Bekas peliwat yang berpengalaman amat dialukan. Kaki raba dipertimbangkan.


10. Pernah pergi UMRAH bersama-sama dengan Nik Aziz atau tidak, ia Bukan keutamaan tetapi akan dipertimbangkan.


SESIAPA YANG BERMINAT DAN MEMILIKI KELAYAKAN DI ATAS, SILA DAFTARKAN DIRI SECEPAT MUNGKIN DI MANA-MANA BAHAGIAN PKR MALAYSIA.


CALON INI DIKHASKAN KEPADA PKR. YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN MELIWAT, PERNAH BERKHALWAT PUN AKAN DIBERI PERTIMBANGAN.

Lin said...

Salam Parpukari and rahman and the gengs

both of u got the point there

kah kah kaha

have a nice day bro