Tuesday, April 28, 2009

KEMANAKAH PERGINYA PERJUANGAN ASAL PAS?


1. Parti Islam SeMalaysia (Pas) atau nama asalnya Persatuan Islam SeMalaya telah ditubuhkan di rumah ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga merangkap Mudir Madrasah ad-Daeratul Maarif Wathaniyah iaitu Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim yang telah menjadikan kediamannya sebagai tempat persidangan para ulamak dan ekoran darinya maka tertubuhnya Pas pada hari tersebut iaitu 24 November, 1951.

2. Namun begitu, PAS hanya didaftar secara rasminya pada 31 Mei, 1955. Pada 30 November 1963 nama Parti Islam SeMalaysia telah ditukarkan kepada Persatuan Islam SeTanah Melayu dan pada 21 Jun 1977 nama itu sekali lagi ditukarkan kepada Parti Islam SeMalaysia dan kekal hingga kini. Undang-undang tubuh PAS yang dibentuk pada tahun 1951 telah dipinda pada 14 Ogos 1954. Di akhir hayat Haji Ahmad Badawi bin Abdullah Fahim beliau telah meninggalkan perjuangan PAS atas alasan tertentu.

3. Dari sudut sejarah, perjuangan asal PAS adalah bertunjangkan kepada ajaran Islam dan bercita-cita menegakkan Islam di Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu. Namun kepentingan bangsa Melayu Islam tetap menjadi agenda utama kepada pemimpin PAS masa itu berpendapat bahawa kewujudan Islam di Tanah Melayu adalah berpaksikan kepada kewujudan bangsa Melayu yang menganut agama Islam secara umumnya.

4. Sehingga ke era pemerintahan PAS di tahun 1970an dan 1980an, PAS masih kuat mempertahankan hukum Islam yang sebenarnya dan menggunakan kuliah agama bagi menyampaikan mesej dan kesedaran kepada pentingnya hukum Islam dalam masyarakat di Malaysia.

5. Malahan Mursyidul Am Pas Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam ceramah beliau iaitu “ PAS menentang Umno bukan kerana namanya Umno tetapi kerana dasarnya. Kalau Umno memerintah secara Islam, maka Pas haram wujud lagi dan sayalah pemimpin Pas pertama yang akan menyertai Umno”.

6. Semasa pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri banyak aspek nilai-nilai murni Islam telah diperkenalkan dalam program penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran awam telah dilaksanakan dan legasi ini disambung semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi pendekatan slogan Islam Hadhari.

7. Tetapi malangnya, pemimpin PAS tidak mahu menerima apa yang cuba diterapkan oleh pemimpin tersebut dan mengatakan kesemuanya itu adalah bukan Islam sepertimana yang ingin diperkenalkan oleh PAS sendiri. Malahan pemimpin dan penyokong PAS memperolokkan segala usaha tersebut.

8. Sebelum pilihanraya 2004, PAS merasakan agak sukar mendapat kerusi yang banyak dalam setiap pilihanraya umum yang ditandingi dan semasa pilihan raya 2004 dan lebih lagi dalam pilihanraya umum Mac 2008, PAS telah membelakangkan pendekatan berpolitik dengan mengambil DAP dan PKR sebagai sekutu politik untuk menjatuhkan UMNO/BN.

9. Tindakan ini berlawanan dengan kecaman dan tohmahan mereka terhadap UMNO yang dituduh bersengkokol dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC sehinggakan PAS menghukumkan UMNO bukan Islam seperti perjuangan Islam PAS dan mengharamkan ahli mereka mengadakan sebarang hubungan dengan ahli UMNO.

10. Ketika itu, pemimpin PAS telah mempermainkan ayat Allah dan sanggup mengeluarkan kenyataan yang nyata berlawanan dengan pegangan agama umat Islam umumnya umpamanya pemimpin dan ahli PAS tidak takut mencerca, memuat tohmahan dan fitnah ahli UMNO yang beragama Islam dan sering pula mendoakan kemusnahan pihak lawan politiknya, maka apa yang diucap dan diungkap akan disambut dengan takbir oleh para penyokong.

11. Pemimpin PAS juga menolak ketentuan Allah sekiranya mereka kalah dengan mengatakan kekalahan tersebut adalah sebab UMNO menggunakan pengundi hantu. Pemimpin PAS juga menyamakan manusia dengan Allah dimana menyatakan Allah juga mencarut dan boleh berkerjasama dengan syaitan. Dan yang paling terbaru nama Allah boleh digunakan oleh agama lain dan orang bukan Islam boleh menggunakan ayat al quraan untuk tujuan kempen politik.

12. Mengapakah perubahan ini berlaku dalam PAS yang suatu masa dahulu adalah menjadi satu alternative kepada pengundi Melayu?

13. Perubahan ketara ini berlaku disebabkan kepimpinan PAS kini telah lari dari keimanan yang sebenarnya kepada Allah.

14. Perjuangan PAS tidak lagi ikhlas kepada perjuangan mendekati diri kepada keredhaan Allah.
15. Pemimpin yang ada dalam barisan kepimpinan PAS kini kebanyakannya mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka ini bukannya pemimpin yang berlatar belakangkan roh islam yang sebenarnya. Sebagaimana kata Nik Abduh (anak Nik Aziz) iaitu ramai pemimpin islam sekarang adalah ulama mi-celup.

16. Sekiranya pemimpin yang sedia ada bukan terdiri daripada ulama yang takut dan redha kepada ketentuan Allah maka apakah yang diharapkan dari penyokong mereka yang rata-ratanya daif dalam hal ehwal Islam yang sebenarnya.

17. Apakah yang akan berlaku perpaduan umat Melayu Islam sekiranya perkara ini berkembang tanpa sebarang pembetulan?

18. Nantikanlah pembalasan Allah kepada mereka yang memperdagangkan agama dengan harga yang amat murah semata-mata untuk mendapat sedikit keuntungan di dunia ini.

Salam

4 comments:

najamarine said...

salam saudara..

saya percaya,ramai penyokong PAS yg sedar akan hal ini..
tetapi takut untuk menunjukkan kebenaran itu kerana leka dengan dodoian anwar ibrahim.takut kehilangan sokongan bukan melayu..takut kepada manusia...cehhh..tak boleh pakaiii

Lin said...

semoga ahli PAS yang terbaca artikel ini mereka mungkin berfikir dan sedar apakah dan dimanakan perjuangan PAS yang sebenarnya...

salam perjuangan bro najamarine

zedmagel said...

Bro Tungak langit,

Kesedaran akan datang sendiri kepada mereka. Banyak mereka yang sudah berpaling mengatakan beitu. Jika nak tarik memang payah.

zedmagel said...

Bro Tungaklangit,

Terima kasih sudi menjadi follower tamandalamrumah.